Wahai Ikhwah Sekalian

Posted by Pencari Cahaya Dalam Misi Mencari Cahaya Ilahi

Ya ayuhal ikhwah, Antum perhatikan bagaimana Allah telah menciptakan batu dan air yang mengalir di sungai ini. Antara batu dan air tidak ada pertikaian di antara mereka. Batu tidak pernah mengatakan, ‘Hai air kenapa bunyimu terlalu keras’ Atau air mempersoalkan, ‘Batu, kenapa kau ada disini.’ Tidak ada persengketaan diantara mereka; Mana hak saya… Mana kewajiban kamu… Tapi kenapa kita tidak mau mengambil ‘ibrah dari batu dan air? Kenapa kita mulai bercerai-berai, memikirkan ini hakku… ini hak saya… Ini kewajibanku… Itu kewajibanmu… Malu kita semua pada batu dan air! Ini saatnya antum semua bersatu, bekerjasama dalam ukhuwah Islamiyah… Allahu Akbar!

Featuring Post Example

Posted by TheBlogTemplates On Month - Day - Year

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at nisl. Nullam lorem mi, eleifend a, fringilla vel, semper at, ligula. Mauris eu wisi. Ut ante dui, aliquet nec, congue non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et maur...

Featuring Post Example

Posted by TheBlogTemplates On Month - Day - Year

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at nisl. Nullam lorem mi, eleifend a, fringilla vel, semper at, ligula. Mauris eu wisi. Ut ante dui, aliquet nec, congue non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et maur...

Featuring Post Example

Posted by TheBlogTemplates On Month - Day - Year

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at nisl. Nullam lorem mi, eleifend a, fringilla vel, semper at, ligula. Mauris eu wisi. Ut ante dui, aliquet nec, congue non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et maur...

Featuring Post Example

Posted by TheBlogTemplates On Month - Day - Year

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at nisl. Nullam lorem mi, eleifend a, fringilla vel, semper at, ligula. Mauris eu wisi. Ut ante dui, aliquet nec, congue non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et maur...

Ku jejaki alam dalam mencari redhaMu, ku tempuhi dugaan dalam menikmati suruhanMu, ku menangis kerana mengingatkan diriMu.....Temukankanlah si Pencari Cahaya dengan NurMu ya Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang

Janji 2 bulan dengan penuh erti

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Ahad, April 03, 2011


Hari ini aku bersyukur  kepadamu ya Allah kerana memberikan diriku masa untukku menyempurnakan janjiku 2 bulan lepas kepada ahliku.
2 Bulan dahulu:
“Assalamualaikum IB(Aku), sihat tak”, kata makcikku(MZ) di dalam telefon. “ IB sihat sahaja, nape MZ?”, “Gini MZ ada nak minta tolong sikit”. Rayu MZ. “Apa tu?”,aku menjawab kepeningan. “Tolong MZ dan kawan MZ untuk survey n buy it underspot….boleh?”.Rayunya sambil memperlahankan volume suaranya. “Macam ni MZ, IB akan cari masa free dan kita pergi sama-sama erk”, beritahuku dengan ayat yang memujuk. Hendak menolak bukanlah menunjukkan keperibadian seorang PK.
1 Bulan kemuadian:
““Assalamualaikum MZ, sihat tak”, kata aku pada MZ di dalam telefon. “ MZ sihat sahaja, nape IB?”, “macam mana dengan permintaan MZ?, IB free hari ini”. Beritahu IB padanya. “Macam ni IB, Makcik ada kerja hari ini, kita pergi hari lain ea.Minggu depan kea?”,MZ menjawab kegusaran. “Macam ni MZ, jika IB free IB akan call MZ ea…” Aku sayu menjawab jawapan MZ sambil menghitung hari. Adakah aku mempunyai ruang masa?
Hari ini:
Aku mengingati kembali janjiku 2 bulan dahulu. Alhamdulillah pada hari yang bahagia ini aku masih tersenyum menghirup udara segar. Mencapai impian sebagai pemenuhi janji. Pagi itu aku mempersiapkan diri dengan senaman malam. Azan subuh dilaungkan menandakan rezeki sibuk mencari tuannya. Burung-burung menyahut seruan sahabat mereka keluar dari  sarang untuk keluar mencari sesuap nasi. Aku ke kolej menghantar perjanjian dengan sahabat sepencarian. Seperti sahabat itu menghargai dengan janji. Motorku dicapai dan ditinggalkan di persimpangan garisan. “Aduh! Terlepas”, jerit diriku di dalam jiwa. Sambil menunggu kedatangan mesin berkaki laju, suasana sekeliling diperhati. Kelihatan ramai yang bertelanjang di sekelilingku. “Ya Allah, tabahkan diri yang hina ini”, pujuk diriku.


Mesin berkaki laju tiba:
Aku mula melangkah masuk ke dalam mesin itu. Ternyata  aku adalah orang yang terawal, tetapi suasana renggang itu menyusup tubuhku dengan kesejukan. Buku fiqh dicapai mengingatkan kembali tentang persembahan yang akan ditinggalkan ke telinga-telinga  dan jiwa (bagi yang focus)sahabat seperjuangan. Sampai aku di KL central, langkahku tegang melihat sekeliling. “Sudah lama aku tidak menjejakkan tapak di sini”, beritahu niatku sambil muka berkerut mencari kaunter  tiket. Tiket dibeli dan sekali lagi aku ditinggalkan. Mesin teknologi itu meninggalkan aku tanpa belas.
Beberapa minit kemudian mesin yang lain tiba….
“Wah! 5 perhentian lagi”,kegirangan aku melihat jadual perjalanan menyatakan masa perjanjian akan tepat pada masanya. Kakiku melangkah lesu keluar dari mesin dengan menanggalkan memori dengan ingatan terbaru. Dato’ Keramat terpampang indah menyatakan aku sudah berada di destinasi. Cuma perut yang diisi meraung dan iman juga meraung pabila ia tidak dipenuhi. Mujurlah di stesen itu disediakan segalanya seperti tandas dan surau. Tetapi,alangkah terkejutnya aku. “Tandas wanita!”, jerit hatiku melihat papan tanda. Kali pertama aku memasuki tandas bergambar wanita.Sungguh bersyukur kerana tiada pengendap atau manusia lain disekeliling. Aku menunggu MZ di perhentian. TId ak berapa lama kemudian, kereta wira pum sampai menyambutku. Kelihatan kedua-dua pegawai di Jabatan Pertahanan Malaysia merenungku sambil tersenyum. “IB dahmakan”, Tanya MZ sambil merenung diri fakir ini. “Dah”. Jawapan ringkas dariku tetapi tidak didengari oleh MZ. Aku dijamu nasi ayam yang terkenal di ceruk Daerah Dato’Keramat. MZ memahamiku sambil menanyakanku untuk meneruskan lagi proses memakan tetapi aku memenaknolak kerana kegawatan masa.
Lowyatt, Jalan imbi
Kami bertolakmenuju jalan imbi sambil berbual membuka bicara. Kawan MZ menanyakan beberapa soalan tentang laptop. Dijawab IB dengan berbagai emosi. Pengalaman dikongsi dan dijadikan pandangan bukan kehebatan. Aku, MZ dan sahabatnya berjalan ke tingkat 2. Kumpulan kami umpama 2 orang ibu dipimpin anaknya. Di atas sana kelihatan peniaga-peniaga sedang mengemas dan membuka stor-stor mereka dengan ketekunan mendapatkan rezeki. Kelihatan handphoneku bordering menyatakan sms diterima. “IB, jom badminton”. Hatiku kelu melihatnya sambil membalas statusku. Sebelum ini IB Berjaya membahagikan masa jika ada panggilan underspot tetapi pabila empunya diri berada jauh nun disana, tiada kesempat untuk memenuhinya. Aku tersenyum kepada MZ dan rakannya melihat ketekunan mereka mendengar ceramah-ceramah daripada peniaga. Sudah aku menyangka perkara ini akan berlaku khususnya di gerai-gerai besar begini. Walaupun berkali-kali aku mengunjungi plaza ini namun hatiku tidakmudah menerima pujukan penjual. Akhirnya akumenjumpai keikhlasan salah seorang peniaga. Dengan itu, kedai itu dipromosikan olehku. Harga yang ditawarkan teramat murah berbanding  kedai-kedai lain. Kelihatan MZ gembira tersenyum. Sebelum kami melangkah pulang, aku dan MZ juga sempat membeli sesuatu. Biasalah IB mempunyai banyak event. Tiba masanya IB mengambil peluang untukmengeluarkan produk baru walaupun produk yang dilkeluarkan semalam langsung tidakmendapat perhatian. MZ membeli passport disebuah kedai bagi memenuhinya dengan data-data jabatan.
Di dalam teksi
Aku tersenyum riang pabila tersi yang dipalingkan isya’rat menerima pelawaan kamiuntuk kembali ke Dato Keramat. Di dalam teksi itu IB mula menjalankan tugas umpama bercakap dengan rakyat. Hehe. Pemandu tersebut berbangsa cina. Beliau mengutarakan beberapa ketidakpuashatian. Perjalanan bersama pemandu tersebut penuh dengan ilmu.
1.       Pemandu tersebut menyuarakan tentang masalah kenderaan yang semakin meningkat terutamanya di Bandar-bandar. Aku mula menyikong dan mencadangkan penggunaan basikal. Dalam hatiku berkata, “Jika boleh aku hendak menghadkan penggunaan kereta dan mengharamkan penggunaan kereta yang hanya pemandudidalamnya di kawasan Bandar dan kota.
2.       Pemandu tersebut menceritakan tentang keadaanya sebagai pemandu.Katanya, beliau hanya keluar bekerja hari ini untuk menjelaskan sewa kenderaan sebanyak RM 50 hari ini. Katanya lagi, “kerja-kerja jugak!, setakat bawakpenumpang bersiar-siar tidak cukup jika keluarga sendiri tidak bersiar bersama”. Tergaman IB mendengar pandangan uncle tadi. Sungguh IB tertusuk hati. Walaupun berkali-kali berada di talin bersama ayah bonda, adik-adik, tetapi diri yang berdosa tiada meluangkan masa bersama.
3.       Uncle menambah lagi tentang penambahan anak-anak muda dalamsektor teksi. Katanya lagi,  “Kerajaan hanya berpuisi dimulut untuk memberikan kerja dan menambahkan pendapatan kepada rakyat, tengok anak-anak muda sekarang ! Ramai yang tidak dapt kerja, melambak yang  terbiar tiada kerja”. Sahut esakan uncle tanda sedih. No komen daripada IB kerana jika IB bercakap sal hal ini, akan bangkit semangat pelik yang tidakperlu diisukan.
4.       Uncle menambah tentang budak-budak muda yang memasuki  sector teksian. “Mereka (seusia kamu) suka saja melepak kat kedai kopi! Nak duit tapi buang masa!”, Tengkinan pendek tapi tidak berbunyi daripada uncle. MZ dan kawannya hanya mengangguk tanda setuju. Aku mula muhasabah kerana di antara mereka adalah aku sendiri. Aku bekerja sebagai hamba tetapi kerap lepak dalam masa yang panjang. Melupakan pahala yang menunggu.
5.       “Semua kerja adalah profit, kerja teksi ni pum standard dapat 4000 sebulan tanpakerja lebih masa ”, sahut uncle menyungguh. Hatiku sekali lagi menerima tamparan kerana kerap kalikerjaku tidak sempurna dengan kesungguhan.
Selesai dengan uncle tadi. Aku bersama MZ pergi ke sg. Buloh menghantar kawannya. Kami pulang ke KL sambil berbual tentang kehidupan. Mataku berkelip-kelip semacam ultraman sedang lemah dan tertidur. Pabila tersedar, ternyata restoran di hadapanku. Restoran Zaleha Kel Bhd tak silap.Berkali-kali aku di bawa MZ ke sini pabila aku berada di saat melawati  MZ. Di sana aku tidak jemu mengintai makanan dan hidangan Kelantan kegemaranku. Tidak ku risau apa-apakerana MZ memahamiku dengan hobinya makan . Selesai makan, tibalah saat kesedihan berpisah dengan MZ. Aku ditinggalkan kembali di Dato’ Keramat untuk berangkat pulang. Cuma apa yang IB hendak terangkan adalah tentang kewajipan memenuhi janji. InsyaAllah IB akan cuba menghiraukan 4jenis  janji yang Allah ilhamkan. Janji dengan Allah, Janji dengan Rasulullah, janji dengan diri dan last janji dengan orang lain atau makhluk lain…ia sangat rumit untuk membongkar. InsyaAllah diberkati Allah…Doakan PC  ...insyaAllah PC akan berkongsi 3 situasi dakwah yang berlainan tempat, cuma anda semua anggap itubukan PC sebab bukan PC sebenarnya yang mengerjakannya. satu lagi artikel Rasulullah CintaKu....

0 Response to "Janji 2 bulan dengan penuh erti"

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular


    Solat dulu yup

    About Me

    Foto Saya
    Pencari Cahaya (PC)
    lahir kat 135 kampung hiliran masjid,21000 Kuala Terengganu, Terengganu, tinggal di Nabawan, Sabah selama beberapa tahun dan menetap di Kelantan selepas itu.....
    Lihat profil lengkap saya

    get this widget here

    Meh kecek smeta (jom berdialog)

    Followers

    5 Perkara