Pada semester yang lalu, unit e-Kaunseling di bawah Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) telah menganjurkan Explorasi Dakwah Perkampungan Orang Asli (EDPOS’10) buat kali pertama secara berkala. Program ini yang bertemakan “Kemasyarakan Rukun Keharmonian”, telah berjaya mencapai objektifnya iaitu: 1. Mendekati dan menyelami masyarakat orang asli bagi memastikan dakwah yang berkesan dapat disampaikan.2. Memberi pendekatan pendidikan secara formal dan tidak formal kepada masyarakat orang asli supaya mereka tidak ketinggalan dalam arus pendidikan yang begitu pesat.3. Memberikan pengetahuan dan pendedahan berkaitan tugas serta urusan berkaitan pengurusan program agar lebih mahir mengendalikan persatuan seperti simulasi dan praktikal dalam penyediaan kertas kerja, minit mesyuarat, sistem fail dan teknik komunikasi berkesan serta perucapan umum.
Aktiviti 3M(membaca, menulis dan mengira) telah membuka hati para pelajar daripada masyarakat orang asli tentang kepentingan pendidikan di masa kini. Tujuan utama 3M dilaksanakan adalah memberi pendedahan khusus terhadap golongan pelajar masyarakat orang asli dalam tiga asas utama iaitu membaca mengira dan menulis. 3M ini amat penting untuk melahirkan generasi yang berilmu seiring dengan arus pendidikan yang begitu pesat.
Read more...