"Assalamualaikum, saya dari pejabat canselori, ni en. PC kea", soal si pemanggil..."Ya, saya." aku menjawab sambil kebingunan. Aku menerima panggilan ini daripada En. Zaini yang memintaku untuk mendapatkan urusetia seramai 100 orang bagi menjalankan gerak kerja semasa program Majlis Tilawah al-Quran dan Nasyid peringkat kebangsaan dan Asean. Selepas meletakkan ganggang, pegawaiku menjadi pilihan untuk pertanyaan. Rupanya mereka sudah berbincang terlebih awal sebelum aku dijemput untuk mengetuai barisan urusetia.

Setelah seminggu bersemuka bersama en. Zaini menceritakan master plan program, kini tibalah giliran para ahli mesyuarat bersuara:
Mengimbau kembali saat-saat mesyuarat ahli jawatankuasa tertinggi USIM bersama Majlis Tertinggi PEYATIM atau Pertubuhan-pertubuhan anak yatim, hatiku mula mengetahui kesusahan 2 pihak yang berlainan untuk melancarkan program yang julung kali diadakan. Tetapi alangkah bahagianya melihat pimpinan atasan USIM yang menjadikan majlis musyawarah menjadi hening walaupun di tahan batu-batu diperjalanan. Konsep mesyuarat yang begitu mementingkan kesepaduan ditonjolkan oleh pentadbiran USIM menyatakan mereka layak memegang atau mengepalai USIM. Kebiasaannya pabila 2 golongan yang menjadi ketua keanggotaan, perselisihan pendapat pasti berlaku. Ini kerana biahnya yang berlainan.
Read more...