1. Pertama-tama, sebelum segala-galanya bermula, ikhlaskanlah niat kerana Allah
s.w.t. semata-mata. Tanpa keikhlasan, segala urusan akan runtuh dan musnah.
2. Menjiwai betapa besarnya tugas dan tanggungjawab yang dipikul. Dengan itu dia
akan memberikan perhatian yang selayaknya dengan tugas tersebut dan dalam
masa yang sama merasai ganjaran yang tidak ternilai menantinya.
3. Melaksanakan tugas dengan bijaksana, pandai memilih uslub (pendekatan),
memberi tunjuk ajar dan nasihat yang baik serta berbincang dengan cara yang
terbaik.
4. Hendaklah bersikap ramah mesra, mempermudahkan urusan dan memiliki akhlak
yang baik. Semua ini dilakukan dengan sabar, lemah-lembut (tidak cepat marah),
mengharapkan pembalasan di sisi Allah hasil daripada rintangan yang dihadapi
ketika melaksanakan kerja-kerja dakwah, dan menurut jejak langkah Rasulullah
s.a.w. dan para daie yang mengikut jejak langkah Baginda s.a.w.

5. Memahami selok-belok cara hidup dan budaya masyarakat yang dia
berkecimpung di dalamnya. Juga memahami aliran pemikiran dan isu-isu yang
berlaku di dalam masyarakat, serta berusaha untuk mengenali dengan lebih
mendalam mad’u yang didakwahnya.
6. Mempelajari dan mendalami sirah Rasulullah s.a.w. dan sejarah Islam untuk
dijadikan bekalan. Dia akan mendapati di dalamnya terdapat pelbagai bentuk
penyelesaian masalah yang mampu membantunya menyelesaikan masalah yang
dihadapi. Begitu juga dengan beberapa pendirian yang diambil oleh generasi
muslimin yang pertama.
7. Menghafaz Al-Quran sebanyak yang mampu untuk dijadikan dalil dalam kerjakerja
dakwahnya. Pendekatan melalui kisah-kisah yang terdapat di dalam Al-
Quran mempunyai kesan yang besar terhadap jiwa.
8. Dalam setiap perbualan dan perbincangan, unsur akal (kefahaman dan lojik)
hendaklah dipadukan dengan unsur perasaan dan kejiwaan. Sesungguhnya
membangkitkan unsur perasaan dan kejiwaan akan mempersiapkan akal untuk
menerima apa yang disampaikan kepadanya dan meninggalkan kesan.
0 Response to "CIRI-CIRI PENTING DAIE"
Catat Ulasan