Seperti cendawan tumbuh, isu ekonomi anak muda sering dibicarakan di media elektronik atau media cetak. Oleh kerana hala tuju anak muda sebagai pewaris negara bangsa anak muda sering dijadikan satu kunci capaian bagi negara membangun. Kebiasaan yang berlaku selepas tamatnya seorang mahasiswa daripada sesebuah institusi ialah ke alam pekerjaan.
KERETA BARU SUATU KEPERLUAN ATAU IDAMAN?
Dicatat oleh
Pencari Cahaya (PC)
On
Selasa, Disember 19, 2017
Seperti cendawan tumbuh, isu ekonomi anak muda sering dibicarakan di media elektronik atau media cetak. Oleh kerana hala tuju anak muda sebagai pewaris negara bangsa anak muda sering dijadikan satu kunci capaian bagi negara membangun. Kebiasaan yang berlaku selepas tamatnya seorang mahasiswa daripada sesebuah institusi ialah ke alam pekerjaan.
Hari ini kita akan membincangkan
secara jelas keinginan dan capaian bagi anak muda iaitu 3k kahwin, kereta dan
kediaman. Ketiga-tiga isu ini menjadi sasaran setiap anak muda yang sudah tamat
pengajian atau yang sedang berusaha menamatkannya. Istimewanya coretan kali ini adalah berkenaan
kereta baru satu keperluan atau idaman?
Ramai pakar-pakar tulisan tidak
menolak bahawa kereta baru adalah pilihan utama anak muda selepas memasuki fasa
pekerjaan. Tidak lupa juga ada yang mengkritik bahawa pembelian kereta adalah
kesilapan besar bagi anak muda. Oleh yang demikian, anak muda mestilah
menentukan kereta itu adalah idaman atau keperluan?
Bagi pengkritik bahawa belian kereta
adalah kesilapan, mereka perlu akui bahawa kebanyakan anak muda tidak melihat
pandangan kritikan mereka sebagai panduan kerana tidak melihat secara dasar
cita-cita anak muda. Anak muda melihat kereta idaman adalah suatu kepuasan bagi
mereka selepas berhempas pulas bekerja. Impian ini bukannya baru dipasang
tetapi sudah berakar sejak dibangku sekolah lagi dengan pengaruh media-media.
Bagi pakar yang merasakan membeli
rumah adalah perkara utama tidak dapat menolak bahawa untuk anak muda bergerak
ke hadapan, mereka memerlukan sebuah kereta. Ada juga berpandangan bahawa
kereta 2nd hand adalah pilihan yang tepat bagi anak muda yang
baru bekerja. Pendapat penulis menolak kedua-dua ideologi ini atas sebab
berikut.
1. Rumah adalah keperluan tetapi
kenderaan diperlukan sebagai aset untuk memudahkan
pergerakan mereka dalam menyelesaikan urusan harian
2. Kereta 2nd hand
akan menambah masalah baru bagi pemilik kereta yang baru kerana pemilik baru
akan menghabiskan wang untuk membaiki kereta yang tidak dijaga oleh pemilik
pertama. Keuntungan yang diambil oleh bank bagi pembelian secara kredit juga
lebih tinggi berbanding kereta baru.
Jadi bermakna kereta sebenarnya
adalah keperluan cuma bagaimana hendak menjadikan kereta sebagai asset bukannya
liabiliti.
Pertama, analogi mudah sekiranya
untuk bayaran kereta bulanan adalah RM500-RM1000, jadi kenapa anak muda
bersabar selama 2 tahun untuk memiliki kereta baru.
Sebagai contoh, Ali baru menamatkan pengajiannya
danbekerja sebagai eksekutif disebuah syarikat dengan gaji RM2200 (gaji permulaan bagi graduan sarjana muda). Dengan berbekalkan gaji, Ali boleh
mengagihkan impiannya untuk memiliki kereta seperti berikut
a) RM1000 untuk keperluan harian
b) RM1000 untuk capai impian membeli kereta
c) RM200 simpanan
Dalam masa 2 tahun bekerja Ali boleh
memiliki kereta tanpa hutang. Begitu mudah jika berusaha untuk mencapai impian
*kiraan berdasarkan Ali memiliki motor
yang mampu ke tempat kerja. Kiraan juga berdasarkan impian Ali memiliki kereta
untuk keperluan yang lain
Kereta yang dibeli Ali boleh
menambahkan nilai aset Ali, bagaimana?
Keperluan dalam menambah pendapatan
adalah pilihan Ali bagi mencapai 2K yang lain iaitu kahwin dan kediaman. Ali menggunakan aset yang dibeli tadi untuk membuat
kerja sambilan seperti pemandu Uber dan Grab. Berikut adalah kiraan pendapatan
Ali sehari, seminggu dan setahun.
Kiraan average pendapatan Ali
Average pendapatan sehari termasuk sabtu, ahad dan
cuti umum
Minimun RM100 sehari tolak belanja
tol dan petrol RM30, Ali dianggarkan mendapat RM70 sehari, RM490 seminggu
danRM25,200 setahun pendapatan tambahan Ali. Sekiranya Ali mengidamkan membeli
rumah dan menampung majlis perkahwinannya, Ali hanya perlu menuggu2 tahun bagi
mencapainya.
Jumlah hasil 2 tahun ialahRM50,400.
Dengan hasil ini, Ali akan tersenyum melihat impiannya tercapai.
*Ali memilih 20% untuk majlis
perkahwinan, 40% untuk deposit rumah termasuk kelengkapan rumah, 40% untuk
simpanan atau pelaburan.
Setakat ini sahaja coretan penulis.
Tulisan ini adalah hasil daripada pengalaman semasa anak muda.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Ketahuillah wahai saudaraku para juru dakwah, sesungguhnya Allah Subhanahu Wata’ala pasti mengenakan cubaan kepadamu. Dia akan menguji ha...
-
Sedikit perkongsian daripada kuliah tentang jaga lidah, penulisan ini berdasarkan isi kuliah adDin bertempat di Masjid Sultan Salahudin Abdu...
-
Ayoyo...lama penulis tidak bersua? Kenapa.?..urusan dunia semata-mata? Kini, diri penulis terjeluak untuk menulis tentang wanita. Terl...
-
Aku sempat menjenguk sebentar bimbingan tentang solat khauf oleh US. NIDZOMUDDIN B. AHMAD yang begitu jelas menceritakan tentang asal usul s...
-
Pernah hatiku terpaut mengenai satu iklan, “Pencarian Bakat Dikir Barat Peringkat USIM”, huh berdebar-debar hatiku. Sebelum ini, apa yang...
-
Bersama semula anda dengan PC. Kali ini kita akan membincangkan satu perkara yang mungkin tidak pernah kita fikirkan iaitu isu-isu berkaita...
-
Musibah atau Muhasabah? Dalam mencari hikmah ujian-ujian yang dikurniakan oleh Allah SWT…………. Bismillah...
0 Response to "KERETA BARU SUATU KEPERLUAN ATAU IDAMAN?"
Catat Ulasan