Tarikh | Pengisian |
07/08/2011 Ahad | 8.30-12.00 tengahari Gotong-royong kawasan dan Membaiki tandas fasa 1-membersihkan tandas dan membaiki kerosakan 1.00-2.00 petang Solat zohor dan rehat 2.30-4.00 petang Kelas iqra’ 4.15-5.00 petang Solat asar dan rehat 5.30-6.30 petang Mari menuju kejayaan- (pembelajaran tentang solat) 6.30-7.30 malam Penyediaan berbuka puasa secara kecil-kecilan 7.30-8.00 malam Solat Maghrib 8.15-9.15 malam Solat isyak dan solat terawih secara berjamaah |
08/08/2011 Isnin | 4.00-4.30 pagi Qiamullail 4.30-5.00 pagi Gerak sahur 5.00-5.30 pagi Sahur 6.00-6.30 pagi Solat subuh 6.30-7.00 pagi Kuliah subuh 8.00-10.30 pagi Kelas 3M 10.30-11.00 pagi Rehat 11.00-12.30 tengahari Kelas 3M 1.00-2.00 petang Solat zohor dan rehat 2.30-4.00 petang Kelas iqra’ & Persediaan ’Kamilah usahawan’ 4.15-5.00 petang Solat asar dan rehat 5.00-6.50 petang Kamilah usahawan 6.50-7.30 malam Penyediaan berbuka puasa secara kecil-kecilan 7.30-8.00 malam Solat Maghrib 8.15-9.15 malam Solat isyak dan solat terawih secara berjamaah |
09/08/2011 Selasa | 4.00-4.30 pagi Qiamullail 4.30-5.00 pagi Gerak sahur 5.00-5.30 pagi Sahur 6.00-6.30 pagi Solat subuh 6.30-7.00 pagi Kuliah subuh 8.00-10.30 pagi Kelas 3M 10.30-11.00 pagi Rehat 11.00-12.30 tengahari Kelas 3M 1.00-2.00 petang Solat zohor dan rehat 2.30-4.00 petang Kelas iqra’ & Persediaan ’Kamilah usahawan’ 4.15-5.00 petang Solat asar dan rehat 5.00-6.50 petang Kamilah usahawan 6.50-7.30 malam Penyediaan berbuka puasa secara kecil-kecilan 7.30-8.00 malam Solat Maghrib 8.15-9.15 malam Solat isyak dan solat terawih secara berjamaah |
10/08/2011 Rabu | 4.00-4.30 pagi Qiamullail 4.30-5.00 pagi Gerak sahur 5.00-5.30 pagi Sahur 6.00-6.30 pagi Solat subuh 6.30-7.00 pagi Kuliah subuh 8.00-9.30 pagi Bertolak ke USIM untuk ’Impian menjadi kenyataan’ 9.30-10.30 pagi Kuliah 10.30-11.00 pagi Rehat 11.00-12.30 tengahari Lawatan ke perpustakaan USIM 1.00-2.00 petang Solat zohor dan rehat 2.30-4.00 petang Seni satu pilihan & persediaan ’Kamilah Usahawan’ 4.15-5.00 petang Solat asar dan rehat 5.00-6.50 petang Peserta ’impian menjadi kenyataan’ bertolak pulang Kamilah usahawan 6.50-7.30 malam Penyediaan berbuka puasa secara kecil-kecilan 7.30-8.00 malam Solat Maghrib 8.15-9.15 malam Solat isyak dan solat terawih secara berjamaah |
11/08/2011 Khamis | 4.00-4.30 pagi Qiamullail 4.30-5.00 pagi Gerak sahur 5.00-5.30 pagi Sahur 6.00-6.30 pagi Solat subuh 6.30-7.00 pagi Kuliah subuh 8.00-10.30 pagi Kelas 3M 10.30-11.00 pagi Rehat 11.00-12.30 tengahari Kelas 3M 1.00-2.00 petang Solat zohor dan rehat 2.30-4.00 petang Sukaneka & Persediaan ’Kamilah usahawan’ 4.15-5.00 petang Solat asar dan rehat 5.00-6.50 petang Kamilah usahawan 6.50-7.30 malam Penyediaan berbuka puasa secara kecil-kecilan 7.30-8.00 malam Solat Maghrib 8.15-9.15 malam Solat isyak dan solat terawih secara berjamaah |
12/08/2011 Jumaat | 4.00-4.30 pagi Qiamullail 4.30-5.00 pagi Gerak sahur 5.00-5.30 pagi Sahur 6.00-6.30 pagi Solat subuh 6.30-7.00 pagi Kuliah subuh 8.00-10.30 pagi Kelas 3M 10.30-11.00 pagi Rehat 11.00-12.30 tengahari Kelas 3M 1.00-2.00 petang Solat zohor dan rehat 2.30-4.00 petang Kelas iqra’ & Persediaan ’Kamilah usahawan’ 4.15-5.00 petang Solat asar dan rehat 5.00-6.50 petang Kamilah usahawan 6.50-7.30 malam Penyediaan berbuka puasa secara kecil-kecilan 7.30-8.00 malam Solat Maghrib 8.15-9.15 malam Solat isyak dan solat terawih secara berjamaah |
13/08/2011 Sabtu | 4.00-4.30 pagi Qiamullail 4.30-5.00 pagi Gerak sahur 5.00-5.30 pagi Sahur 6.00-6.30 pagi Solat subuh 6.30-7.00 pagi Kuliah subuh 8.30-12.00 tengahari Khidmat komuniti mengikut pembahagian kumpulan (sesi 2) 1.00-2.00 petang Solat zohor dan rehat 2.30-4.00 petang Kelas iqra’ & Persediaan ’Kamilah usahawan’ 4.15-5.00 petang Solat asar dan rehat 5.00-6.50 petang Kamilah usahawan 6.50-7.30 malam Penyediaan berbuka puasa secara kecil-kecilan 7.30-8.00 malam Solat Maghrib 8.15-9.15 malam Solat isyak dan solat terawih secara berjamaah |
14/08/2011 Ahad | 4.00-4.30 pagi Qiamullail 4.30-5.00 pagi Gerak sahur 5.00-5.30 pagi Sahur 6.00-6.30 pagi Solat subuh 6.30-7.00 pagi Kuliah subuh 8.30-12.00 tengahari Membaiki tandas fasa 2-mengecat dan mempamerkan doa-doa berkaitan 1.00-2.00 petang Solat zohor dan rehat 2.30-4.00 petang Kelas iqra’ & Persediaan ’Kamilah usahawan’ 4.15-5.00 petang Solat asar dan rehat 5.00-6.50 petang Kamilah usahawan 6.50-7.30 malam Penyediaan berbuka puasa secara kecil-kecilan 7.30-8.00 malam Solat Maghrib 8.15-9.15 malam Solat isyak dan solat terawih secara berjamaah Majlis penutup Eksplorasi Perkampungan Orang Asli 2011dan persembahan penutup |
Buletin : EXPLORASI PERKAMPUNGAN ORANG ASLI (EPOS’11)
Dicatat oleh
Pencari Cahaya (PC)
On
Ahad, Ogos 21, 2011
Pada minggu yang lalu, Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) dengan kerjasama Sekretariat Sukarelawan Mahasiswa (SKM) telah menganjurkan program Explorasi Perkampungan Orang Asli (EPOS’11) bermula 7 Ogos sehingga 14 Ogos buat kali kedua selepas program pertamanya pada tahun lepas. Program ini yang bertemakan “Kemasyarakan Rukun Keharmonian”, telah berjaya mencapai objektifnya iaitu: 1. Mendekati dan menyelami masyarakat orang asli bagi memastikan dakwah yang berkesan dapat disampaikan.2. Memberi pendekatan pendidikan secara formal dan tidak formal kepada masyarakat orang asli supaya mereka tidak ketinggalan dalam arus pendidikan yang begitu pesat.3. Memberikan pengetahuan dan pendedahan berkaitan tugas serta urusan berkaitan pengurusan program agar lebih mahir mengendalikan persatuan seperti simulasi dan praktikal dalam penyediaan kertas kerja, minit mesyuarat, sistem fail dan teknik komunikasi berkesan serta pengucapan umum.
Aktiviti 3M (membaca, menulis dan mengira) telah membuka hati para pelajar daripada masyarakat orang asli tentang kepentingan pendidikan di masa kini. Tujuan utama 3M dilaksanakan adalah memberi pendedahan khusus terhadap golongan pelajar masyarakat orang asli dalam tiga asas utama iaitu membaca mengira dan menulis. 3M ini amat penting untuk melahirkan generasi yang berilmu seiring dengan arus pendidikan yang begitu pesat. Di samping itu, 3M juga dapat menjana minda para pelajar dan memupuk minat pelajar dalam menuntut ilmu disamping membantu meningkat taraf pendidikan anak-anak masyarakat orang asli. Menurut Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Tekir, kekurangan dorongan untuk belajar daripada keluarga menjadi aspek penurunan taraf pendidikan di kalangan masyarakat orang asli. Justeru itu kesedaran masyarakat tentang kepentingan pendidikan amat penting bagi melahirkan masyarakat yang berpendidikan di masa akan datang .
Gerak sahur juga menjadi modul utama program EPOS ini. Menjadi kebiasaan bagi umat manusia yang lemah untuk bangun pagi dan aktiviti ini dijadikan keperluan utama dalam membangunkan kerohanian kepada masyarakat orang asli dan para urusetia sendiri. Aktiviti seperti ini melatih para urusetia mengambil berat tentang kepentingan bersahur, kemahiran berkomunikasi, kegigihan menjalankan dakwah dan lain-lain.
Selain daripada itu, program ini juga memupuk semangat sukarelawan dalam kalangan mahasiswa melalui khidmat komuniti. Pendedahan budaya bantu-membantu dikalangan urusetia dan masyarakat orang asli menjadikan ukhuwah antara kedua-dua pihak ini semakin erat. Sudah menjadi kewajipan bagi setiap muslim itu mengasihi muslim yang lain dan melalui khidmat kepada masyarakat ini membimbing para urusetia tentang kepentingan untuk berkhidmat masyarakat khususnya masyarakat orang asli.
Selain itu, usahawan juga merupakan aktiviti utama bagi program kali ini. Melalui aktiviti ini para peserta ditugaskan untuk berniaga di bazar ramadhan. Ini adalah peluang terbaik kepada para peserta untuk melatih diri mereka untuk berani dan kretif bagi menjayakan program ini. Disamping itu, program ini juga dapat memberi peluang kepada mereka menimba sedikit sebanyak pengalaman untuk menjadi usahawan yang berjaya.
Program EPOS ini juga menetengahkan tentang kepentingan kretiviti, bekerjasama dan nilai-nilai murni dengan menterjemahkannya di dalam aktiviti riadah. Aktiviti riadah pula memberi impak yang berbeza kepada masyarakat orang asli. Antaranya ialah memupuk jalinan silaturrahim dan toleransi antara masyarakat orang asli dan masyarakat luar, melahirkan kebolehan memahami dan menyesuaikan diri kepada dengan komuniti dan persekitaran kerja yang baharu. Menurut salah seorang penduduk di situ, adik Haikal,”Selama ini kami tidak pernah membuat sesuatu yang kreatif seperti ini”. Beliau bercakap sambil menerima hadiah pemenang bagi aktiviti “Seni Satu Pilihan”.Selain itu, aktiviti riadah agak berpotensi membina keyakinan dan potensi diri dalam melahirkan masyarakat orang asli agar lebih berketerampilan
Program ini juga melatih para urusetia berkomunikasi dengan baik dengan penduduk kampung. Tema “Kemasyarakatan Rukun Keharmonian” dijadikan sebagai penggalak para urusetia untuk menggunakan kemahiran berkomunikasi dengan lebih matang. Selain itu sikap suka bekerjasama antara urusetia dan penduduk melahirkan masyarakat yang bersifat terbuka dan bersosial secara sihat antara masyarakat sekaligus melunturkan jurang komunikasi dan perhubungan antara mereka.
Program EPOS ini menutup tirainya dengan majlis penutup yang dihadiri oleh pegawai dari Hal Ehwal Pelajar USIM, wakil Baitulmal, dan wakil penduduk kawasan Labu. Majlis penutup ini dihadiri oleh lebih 60 orang penduduk dan seramai 18 orang urusetia turun padang bagi memperkemaskan lagi majlis penutupan tersebut. Para hadirin juga dihidangi dengan persembahan lagu ”HambaMu” oleh para urusetia termasuk pengarah program. Ini melatih para urusetia untuk membiasakan diri mereka dengan kehidupan tradisional masyarakat orang asli terutamanya masyarakat orang asli di kg. Tekir. Menurut En. Muhammad Rahmat Abdullah, Pegawai Bahagian Hal Ehwal Pelajar para penggerak program haruslah meneruskan program sebegini di masa yang akan datang khususnya di peringkat Kg. Tekir. Pesanan daripada pengarah program, En. Mohd Hafiz Ihsan Bin Mohd Hassan bahawa program sebegini dapat membuka mata para mahasiswa tentang kewujudan dan kedaifan pendidikan di kalangan masyarakat orang asli. Secara keseluruhannya, program ini mendapat sambutan sepenuhnya daripada masyarakat kampung Tekir dan ucapan penghargaan kepada para urusetia yang menjadi nadi penggerak program EPOS’11 ini. InsyaAllah, EPOS’12 menanti anda!
TENTATIF
PROGRAM EXPLORASI PERKAMPUNGAN ORANG ASLI (EPOS’11)
Sekalung tahniah PC hulurkan buat para penggerak EPOS'11 samada ang terlibat secara langsung atau tidak langsung...Antara penggerak EPos'11 ialah:
Urusetia Pelajar
Program Explorasi Dakwah Perkampungan Orang Asli (EPOS’ 11)
Pengarah Program
Mohd Hafiz Ihsan bin Mohd Hassan (FEM)
Setiausaha I
Noor Najwa binti Shaari (FPBU)
Setiausaha II
Rafidah binti Wahab @ Abdul Wahab (FKP)
Bendahari I
Mohd Zulhilmi bin Abu Osman (FEM)
Bendahari II
Nur Farahain binti Muhamad (FEM)
Biro Perhubungan dan Tugas Khas
Ahmad Faiz bin Alauddin (FST)
Mohd Nazreen Aslam bin Bahrom (FST)
Mohamad Alsofiah bin Adli (FPQS)
Biro Kebajikan
Muhammad Abdullah bin Asmaon (FKP)
Biro Kebudayaan dan Pengangkutan
Tajul Arifin b. Othman (FST)
Mohd Nur Faizuddin bin Abas (FPBU)
Biro Jamuan
Munirah binti Mukhyuddin (FSU)
Nadzirah binti Mazlan (FKP)
Zawiah binti Abdullah (FPQS)
Biro Pengisian dan Kerohanian
Siti Nur’ain binti A. Rahman (FEM)
Biro Penerbitan dan Dokumentasi
Muhammad Ubaydullah bin Khairuddin (FST)
Nor Hazwani binti Mohd Azahari (FST)
Mohamad Suhaimi Bin Masri (FPQS)
Blog PC dalam pembikinan semula...insyaAllah PC akan letakkan gambar2 di dalam galeri.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Ketahuillah wahai saudaraku para juru dakwah, sesungguhnya Allah Subhanahu Wata’ala pasti mengenakan cubaan kepadamu. Dia akan menguji ha...
-
Sedikit perkongsian daripada kuliah tentang jaga lidah, penulisan ini berdasarkan isi kuliah adDin bertempat di Masjid Sultan Salahudin Abdu...
-
Ayoyo...lama penulis tidak bersua? Kenapa.?..urusan dunia semata-mata? Kini, diri penulis terjeluak untuk menulis tentang wanita. Terl...
-
Aku sempat menjenguk sebentar bimbingan tentang solat khauf oleh US. NIDZOMUDDIN B. AHMAD yang begitu jelas menceritakan tentang asal usul s...
-
Pernah hatiku terpaut mengenai satu iklan, “Pencarian Bakat Dikir Barat Peringkat USIM”, huh berdebar-debar hatiku. Sebelum ini, apa yang...
-
Bersama semula anda dengan PC. Kali ini kita akan membincangkan satu perkara yang mungkin tidak pernah kita fikirkan iaitu isu-isu berkaita...
-
Musibah atau Muhasabah? Dalam mencari hikmah ujian-ujian yang dikurniakan oleh Allah SWT…………. Bismillah...
0 Response to "Buletin : EXPLORASI PERKAMPUNGAN ORANG ASLI (EPOS’11)"
Catat Ulasan