Wahai Ikhwah Sekalian

Posted by Pencari Cahaya Dalam Misi Mencari Cahaya Ilahi

Ya ayuhal ikhwah, Antum perhatikan bagaimana Allah telah menciptakan batu dan air yang mengalir di sungai ini. Antara batu dan air tidak ada pertikaian di antara mereka. Batu tidak pernah mengatakan, ‘Hai air kenapa bunyimu terlalu keras’ Atau air mempersoalkan, ‘Batu, kenapa kau ada disini.’ Tidak ada persengketaan diantara mereka; Mana hak saya… Mana kewajiban kamu… Tapi kenapa kita tidak mau mengambil ‘ibrah dari batu dan air? Kenapa kita mulai bercerai-berai, memikirkan ini hakku… ini hak saya… Ini kewajibanku… Itu kewajibanmu… Malu kita semua pada batu dan air! Ini saatnya antum semua bersatu, bekerjasama dalam ukhuwah Islamiyah… Allahu Akbar!

Featuring Post Example

Posted by TheBlogTemplates On Month - Day - Year

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at nisl. Nullam lorem mi, eleifend a, fringilla vel, semper at, ligula. Mauris eu wisi. Ut ante dui, aliquet nec, congue non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et maur...

Featuring Post Example

Posted by TheBlogTemplates On Month - Day - Year

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at nisl. Nullam lorem mi, eleifend a, fringilla vel, semper at, ligula. Mauris eu wisi. Ut ante dui, aliquet nec, congue non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et maur...

Featuring Post Example

Posted by TheBlogTemplates On Month - Day - Year

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at nisl. Nullam lorem mi, eleifend a, fringilla vel, semper at, ligula. Mauris eu wisi. Ut ante dui, aliquet nec, congue non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et maur...

Featuring Post Example

Posted by TheBlogTemplates On Month - Day - Year

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at nisl. Nullam lorem mi, eleifend a, fringilla vel, semper at, ligula. Mauris eu wisi. Ut ante dui, aliquet nec, congue non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et maur...

Ku jejaki alam dalam mencari redhaMu, ku tempuhi dugaan dalam menikmati suruhanMu, ku menangis kerana mengingatkan diriMu.....Temukankanlah si Pencari Cahaya dengan NurMu ya Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang

Diari Ramadhanku…Kekuatan di Bulan Ramadhan_antara kesabaran dan kejayaan bahagian 1

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Rabu, Ogos 24, 2011



Bismillahirrahmanirrahim

Seperti yang dirancang. Allah yang  telah memberikan diri ini suara untuk berkata-kata. Tanpanya mungkin di Ramadhan ini aku di kampung halaman sepenuhnya. “PC nk buat pengumuman sedikit kawan-kawan. InsyaAllah, PC sedang memerhatikan untuk melaksanakan program Eksplorasi Perkampungan Orang Asli 2011”. Kataku kepada sahabat MUSIM MASEAN’11 yang lalu. Alhamdulillah aku mendapat perhatian untuk meneruskan program ini. Jika 3 bulan yang lalu, aku hanya merancang untuk menunrunkan 5 sukarelawan sahaja untuk berkampung di Perkampungan Orang Asli di bulan Mulia, tetapi Allah telah menghantar 20 hamba-hambanya yang terpilih untuk sama-sama mengikutinya. Itulah permulaan kisah EPOS’11 yang telah menutup tirainya pada malam 15 Ramadhan 1432H. Seperti biasa PC akan mulakan ceritanya dengan sejambak puisi……

Ramadhan
Dalam kau hadir aku tidak bersendirian
Dalam senyap ku bersedih aku ketinggalan
Menghirup udara segar diriku menangis
Menatap kalendar hijri aku tersedu
Apakah masih ada Ramadhan untukku?

Ramadhan
Bukan waktu untuk di sia-siakan
Bukan bulan untuk di guna-gunakan
Amal perbuatan dan keikhlasan tempat dibentuk
Harta dan jiwa digadaikan untukmu
Dalam mendapatkan keredhaanNya

Ramadhan
Menjelangmu hatiku bersungguh-sungguh
Menunggu pulangmu hatiku redup sedikit
Apakah masih ada Ramadhan untukku?
Masihkan ada peluang untuk aku melepaskan rindu
Mendapatkan malammu yang nilainya lebih daripada seribu

Ramadhan
 Hari berganti hari
Cinta berganti rindu
Hatiku masih jauh dengan Pemilikmu
Fikiranku nun jauh dengan pengertianmu
Apakah amalan ibadahku sia-sia menumbuhi lumut-lumut di sisi?

Ramadhan
Hati-harimu penuh dengan cabaran
Maksudmu mula menyinari pencarimu
Namun susah untuk diriku berkata-kata
Mencari pengertianmu yang begitu mendalam
Bagaimanakah?
Mengapakah?
Ia akan kembali kepada fitrahmu……

Tanggal 3 Ogos 2011 bersamaan 3 Ramadhan 1432H adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh para sukarelawan.

Firman Allah Taala dalam Surah ali-Imran ayat 110.
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan bagi manusia, kamu menyuruh kepada makruf, mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah Taala.”


Malam 3 Ramadhan 1432: Alhamdulillah, selepas solat isya’dan terawih bersama-sama, aku memberikan sedikit nafas baru buat para urusetia yang akan turun dalam medan dakwah. Tidak kira , ia adalah pengalaman pertama atau ke berapa Cuma keikhlasan yang mahu dibentuk. Segala persediaan disentuh di dalam perbincangan. Malam itu perutku menyatakan sesuatu. Aku keluar sebentar dan kembali seperti orang baru berkuasa.

Tiba-tiba……..ring……..ring……..lagu we wil not go down berbunyi menyatakan panggilan daripada seseorang dikenali….telefonku menyatakan namanya (dalam slang English) iaitu Mak Cik Gayah. Dalam mirip tergesa-gesa aku meninggalkan rakan-rakan untuk keluar kembali. Wajahku berubah menahan kelaparan dakwah. Sungguh kejutan elektrik yang menyatakan.

Firman Allah:
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu atau tunduk kepada mereka)……
Al-Baqarah 120

Aku menerima berita bahawa program besok terpaksa dibatalkan dan ditangguhkan. Inilah ujian pertama yang aku rasai di dalam bulan mulia ini. Hatiku tidak terkapai-kapai tetapi apakah jawapan yang harus aku berikan kepada rakan-rakan. Sungguh tribulasi kehidupan sedah disusun olehNya. Pesta buah-buahan yang menjadi dalang penangguhan program. Rancangan kafirin tidak akan pernah henti jika tanpa mujahidin yang sanggup menghadapinya. Dalam kegusaran berbicara dengan makcik Gayah, aku terus memberikan sedikit jalan untuknya menghadapinya bagi pihak kampung. Jika kekerasan dibuai dengan kelembutan barulah keseimbangan akan mulai menampakkan hasil.

Pada waktu aku mengumunkan laporan tentang program esok hari, kawan-kawan masih seronok berbicara tentang perjalanan program. Dengan perlahan aku menyuarakannya dan masing-masing menoleh sesame sendiri mencari jawapan untuk dijawab. Namun, setelah diberikan sedikit syarahan, Alhamdulillah kesemua mengangguk tanda menerima. Cuma, apakah yang akan dibuat 4 hari sebelum menyambung pengajian dakwah dalam EPOS’11 nanti? Mulutku tiba-tiba menyebutkan, “kawan-kawan, besok kita akan ada meeting berkenaan team building yang akan diadakan nanti”. Spontannya mulut bercakap, seperti pisau yang tajam menghiris daging yang lembut.

Firman Allah Taala dalam surah al-An’am ayat 122, maksudnya :
“Dan apakah orang yang sudah mati hatinya kemudian kami hidupkan dan kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang-orang yang keadaannya berada dalam keadaan yang gelap gelita yang sekali-kali tidak dapat keluar daripadanya?”


Malam itu perasaan aku berceramuk dengan apakah jenis team building yang akan dibuat. Hanya Dia yang tahu mengenai  perjalanan hidupku. Dengan lafaz bismillah, aku melelapkan mata tanda setuju.

Selepas sahur dan tadarrus, aku menerima sms daripada setiausaha mengenai team building yang akan diadakan. Semalam sudah dirungkaikan persoalan ini tetapi jawapanku masih samar-samar. Ya Allah, dengan kuasaMu, tanganku menaip pantas perjalanan 3 hari yang akan datang. Dengan 1 fikiran selama 3 minit lebih kurang, semua idea keluar seperti cendawan baru tumbuh. Aku masih ingat lagi idea 2 minitku dahulu yang memberikan gelaran raja RP. Tapi hatiku sedih pabila dipuji kerana semuanya sebenarnya datang daripadaNya  dan kita semua masih tidak mengenaliNya dengan sepenuhnya.

Pagi itu, aku bergegas ke pejabat. Walaupun ideanya keluar, tetapi aku masih belum dapat mendetailkan segalanya. Pengalaman dalam membuat team building memang tiada dalam kamus hidupku lagi.  Komputer dibuka dan jari mula tangkas menaip jadual team building. Macam biasa, akulah orang yang pertama yang sampai  pejabat. Mungkin semua dalam pekerjaan yang perlu diaulakan, fikirku. 


Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Strategi disusun dan jari menaip. Kehidupan mengaitkan masa, aku tidak mempunyai masa untuk berceloteh dalam onak kepalaku. Terus aku printkan dan fotostat sebagai hidangan meeting pagi itu. Antara pengisian yang menjadi pilihan ialah:

Pembentangan ice breaking dan praktikal/solat dhuha/Dakwah dalam al-Quran dan tuntutannya/ Dakwah in Exam/ Pengurusan dalam berprogram/ Before and After (aku pandai bercakap rupenye)/Bible dan pengikutnya/Iqra/Marilah sembahyang/lagu tema/Seni satu pilihan/

Alhamdulillah, ucapan syukurku padaNya, program ini berjaya dalam mencapai objektifnya. Cuma, aku runsing jika ia hanya difikirkan sebagai pemenuh masa lapang sahaja. Petangnya seperti biasa. Aku ke kedai mencari barang untuk santapan berbuka. Kami bertukar-tukar rasa. Ada hari, muslimin yang masak, ada hari muslimat yang masak. Cuma, setiap malam kami berbuka dan berterawih bersama-sama. Setiap muslimin diberikan tiket percuma untuk menjadi imam dan bilal. Pembahagian ini penting untuk para urusetia lelaki mengetahui kewajipannya sebagai seorang pemimpin dan seterusnya dapat mengeratkan lagi silaturrahim.

Aku masih teringat saat aku menjadi pembaiki paip. Bukan untuk menunjukkan kehebatan tetapi memang kerjaku untuk kearah kebajikan. Nama diberi ibunda untuk diri ini menjadi seperti nama dan pengikut jalanNya sentiasa. Setelah mengkaji, 2-3 perkara, satu mesin paip rekaan sendiri aku hasilkan. Tujuannya untuk menghapuskan kerak-kerak yang berada disekeliling supaya air bisa mengalir seperti biasa. Namun, kerja ini bukanlah semudah seperti rekaan cerita dalam fikiran. Aku mengmbil masa untuk bersabar dalam menghadapinya. Dulu baiki paip, sekarang baiki rumah. Soretan peristiwa kini. (present  tense)

Seperti biasa, selepas berterawih, kami akan bersukan sedikit untuk membuang segala toksik-toksik dalam badan. Badminton menjadi pilihan. Kekuatan tanganku masih ditahap lama disebabkan oleh kecederaan yang dialami dahulu. Dalam mengejar kemenangan, aku menghabiskan 2 jam sebelum pulang. Sungguh teruja. Dalam bulan puasa pum masih segagah ini. Permainan ini banyak melatih diri ini untuk bersabar dan ikhlas dalam bermain. Kenapa? Sebabnya ialah kita main bukan untuk menang tapi kerana Allah, kerana ukhuwah. Kalah dan menang memang pasangannya. Kepada kawan-kawan, teruskan menghayati permainan ini dengan mata hati anda. Sungguh banyak ibrah dalam aktiviti sukan ini. Anda adalah pemain yang terbaik!

Hari-hari yang ditunggu tiba. Pagi itu, aku datang awal ke rumah 101 (port EPOS’11). Namun, hanya bunyi motorku sahaja kedengaran. Dalam menunggu, aku menghala motorku keluar kawasan. Sms ditekan mencari rakan-rakan. Tidak beberapa lama kemudian, 2 buah van usim datang. Alhamdulillah satu buah van penuh diisikan barang-barang dan sebuah lagi dipenuhi rakan-rakan yang tidak berkenderaan. Aku tersedu-sedu ketawa di dalam perjalanan. Berita yang tidak diundang sampai diinboxku. Van tak dapat masuk kampung! Dari jauh aku memikirkan tentang pagar yang sentiasa ditutup oleh warga kelapa sawit. Tujuannya adalah untuk mengelakkan lori-lori luar masuk mencuri hasil kelapa sawit. Selepas menyelesaikan perkara tersebut, satu lagi masalah kedengaran. Sesat!....sekali lagi hatiku berdentum. Mungkin hari pertama adalah hari pembuka pengalaman. Banyak pengalaman yang ditimba. 


Waktu kian tiba. Aktiviti pertama kami adalah membersihkan kawasan program. Terlebih dahulu aku menyatakan kepada sahabat untuk bersuci(samak) selepas bergotong-royong. Pada mulanya mereka tidak mengendahkan, Tetapi selepas melihat botol-botol arak bertaburan barulah mereka faham tentang situasi sebenar. Malam sebelum kami datang adalah malam penutup bagi Pesta Durian. Memang menjadi kebiasaan pesta atau majlis besar-besaran akan dipenuhi dengan sampah. Begitulah najis-najis arak yang bertaburan. Ujian pertama ditempuh menjadi pengajaran buat para pemegang janji dakwah.

“Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat ALLAH, nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.”
Surah Ibrahim: ayat 34

Aku seperti biasa akan mengambil tugas tidak seperti yang lain. Mataku meliar melihat pendakwah-pendakwah bekerja dengan enaknya. Tugasku membersihkan tandas. Begitu payah untuk menghilangkan kekotorannya. Tandas yang berusi hamper berpuluh tahun itu tidak dapat dikilaukan dengan tangan ini. (sampai sekarang masih ditahap warna yang sama tapi insyaAllah PC akan usahakan menukarkannya kembali p/s: program hari raya). Petangnya kami menghabiskan masa untuk menyiapkan juadah berbuka dan mengadakan sedkit perbincangan mengenai program pada besoknya. Hari ini adalah 7 Ramadhan 1432h.

Malamnya, surau tekir kembali berkilau cahaya para muslim yang beriman. Tidak seperti program yang lepas yang berkilau sekejap dan berhenti sekejap (program berkala-pengenalan EPOS’10). Bunyi selawat ke atas Nabi memenuhi ruang udara. Umat Islam daerah turun menunaikan solat terawih berjemaah. Sungguh hatiku sayu melihat ikatan antara para ikhwah semua. Tanpa memandang status diri, kami bekerjasama membetulkan dan berkongsi. Selepas terawih, para jemaah dijamu dengan moreh yang disediakan penggerak. Para jemaah mula merasai tentang keindahan islam. Hubungan dipupuk kukuh dengan erat. Sebelum melepaskan para daiyah tidur, sempat aku memberikan tazkirah mengenai esok hari. Pada paginya kami akan mula bangun awal, tepat jam 4pagi dan bergerak untuk aktiviti gerak sahur rumah ke rumah. Pada mulanya aktiviti ini amat menggerunkan tetapi dengan semangat dari Ilahi kami dapat menyempurnakannya.


Pagi yang hening. Dipenuhi dengan mukjizat ciptaanNya. Para sukarelawan dikejutkan dan bangun mengerjakan ibadah malam. Selepas itu, mereka dikumpulkan dan dipersiapkan sebatang buluh sebagai senjata. Seperti yang dijanjikan, separuh muslimat sahaja yang keluar di jalan gelap pagi ini. Ini kerana separuh lagi akan berada di dapur menyiapkan juadah untuk bersahur. Perjalanan yang dimulakan niat yang suci Berjaya menarik para masyarakat untuk bangun bersahur bersama. Lorong ke lorong, rumah ke rumah dilalui dengan dipenuhi salakan anjing. Alhamdulillah tiada tragedi yang berlaku pada pagi itu. Biarpum sedikit yang turun tetapi kesyukuran dipanjatkan kepada Ilahi yang memerintahkan.

Selepas bersahur, kami bersolat subuh secara berjemaah. (antara solat yang dituntut berjemaah dan tinggi fadilatnya). Selepas doa dibacakan, kini slot kuliah subuh mula berbicara. Aku memulakan bicara ini dengan menyentuh Ramadhan yang sedang berlangsung. Penerangan secara general tetapi penuh itu terpaksa aku khabarkan untuk mengelak kesilap fahaman. Jika mengikut perjalanan dakwah, ia tidak boleh sama sekali dibicarakan. Alhamdulillah kuliah ditamatkan dengan beberapa kuiz. Dan kuiz ini menyatakan kefahaman merekan mengenai apa yang diperkatan. Senyuman bibir penerima hadiah menusuk hatiku tentang perjalanan dakwah yang begitu indah.

Pagi itu seperti di dalam jadual, 3M mula membuka lembarannya. Setelah hamper 45 minit berbincang dengan Guru Besar Tekir, En. Jalaluddin bin Rahmat, persetujuan dicapai. 3M hanya diberikan tempoh selama 1 jam sahaja. Kekuatan jentera 3M pada hari permulaan amat mengkagumkan. Pelajar-pelajar mulai rapat dengan para fc dan memudahkan komunikasi dan pembelajaran. Sebaliknya, satu kumpulan lagi bersiar-siar memikirkan tentang ‘Kamilah Usahawan’ yang bakal membuka tirainya pada petang nanti. Selepas persetujuan dibuat, samosa,roti sardine, nugget dan air bandung cincau menjadi pilihan. Para penggerak mula bersiap-siap. Pelbagai usaha dibuat untuk menyiapkan juadah. Sementara itu, program diteruskan dengan bacaan iqra’ oleh kanak-kanak. Namun, pendekatan awal tidak menjadi apabila tidak ramai diantara mereka tidak menghiraukan dan berminat tentangnya.


Pada petangnya, aku bersama 3 orang rakan ke tempat jualan  juadah berbuka, di hadapan tempat pasar malam Labu. Sementara yang lain beriadah bersama penduduk dan menyiapkan juadah berbuka. Sungguh cepat masa berlalu. Kuih-kuih jualan kami belum mendapat tempat. Air bandung  pula hanya keuntungan seringgit dua. Melihat keadaan itu, akak (tempat jualan) menolong kami untuk menjualkannya. Alhamdulillah. Walaupun pendapatan tidak seberapa, tetapi ia cukup untuk perbelanjaan harian program. Untuk pengetahuan, kami para sukarelawan terpaksa menanggung segala perbelanjaan program. Ini kerana kelambatan dana daripada pihak Majlis Agama yang berjumlah kira-kira RM 9000. Namun begitu, itu tidak menjadi halangan untuk meneruskan juang dakwah. Allah adalah penolong kami. Allah sentiasa bersama kami. Hasil jualan dicampur duit sukarelawan cukup-cukup memperkemaskan program EPOS’11 kali ini.

Allah berfirman dalam surat al-Taubah ayat 122 yang bermaksud : Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka Telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya.(Q.S.9.122 ).


 Dalam berbuka di bawah payung jualan, kami dihidangi abang  alAdam dan isterinya juadah yang begitu enak sekali. Dalam ketika itu, kami diajar teknik-teknik menjual, cara pembuatan samosa, roti sardine dan lain-lain. Walaupum diri ini terasa dengan herdikan awal, tetapi aku teruja melihat gelagat abang alAdam yang ikhlas untuk berkongsi. Inilah bahagian yang paling ku rindui. Belajar dari kesilapan. Allahuakbar!

Nantikan bahagian kedua nanti!





0 Response to "Diari Ramadhanku…Kekuatan di Bulan Ramadhan_antara kesabaran dan kejayaan bahagian 1"

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular


    Solat dulu yup

    About Me

    Foto Saya
    Pencari Cahaya (PC)
    lahir kat 135 kampung hiliran masjid,21000 Kuala Terengganu, Terengganu, tinggal di Nabawan, Sabah selama beberapa tahun dan menetap di Kelantan selepas itu.....
    Lihat profil lengkap saya

    get this widget here

    Meh kecek smeta (jom berdialog)

    Followers

    5 Perkara