Read more...
Bismillahirrahmanirrahim…..
InsyaAllah PC mulakan perbincangan kita pada malam ini dengan firman Allah SWT dari surah alFath ayat 28:
هُوَ الَّذِى أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَكَفَى بِاللَّهِ شَهِيداً
“Dialah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang hak agar Dia menangkan agama itu terhadap semua agama. Dan cukuplah Allah sebagai saksi.”
Allah mengutuskan Nabi Muhammad saw sebagai utusan kepada kita semua bagi member penerangan mengenai agama yang paling benar iaitu agama Islam. Dan Islam itu adalah satu-satunya agama yang benar sebagaimana firmanNya dalam surah Al-Imran ayat 19:
إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللَّهِ الإِسْلَـمُ
' Sesungguhnya agama yang diakui disisi Allah ialah Islam '
Di sini PC mahu membincangkan satu perkara yang mungkin menjadi kekurangan bagi kita bagi menjawab persoalan Islamkah kita? Kebiasaannya kita bersatu di dalam satu jemaah atau persatuan atau organisasi walhal di institusi kekeluargaan sekalipum, kita masih dengan sikap kita iaitu untuk keduniaan semata-mata. Sebagai contoh di bawah:
Apakah tujuan anda berkahwin?
Tujuan saya berkahwin untuk menjaga maruah saya dan melahirkan zuriat….
Mengapa tidak jawapannya, aku menikah kerana agamu ya Allah, aku harap diriku dan zuriatku dapat membangunkan agamamu
Apakah kekuatan organisasi kamu?
Kekuatan organisasi ini kerana ukhuwah yang hebat, kami hebat di dalam segenap bidang, dan kami bersatu dengan menyelaraskan objektif-objektif persatuan ditubuhkan.
Mengapa tidak jawapannya, kami bersatu dalam organisasi ini adalah untuk menangkan agama Allah, kami bersatu kerana agama kami dan bukannya atas kehendak dan kepentingan kami. Kepentingan kami ialah agama Islam.
Read more...
Catatan Popular
-
Ketahuillah wahai saudaraku para juru dakwah, sesungguhnya Allah Subhanahu Wata’ala pasti mengenakan cubaan kepadamu. Dia akan menguji ha...
-
Sedikit perkongsian daripada kuliah tentang jaga lidah, penulisan ini berdasarkan isi kuliah adDin bertempat di Masjid Sultan Salahudin Abdu...
-
Ayoyo...lama penulis tidak bersua? Kenapa.?..urusan dunia semata-mata? Kini, diri penulis terjeluak untuk menulis tentang wanita. Terl...
-
Aku sempat menjenguk sebentar bimbingan tentang solat khauf oleh US. NIDZOMUDDIN B. AHMAD yang begitu jelas menceritakan tentang asal usul s...
-
Pernah hatiku terpaut mengenai satu iklan, “Pencarian Bakat Dikir Barat Peringkat USIM”, huh berdebar-debar hatiku. Sebelum ini, apa yang...
-
Bersama semula anda dengan PC. Kali ini kita akan membincangkan satu perkara yang mungkin tidak pernah kita fikirkan iaitu isu-isu berkaita...
-
Musibah atau Muhasabah? Dalam mencari hikmah ujian-ujian yang dikurniakan oleh Allah SWT…………. Bismillah...