Wahai Ikhwah Sekalian

Posted by Pencari Cahaya Dalam Misi Mencari Cahaya Ilahi

Ya ayuhal ikhwah, Antum perhatikan bagaimana Allah telah menciptakan batu dan air yang mengalir di sungai ini. Antara batu dan air tidak ada pertikaian di antara mereka. Batu tidak pernah mengatakan, ‘Hai air kenapa bunyimu terlalu keras’ Atau air mempersoalkan, ‘Batu, kenapa kau ada disini.’ Tidak ada persengketaan diantara mereka; Mana hak saya… Mana kewajiban kamu… Tapi kenapa kita tidak mau mengambil ‘ibrah dari batu dan air? Kenapa kita mulai bercerai-berai, memikirkan ini hakku… ini hak saya… Ini kewajibanku… Itu kewajibanmu… Malu kita semua pada batu dan air! Ini saatnya antum semua bersatu, bekerjasama dalam ukhuwah Islamiyah… Allahu Akbar!

Featuring Post Example

Posted by TheBlogTemplates On Month - Day - Year

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at nisl. Nullam lorem mi, eleifend a, fringilla vel, semper at, ligula. Mauris eu wisi. Ut ante dui, aliquet nec, congue non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et maur...

Featuring Post Example

Posted by TheBlogTemplates On Month - Day - Year

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at nisl. Nullam lorem mi, eleifend a, fringilla vel, semper at, ligula. Mauris eu wisi. Ut ante dui, aliquet nec, congue non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et maur...

Featuring Post Example

Posted by TheBlogTemplates On Month - Day - Year

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at nisl. Nullam lorem mi, eleifend a, fringilla vel, semper at, ligula. Mauris eu wisi. Ut ante dui, aliquet nec, congue non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et maur...

Featuring Post Example

Posted by TheBlogTemplates On Month - Day - Year

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at nisl. Nullam lorem mi, eleifend a, fringilla vel, semper at, ligula. Mauris eu wisi. Ut ante dui, aliquet nec, congue non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et maur...

Ku jejaki alam dalam mencari redhaMu, ku tempuhi dugaan dalam menikmati suruhanMu, ku menangis kerana mengingatkan diriMu.....Temukankanlah si Pencari Cahaya dengan NurMu ya Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang

Kuliah AdDin oleh Ustaz Ghazali Omar: “Jaga Lidah”

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Ahad, Mei 15, 2011

Sedikit perkongsian daripada kuliah tentang jaga lidah, penulisan ini berdasarkan isi kuliah adDin bertempat di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah.

Pengenalan kuliah
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:”Tidak dinamakan lurus keimanan seorang mukmin itu sehingga hatinya menjadi lurus, dan tidak lurus hatinya pabila tidak lurus hatinya apabila tidak lurus lidahnya.”
Hadis di atas menjelaskan kepentingan kita sebagai umat Islam untuk menjaga lidah bagi mengelakkan iman kita bengkok ke sasaran panahan api neraka. Mengenai sumpah pula dibicarakan bahawa Iman Syafie rahimahullah mengatakan bahawa “aku tidak akan bersumpah dengan nama Allah sekalipun pernyataanku itu betul atau salah”
Merujuk kepada kata-kata ini, Iman syafie begitu menjaga kepentingan lidahnya walhal dalam keadaan sumpah sekalipun. Ini menyatakan kepentingan lidah hanya bergantung kepada tahap kefahaman seorang mukmin dalam kehidupan seharian mereka.
Jiran adalah orang yang paling dekat dengan kita. Namun kejadian aneh berlaku pabila jiran dijatuhkan martabatnya dan direndah-rendahkan walaupun hanya setitis air paku jatuh ke seberang. Buah mulut menjadi hidangan untuk memuaskan nafsu yang menggulung.
Diriwayatkan daripada Aisyah ra dan Ibn Umar ra daripada nabi salallahualaihiwasalam yang bersabda : “ Selalu Jibril memesan kepadaku (supaya berlaku baik) perihal jiran sehingga aku seolah-olah menyangka mereka dapat mewarisi (harta pusaka)” .
Hari ini kita silap. Jiran yang martabatnya lebih tinggi daripada kaum kerabat menjadi sasaran kekasaran mulut kita.
Benda ni salah jiran,
Benda tu anak jiran,
Benda-benda jiran bagi, ambik.


 tk pernah bercakap baik dengan jiran sedangkan Allah berfirman yang bermaksud:
“Sembahlah Allah dan janganlah mensyirikkan-Nya dengan sesuatu dan berbuat baiklah kepada kedua ibubapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin , jiran tetangga yang berhubungan dekat atau yang jauh dan rakan teman..” (An-Nisa : 36).
Lalu sahabat Mu’ada bin Jabal r.a. pernah bertanya kepada Rasulullah SAW :”apakah kita ini juga akan diambil tindakan, karena apa yang kita lakukan(lisan) itu ya Rasulullah ?”.   Rasul SAW menjawab :”Hai, Ibnu Jabal, tidaklah manusia-manusia itu akan ditelungkupkan dengan hidungnya terlebih dahulu di neraka, melainkan karena apa yang dituai (dilakukan) oleh lidah-lidahnya” (diriwayatkan oleh Al Hakim)
Ibnu Mas’ud berkata :”Hai lidah, katakanlah yang baik, engkau pasti memperoleh kemanfaatan, diamlah dari berkata yang buruk, engkau pasti selamat sebelum engkau menyesal”
Rasulullah saw bersabda lagi yang bermaksud:”Barangsiapa yang mampu menahan lidahnya daripada perkara yang buruk, nescaya Allah akan tutup keaibannya”. Ada ayat lain mengatakan orang yang menahan marah, Allah akan menahan orang itu dari azabNya.
Keaiban di dalam hadis di atas cukup luas. Teringat daku pada waktu kecil berjalan di lorong-lorong rumah, aku mendengar si datuk menceritakan keburukan dirinya ketika waktu muda, “ Atuk dulu tidaklah sejahat budak sekarang, sikit-sikit sahaja, stakat untuk puas jea(ayat contoh keaiban). Jika si Datuk sejahat itu, si cucu pula bukan mengikut telunjuk keaiban tadi?
Ketahuilah, bahwa bahaya lidah itu besar. Tiada terlepas daripada bahayanya, selain dengan diam. Maka karena itulah, Agama memuji diam dan mengajak kepada diam. Nabi s.a.w. bersabda.



(Man shamata najaa).
Ertinya: "Barangsiapa diam, niscaya ia terlepas (dari bahaya)". (1. Dirawikan At-Tirmidzi dari Abdullah bin Umar, dengan sanad dla'if.). Dan sabda Nabi s.a.w.:



(Ash-shamtu hukmun wa qaliilun faa'iluh).
Ertinya: "Diam itu suatu hukum dan sedikitlah yang melaksanakannya' (2. Dirawikan Abu Manshur Ad-Dailami dari Ibnu Umar, dengan sanad dialf.).
Hukum pada hadits ini, ertinya: hikmah dan memikirkan akibat. Diriwayatkan oleh Abdullah bin Sufyan dari ayahnya, dimana ayahnya berkata: "Aku berkata: "Wahai Rasulu'llah! Khabarkanlah kepadaku tentang Islam, akan sesuatu hal, dimana aku tiada akan bertanya lagi tentang itu, kepada seseorang, sesudah engkau!".

Maka Rasulu'llah s.a.w. menjawab: "Katakanlah! Aku beriman dengan Allah. Kemudian engkau berpendirian teguh".

Ayah Abdullah itu meneruskan ceriteranya: "Lalu aku bertanya: "Apakah Yang aku pelihara?". Maka Nabi s.a.w. menunjukkan dengan tangannya kepada lidahnya". (1. Dirawikan At-Tirmidzi dan dipandangnya shahih.).
'Uqbah bin 'Amir berkata: "Aku bertanya: "Wahai Rasulu'llah! Apakah jalan kelepasan?".
Rasulu'llah s.a.w. menjawab: "Tahankan lidahmu! Hendaklah rumahmu memberi kelapangan bagimu dan menangislah atas kesalahanmu!". 
Orang tua-tua ada dua iktikaf.
1.         Iktikaf yang hak (di masjid) 
2.       Iktikaf roti canai
Macam mana dikatakan iktikaf roti canai wahai bapa-bapa sekalian? Cerita tentang dia ada, tentang dia ada dan dia. Kedai kopi menjadi tempat pengumpulan berita-berita terkini yang asli. Bagaimana pula dengan ibu-ibu.
Maaf yan para Ibu, Dahulu saya pernah jadi guru. Biasanya guru perempuan yang datang awal ke pejabat. Pada pagi itu saya datang awal. Riuh rendah pejabat yang penuh kesibukan itu dengan berita-berita sensasi. Entah kenapa ea, wanita-wanita sukakannya.



Sekarang kita liht pula tempat-tempat kegunaan lidah
1.Mengucap dua kalimah syahadah
Ada dua tiga kisah tentang syahadah ini yang pertama kisah alqamah yang sedang nazak tidak dapat mengucap. Hanya kerana kain sutera yang dibelikan alqamah untuk isterinya dan kepada ibunya kain biasa, si ibu terus merajuk dalam hiba. Rasulullah menggunakan psikologi iaitu menyatakan beliau akan membakar alqamah sekitanya si ibu tidak mahu memaafkannya. Dan kisah ini berakhir dengan keredhaan ibu alQamah.
2. Membaca al-Quran
Sabda Rasulullah s.a.w: “ Bacalah olehmu akan al-Quran sesungguhnya ia akan datang pada hari qiamat memberi syafa'at kepada pembacanya” 
Pahala tiap-tiap huruf Al-Quran dijelaskan dalam sebuah Hadis dari Ibnu Masud r.a dari Rasulullah s.a.w:

Daripada Ibnu Masud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda/; 
Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.

Mengenai pahala tiap-tiap ayat telah disebut dalam beberapa hadis antaranya yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w:

Sesiapa yang membaca Al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam tidak dimasukkan ke dalam golongan yang lalai.


Sesiapa yang memelihara sembahyang fardu tidak termasuk dalam golongan yang lalai dan sesiapa yang membaca 100 ayat pada satu malam dimasukkan ke dalam golongan yang taat.


Barangsiapa yang mendengarkan satu ayat daripada Al-Quran ditulis baginya satu kebajikan yang berlipat kali ganda dan barang siapa yang membacanya adalah baginya cahaya pada hari Qiamat.
3. Zikir
Nabi Yunus as diberikan ujian oleh Allah swt dengan ditelan dan tinggal di dalam perut ikan. Ini kerana disebabkan Nabi as berdakwah di tempat bukan yang diperintahkan Allah swt.
Kemudian Nabi as berzikir kepada Allah swt:
لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى‏ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ
“Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang lalim.”[1]
Allah swt di dalam al-Qur’an berfirman: “Maka Kami telah memperkenankan doanya dan menyelamatkannya daripada kedukaan. Dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang beriman.”[2]
Nabi Yunus as yang selamat dari perut ikan dan laut yang dalam, kembali ke tempat yang diperintahkan semula dan umat yang telah sadar semasa kepergian beliau as, mengerumuni beliau as dan memilih jalan suci dan penyembahan kepada Allah swt di depan mereka.
Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."


Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah.Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu.


Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur,bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."



Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anaknya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah s.a.w.ini.Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."

Nasihat ustaz kepada ahli jemaah supaya jangan kita mudah merajuk dalam segala apa rintangan dan pincangan.
4. Amar ma’ruf dan nahi mungkar
Melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar merupakan ukuran keimanan seseorang:

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan,
setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain;
mereka menyuruh yang ma’ruf dan melarang yang mungkar;
dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya.
Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
[al-Taubah 9:71]

Juga berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

Sesiapa di antara kalian yang melihat kemungkaran,
hendaklah dia mengubahnya (mencegah dan menghentikannya) dengan tangannya.
Jika dia tidak mampu maka ubahlah dengan lisannya.
Jika dia masih tidak mampu (maka ubahlah) dengan hatinya (dengan membencinya),
yang sedemikian adalah selemah-lemah iman.[1]

Adapun di atas tadi, kita membicarakan tempat kegunaan lidah atau tempat menimba pahaala, sekarang pula kita akan lihat lembah dosa yang akan dilalui pelaku.
1.Bercakap dalam perkara yang tidak berfaedah dan merapu.
BERKATA Imam al-Ghazali, lidah antara nikmat Allah SWT yang besar dan antara ciptaan Tuhan yang amat halus dan ganjil. Lidah mempunyai bentuk yang indah, kecil dan menarik. 

Selanjutnya Imam al-Ghazali berkata: “Keimanan dan kekufuran seseorang tiada terang dan jelas, selain dengan kesaksian lidah. Lidah mempunyai ketaatan yang besar dan mempunyai dosa besar pula. Anggota tubuh yang paling derhaka kepada manusia ialah lidah. Sesungguhnya lidah alat perangkap syaitan yang paling jitu untuk menjerumuskan manusia.”
2. Bercakap “lebih-lebih”
Berhati-hatilah dari terlalu banyak berceloteh dan terlalu banyak berbicara,Allah Ta'ala berfirman:

لا خير في كثير من نجواهم إلا من أمر بصدقة أو معروف أو إصلاح بين الناس ” (النساء: الآية 114).

Artinya:

"Dan tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka,kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah,atau berbuat ma'ruf, atau mengadakan perdamaian diantara manusia ". (An nisa:114)

3. Berbicara tetapi batil
            1.cakap-cakap maksiat
            2. Qazaf
            3.cakap yang berbantah-bantah

4. Melaknat orang lain
المؤمن ليس بالعن
5. Jangan menyanyi dan menyedapkan suara  pada tempat yang lagho
 Pada dasarnya Islam mengharuskan hiburan kerana ia menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupanmanusia. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a yangbermaksud:
Sesungguhnya Abu Bakar masuk kepadaku, sedang di sampingku ada dua gadis hamba daripada orangAnsar sedang menyanyi dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh orang Ansar pada hari peperanganBuath. Aku berkata, kedua-dua orang ini bukanlah penyanyi. Abu Bakar berkata, adakah di rumah nabi ini terdapat serunai syaitan? Sedangkan pada hari ini adalah hari raya idul fitri. Rasulullah bersabda,wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kamu ada hari rayanya dan ini adalah hari raya kita.
(RiwayatIbnu Majah)Berdasarkan Hadis tersebut, nyatalah bahawa hiburan yang menghiburkan jiwa serta menenangkan hatidiharuskan oleh Islam. Ini dinyatakan oleh al-Syeikh Yusuf al-Qardhawi bahawa antara hiburan yang dapatmenghibur jiwa, menenangkan hati serta menyedapkan telinga adalah nyanyian. Hiburan nyanyian inidiharuskan oleh Islam dengan syarat ia tidak dicampuri kata-kata kotor, keji atau yang bolehmemberangsangkan kepada perbuatan dosa.
(al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, hal. 273).
 2.2 Dalam membincang isu ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama IslamMalaysia dalam persidangan kali ke-2 pada 12 dan 13 Mei 1981 telah membuat keputusan sepertiberikut:a) Nyanyian yang senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap dan tidak mendorongkepada maksiat[1], tidak bercampur gaul antara lelaki dengan perempuan dantidak membawa kepada fitnah[2] adalah harus;b) Jika nyanyian senikatanya tidak baik, lucah, biadap, mendorong kepada maksiat,bercampur gaul lelaki dengan perempuan dan membawa kepada fitnah makanyanyian itu adalah haram;c) Pancaragam yang melalaikan[3] hukumnya haram;d) Mendengar nyanyian dan pancaragam adalah harus dengan syarat senikatanya baik,tidak lucah, tidak biadap, tidak bercampur lelaki dengan perempuan dalamkeadaan yang tidak menimbulkan fitnah; dane) Menyanyi untuk menimbulkan semangat jihad adalah harus




0 Response to "Kuliah AdDin oleh Ustaz Ghazali Omar: “Jaga Lidah”"

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular


    Solat dulu yup

    About Me

    Foto Saya
    Pencari Cahaya (PC)
    lahir kat 135 kampung hiliran masjid,21000 Kuala Terengganu, Terengganu, tinggal di Nabawan, Sabah selama beberapa tahun dan menetap di Kelantan selepas itu.....
    Lihat profil lengkap saya

    get this widget here

    Meh kecek smeta (jom berdialog)

    Followers

    5 Perkara