Wahai Ikhwah Sekalian

Posted by Pencari Cahaya Dalam Misi Mencari Cahaya Ilahi

Ya ayuhal ikhwah, Antum perhatikan bagaimana Allah telah menciptakan batu dan air yang mengalir di sungai ini. Antara batu dan air tidak ada pertikaian di antara mereka. Batu tidak pernah mengatakan, ‘Hai air kenapa bunyimu terlalu keras’ Atau air mempersoalkan, ‘Batu, kenapa kau ada disini.’ Tidak ada persengketaan diantara mereka; Mana hak saya… Mana kewajiban kamu… Tapi kenapa kita tidak mau mengambil ‘ibrah dari batu dan air? Kenapa kita mulai bercerai-berai, memikirkan ini hakku… ini hak saya… Ini kewajibanku… Itu kewajibanmu… Malu kita semua pada batu dan air! Ini saatnya antum semua bersatu, bekerjasama dalam ukhuwah Islamiyah… Allahu Akbar!

Featuring Post Example

Posted by TheBlogTemplates On Month - Day - Year

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at nisl. Nullam lorem mi, eleifend a, fringilla vel, semper at, ligula. Mauris eu wisi. Ut ante dui, aliquet nec, congue non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et maur...

Featuring Post Example

Posted by TheBlogTemplates On Month - Day - Year

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at nisl. Nullam lorem mi, eleifend a, fringilla vel, semper at, ligula. Mauris eu wisi. Ut ante dui, aliquet nec, congue non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et maur...

Featuring Post Example

Posted by TheBlogTemplates On Month - Day - Year

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at nisl. Nullam lorem mi, eleifend a, fringilla vel, semper at, ligula. Mauris eu wisi. Ut ante dui, aliquet nec, congue non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et maur...

Featuring Post Example

Posted by TheBlogTemplates On Month - Day - Year

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at nisl. Nullam lorem mi, eleifend a, fringilla vel, semper at, ligula. Mauris eu wisi. Ut ante dui, aliquet nec, congue non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et maur...

Ku jejaki alam dalam mencari redhaMu, ku tempuhi dugaan dalam menikmati suruhanMu, ku menangis kerana mengingatkan diriMu.....Temukankanlah si Pencari Cahaya dengan NurMu ya Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang

Ya Allah terima kasih

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Rabu, Disember 15, 2010 0 ulasan
Merenung jauh pipi kebasahan
Senyum di hati tanda tenang
Melukut di lantai merebak sebak
Menutup muka tanda malu
Ya Allah terima kasih

Engkau bangunkan hambaMu di rumahmu
Sujud berterusan tanpa keluhan
Kau mengingatkan daku tentang bekalan'
Engkau curahkan keseimbangan ya Allah
Ya Allah terima kasih

Sifat dan kelakuan jadi ukuran
Sedih sekali dalam tatapan rindu ya Rasulullah
Sedih sekali umurku bertambah
Sedih sekali aku tidak dapat mengubah
Ya Allah terima kasih

Sunnah diikuti cinta ku curahkan
Rasulullah aku merindui berjumpa denganmu
Mungkin ini jalan menujumu
Mungkin ini perjalanan sebenar ya Allah
Ya Allah terima kasih

Kesabaran penuh liku ya Rahman
Ujian penuh kenikmatan ya Razzak
Kehidupan penuh ketentuan iman ya Sami'
Penantian penuh ketakwaan ya Allah
Ya Allah terima kasih

Permintaan untuk diletak di hati-hati para daie dr Penunggu Kiamat
Read more...

Diari Aidiladha

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Khamis, Disember 02, 2010 0 ulasan
Sungguh bersyukur di hati ini apabila aku, Penuggu Kiamat mendapat peluang untuk pulang ke kampung halaman untuk bersama-sama menjalani ibadah korban bersama keluarga di kampung. Ku teringat kembali hampir 2 tahun dahulu aku tidak beraya di kampung. Sejak itu, hati ini tersentuh tentang pengertian pengorbanan. Apakah erti pengobanan buat diriku yang bertanggungjawabkan S/U di rumah atau sebagai anak sulong kepada 7 orang adik beradik? Kepiluan hati ini ku tutup dalam lembaran korban. Tiket bertarikh 15hb Oktober membuka semangat diriku untuk teruskan perjuangan dalam hidup ini. Aku berjalan kaki ke stesen bas yang sejauh 450meter dengan jalan berbukit dengan berbekalkan 2 beg galas dan 1 beg buku. Di kakiku terbit keputihan tenaga yang semakin berkurang. Badan lemah dengan dibasahi air peluh keringat mendaki. Setelah sampai di stesen, aku masih lagi menunggu besi bertingkat dua dan bertayar 10 bernombor plat Kelantan sampai ke stesen. Peluh membasahi rambutku yang mula melangkah panjang. Ya Allah, sampaikan aku ke destinasi, kerut wajahku. Jam menunjukka jam 8.40 pagi, bas yang ku tunggu mulai berkeliaran mencari parking. Oh, 2 tingkat rupanya!, kerut hatiku yang tidak pernah mendaki bas setinggi itu. Malang tidak mengalir, aku diletakkan di bahagian atas. Di dalam besi itu aku mula memulakan langkah untuk berehat. Keringat waktu qiam masih berbau lagi. Masa berlalu dengan begitu cepat. Bas mula bergerak laju menuju ke destinasi. Kepalaku mula bergongcang menandakan perasaan ingin muntah. Ya Allah, perlukah aku batalkan ibadahku hari ini? Perasaan ini bergolak dan aku teringat tentang ayat yang menyatakan tentang di bolehkan berbuka kepada musafir dan……..tapi aku hanya melakukan yang sunat. Oleh kerana takutkan mengorbankan orang lain (muntah dikhalayak ramai) aku terus menadah tangan untuk menyarung sesuap nasi sebagai alas. Perjalananku diteruskan lagi menuju ke Bandar Kota Bharu. Dalam perjalanan aku menghilangkan rasa mual aku dengan menyebarkan sepotong hadis yang berbunyi:
Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa pada hari Arafah (9 Zulhijjah). Maka Baginda menjawab yang bermaksud: dikafarahkan (diampun dosa)setahun lalu dan akan datang (Sahih Muslim)

Pabila sms disebarkan, aku terkejut apabila (???) membantah dan menyatakan bahawa hari arafah adalah hari ini dan kita puasa hari ini je larrr. Macam mana begitu senang mengeluarkan hujah sebegitu. Jika diikutkan waktu Arab Saudi, hari arafah memang pada hari ini tetapi mereka yang berhujah sebegitu mempunyai hujah yang lebih kuat atau tersilap tafsiran pendapat Imam Malik? Ini antara hujahku,
Malaysia berada di garisan khatulistiwa
Hari raya 10 zulhijjah, jika dikatakan waktu adalah sama (kita beraya pada hari 9 zulhijjah waktu Malaysia)
Cth lain: raya aidilfitri (1 syawal Malaysia)=1 syawal Arab Saudi
Waktu solat di Malaysia tidak sama di Arab Saudi (astronomi)
Secara kesimpulannya:
1. Kita ikut apa yang dianjurkan mufti kita dan ulama’2 muktabar
2. Kaji Astronomi dan ilmu agama degan lebih jitu
3. Berikir dahulu sebelum buang pendapat
4. Pendapat mengikut ilmu bukan mengikut nafsu
5. Berbicara dan berdebat dengan terbuka (hati yang tenang & minda yang terbuka)
6. Gunakan hujah2 yang betul dan tepat tanpa menjatuhkan iman dan agama

Setelah 10 jam merana di dalam besi berkaki 10 itu, aku diberhentikan di hadapan pintu pagar Universiti Malaya bertempat di Nilam Puri, Kota Bharu, tempat menara yang pertama didaki oleh adikku. Masa menandakan waktu maghrib mula berkumandang, aku terus ke Masjid yang menjadi tumpuan pelancong, Masjid kampung Laut.
2 hari berlalu dengan migraine di kepala. Aku hanya sempat menjalankan semampu diri ini untuk menolong ahli keluarga untuk persiapan Hari Raya Aidiladha. Cuma segantang peluh yang mampu aku curahkan sambil pelajaran ditinggalkan akibat kesakitan yang dialami. Alhamdulillah, Hari Raya merupakan penutup kesakitan. Kedengaran takbir yang berkumandang menjadikan hati kembali teguh untuk bangun berjumpa Allah. 3 ekor lembu akan menjadi mangsaku. 1 bilah golok dan 1 bilah pisau menjadi cagaran bagi pengorban. Aku diberikan 1 bahagian korban pada hari itu. Sungguh seronok aku menyerang ketiga-tiga lembu itu. Semua anggota lembu disentuhku tetapi dibahagian kepala disudahkan oleh adik-adikku. Semangat diorang menyelesaikannya. Kawan kepada bapaku menjadi penasihat khas kepada mereka. He he hee, gelak aku di dalam hati. Pasal kepala lembu, teringat diri ini ketika program SLACOS 10 (kursus penyembelihan halal) anjuran SPMM yang mana aku bersusah payah menyelesaikan kepala kambing yang telah diwakilkan kepadaku untuk membelinya. Sungguh terharu menjadi doctor bedah kepada sahabat baru (kambing), tetapi apa yang boleh buat. Dia kambing dan aku sebagai manusia harus berkorban menjalani kehidupan ini. Tutup kisah lama, aku bersama keluarga pulang ke kampung ke dua kami iaitu di Hiliran Masjid, kuala Terengganu. Dalam membahagi daging-daging korban, aku bersama beberapa adikku ke hypermarket untuk membeli beberapa keperluan. Sungguh terperanjat diri ini apabila melihat glagat wanita-wanita kampung, Bandar, Asli dan lain-lain dengan fesyen islamicnya. Ya Allah, adakah kiamat menungguku pada malam ini? Hatiku tersedu pilu.Tanpa mengira usia, tua atau muda, hamper kesemua mereka bertelanjang di sekitar kami. Manusia membuang malu kerana trend? Bodoh tidak bodoh, buat sesuatu untuk tunjuk pada manusia. Bukan manusia nak tengok pum! Jika hati-hati mereka hnya untuk Allah, tidakkah aman dunia ini.
Dalam diari Aidiladha, teringin aku selitkan cerita tentang muslimat. Sebab tu pun penunggu kiamat in belum jumpa muslimat yang akan menjadi ketua bidadari syurga buatnya? Sungguh susah! Walupun beliau merupakan pakar cinta tetapi ini tidak bermakna Penunggu Kiamat ni sudah menemui cintanya. Cinta Allah entah ke mana?
Sebelum aku menyudahkan tentang wanita keseluruhan, suka diri ini menceritakan lagat pelajar U.S.I.M:
Aku mendengar kata-kata seseorang yang menyatakan bahawa keseluruhan penduduk USIM adalah berlatar belakangkan sekolah agama, betulkah begitu wahai adinda? Tergelak ketawa syaitan-syaitan dan nafsu mendengarnya…..haaaaaa….haaaaa
Mengapa Bisa jadi begini? Muslimah Power MUSLIMIN Power….Ke mana kamu?


Aku ingin lontarkan kata-kata buat sahabat yang bertudung labuh dahulu:
1. Tudung penutup aurat kenapa diangkat-angkat? Panaskah? Bisa panas neraka kurang bahangnya dari panas dunia? Tidak bias tegal biasa. Buang perangai mengangkat tudung anda itu. Anda menunjukkan kemurahan harga aurat itu sendiri.
2. Wajah berseri-seri mengungkap bahaya bagi lelaki. Jaga ia jangan jadi bias tapi jika berbisa, sembuhkan dengan alam perkahwinan.
3. Pergerakan badan membebaskan aurat anda dikhalayak ramai. Duk diam2 boleh ka?
4. Fesyen yang melampau…..jaga2 nanti terlekat kat paku, baru tumbuh fsyen baru.
5. Selipar atau bukit? Jaga-jaga dengannya. Kehidupan brtangga seperti di USIM boleh menjatuhkan anda dikhalayak ramai.
6. Bedak dan gincu usah dipakai sekarang bila lepas akadnya pakailah buat empunya(lau pakai ubat boleh je, jgn pakai racun sudah)
7. Tutur katamu jangan diketengahkan kecuali ketika terdesak.
8. Kehalusan dirimu jangan dipamerkan di hadapan jejaka-jejaka kecuali mereka yang sepatutnya.
9. Tingkah lakumu jangan menjatuhkan maruah wanita bertudung labuh yang lain. (pakai sama bikin)
10. Kekuatan rohani dan jasmani (kuatkan dirimu ketika berjumpa ujian, anggaplah dirimu berjumpa kawan dan hadapilah ujian dengan tenang).

Sungguh becok mulut si penunggu kiamat ni! Siapa suruh ko tunggu ha? JWPN: Ketakutan diri aku memanjang melihat umat tanpa bergerak ke hadapan. Kepentingan umat adalah utama bagiku dalam jihad jasmaniku dan jihad batinku sebagai penggempur. Ramai dikalangan masyarakat di USIM mula memendekkan tudungnya bila berada di menara tanpa gading ini? Kenapa hai sahabat tanpa gading? Kamu datang bukan untuk akhirat tetapi mengutuk akhirat! Kenapa mengutuk akhirat? “tidak berakhlak dengan akhlak untuk akhirat”. Pakaianmu, tingkahlakumu, budi bahasamu, pengorbananmu, kesederhanaanmu dan lain-lain. Adakah kita perlu ubah fesyen kita apabila berada di USIM. Aku ingat pelajar di USIM mengalahkan pelajar di Arab Saudi, rupa-rupanya mengalahkan pakaian budak university Oxford. Sungguh kesian bagi jiwa-jiwa yang menukar latar belakangnya. Pakaian yang cantik-cantik, dibuangnya dan tidak memakai apa-apa itu pula pilihannya. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW:
“Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat).

Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” – Hadith Riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah S.A.W bersabda:

“Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang.

Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” – Hadith Riwayat Muslim. Hadith no 212.

Macam mana dengan lelaki-lelaki di dunia ini? Berapa banyak longkang-longkang (ujian-ujian) yang perlu dilalui. Ujian ini menjadi makanan para mujahid untuk berjuang di alam lakonan itu (alam dunia). Bukan salah lelaki tetapi salah wanita. Jadi kontroversi plak lau macam ni. Jom kita pakat muhasabah diri sendiri. Anggaplah kita yang bersalah mohon keampunan dariNya dan besedia dan sedang berubah. Jangan di hati kita mempunyai kata-kata ini, “Aku dah pencen berubah, dah taknak dah”! Jangan dik, jangan abang. Kita hanya manusia tanpa apa-apa. Semua itu pinjaman untuk lakonan. Jangan retired imanmu, sentiasa perbaharui imanmu. Biar kita bukan seperti malaikat dan Rasul tapi hati kita juga bukan dikalangan firaun atau penjenayah agama. Macam mana dengan wanita akhir zaman ni pula wahai alfakir?
Ciri-ciri wanita bertitle Islam pada akhir zaman…..
1. Berpakaian menutup tetapi secara zahirnya membuka anggota dikhalayak ramai
2. Berwajah sopan tetapi penuh dengan umpatan
3. Bermulut manis menjual diri
4. Berakhlak buruk dengan warga tua dan ibu bapa
5. Berlakon memanjang dihadapan orang ramai
6. Penampilan mengikut trend dan nafsu disamping iman ditinggalkan
7. Mudah tertewas dengan pujukan dunia
8. Kurang penghayatan agama tapi penuh penghayatan kebaratan
9. Mudah terpengaruh dengan satu kumpulan tanpa merujuk dengan lebih panjang
10. Kurangnya pengetahuan tentang ilmu kewanitaan dan ilmu tradisional.
Apakah ini semua? Apakah ini akan berlarutan? Apakah ini menjadi ikutan? Apakah garisan islam terpadam dengan mereka-mereka ini?

Penunggu kiamat ingin memohon keampunan dari Allah. Ya Allah adakah alam kubur menghampiriku? adakah alam kiamat menghampiri semua penduduk dibumi dan alam semesta?

Ulasan pendek untuk terjemahan:

Berlakon memanjang di sini mungkin menyebabkan kakek2 semua tidak memahami secara jelas. Sebenarnya,ini adalah ayat yang disimpulkan supaya melekat ke hati-hati kita semua bukan kepada wanita sahaja khususnya. Berlakon memanjang inimempunyai maksud tersendiri iaitu:
1. melakukan amal dengan ikhlas untuk dipertontonkan kepada Allah S.W.T atau
2. Melakukan amal perbuatan hanya untuk mendapat pujian/ riya’, ikut-ikut orang lain, suasana atau lain-lain yang seumpamanya. Mereka melakukan sesuatu hanya untuk dipertontonkan kepada orang ramai dan untuk mendapatkan kelas pujian di dunia.
Jom kita teruskan dengan apakah sebab-sebab merosakkan amal……….(berlakon memanjang dengan tujuan yang tidak dapat apa-apa habuan
Di antara sebab-sebab yang merosakkan amal adalah perasaan ingin menunjuk-nunjuk dan inginkan pujian daripada manusia itu sendiri. Mengapa perkara ini boleh berlaku?Ia agak berkait rapat dengan nafsu manusia yang sukakan penghargaan daripada orang lain.
Umar pernah bertanya kepada Muaz bin Jabal yang sedang menangis: “Kenapa engkau menangis?” Jawab Muaz:”Kerana ada hadis yang aku dengar dari Rasulullah yang mengatakan sedikit riya’ adalah syirik.”
(Pengertian atau kefahaman penulis(jika silap tolong tegurnyaya): maksud riya’ adalah syirik di sini ialah qasad atau tujuan seseorang islam itu memperlakukannya adalah sebenarnya untuk mempertontonkan kepada Allah atau kepada manusia. Jika tujuan kita kerana manusia bererti kita menghadapai kesilapan besar sebab kita mendahulukan makhluk yang sebenarnya ibadah kita semua adalah untuk diperlihatkan kepada Allah sebagai seorang hamba kepada Tuhannyabukan untuk manusia. Mendahulukan benda lain (menunjuk-nunjuk untuk selain daripada Allah atau riya’ itulah syiri’nya).
Haris Al-Muhasabi berkata bahawa ikhlas itulah engkau maksudkan taat kepada Allah dan engkau tidak memerlukan kepadalainnya. Riya’ itu, katanya, ada duamacam:
1. Engkau bermaksud taat kepada manusia
2. Engkau bermaksud taat kepada manusia dan kepada Allah
(kedua-duanya adalah memusnahkan amal)
Riya’ itu adalah amal yang dukerjakan untuk dipamerkan kepada orang, dan meninggalkan amal kerana manusia. Jadi, beramal atau tidak, adalah kerana manusia.Dalam hal ini Fadil ibn Iyadtelah berkata secara terus terang:
“Meninggalkan amal kerana manusia adalah riya’. Beramal kerana manusia adalah syirik. Ikhlas itu ialah Allah menyelamatkanengkau dari kedua-duanya.”
Amal yang dikerjakan dengan riya’ dan amal yang dilakukan campuran antara Allah dan riya’ atau antara Allah dan kepentingan dunia adalah amal yang bersifat ‘sekutu’. Sedang Allah tidak mahu menerima amal seperti itu sebagaimana yang diterangkan dalam hadith Qudsi di mana Allah berfirman yang bermaksud:
“Aku terkaya segala sekutu daripadasekutu. Barangsiapa mengerjakan suatu amal yang ia sekutukan beserta-Ku padanya akan yang lain daripadaKu, Aku tinggalkan di beserta sekutunya itu.”
(Amal yang disekutukan bukanlah amal yang benar-benar ikhlas. Kerana orang yang mengerjakannya masih mengharapkan suatu faedah yang lain daripada Allah, maka amalannya menjadisia-sia.
minta menegur lagi apa yang dicurahkan......penunggu kiamat
Read more...

Buletin : EXPLORASI DAKWAH PERKAMPUNGAN ORANG ASLI (EDPOS’10)

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Rabu, November 24, 2010 0 ulasan

Pada semester yang lalu, unit e-Kaunseling di bawah Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) telah menganjurkan Explorasi Dakwah Perkampungan Orang Asli (EDPOS’10) buat kali pertama secara berkala. Program ini yang bertemakan “Kemasyarakan Rukun Keharmonian”, telah berjaya mencapai objektifnya iaitu: 1. Mendekati dan menyelami masyarakat orang asli bagi memastikan dakwah yang berkesan dapat disampaikan.2. Memberi pendekatan pendidikan secara formal dan tidak formal kepada masyarakat orang asli supaya mereka tidak ketinggalan dalam arus pendidikan yang begitu pesat.3. Memberikan pengetahuan dan pendedahan berkaitan tugas serta urusan berkaitan pengurusan program agar lebih mahir mengendalikan persatuan seperti simulasi dan praktikal dalam penyediaan kertas kerja, minit mesyuarat, sistem fail dan teknik komunikasi berkesan serta perucapan umum.

Aktiviti 3M(membaca, menulis dan mengira) telah membuka hati para pelajar daripada masyarakat orang asli tentang kepentingan pendidikan di masa kini. Tujuan utama 3M dilaksanakan adalah memberi pendedahan khusus terhadap golongan pelajar masyarakat orang asli dalam tiga asas utama iaitu membaca mengira dan menulis. 3M ini amat penting untuk melahirkan generasi yang berilmu seiring dengan arus pendidikan yang begitu pesat.

Read more...

Bekal apa yang harus dimiliki Dai’e?

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Ahad, Oktober 31, 2010 0 ulasan
1. Sifat2 yang dimiliki Rasulullah
a. Siddiq
b. Amanah
c. Tabligh
d. Fatonah

2. Tsaqafah Daiyah
a. Tsaqafah Islamiyah (pengetahuan tentang al-Quran, Sunnah, tafsif, usul fiqh dan b. ajaran agama yang lain).
c. Tsaqafah tarikhiyah (pengetahuan mengenai sirah dan sejarah Islam dan memahaminya)
d. Tsaqafah lughawiyah wal adabiyah (mengetahui pelbagai bahasa dan adat2 terutamanya bahasa Arabdan English dan kehidupan mad’u itu sendiri)
e. Tsaqafah Insaniyah (pengetahuan tentang akhlak, perilaku manusia)
f. Tsaqafah Ilmiyah (pengetahuan yang pelbagai)
g. Tsaqafah Waqiiyah (pengetahuan mengenai masalah kontemporari dan gunakan setempat untuk sesuaikan metode dakwah itu sendiri tanpa menentang kehidupan yang berlaku)

3. Keterampilan
“dan jika mereka menghendaki untuk berangkat, tentulah merekamenyiapkan persiapan untuk keberangkatan itu…”
At-Taubah (9):46
4.Penguasaan Madah Dakwah
Sebagai daiyah harus memahami serta mengusai madah dakwah, kerana sebagai salah satu persiapan untuk melaksanakan dakwah di lapangan.Jangan sampaivkebenaran kepada mad’u tetapi dai’e sendiri belum memahaminya. Lihat al-Anfal (8):60
“PEMENANG keluarmengalami risiko dan membuat banyak hal terjadi. Mereka menyedari bahawa kesempatan hanya datang mengetuk pintu satu atau dua kali.Dan mereka bersedia mengambil tindakan atas impian.”
“Islam pada awal datangnya adalah asing, suatu masa Islam akan kembali asing, maka beruntunglah orang-orang yang diasingkan. Sahabat bertanya (ya Rasulullah! Siapakah yang diasingkan itu?) Rasulullah menjawab mereka adalah orang2 yang melakukan perbaikan (buat dakwah) sedangkan orang laun membuat kerosakan”.

Read more...

Siapakah dai’e dan da’iyah itu?

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Ahad, Oktober 31, 2010 0 ulasan
Secara etimologi: Dai’e adalah orang yang menyeru, mengajak, mengundang (berdakwah) mad’u ke dalam apa yang disampaikanoleh dai’e tersebut.

Secara terminologi: Dai’eadalah orang yang telah melakukan kontrak sosial (syahadatain) dengan Allah dan nyatalah statusnya sebagai seorang muslim dengan melakukan aktiviti dakwah untuk mengajak manusia kepada Islam dan mengingkari thoghut.lihat an-Nahl (16):125

Di mana amal soleh:

1. Berjuang untuk membangun Daulah Islam (DI) dan keadilan.
2. Membuat kemaslahatan bagi umat Islam dan manusia umumnya
3. Memberi peringatan
4. Dai’e yang membentuk masyarakat permanent , terkait dan terikat serta menjunjung tinggi hukum Allah.



“Akhi wa ukhti, jangan jadikan dakwah sebagai sebuah beban tapi jadikanlah dakwah sebuah kewajipan dan keperluan”.
Read more...

Tujuan Dakwah

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Ahad, Oktober 31, 2010 0 ulasan
1.Untuk memenangkan islam (Idzharul haq)
“Sesungguhnya agama (yang diredhai) disisi Allah hanyalah Islam “, Ali-Imran (3):19
Para mufassir menterjemahkan ayat di atas spt:
“Barang siapa yang mencari syariat selain syariat Islam, setelah diutus Nabi MuhammadSAW., maka tidak akan diterima Allah dan diakhirat tempat kembalinya adalah neraka.” Tafsir, Muhammad Ali ashShabuni
“Barangsiapa yang mencari agama selain islam yaitu selain tauhid dan tindik kepada hukum Allah, maka tidak akan diterima, dan di akhirat nanti akan termasuk ke dalam orang yang rugi kerana terhalang mendapat pahal, dan sebaliknya mendapat siksa…”.tafsir alMunir, Iman Nawawi

2. Merupakan Hujah dihadapan Allah
Dakwah sebagai hujah dihadapan Allah bahawa seseorang mukmin itu sudah menunaikan amalsoleh dengan berdakwah kepada manusia yang masih berada dalamsistem thoghut batil serta sistem kafir (kita berada dalam waqii’ yang berlainan dengan zaman Rasulullah)
Rujuk az-Zukhruf(43):44
3.Menjengkelkan hati orang-orang kafir
Oleh kerana kesombingan yang dilakukan oleh orang-orang kafir dalam rangkamenghancurkan Islam dengan menggunakan pelbagai cara dan media, dengan sebab itu seseorang daiyah ituharus dapat menjengkelkan hati orang-orang kafir dengan mengurangi para pemerintah dan wilayah mereka …Rujukar-Ra’d(13):41




“ Jihad tidak pernah tertidur
Perjuangan tidak pernah mati”
Berani mencuba dan tidak takut gagal
Adalah sebuah kemenangan serta
Belajar dari kegagalan adalah suatu kebijaksanaan”
Jangan menghakimi tetapi memberi khabar dan berita gembira”
Jangan mudah mengangkat muka, tapi serulah dan bawalah kepada kebenaran.”
Read more...

Definisi Dakwah

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Ahad, Oktober 31, 2010 0 ulasan
Lughah: dakwah berasal daripada kata da’a-ya’du-da’watun yang bererti doa, seruan, panggilan permintaan,undangan atau mengajak, mengundang dan menyeru.
Istilah: dakwah merupakan suatu proses yang ditangani oleh penggerak2 dakwah untuk mengubah mad’u (sasaran dakwah) agarbersedia masuk ke jalan Allah. Proses yang disebut adalah suatu proses bukan kebetulan melainkan ia betul2 dirancang , dilaksanakan dan diaplikasikan secara terus oleh para pengembara dakwah (orang yang sukakan ujian) dalam rangka mengubah mad’u dengan tujuan-tujuan yang telah dirumuskan oleh Islam.





Definisi secara keterbukaan

1. Proses untuk mengajak manusia kepada al-khoir (Islam) ali-Imran (3):104
2. Usaha untuk mengajak manusia kepada sabili Rabbik”. An-Nahl (16):125
3. Usaha untukmengeluarkan manusia dari (sistem batil) kepada cahaya (sistem Islam) al-Baqarah (2): 257
4. Menyeru manusia untuk masuk ke dalam Darul Islam di duniadan Darus Salam (syurga) di akhirat. Yunus (10):25
5. Mengajak untuk menegakkan sistem Islam (Dinul Islam) dan menjauhi perpecahan (firqoh/assobiyyah) asy-Syura(42):13
6. Mengajak atau menyeru manusia untuk memahami dan melaksanakan hukum-hukum Allah 9Rububiyyah), di dalam Kerajaan Allah (Mulkiyah) sebagai wujud pengabdian kepada Allah (Uluhiyah).
(“Maju melangkah untuk berjuang, berkorban harta dan jiwa untuk menatap masa depan, Marilah bekerja tidak sekadar kata, Lihatlah realiti jangan mencari muka, Kerana Allah SWT, Tidak akan merubah nasib suatu kaum, Sebelum kaum itu berusaha, Untuk melakukan Perubahan, Ingat! ISLAM pasti tegak kembali! yYakini itu!”)
Read more...

Dakwah Bukan Sekadar Kata!

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Ahad, Oktober 31, 2010 0 ulasan
Sufyan berkata:
رفيق بما يأمر رفيق بما ينهى
عدل بما يأمر عدل بما ينهى
عالم بما يأمر عالم بما ينهى
“Bersikap lembut dalam menyuruh
Bersikap lembut dalam mencegah
“Bersikap bijakdalam menyuruh
Bersikap bijak dalam melarang
“Bersikap ilmiah dalam menyuruh
Bersikap ilmiah dalam menolak”.


Read more...

kalam ramadhan

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Rabu, Ogos 25, 2010 0 ulasan
aku merasakan diri ini tersisih lantang pabila berada di bulan mulia ini. Malam aku berjaga kerana kerajaan akademik membicarakan di dalam kelas-kelas ilmu duniawi pada setiap malam. Ya Allah mengapa dan kenapa? ini memestikan kepada aku adanya sesuatu hikmah atau perkara yang baik akan berlaku. Setiap malam aku memandu tunggangan laju untuk ke kelas. Malam yang gelap umpama siang hari. Jalan yang sesak umpama lubuk ikan. Tepat tidak tepat, aku terpaksa menunggu sehingga pukul 11 malam untuk memulakan perbicaraan denganNya. Ketahuilah yaAllah, keletihan dan kepenatan sangat menguji hambamu untuk menutup mata. Dalam keheningan pagi, ku memaksa diri untuk berjihad. Dalam masa yang sama ku gerakkan fikiran untuk siapkan kerja-kerjs yang belum selesai.

Read more...

Doa senjata mukmin, al-Quran peneguh rindu, solat penghubung dengan Allah

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Isnin, Ogos 02, 2010 0 ulasan


Doa memiliki keutamaan dan faedah yang tak terhitung, kedudukannya
sebagai satu bentuk ibadah cukup menjadi bukti keutamaanya, bahkan ia
adalah ibadah itu sendiri, sebagaimana yang sabdakan Rasulullah saw,” Doa
adalah ibadah.” (HR: Tirmizi, disahihkan Al-Albani). Meninggalkan doa adalah
bentuk menyombongkan diri dari menyembah Allah SWT, sebagaimana Allah
SWT berfirman:
((وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِيسَیَدْخُلُونَ جَھَنَّمَ
( دَاخِرِينَ )) (غافر: 60
“ Dan Tuhamnu berfirman: “ berdoalah kepada-Ku, niscaya akan
kuperkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri
dari menyembah-Ku(berdoa kepada-Ku) akan masuk neraka jahanam dalam
keadaan hina dina.” (QS: Gafir:60).
Dan doa itu menunjukan tawakkal kepada Allah SWT, hal itu
kerana orang yang berdoa dalam keadaan memohon pertolongan kepada-
Nya, menyerahkan urusan hanya kepada-nya bukan kepada yang lain-Nya.
Sebagaimana doa juga merupakan bentuk ketaatan kepada Allah SWT dan
bentuk pemenuhan akan perintah-Nya. Allah SWT berfirman:
((وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ))
2
“ Dan Tuhammu berfirman: “ berdoalah kepada-Ku, nescaya akan
kuperkenankan bagimu” ( Gafir: 60).
Doa juga merupakan senjata yang kuat yang digunakan seorang muslim
dalam mencari kebaikan dan menolak kemudharatan, Rasulullah saw
bersabda:
((من فُتح له منكم باب الدعاء فتحت له أبواب الرحمة، وماسُئل اللهشیئاً يُعطىأحب
إلیه من أن يُسأل العافیة، إن الدعاء ينفع مما نزل وما لم ينزل، فعلیكم عباد الله
بالدعاء)) (رواه الترمذي وحسنه الألباني)
“ Barang siapa diantara kalian telah dibukakan baginya pintu doa, pasti
dibukakan pula baginya pintu rahmat, dan tidaklah Allah SWT diminta sesuatu
yang Dia berikan lebih Dia senangi dari pada diminta kekuatan, sesungguhnya
doa itu bermanfaat baik terhadap apa yang terjadi maupun belum terjadi, maka
hendaklah kalian berdoa.” (HR: tirmizi, dihasankan oleh Al-Albani).
Bagi PC doa adalah berkait rapat dengan solat walaupun berdoa adalah tidak semestinya ketika selepas solat. Tetapi apakah yang berlaku kepada PC dan rakan-rakan yang lain ketika mengejar dunia. Solat dipercepatkan, Doa ditinggalkan. Huh...sibuk sungguh manusia. Mengharapkan berhomunikasi dengan Allah. Solat hanya dianggap kewajipan semata-mata. Di mana ibadahmu seolah2 bertemu denganNya? Di mana ibadahmu seolah2 kamu tahu Allah sedang memerhatikan kamu? Di mana ibadahmu itu? di sujudkah? di rukukkah? Atau di perasaan yang teringat kepada isi dunia?

Read more...

Terima Kasih ya Allah

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Ahad, Julai 11, 2010 0 ulasan
Alhamdulillah setelah hampir 2 minggu aku jatuh dalam belanga kegelapan

Ya Allah Ya rabbi
Aku di teratakMu
Penuh dengan liku dan pandu
Mencari kebenaran dalam keletihan
Kepayahan mmegang jawatan yang Engkau berikan ini



Ya Allah Ya Rabbi
Ucapan zikir dan sujud hanya diterap
Syukur menggunung semangat kembali
Angin sepoi petanda kehidupan
Tumbuhan hijau melambai senyum
Timbul cahaya malam bak petanda

Ya Allah Ya Rabbi
Titisan air mengalir petanda kurnia
Engkau Pemilik Alam Semesta
Engkau Pemilik hatiKu
Engkau Pemilik semuaNya

Ya Allah
Jatuhkan angin kemarahanku
Jatuhkan apa yang tinggi yakni bongkak
Jatuhkan musuh-musuhku yakni kehidupan kecelakaan diri ini (musuh di hati)
Teruskan dan berikan aku sedikit kekuatan untuk meneruskan amanahmu
Sebelum telah tiba saat sayup nyawa ini

Ya Rabb
Tunjukkan sentiasa jlan yang benar
Jalan yang jauhkan daku dari kecelakaan
Jalan yang jatuhkan nafsu dan syaitan
Jalan yang Engkau janjikan pulangan lumayan
Jalan yang diimpi-impikan

Ya Allah
syukran ala kulli hal
Read more...

Amal kerana cinta Allah

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Selasa, Julai 06, 2010 0 ulasan
Beramal-beramal,
amal kerana Allah
Beramal-beramal,
amal kerana Allah...



huh, penat si penulis menyanyi tetapi tidak dapat juga mencoret sedikit apa makna lagu yang sebenar. Sebenarnya apa tujuan kita beramal, bekerja, bergerak, berpandu dan yang seumpamanya? Ana cuba merungkaikan salah sebuah tragedi umat sekarang, iaitu

"tanpa tujuan aku beramal
di hadapan manusia aku bekerja
kerana cinta manusia aku bertandang
bebas bergerak faktor utama"

Read more...

ALSP 3 Membuka mata si penulis

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Ahad, Julai 04, 2010 2 ulasan


Jiwa yang tenang bangun menghadap Ilahi. Hari indah berkilau mentari dhuha yang amat dinanti. Ke mana aku hari ini? Bisik tubuh yang longlai memikirkan perkara yang belum selesai. “oh, aku belum masak agi ni! “ jeritan dari kalbu. “?, tak perlu kau risau pasal makanan, insyaAllah nanti aku tolong masak jap agi”, kata sahabatku yang lesu dengan matanya yang masih bengkak. “korang tak pergi lawatan ke hari ni, kawan-kawan” sahutan diri menyampuk. “kami tengah tunggu berita”.
Aku menggapai helmetku sambil terpinga-pinga nak pergi ataupun tidak kerana aku tidak tahu apa agenda yang akan dibentangkan semasa lawatan.

Read more...

WANITA OH WANITA

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Ahad, Julai 04, 2010 0 ulasan




Ayoyo...lama penulis tidak bersua?
Kenapa.?..urusan dunia semata-mata?
Kini, diri penulis terjeluak untuk menulis tentang wanita. Terlebih dahulu insan berdosa ini ingin memohon maaf terhadap wanita-wanita seluruh alam kerana membicarakan tentang ini.


WANITA MEMPUNYAI 9 NAFSU MEMPUNYAI JIHAD TERSENDIRI
Nafsu wanita berbeza dengan lelaki yang hanya mempunyai satu nafsu yang utama iaitu fitrah berkahwin. Tidak perlu bagi ana untuk perjelas tentang nafsu lelaki kerana sudah diketahui umum iaitu kepada wanita. Bagi memperincikan kesemua Sembilan nafsu wanita, suka ana bagitahu bahawa sesiapa wanita yang dapat berjihad kepada kesemua Sembilan ini, insyaaAllah menjadi ketua bagi bidadari syurga yang teramat istimewa di syurga. Usahlah dikau risau jika anda tergolong manusia yang berjihad dan bermuhasabah. Usahlah kita berkira tentang 9 nafsu wanita dan 1 akal wanita yang penting nikmat kelazatan syurga dapat kita kecapi.

Read more...

سورة يس

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Ahad, Mei 16, 2010 0 ulasan
Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud "Ya Ali! Perbanyakkan membaca surah Yassin kerana dalam membacanya itu terdapat sepuluh macam keberkatan. Tak ada orang yang membacanya waktu lapar atau puasa melainkan kenyang. Haus kecuali lepas hausnya. Tidak memiliki pakaian melainkan ia akan memperoleh pakaian. Merasa takut kecuali datang rasa aman. Dipenjarakan melainkan ia keluar penjara. Bujang melainkan akan berkahwin. Semasa musafirnya kecuali matanya terang dalam perjalanan. Tidak membacanya orang yang kehilangan sesuatu benda melainkan mendapatkannya kembali. Tidak dibacakan ia di atas orang yang akan hampir ajalnya melainkan diringankan baginya. Barangsiapa yang membacanya di waktu subuh nescaya ia akan aman sampai petang, dan barangsiapa yang membacanya diwaktu petang ia akan berada aman sehingga pagi".
Read more...

Selamat Hari Guru kepada semua warga guru tanpa mengira usia...

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Khamis, Mei 13, 2010 0 ulasan

Guru.
Dikau ibarat luka yang padam,
Menutup kekeliruan dikau juangkan,
Menatap anak bangsa engkau fikirkan,
Mencela keganasan engkau taburkan,
Membentuk warga dalam prinsipmu.

Guru,
Dikau ibarat santan yang kenyang,
Menabur bakti dikau curahkan,
Melawat jahil berkongsi pengalaman,
Menatap anak bangsa bagaikan emas,
Mentari kecerahan kegelapan malam.

Guru,
Bukan ku tuju tapi menuju,
Bukan ku malu tapi ku mencari,
Bukan ku tatap tapi menatap,
Bukan cemburu tapi mencemburui,
Kaulah guru yang menjadi cita-citaku....
Read more...

Berubah kerana dia atau Dia?

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Khamis, Mei 13, 2010 0 ulasan
hijrah, berubah atau transformasi adalah sesuatu perkataan yang sentiasa diulang-ulang oleh para pentrasfom.
Kerana apa manusia berubah?
dia-manusia, makhluk, sesuatu yang menarik kita untuk berubah
Dia-Allah Taala Yang Maha Esa, Maha Berkuasa, Maha Perkasa, Maha Pengasih dan Penyayang


Kenapa manusia berubah?
1. Masa
2. Status
3. Hidayah Allah SWT
4. Keadaan
5. Hasutan Syaitan
6. Nafsu
7. Terikut-ikut (keadaan sekeliling atau persekitaran)
8. Meniru (antara yang selain Nabi Muhammad SAW)
9. Nabi Muhammad SAW
10. Couple
11. Kahwin

Read more...

Insan Berdosa

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Selasa, April 27, 2010 0 ulasan
Memang telah ditakdikan aku berdosa
Tapi apakah keluk2 nafsu dan syaitan yang meningkat?
Membuka cerita lama aku nangiskan,
Lembaran baru menjadi pengubat rindu,
Sujud dibasahi deruan air yang mendalamkan keikhlasan,
sejadah sebagai teman sejawat.....
Ya Allah ampunilah dosa hambamu ini,,,,,....
Doa dipanjatkat berharap ketenangan.. . . .setitik masa agi aku akan menemuimu..Ya Allah..
Melukut di masjid terasa indahnya...ternyata kehidupan ini penuh cabaran!
Sudah biasa dengan kegagalannnnnnnn....
Apakah itu kawan? (!)
kegagalan tidak bermakna tanpa kebangkitan.....perubahan tiada tanpa usaha...
perjuangan tidak kukuh tanpa iman....pertalian tampak goyah tanpa ikhlas fillah...
Perjalanan masih luas bagi pencari taubat....insan berdosa.., hik....hiiiiiii suara pendek menderu bak sang kancil menghadapi buaya....
akal dipertaruhkan untuk berfikir tentang kekuasaan Ilahi...tapi kita di mana?
Ya Allah ampunilah segala pelakuan, tindak tandukku dan setiap sulukku dan jadikan tasaufku adalah yang diredhaimu

Read more...

Transformasi diri mengikut SYARIAT

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Isnin, April 26, 2010 0 ulasan
1. Definisi-hijrah, berubah atau transformasi adalah sesuatu perkataan yang sentiasa diulang-ulang oleh para pentrasfom...adakah mereka berjaya? Apakah transformasi menngikut syariat pula? Khususnya bagi umat islam, semua syariat perlu dipatuhi bagi mendapatkan keredhaaan yang Maha Esa. Transformasi dalam Islam juga boleh didefinisikan sebagai taubat kerana mahu kembli ke Jalan Yang Sebenar yakni kepada HAK. Penghijrahan seseorang ialah kepada syariat Allah SWT yakni sebagai tugasan seorang khalifah di muka bumi ini.Manusia sering bersikap tragis apabila mahu berubah. Biasanya perubahan yang dikehendaki mahu dilangsungkan pada ketika itu. Apakah itu berhasil wahai kawan dan sahabat? Itulah yang menandakan manusia itu lemah. Sedarlah bahawa kita adalah hamba yang lemah. Oleh itu, perkara yang kita perlu sedari adalah perubahan diri hanay akan berlaku secara berperingkat kecuali dengan izin Allah Yang Maha Pengasih.




2. Tujuan-Biasanya, insan yang mahu berubah adalah kerana sesuatu, seseorang atau kerana (???) contohnya, kerana kekasihK (yang mana satu Allah atau ???), individu tertentu, Pangkat, exam, menunjuk-nunjuk atau kerana nafsu

Read more...

Wuduk zahir dan batin

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Ahad, April 25, 2010 0 ulasan

Pada suatu hari Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya,
"Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata, "apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimanakah wuduk zahir dan batin itu?"
Hatim berkata, "wuduk zahir sebagaimana bia...sa iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air. Sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan 7 perkara, Iaitu:

1. Bertaubat
2. Menyesali dosa yang telah dilakukan
3. Tidak tergila-gilakan dunia
4. Tidak mencari atau mengharap pujian orang(riak)
5. Tinggalkan sifat berbangga
6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. Meninggalkan sifat dengki
Read more...

Dikir Arab atau Dikir Barat

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Isnin, April 12, 2010 2 ulasan



Pernah hatiku terpaut mengenai satu iklan, “Pencarian Bakat Dikir Barat Peringkat USIM”, huh berdebar-debar hatiku. Sebelum ini, apa yang aku ketahui adalah hanya mengarut di hadapan tasik terbenak di hadapan bangunan kehidupanku, FEM. Tetapi kehidupanku berubah apabila aku ditawarkan untuk menjadi peserta Pertandingan Dikir Barat dalam Festival Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (FESTKUM). Hati yang tersisih ini kembali berkata-kata dalam bahasa yang tidak asing di USIM iaitu bahasa atau loghat Kelate. Namun begitu aku pun lucu melihat kehidupan anak-anak rantauan Kelantan tidak mempraktikalkan bahasa mereka di USIM secara keseluruhannya termasuk diriku yang bakal menjadi penduduk Bandar. Jom tinggalkan gurauan tadi. Semasa aku menghadapi saat kematian, kami (pasukan dikir barat USIM) ada yang merungut, ada yang putus asa, ada yang nak buat pandai2, tapi aku je kot mungkin orang yang baru belajar. Warga dikir barat menjadi galak nan tiba waktu pertandingan, lebih-lebih lagi kepada pasukanku kerana kami adalah pasukan yang pertama akan mendeklamasikan persembahan kami.tpukkkkkkk…..USIM…..USIM,…..deruan suara dan sorakan penonton……huh hati kami bergetar bak mesin basuh menghabiskan timing spin…kami Berjaya memukau penonton..tetapi tiba-tiba aku berasa macam tak sempat bernafas. Kenapa boleh jadi begini? Lagu yang dibentangkan menjadi laju seperti bas UTM. Ohhh….ini adalah pengalaman kali pertama bagi kami, pemain-pemain USIM bertembung dengan USM, lagipun aku dan rakan-rakan adalah daripada Tahun 1, setahun pisang katakan. Degupan jangtung kami mengikis suara dan melajukan perjalanan mulut. Tapi ini tidak menjadi masalah jika menang atau kalah bagiku. Tapi adakah kawan-kawanku berpuas hati. Semua sedih bila USIM tidak dapat membawa balik sebarang pingat bagi kategori Dikir Barat. Bagiku ini adalah pengalaman yang pertama dan akan kubuka pengalaman ini pada akhir November akan datang. ,………….Tidak disangka-sangka, pengalamanku tidak memerlukan hari bergantung pada November tetapi tiba pula musim Dikir Arab. Terpaut hatiku untuk menolong rakan-rakan dan diri sendiri memenangi pertandingan yang julung-julung kali aku sertai kerana ketika ALSP yang lepas aku sibuk dengan latihan FESTKUM, aku hanya sempat menyiapkan lirik bagi pasukan boriaku. Itupun aku tidak sempat mengajar cara boria yang betul kerana aku tidak tahu apa itu boria. Aku hanya mengikut lenggok lagu yang dipamerkan kawanku. Kini aku menyiapkan satu lirik yang penuh bermakna untuk dunia bahasa Arabku, aku ciptakan khas untuk pertandingan ini. Aku dan rakan-rakan mengharapkan satu kejayaan dalam pertandingan tetapi berlainan dengan diriku yang mahukan kesannya daripada hadiahnya. Kami hanya berlatih sebanyak tiga kali, petang, malam dan pagi. Aku pum terasa pelik kerana tiba-tiba ada latihan malam, kalau nak diikutkan salah, and aku pun kurang menyukainya. Ada pulak yang bersemangat lebar khususnya daripada rakan perempuan dalam kelasku. Yang menyedihkan adalah kami hanya berlatih di bahu jalan di hadapan kolej Kediaman. Kami disekat security untuk masuk berlatih. Tapi ini tidak mematahkan jalur semangat pendekar-pendekar dikir yang baru tumbuh satu daun ini. Aku dengar bermacam-macam fitnah. Ha3, tukar2, gosipla….ada yang termimpi-mimpi mengalunkan dikir arab dalam igauannya. Fuh, biar betul budak-budak nie, semangat mengalahkan harimau berhadapan dengan cicak. Ada juga yang membicarakan berbagai-bagai idea untuk mengemaskini persembahan, bagiku, jika dapat mempersembahkan yang biasa tetapi penuh dengan semangat pun dah cukup. Jangan kita curahkan nasi dalam budu. Semua itu adalah posotif dan negatifnya, aku tidak kisah. Yang aku kisah adalah kepenatan dan kesungguhan yang tidak menjadi harapan. Ini masalah orang sekarang yang tidak boleh menerima kenyataan, termasuk diriku. Pertandingan bermula, aku mengalunkan suaraku sebagai tuk Joro dan Tukang Karut No.2. Rakan-rakanku bergelak ketawa dengan kesilapan. Bagiku, suara itu yang penting. Jika ada kesilapan gaya tidak menjadi masalah kerana ini merupakan pertandingan suara. Tiba waktu pengumuman, kawan-kawanku menyuruhku bersiap sedia untuk menerima hadiah. Rupa-rupanya mereka masih tidak menyedari bahawa kekeliruan tentang pemarkahan. Aku menjadi serba salah apabila kumpulan kami ridak menerima pelawaan menerima hadiah. Semua menjadi senyap. Adakah ini ujian kali kedua dan dunia berdikir. Elok-elok kita berzikir dan beristighfar. Aku takut ketidakdapat menerima kenyataan ini menyebabkan kematian hati-hati berserah kepada yang Esa. Nanti aku pula akan disoal oleh Allah nanti. Doakan diriku kawan-kawan untuk FESTKUM 2. Mungkin hadiah ini untuk kamu semua. Allahuakbar…..Di sini aku sertakan sebuah lagu dikir barat yang di buat khas untuk semua yang mengenali diriku….

Sahabatku sekalian kita pakat usaha,
Mencari keredhaan Ilahi kita utamakan,
Melihat keraguan hati kita merasa
Beribadah dalam tidur dalam sengatan

Melihat bangsa kita biarkan
Mencekup jaya kita seorangan
Sama-sama kita usahakan
Muafakat hingga kuburan

Pakat tinggal oh bangsaku
Jangan biar tanggungan berlari
Pakat kita berjanji bersatu
Biar semangat bersama tak sunyi

Konsep hidup bersyariah jadi tali harian
Menjayakan semangat kepada akhirat
Iman akhlak ibadat jadi talian
Menjadi insan terbaik tidak berkarat

Mulut mata telinga hidung yang baik
Buat benda terbaik jangan duduk ngumpat
Mata pakat jaga jangan hulu dan kelik
Selagi mana terbuka lagi pintu taubat

Buat aktiviti terbaik tidak la penuh
Asal menjadi bukan kita tentukan
Jangan mengalah awal-awal kita bersungguh
Menjadi Quran Hadis sebagai pegangan

Hargailah anugerah Tuhan
Gunakanlah fikiran kita

Menjadi budaya hidup berperasaan
Memang kehidupan tidak sempurna
Pakat kita fikirkan kesabaran
Agar hidup kita Berjaya

Merata-rata kita cari bekalan
Tak semestinya kita duga
Menjadi asas satu pelaburan
Merasa susah sebelum Berjaya

Wahai rakan wahai sahabat sekalian
Harap-harap kita berjumpa di akhirat
Walaupun susah walaupun segan
Menjayakan dasar hidup bersyariat

Zaman sekarang zaman kerosakan
Wahai mukmin jangan biarkan

Jika terjumpa suasana kemaksiatan
Jangan tengok jangan biarkan

Walau mana kita duduki
Mempertahankan Islam satu tribulasi

Bersatu kita jangan sorang-sorang
Allah suka Rasulullah pun sayang

……………………………………………………….tamat…………………………………………………
Read more...

SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Ahad, April 11, 2010 0 ulasan


Pembahagian Dan Penjenisan Sumber Perundangan Islam
Ada dua kumpulan sumber perundangan Islam. iaitu :
1. Sumber-sumber asas
o Al Quranul Karim
o As Sunnatun Nabawiyah
2. Sumber-Sumber tafsiran.
o Yang disepakati oleh sebahagian ulamak Islam. iaitu
- Al Ijma'
- Al Qiyas
o Yang dipertikai oleh sebahagian ulamak, iaitu :
- Al Istihsan
- Al Masolehul Mursalah
- Al 'urf
- Syariat yang terdahulu
- Mazhab sahabat Rasulullah s.a.w.
- Al istishab
- Az Zara-i'
Dalil sumber-sumber asas
Di antara dalil mengenai sumber-sumber asas tersebut adalah sebagai berikut :
• [Surah An Nisa' : 59]


Read more...

"Rumahku Kehidupanku"

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Ahad, April 11, 2010 0 ulasan



Rumahku Kehidupanku

Ramai manusia sekarang tidak memahami apakah yang dimaksudkan dengan rumah atau house atau manzil atau bait atau shelter atau macam-macam lagi. Melihat keadaan ini kehidupan manusia berkurangan bersama keluarga kerana rumah hanya dijadikan tempat tidur atau merehatkan dalam masa beberapa jam sahaja sahaya sibuk dengan pekerjaan masing-masing. Ingatkah dikau saat dilahirkan? Tidak kira di hospital, di rumah atau di mana-mana, kerana waktu kamu membesar adalah di rumah. Dan mungkin satu hari yang mengunjungkan para pengunjung menziarahi dikau waktu kematianmu dan diriku ini adalah rumah tempat sesaknya. Kehidupan seseorang bermula apabila ditiupkan roh ke dalam rahim Insan yang bernama Ibu/Mama/Ummi/Emak/ lain-lain yang sanggup mengendong dirimu dalam rumah yang terbina apabila bersatu dengan ayahmu.

Read more...

Mahasiswa oh mahasiswa

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Ahad, April 11, 2010 1 ulasan



Mahasiswa
Kau digelar orang yang bermaruah
Melangkah maju ke alam ilmu
Sebagai menjadi harapan bangsa merdeka
Sebagai cahaya penutup kegelapan
Mentari bersinar bunga berkembang

Mahasiswa
Kejayaanmu adalah kejayaan semua
Menggilap bangsa merdeka dengan berkongsi
Menatap gurauan senda engkau bersedih
Melihat gelora engkau membantah
Mencari cahaya sinar engkau usahakan
Tuntutan ilmu jadi pembela kehidupan

Mahasiswa
Pabila tiba waktu penentuan kehidupan sebenar
Engkau hiba melihat rakan-rakan di hadapan
Hanya belajar untuk peperiksaan dunia
Engkau menggulung sejuta perasaan mendatang
Mendalami ilmu dalam menuntut segala hak
Tanda peperiksaan bukan penutup kehidupan

Mahasiswa
Setiap bunyi langkahmu mempunyai makna
Tanpa sesuatu bagimu itu pembaziran
Tanpa kekayaan dunia engkau berjuang
Melilih air mata keamanan dipertahan semua
Bertali arus ujian mendatang engkau lepasi

Mahasiswa
Berbuat baik menjadi tanda keamanan
Akhlak bermain engkau sinarkan keluar
Jam ditangan tanda pegangan masa
Masa terluang engkau penuhkan
Tanpa ragu-ragu mengutip pahala
Dengan rasa tanggungjawab mencegah mungkar
Read more...

Jom Selawat ke atas Nabi kita Muhammad SAW

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Ahad, April 11, 2010 0 ulasan
Bacaan Shalawat Kepada Rasulullah s.a.w.
Allah Ta'ala berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya menyampaikan shalawatnya kepada Nabi - yakni Nabi Muhammad. Hai orang-orang yang beriman, ucapkanlah shalawat dan salam dengan sebenar-benarnya salam kepada Nabi itu." (al-Ahzab: 56)

1394. Dari Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma bahwasanya ia mendengar Rasulullah s.a.w, bersabda:
"Barangsiapa yang membaca shalawat kepadaku sekali shalawat, maka Allah akan memberikan kerahmatan padanya sepuluh kali dengan sebab sekali shalawat tadi." (Riwayat Muslim)


Read more...

Kata-kata

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Ahad, April 11, 2010 0 ulasan

Kata-kata umpama pedang tajam yang bisa menikam, kata-kata juga ibarat sutera yang bisa melembutkan hati, kata-kata adakalanya ibarat air yang bisa menyimbah api yang marah dan kata-kata ibarat badut yang membodohkan diri sendiri. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
1.Adolf Hitler,Pemimpin Nazi :
Alangkah beruntungnya penguasa bila rakyatnya tidak boleh berpikir.Aku tidak perlu berpikir kerana aku adalah pegawai pemerintah.
2. Charles de Gaulle, Presiden Perancis Pertama :
Ahli Politik tidak pernah percaya akan ucapan mereka sendiri, kerana itu mereka sangat terkejut bila rakyat mempercayainya.


Read more...

ERA RASULULLAH SAW

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Ahad, April 11, 2010 0 ulasan
20.4.570M 12 R,awwal Nabi Muhammad SAW dilahirkan di Makkah
575M Raja Khosran I dari bangsa Sassanid menghalau Habshah dari Yaman
586M Nabi Muhammad SAW berkahwin dengan Sayyidatina Khadijah
6.8.610M 17 Ramadan Turunnya wahyu pertama di jabal Nur - Iqrak
Peristiwa Khadijah membawa Nabi berjumpa dengan seorang tua lalu mengesahkan bahawa beliau akan dihalau oleh kaumnya. Beliau meneruskan pertapaan di gua Hirak
613M Selama 2 1/2 tahun selepas menerima wahyu pertama Nabi terus bertahannut di Gua Hirak sehingga di satu malam baginda melihat wajah asli Jibril di gua Hirak dan pulang ketakutan lalu menyuruh Khadijah menyelimutkannya lalu turunya wahyu kedua Ya ayyuhal muddatsir - nabi mula berdakwah secara sembunyi
614M Parsi menakluki Damascus, Jerusalem dan Mesir - Mengalahkan Rom. Majusi mengalahkan ahlil kitab.
616M Setelah 3 tahun berdakwah secara sembunyi turunlah ayat 94 Surah Al Hijr (15) ...Fasda' maatu' mar.....maka Nabi pun memulakan fasa kedua dakwah secara terang dengan berdiri di Bukit safa dan menyeru penduduk Makkah supaya beriman lalu dikutuk oleh Abu Lahab, bapa saudaranya sendiri. Lalu turun ayat Tabbat Yadaa …
618M Rom mengalahkan Parsi seperti diramalkan oleh Al Quran - Surah Ar Ruum
620M Meninggalnya Khadijah pada usia 65 tahun dan Abu Talib pada usia 87 tahun dalam tahun yang sama iaitu tahun ke 10 dari kenabian , baginda pergi ke Taif dan dilontar dengan batu oleh penduduk Taif dan akhirnya baginda di Israk dan Mikrajkan oleh Allah SWT
621M Perjanjian Aqabah I - 5 orang penduduk Madinah berbaiah dengan Nabi di Jamrah Aqabah sewaktu musim haji tahun itu.
622M Perjanjian Aqabah II - 12 orang ketua-ketua suku Madinah termasuk seorang wanita berbaiah dengan Nabi di Jamrah Aqabah sewaktu musim haji tahun itu. Peristiwa ini juga dipanggil Baiatun Nisak kerana terdapat seorang wanita dalam kumpulan itu.
10.9.622M Peristiwa permesyuaratan ketua-ketua kaum di Makkah dengan disertai oleh seorang iblis yang menyamar sebagai orang tua untuk membunuh nabi lalu turun ayat 30 surah al taubah/al anfaal ….wamakaru wamakarallah…
12.9.622M 1 R,awwal 1H Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah - Permulaan Rasmi Era Kaum Muslimin
8 R' Awwal 1H Nabi tiba di Qubak selatan Madinah dan mendirikan Masjid yang pertama dalam Islam. Baginda bersolat Subuh di Masjid Qubak.
24.9.622M 12 R'Awwal 1H Nabi Nabi bersama Abu Bakar dan Ali mendirikan Masjid Jumaat dan mendirikan Sembahyang Jumaat yang pertama dalam Islam. Seterusnya baginda berjalan ke utara sehingga sampai ke tapak Masjid nabi sekarang.
623M 2H Setelah 16-17 bulan nabi bersembahyang menghadap Baitul Maqdis turun wahyu membenarkan baginda menghadap kiblat ke Masjidil Haram. Ini disebabkan orang-orang yahudi sering mengejek-ngejek Rasulullah SAW kerana bersembahyang menghadap Baitul Maqdis. Peristiwa ini berlaku ketika nabi bersembahyang Zohor di Masjid Qiblatain.
624M 2H Yaumul Furqaan - Peperangan Badar - nabi vs musyrik Makkah. Nabi menyertai 27 kali peperangan sepanjang hayatnya. Kaum Muslimin mencapai kemenangan
625M 3H Peperangan Uhud - Nabi dengan musyrik Makkah . Kaum Muslimin mengalami kekalahan kerana tidak mentaati perintah Nabi agar jangan turun dari Bukit Rumah (Bukit Pemanah)
Peristiwa rombongan Abu Sufyan dipanggil oleh Gabnor Rom di Syam bertanyakan ehwal nabi. Gabenor tersebut hampir masuk Islam tetapi kemudiannya menarik balik hasratnya kerana malu kepada masyarakatnya.
625M 3H Peristiwa orang munafik di bawah pimpinan Abdullah bin Ubai menghasut 300 orang tentera Islam supaya jangan mengikut nabi berperang di Uhud.
627M 5H Peperangan Khandaq/ Ahzab - nabi dengan Gabungan Quraish dan Yahudi. Kaum musyrikin bertempiaran ditiup oleh angin ribut pasir yang diturunkan oleh Allah SWT.
627M 5H Peritiwa Yahudi bani Quraizah menikam kaum muslimin dari belakang yang mengakibatkan nabi membatalkan perjanjian damai dan membunuh 700 orang lelaki dan menghalau saki bakinya dari kota Madinah.
628M Zulkaedah 6H Nabi melaksanakan Umrah - Perjanjian Hudaibiyah - Perjanjian damai ini memberi kesempatan kepada Nabi untuk mengkonsolidasi kaum muslimin supaya menjadi kuat dan menumpukan kepada aspek dakwah dan tarbiyah.
630M 8H Fathul Makkah - kegagalan kaum musyrikin berpegang kepada perjanjian Hudaibiyah telah memungkinkan Nabi menakluki Makkah.
630M 8H Peperangan Tabuk - Nabi dan Yahudi - Peperangan Nabi yang terakhir
630M 8H Peperangan Muktah -Kaum Muslimin dan Rom - Pimpinan Khalid Al Walid
632M 25 Zulkaedah 10H Nabi melaksanakan Haji Wadak
6.632M 12 R'awwal 11 H Wafatnya Rasulullah SAW pada usia 63 tahun dan dimakamkan di rumahnya di pinggir Masjid Nabi

-Sumber......-

Read more...

Apa itu Couple? Cinta atau Dosa?

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Ahad, April 11, 2010 0 ulasan



عن ابي هريرة عن النبي (ص) قال: ان الله كتبَ على ابنِ آدمَ حظَّهُ من الزِّنَا اَدْرَكَ ذلك لاَ مَحَالَة فزناَ العينِ النَّظرُ وزنَا اللّسانِ المَنْطِقِ والنَّفْسِ تمَنَّى وتَشتَهِى والفَرجِ يُصَدِّقُ ذَلِكَ او يُكَذِّبُهُ.
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad saw. Baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah menentukan untuk anak Adam mendapat bahagian dari zina, tidak boleh tidak. Zina mata melihat (perempuan), zina lidah berbicara dan zina hati mengharap dan menginginkan, hanya anggota kelamin yang menentukan benar atau tidaknya dia berbuat zina”.
Couple….couple…couple, apa itu couple? Wahai kaum muslimin tahukah kamu bahawa wanita adalah fitnah.

Read more...

Azab Meninggalkan Solat!

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Khamis, Mac 25, 2010 0 ulasan

Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah s.w.t. akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya. Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya:-

Allah s.w.t. akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
Allah s.w.t. mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.


Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya:

Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.
Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.



Read more...

Mabuk Cinta Terhadap Allah

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Khamis, Mac 25, 2010 0 ulasan

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya."

Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."
Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah."

Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.

Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah s.w.t., "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai saja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.

Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah s.w.t. menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar percakapan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima:

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."
Read more...

Mencari keredhaan sejati

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Jumaat, Mac 19, 2010 0 ulasan

Redha, Redha........Aku redha dengan apa yang berlaku.....Ayah dan ibuku meninggal...aku redha, adik-beradikku menjadi pengemis, aku reda.....betulkah semua ini kenyataan!
tidak...tidak...dan tidak....hati mana yang tidak panas apabila dicaci, jiwa mana tak sedih jika keluarga meninggal, muka siapa tak padam apabila dipuji/ dimarahi orang...
di mana keredhaan sejati itu.

Ma makna reda itu erk?
Redha adalah suatu biskut atau makanan atau ape!
Redha berlaku apabila kita sebagai hambaNya melihat setiap ujian, bala'/bencana adalah milik Allah dan kita sebagai manusia mesti percaya kepada Qada' dan Qadar Allah swt, iaitu rukun iman ke-6. Mengikut wikipedia: Percaya kepada qada dan qadar adalah mempercayai bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan Allah semata-mata.

Read more...

Sukarelawan Explorasi Dakwah Perkampungan Orang Asli kali ke-5

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Ahad, Mac 14, 2010 0 ulasan

Pada 26 Februari 2010 yang lalu, unit e-Kaunseling telah menganjurkan Sukarelawan Explorasi Dakwah Perkampungan Orang Asli buat kali ke-5. Sukarelawan pada minggu ini bertemakan “Kelahiranmu Membuka Cahaya Kebenaran” bersempena dengan kelahiran junjungan Nabi Muhammad saw. Jumlah sukarelawan yang menghadiri pada kali ini ialah seramai 19 orang iaitu 9 orang daripada rakyat muslimin sejati dan 10 orang dari muslimat solehah. Beberapa program yang di buat sepanjang program termasuk (sila rujuk tentatif di bawah ini):
Tentatif Sambutan Maulidur Rasul kali pertama_ Kampung Tekir, Labu Negeri Sembilan

Jumaat (26/2/2010) Aktiviti Tempat
3.00 ptg Taklimat Sukarelawan PKP
Habis Taklimat Bertolak ke Kampung Tekir PKP
Asar -Solat
-briefing untuk aktiviti pertama
-Mahabbatulmal’ab
-Mahabbatulqaryah Surau
6.00-6.45 ptg -Mahabbatulmal’ab
-Mahabbatulqaryah Padang bola
Kawasan Kg.
6.55-7.28 mlm Persiapan solat dan lakonan Surau dan Rumah Tumpangan
7.30-7.50 mlm Solat Maghrib Surau
8.00-9.00 mlm Pentomen (persembahan) Surau
9.00-9.30 mlm Ma’kulatulBarakah Surau
9.30-10.30 mlm Speaking up, Bayan qablahnaum Surau

Sabtu (27/2/2010)

5.00-6.00pagi Qiamullai dan kendiri Surau dan rumah tumpangan
6.00-6.40 pagi Solat subuh & Ma’thurat Surau
6.40-7.00 pagi Tazkirah subuh Surau
7.00-8.00 Solat ishra’
Persiapan untuk program selawat ramai-ramai. Surau dan rumah tumpangan
8.10-9.00 Ma’kulatulBarakah
Persiapan diri termasuk solat Dhoha Surau dan rumah tumpangan
9.30-10.30pg -Asmaulhusna
Perarakan Maulidur Rasul
(tempat akan ditentukan) Bermula di Surau
10.30-11.00pg Ma’kulatulBarakah
Tadika
11.00-11.30pg Postmortem Surau
11.30pg Jom balik USIM Kolej Kediaman
Program seperti ini penting bagi setiap insan yang mempunyai kalimah iman bagi memantapkan dan menyebarkan seruan dakwah yang semakin mengikis kini. Di sana, kami terpaksa melalui beberapa duri di kaki seperti hujan lebat, ketiadaan air dan keperluan, ketiadaan bahagian pengurusan di kampong dan lain-lain. Namun , inilah di panggil dunia yang bukan hanya untuk bergembira sahaya mencapai keredhaan dalam hati yang sucu lagi murni. Dan, inilah satu cara untuk membersihkan hati yang telah lama berkarat di sudut tubuh yang lemah longlai. Segala kerjasama dan kritikan daripada sukarelawan atau orang luar amat kami hadapkan dengan cahaya persahabatan dan ukhwah Islamiyyah, InsyaAllah….
Read more...

Luahan Hati

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Selasa, Mac 09, 2010 0 ulasan

Setiap matlamat jangka pendek dan sederhana sudah kami capai
cuma yang jangka panjang, ni kita tengah mencuba
insyaAllah minggu depan ana buat mesyuarat agung dengan JKK, batin kampung dan JHEOA untuk program pemantapan bahasa inggeris...
cuma anti mungkin tak tahu mengapa kami buat secara senyap...?
1. pergolakan dan triubulasi sal agama amat tinggi di tekir.....
2. Merapatkan hub antara sukarelawan n pendudk tanpa mengira batas agama
3. Minat n keyakinan penduduk islam yang menaruh harapan tinggi pd kita semua
4. perjanjian yang dibuat oleh anggota usim yang membuat program2 sebelum ni di tekir
5. Kami punya program seperti jom balik kampung
6. Sasaran mad'u bukan sahaja dari kalangan penduduk tekir sahaja tetapi penduduk di usim sediri (secara halus)
7. Mengikut 7 maslahah2 dakwah fardiah
8. Mengikut sunnah dakwah Nabi Muhammad saw. secara senyap n terang terangan...
siapalah kita sekadar ummat..... kesanggupan dan kesabaran menuntut pengorbanan
klu de pe2 cadangan klu bleh, kami amat memerlukan cara pelaksanaan....

Read more...

Adakah Ujian Itu Hasil Dari Kesalahan Atau la Adalah Sunnah Dari Sunnah-sunnah Dakwah?

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Rabu, Februari 17, 2010 0 ulasan


Sesungguhnya para Rasul dan para pendukung dakwah yang senantiasa menyeru manusia kepada Allah mengalami gangguan, penyiksaan dan penindasan dari musuh Allah lantaran mereka berjuang melaksanakan kewajiban dakwah. Sekiranya Allah hendak menghalang dan mencegah mereka dari mengganggu, menggugat, menyakiti, menindas dan membunuh para Rasul dan para pendukung dakwah niscaya Allah sangat bisa berbuat demikian.
Allah Maha Pengasih kepada mereka, tetapi Allah tidak berbuat demikian. Mereka dibiarkan terganggu kepada berbagai-bagai gangguan, penyiksaan, sehingga kita melihat junjungan kita nabi Muhammad s.a.w. yang tercinta telah diganggu dan disakiti oleh kaum musyrikin di Tha'if sehingga baginda berdoa dan bersabda: "Hai Tuhanku, kepadaMulah kuadukan kelemahanku, kekuatanku dan kurangnya upayaku dan hinanya aku kepada manusia." Adakah Allah membiarkan mereka dengan tidak melindungi mereka dari siksaan kaum kafir dan musyrik karena mereka telah membuat kesalahan?
Adakah masuk akal jika dikatakan bahwa segala gangguan dan penyiksaan yang menimpa para Rasul, pendukung dakwah dan para mukmin yang bersama mereka disebabkan kesalahan di dalam perjalanan mereka menyeru kepada Allah? Sesungguhnya kita akan menyatakan sebaliknya.
Keteguhan mereka mendukung dakwah dan istiqamah mereka di atas perintah Allahlah yang menyebabkan mereka mengalami gangguan dan ujian. Sekiranya mereka menyeleweng, abai atau bersantai-santai, sudah tentu mereka tidak diganggu, disiksa, ditindas.

Read more...
Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Isnin, Februari 08, 2010 0 ulasan

Why do we read Quran, even if we can't understand a single Arabic word?
Found on the interwebs.
Why do we read Quran, even if we can’t understand a single Arabic word???? This is a beautiful story.


An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Quran. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could.
One day the grandson asked, “Grandpa! I try to read the Quran just like you but I don’t understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Qur’an do?”
The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, “Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water.

Read more...

Maaf

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Isnin, Februari 08, 2010 0 ulasan

Maaf................
Apa yang anda faham tentang maaf?
Maaf, maaf ,,,,,,seribu kali maaf....
Adakah maaf penutup masalah.....
Adakah maaf pembuka bicara.............
Adakah maaf pembuka selera.........
Adakah maaf pembuka dusta atau maaf penambah binasa di akhirat....
Maaf kerana bercerita pasal maaf.......
Sebagai manusia biasa yg dicipta dengan serba kekurangan dan kelemahan, tapi yang pasti kita tidak akan terlepas dari panahan dosa yang memangggil
“Maaf…”
“Mintak ampun…”
“Sorry…”
“Ampunkanlah segala kesalahan dan dosa…”
“Tobat dah, janji tak buat lagi…”
"dah lama masuk Islam, tapi ke mana sifat pemaaf"
Kita sebagai seorang Muslim atau Muslimah disarankan memaafkan segala perbuatan orang atau diri sendiri sebelum kikta melangkah ke alam kematian antara kecil atau yang hakikatnya.....
Inilah antara beberapa ungkapan dan perkataan yg diucapkan bila kita ingin menebus sebarang kesalahan atau dosa yg dilakukan.

Read more...

Doaku padaMu

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Rabu, Februari 03, 2010 0 ulasan

melepaskan kata-kata satu penyeksaan
membuka bicara membiar kecelakaan
merenung badai dosa berhimpun
mencelah binasa menjadi titian


Maha suci Engkau Ya Allah
Setiap ujian dilancarkan
Doa kudusku menjadi masalah
Ke mana lagi harusku dambakan

di lebuh raya Engkau hulurkan
di dalam hati Engkau hiriskan
di kejauhan rimba aku temukan
Ya Allah akukah si sipulan

terlaksana wasiat dalam warkah
tercakna peribadi seorang lelaki
terbenam hati luhur kalimah
tercalar kalbu wadah dinanti

menjenguk mata seorang dai'e
mengelak suasa malam qiam
mendekat diri pada syarie
mendongak kepala menanti malam
Read more...
Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Ahad, Januari 24, 2010 2 ulasan
Melayang jauh mataku memandang,
Musafir berlalu menyinkap hati,
Di manakah umat Nabi Muhammad S.A.W,
Di manakah manusia yang bernama insan,
Di manakah insan bernama Islam,
Di manakah khalifah yang memerintah,
Di manakah hatimu terhadap mereka !

Mereka yang berada dalam kebuluran,
Mendongak dagu memikirkan hadapan,
Tersenyum sayu melawan nafsu,
Tergelak ketawa tanda jahil,
Mengangkat tangan tanda setuju,
Mengangkat kaki tanda seteru.......

Islam di nama bagi manusia,
Mereka merenung masa berlalu,
Siapa kita ! Siapa mereka !
Wahai Ummat terakhir,
Ingatlah kamu kepada yang lain,
Ingatkah engkau bila engkau muslim,
Ingatkah engkau bila engkau menyebut .......
Lailahaillallah Muhammadurrarulullah......

kepada sahabat dan ilmuan sekalian, jom kita bersama-sama memartabatkan kalimah Allah di mata dunia, khususnya bagi mereka yang memerlukanNya seperti masyarakat yang tidak kita ketahui, caknai, melintasi, meragui iaitu masyarakat Orang Asli...
Nukilan untuk bersama bukan disengajakan......

Read more...

isu kalimah Allah

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Selasa, Januari 19, 2010 0 ulasan
HUJAH YANG MEMBOLEHKAN
1. Hujah daripada Al-Quran
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: " Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhluk-Nya)?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintah-Nya)? (Surah al-Ankabut 29:61)

Wajah istidal di dalam ayat ini menunjukkkan tentang keharusan menggunakan menggunakan nama Allah kerana golongan Kafirin di dalam ayat ini turut juga menggunakannya.

HUJAH YANG MENGHARAMKAN

1. lafaz Allah yang dimaksudkan dalam Islam mempunyai sifat Ahadiyyah dan SomadiyyahNya berdasarkan firman Allah SWT:
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. (Surah al-Ikhlas 112:1-2)


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular


    Solat dulu yup

    About Me

    Foto Saya
    Pencari Cahaya (PC)
    lahir kat 135 kampung hiliran masjid,21000 Kuala Terengganu, Terengganu, tinggal di Nabawan, Sabah selama beberapa tahun dan menetap di Kelantan selepas itu.....
    Lihat profil lengkap saya

    get this widget here

    Meh kecek smeta (jom berdialog)

    Followers

    5 Perkara