HUJAH YANG MEMBOLEHKAN
1. Hujah daripada Al-Quran
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: " Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhluk-Nya)?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintah-Nya)? (Surah al-Ankabut 29:61)
Wajah istidal di dalam ayat ini menunjukkkan tentang keharusan menggunakan menggunakan nama Allah kerana golongan Kafirin di dalam ayat ini turut juga menggunakannya.
HUJAH YANG MENGHARAMKAN
1. lafaz Allah yang dimaksudkan dalam Islam mempunyai sifat Ahadiyyah dan SomadiyyahNya berdasarkan firman Allah SWT:
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. (Surah al-Ikhlas 112:1-2)
ia amat berbeza dengan kefahaman ahli Kitab di dalam memahami dan menafsirkan lafaz Allah itu sendiri.
Hamka dalam tafsirnya 30/302 dengan menukilkan Tafsir Abu Suud telah berkata:
"Diulangi nama Allah sampai dua kali (ayat 1 dan 2) dengan kejelasan bahawa Dia adalah Esa, tunggal, Dia adalah tempat pergantungan segala makhluk, supaya jelaslah bahawa yang tidak mempunyai kedua sifat pokok itu bukanlah Tuhan. Dalam ayat pertama ditegaskan keesaaan-Nya untuk menjelaskan bersih-Nya Allah dari berbilang dan bersusun dan pada-Nya terkumpul segala sifat Kesempurnaan. Dia tempat bergantung , tempat berlindung, bukan Dia yang mencari perlindungan kepada yang lain, Dia tetap ada dan kekal dalam kesempurnaan-Nya serta tidak pernah berkurang.
2. berdasarkan firman Allah yang bermaksud:
"dan orang-orang yahudi berkata: "Uzair ialah anak Allah" dan orang-orang Nasrani berkata: "Al-Masih ialah anak Allah",. demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu, semoga allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?. (Surah at-Taubah 9:30)
Wajah istidal daripada ayat ini ialah pada maksud firman Allah yang bermaksud iaitu: Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka dahulu, semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?
Di dalam ayat ini, Allah SWT menegaskan bahawa orang-orang Yahudi dan Nasrani telah menfitnah Allah dengan menyatakan bahawa Allah mempunyai anak iaitu Uzair dan juga al-Masih. Bagi menolak fitnah ini, Rasulullah SAW diperintahkan untuk menyatakan bahawa Allah SWT bukanlah seperti yang didakwa oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani menerusi firman Allah yang bermaksud:
"Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon segala hajat. Ia tiada beranak, dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan-Nya". (Surah al-Ikhlas 112: 1-4)
Maka setelah Rasulullah SAW membersihkan maksud kalimah ini, dari mulut orang-orang Yahudi dan Nasrani, wajarkah Muslim hari ini memberi kebenaran untuk mereka menggunakan kembali lafaz suci ini?
Nukilan DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI DAN RASHIDY JAMIL MUHAMMAD AR-RASID....UNTUK BUTIRAN LEBIH LANJUT SILA RUJUK BUKU "ISU KALIMAH ALLAH", HUKUM PENGGUNAANYA BAGI BUAKN ISLAM
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Ketahuillah wahai saudaraku para juru dakwah, sesungguhnya Allah Subhanahu Wata’ala pasti mengenakan cubaan kepadamu. Dia akan menguji ha...
-
Sedikit perkongsian daripada kuliah tentang jaga lidah, penulisan ini berdasarkan isi kuliah adDin bertempat di Masjid Sultan Salahudin Abdu...
-
Ayoyo...lama penulis tidak bersua? Kenapa.?..urusan dunia semata-mata? Kini, diri penulis terjeluak untuk menulis tentang wanita. Terl...
-
Aku sempat menjenguk sebentar bimbingan tentang solat khauf oleh US. NIDZOMUDDIN B. AHMAD yang begitu jelas menceritakan tentang asal usul s...
-
Pernah hatiku terpaut mengenai satu iklan, “Pencarian Bakat Dikir Barat Peringkat USIM”, huh berdebar-debar hatiku. Sebelum ini, apa yang...
-
Bersama semula anda dengan PC. Kali ini kita akan membincangkan satu perkara yang mungkin tidak pernah kita fikirkan iaitu isu-isu berkaita...
-
Musibah atau Muhasabah? Dalam mencari hikmah ujian-ujian yang dikurniakan oleh Allah SWT…………. Bismillah...
0 Response to "isu kalimah Allah"
Catat Ulasan