Wahai Ikhwah Sekalian

Posted by Pencari Cahaya Dalam Misi Mencari Cahaya Ilahi

Ya ayuhal ikhwah, Antum perhatikan bagaimana Allah telah menciptakan batu dan air yang mengalir di sungai ini. Antara batu dan air tidak ada pertikaian di antara mereka. Batu tidak pernah mengatakan, ‘Hai air kenapa bunyimu terlalu keras’ Atau air mempersoalkan, ‘Batu, kenapa kau ada disini.’ Tidak ada persengketaan diantara mereka; Mana hak saya… Mana kewajiban kamu… Tapi kenapa kita tidak mau mengambil ‘ibrah dari batu dan air? Kenapa kita mulai bercerai-berai, memikirkan ini hakku… ini hak saya… Ini kewajibanku… Itu kewajibanmu… Malu kita semua pada batu dan air! Ini saatnya antum semua bersatu, bekerjasama dalam ukhuwah Islamiyah… Allahu Akbar!

Featuring Post Example

Posted by TheBlogTemplates On Month - Day - Year

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at nisl. Nullam lorem mi, eleifend a, fringilla vel, semper at, ligula. Mauris eu wisi. Ut ante dui, aliquet nec, congue non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et maur...

Featuring Post Example

Posted by TheBlogTemplates On Month - Day - Year

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at nisl. Nullam lorem mi, eleifend a, fringilla vel, semper at, ligula. Mauris eu wisi. Ut ante dui, aliquet nec, congue non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et maur...

Featuring Post Example

Posted by TheBlogTemplates On Month - Day - Year

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at nisl. Nullam lorem mi, eleifend a, fringilla vel, semper at, ligula. Mauris eu wisi. Ut ante dui, aliquet nec, congue non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et maur...

Featuring Post Example

Posted by TheBlogTemplates On Month - Day - Year

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at nisl. Nullam lorem mi, eleifend a, fringilla vel, semper at, ligula. Mauris eu wisi. Ut ante dui, aliquet nec, congue non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et maur...

Ku jejaki alam dalam mencari redhaMu, ku tempuhi dugaan dalam menikmati suruhanMu, ku menangis kerana mengingatkan diriMu.....Temukankanlah si Pencari Cahaya dengan NurMu ya Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang

Musibah dan hubungannya dengan muhasabah

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Selasa, Julai 26, 2011


Musibah atau Muhasabah?
Dalam mencari hikmah ujian-ujian yang dikurniakan oleh Allah SWT………….


Bismillahirahmanirrahim……….

Terlebih dahulu PC ingin menjernihkan suasana dengan sebuah puisi yang tidak begitu cantik bagi pandangan mata tetapi menjadi ubat bagi pendengar hati:


Sinar mentari
Menunjukkan sesuatu yang indah
Kadang-kadang manis wajahnya
Kadang-kadang menarik cahayanya
Jarang-jarang meronta kepanasannya
Jarang-jarang menjadi bahang dahaga  manusia

Berdiri jauh ia tersenyum
Bercahaya gemilang tanda memberi
Bertengkar awan ia memancar
Bernafsu mekar menyinari alam

Menjadi lumrah isi kehidupan
Ada yang sakit
Ada yang senyum
Ada yang sengsara
Ada juga yang sensitif

Begitu indah kehidupan
Ada yang naik
Ada yang turun
Ada yang hidup
Ada juga yang sudah mencapai hayatnya

Sukar untuk dibicarakan
Musibah dan muhasabah
Saling berkaitan memuji
Saling bergetar melawan
Itulah matlamat alam

Jika difikirkan
Jika dihindarkan
Ia tetap dating
Ia tetap menerjah tuan
Sukar untuk berlari
Sukar untuk dicari
Itulah lumrah kehidupan

Menjadi kilauan iman
Si dia menerjah ujian
Menjadi tetamu kepayahan
Menolak segala kebutuhan
Menjadi wira bersuara juara kehidupan

 
Sudah sekian lama penulis tidak berbicara. Mungkin sibuk mengahwini telatah manusia. Terlebih dahulu PC ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para Pembina. Rakan-rakan dari Filipina, Singapura, satiap jajahan dalam Malaysia dan tidak lupa kepada ibu bapa yang menyokong perjuangan dakwahku. Mereka sering merungkaikan perbuatan PC, tetapi fikirkanlah betapa berkilatnya kehidupan pabila kejayaan yang sedang ditempah pada akhirnya.

Firman Allah s.w.t.:

“Dijadikan mati dan hidup kepada kamu untuk menguji siapakah yang terbaik amalannya.”
(Surah al-Mulk: 3)


Musibah atau muhasabah sebuah perlawanan hebat antara dua benua kehidupan.

Firman Allah s.w.t.:

“Apakah manusia mengira, ia akan dibiarkan sahaja, mengatakan kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji?”
(Surah al-Ankabut: 2)

 Sebelum kita pergi jauh kearah merungkaikan apakah sebenarnya pernyataan ini, suka PC untuk memberikan sedikit definisi musibah dan muhasabah. Musibah ialah Sesuatu perkataan yang sering diperkatakan oleh setiap manusia tidak kira mereka adalah seorang penganut islam, kristian ataupun agama-agama lain sekalipun. Cuma, ia berbeza dengan penganut agama islam yang memberikan makna musibah iaitu sesuatu ujian yang diberikan Pencipta kepada penganutnya untuk menguji tahap keimanan bagi menambahkan pengalaman  dalam meningkatkan kekuatan lahiriah dan rohaniah di dalam menjalani kehidupan yang lebih padat dengan ranjau dan duri-duri yang lebih tajam.

Muhasabah pula berbeza dari pengertian musibah yang mana perkataan ini tidak diperkatakan oleh masyarakat selain yang bergelar seorang islam. PC membahagikan pengertian muhasabah kepada tiga, jika dalam bahasa arab biasanya memberikan dua pengertian seperti dari segi bahasa dan istilah. Pengertian pertama ialah mengeluarkan diri daripada kancah kegelapan atau ketidakseimbangan atau kesilapan. Pengertian muhasabah yang kedua ialah mengenal pasti atau mengerti kesilapan yang lalu dan bersedia untuk berubah dalam memastikan keadaan lebih sempurna. Pengertian muhasabah yang ketiga ialah membina diri dengan kekuatan atau persediaan yang kukuh dalam menjalani kehidupan dan cabaran yang mendatang.

Begitulah kehidupan seorang pedagang dunia yang sentiasa akan menyentuh kedua-duanya baik dia adalah kaya atau miskin, tua atau muda, cergas atau lambat. Kehidupan tetap kehidupan. Bermula dari hubungan si ayah dan ibu sehingga kembali menemuiNya itulah kehidupan peringkat yang pertama dan paling kecil. Jika dipanjangkan cerita, kehidupan yang sebenar adalah di akhirat sana yang sedah tersedia lamanya dan menunggu-nunggu para penginap waktu. Kesusahan, kepayahan dan kelemahan menjadi punca kepada kekuatan. Tidak percaya dengan pernyataan ini? Cuba anda fikirkan tentang diri anda sekarang. Dulu yang asalnya tidak dapat berjalan, bercakap, dan bergerak lantang tetapi sekarang dapat merasainya. Bukan mudah-mudah anda bercakap sesuatu bahasa. Bukan mudah-mudah anda berjalan dan berlari tanpa pengalaman. Dan bukan mudah-mudah anda Berjaya menelaah setiap pergerakan tanpa ujian dan cabaran.

Berikut adalah fakta yang mengaitkan tentang perbincangan di atas. Selepas kelahiran anda di hari pertama di dunia, perkara yang pertama anda lakukan ialah menangis. Kenapa dan mengapa? Menjadi persoalan, adakah ia semulajadi? Tidak sama sekali, pencipta mengetahui setiap pergerakan dan pencapaian kita. Ingat, anda boleh mengeluarkan suara tetapi tidak dapat bercakap dengan bahasa yang dipertuturkan oleh masyarakat sekeliling. Sebab itu bunyinya waaaaaa…….waaaaaaa….waaaaa…..tiada cara lain selain bahasa waaa untuk meminta si ibu memberikan sedikit susu sebagai bekalan tenaga untuk hidup. Kini, pelbagai bahasa dan loghat yang dipertuturkan. Ada yang berbahasa melayu, cina, inggeris, jepun dan macam-macam lagi. Dan yang anehnya bahasa melayu pula terbahagi dengan beberapa bahasa lain pula yang menunjukkan kekuasaan Ilahi Pencipta alam semesta. Dengan usaha untuk meniru gaya dan bahasa, anda kini boleh berbicara lantang. Ada yang memegang jawatan di parlimen menghuraikan masalah rakyat, ada yang menjadi pakar motivasi mempunyai pelbagai alunan untuk menarik minat hati-hati pendengar, ada juga yang boleh menyanyi dan menjadikan nyanyian mereka untuk tujuan dakwah dan pekerjaan. Di mana mereka sebenarnya sebelum ini jika bukan orang yang melalui musibah-musibah terdahulu untuk Berjaya dan jangan anda lupa, kejayaan juga adalah musibah.

Kejayaan juga dikatakan musibah? Agak pelik pernyataan sebegini. Kata pujangga, “semakin melangit kita, semakin tebal awan yang perlu ditembusi”. Inilah peribahasa yang sesuai untuk kategori orang yang Berjaya. Antara musibah yang mungkin menjadi prakata perjalanan seorang yang Berjaya ialah biasanya orang yang dikatakan Berjaya akan terus Berjaya tanpa menoleh ke bawah yang penuh dengan masalah, tetapi yakinlah puncak kejayaan akan beransur jatuh dan naik kembali. DI ketika kita gembira kita tidak melihat kesedihan walaupun kesedihan pasti akan berlaku. Bagi seorang pelajar, pernahkah anda-anda pelajar cemerlang merasai kejatuhan result anda? Ataupum anda hanya mengatakan , “ala sikit je turun”. Contoh lain, konsep perniagaan yang diimpikan peniaga ialah menggunakan teori supply :



Konsep ini memang sebagai teori menampakkan keuntungan, iaitu semakin meningkat harga dan perngeluaran semakin meningkat. Cuba anda lihat pula teori demand, semakin tinggi hara barang semakin kurang kuantiti yang menjadi permintaan pelanggan. Kita boleh berniaga dan mendapatkan keuntungan tetapi tahukah kita akan melalui kejatuhan pada sesuatu tahap contohnya ekonomi Negara merosot dan pengeluaran oleh pesaing yang begitu efektif dan murah. Banyak lagi contoh-contoh lain iaitu kemungkinan apabila kita Berjaya, ada juga dikalangan kita yang tidak berpuas hati dengan kejayaan kita dan fitnah akan bertaburan. Sebagai pelengkapnya, kita akan melalui proses muhasabah disebalik musibah yang dating. Ooooo seronoknya!

Jom kita rungkai jenis-jenis musibah! (mesej asal dari genta-rasa.com dan diedit islamiciman.blogspot.com)

1. Kifarah.

Yakni musibah ke atas orang yang baik tetapi ketika itu terlanjur melakukan kejahatan kerana kelalaian dan tidak mampu melawan hawa nafsu. Maka musibah itu diturunkan sebagai “tebusan” untuk meng¬hapus¬kan dosa dan ketelanjuran itu. Ertinya, Allah membalas kesalahannya di dunia untuk melepaskannya daripada dibalas di akhirat. Ini lebih baik kerana azab di dunia lebih ringan berbanding azab di akhirat.
Ringkasnya, kifarah adalah ujian untuk “orang baik yang terbuat jahat”. Dengan ujian itu, “orang baik” tersebut akan mendapat peringatan dan amaran atas kelalaian dan ketelanjurannya lalu berusaha untuk bertaubat kepada Allah.
Firman Allah s.w.t.: “Dan Kami (Allah) timpakan kepada mereka azab supaya mereka kembali ke jalan yang benar.” (Surah al-Zukhruf, 43: 48)
Firman Allah swt: “Dan kami bagi mereka di dunia ini menjadi beberapa golongan. Di antara mereka ada yang soleh dan di antara mereka ada yang tidak demikian. Dan Kami cuba mereka dengan nikmat yang baik-baik dan bencana yang buruk-buruk, agar mereka kembali kepada kebenaran.” Al A’raf 168
Apakah muhasabah terhadap musibah jenis ini? Suka atau tidak, setiap manusia memiliki tahap kekuatan dan kelemahan imannya.  Menjadi rutin kita untuk mengadap Ilahi sehari semalam tetapi apakah kita tahu bahawa kehidupan kita juga dipenuhi dengan lumut-lumut maksiat? Ujian Allah seperti kifarah menjadi satu punca kepada muhasabah. Cuba anda fikirkan jika anda hanya melakukan sesuatu kesalahan tetapi tidak mengetahui kesalahan anda, adakah anda akan terus berubah kepada kebaikan? Allah SWT sudah mengaturkan perjalanan kehidupan kita dengan cantik dan bersih. Sungguh elok kejadianNya. Kifarah dari Allah menjadi satu titik di mana perubahan akan berlaku. Dengan kesungguhan menahan dan melawan nafsu untuk berubah, kematangan akan menjadi satu kelebihan bagi sang pencari kebenaran. Kemaksiatan dan kebatilan akan terhapus dan kebenaran akan bercahaya menerangi manusia yang menerima musibah dan menjadikannya muhasabah.

2. Bala.

Yakni ujian ke atas orang jahat yang sedang melakukan kejahatan. Allah datangkan musibah itu sebagai hukuman di dunia sebelum dihukum lebih berat di akhirat. Dengan kemurkaan-Nya Allah turunkan kepedihan dan kesengsaraan di dunia lagi sebelum orang itu diazab di neraka. Orang yang begini akan diseksa dua kali, pertama di dunia, kedua di akhirat.
Ringkasnya, bala ialah bentuk ujian ke atas “orang jahat yang buat jahat”. Umat Nabi Nuh yang ditenggelamkan banjir, Fir’aun yang ditenggelamkan di Laut Merah, Namrud yang dibunuh nyamuk, Qarun yang ditelan bumi adalah antara mereka yang ditimpa bala di dunia lagi sebelum merasai pula seksa di akhirat.

Firman Allah s.w.t.: “Dan jika mereka berpaling, nescaya Allah akan meng¬azab mereka dengan azab yang pedih di dunia dan di akhirat.”
(Surah al-Tawbah, 9: 74)

Firman Allah lagi: “maka masing-masing (mereka itu) Kami seksa disebabkan dosanya, maka di antara mereka ada yang Kami timpakan kepadanya hujan batu krikil dan ada antara mereka yang ditimpa suara keras yang mengguntur, dan di antara mereka ada yang Kami benamkan ke dalam bumi, dan di antara mereka ada yang Kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali tidak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.” Al Ankabut: 40

Seperti yang dikatakan PC diawal coretan tadi, musibah berlaku kepada semua tidak mengira pemeluk agama islam atau tidak. Berbeza dengan muhasabah yang hanya diperkatakan dan dipergiatkan oleh seorang muslim sahaja. Kejatuhan kaum Lut, Ad dan lain-lain adalah sebagai muhasabah kepada kita semua supaya tidak menyembah selain Allah SWT. 

Firman Allah lagi: “Sekiranya ada di langit dan di bumi Tuhan-tuhan selain Allah, tentulah keduanya itu telah rosak binasa, maka Maha suci Allah yang mempunyai arasy daripada apa yang mereka sifatkan.” (al-Anbiyaa’:22)

Tetapi ada juga di antara pemeluk agama lain merasai muhasabah (begitu sedikit dan selepas diberi taufik oleh Allah SWT) contohnya: lihat dua kisah di bawah

Anda kenal dengan Yusof Islam. Jom kita tengok kisahnya:

Cat Stevens yang bertukar menjadi Yusof Islam, masuk Islam kerana sebuah buku “Terjemahan Al-Qur’an”, yang diterjemahkan oleh A. Yusof Ali. 

Abang Cat Stevens adalah seorang paderi yang cukup kuat Kristiannya. Tiba-tiba abangnya masuk Islam. Pada mulanya Cat Stevens terkejut, dia terfikir bagaimanakah seorang paderi boleh masuk Islam. Akhirnya dia menyimpulkan bahawa abangnya jenis orang gila, sekejap kuat agama Kristian, kemudian menjadi penganut agama Islam pula.

Cats Stevens terus menjalani hidupnya sebagai seorang penyanyi, sibuk dengan pertunjukan pentas sana sini. Pada satu hari, ketika hari jadinya, abangnya yang telah masuk Islam datang ke rumahnya ketika Cat Stevens sedang mengadakan parti hari jadinya. Abangnya mengucapkan selamat hari jadi dan terus menghadiahkan satu bungkusan dan berkata “Benda ini benda suci, tolong letakkan di tempat suci dan jangan kamu hina.” Dia pun ambil dan letakkannya di meja bilik tidurnya.

Setelah habis pesta hari jadinya ketika dia mahu tidur, dia teringat dengan bungkusan yang diberikan oleh abangnya. Apabila dia buka bungkusan tersebut, itulah pertama kali dia terlihat sebuah buku dengan perkataan di kulitnya THE HOLY QU’RAN (Kitab Suci Al-Qur’an). Apabila dia melihat sahaja kitab itu dia terasa sesuatu yang ganjil dalam hatinya.

“Aku buka buku dan aku cuba baca maknanya yang terdapat dalam Bahasa Inggeris, dari satu perkataan ke satu perkataan, dari satu ayat ke satu ayat, aku baca! Baca! Baca! Aku terasa satu macam dalam diriku. Aku tak tahu bagaimana nak gambarkannya tetapi aku memang rasa satu macam. Bermula dari situ, ke mana saja aku pergi, baik ke pertunjukkan pentas atau latihan muzik atau ke mana saja, aku bawa buku itu, aku bawa dalam beg pakaianku. Apabila selesai pertunjukkan pentas, balik ke hotel aku akan sambung baca. Begitulah dari semasa ke semasa.”

Akhirnya Cat Stevens memasuki agama Islam dan menjadi penganut agama yang begitu taat sehingga dia menjadi pendakwah Islam pula sehingga sekarang ini. Namanya Cat Stevens juga ditukar kepada Yusof Islam.

Kita lihat pula kisah Yusuf Estes

SHEIKH Yusuf Estes ialah seorang cendekiawan terkenal yang tidak pernah jemu mengembangkan syiar Islam ke seantero dunia serta mengedarkan bahan-bahan ceramah dalam pelbagai medium kepada umat manusia.

Ikuti autobiografi penghijrahan akidah beliau dari seorang pengkhutbah Kristian kepada pendakwah Muslim yang aktif dan disegani.

Saya dilahirkan dalam sebuah keluarga yang berpegang kuat kepada agama Kristian di Midwest, Amerika Syarikat. Hakikatnya, nenek moyang kami bukan sahaja membina gereja-gereja dan sekolah-sekolah sepanjang tanah ini tetapi keturunan kami juga merupakan orang yang paling awal datang ke situ.
 
Pada suatu hari saya dapat tahu bahawa teman Islam saya, Mohamed terpaksa berpindah dan tinggal sementara waktu di masjid. Kami bersetuju menumpangkan Mohamed di rumah besar kami.

Pengenalan pendek dengan seorang lelaki yang mengakui paderi Kristian yang telah melakukan kerja-kerja mubaligh untuk gereja lebih 12 tahun di selatan dan tengah Amerika Syarikat dan Mexico serta di New York membawanya tinggal bersama kami dan Mohamed. Kami berbual tentang konsep kepercayaan dalam agama Islam.

Mengejutkan saya apabila diberitahu bahawa setiap paderi Katolik, mereka belajar agama Islam dan ada di antaranya yang memiliki doktor falsafah dalam subjek itu. Ini satu yang baru bagi saya.
Semenjak itu kami sentiasa berbincang tentang agama masing-masing. Kami pernah bertanyakan perubahan versi kitab masing-masing. Pernah sekali saya bertanyakan kepada Mohamed sejak 1,400 tahun sudah ada berapa versi al-Quran. Pendek jawapannya hanya ada satu iaitu al-Quran malah ia telah dihafal oleh jutaan manusia. Bagi saya ini sesuatu yang mustahil. Bagaimana kitab saya boleh berubah-ubah sedangkan al-Quran tetap terpelihara.

Pada suatu hari teman paderi saya bertanyakan Mohamed keinginannya untuk mengikutnya ke masjid untuk mengetahui keadaan di sana. Sekembalinya mereka, saya bertanya kepada paderi itu apa yang dilakukan oleh orang Islam? Dia memberitahu, tidak ada apa yang dilakukan hanya sembahyang dan pulang. Pelik, tidak ada ceramah ataupun nyanyian.

Beberapa hari kemudian, sekali lagi paderi itu mahu mengikut Mohamed ke masjid. Kali ini mereka pergi agak lama sehingga hari sudah gelap. Bila pulang saya dapati, Peter (paderi) sudah melakukan syahadah. Saya terkejut dan semalaman memikirkan hal itu, lalu menceritakan kepada isteri. Tambah mengejutkan, apabila isteri saya juga menyuarakan hasratnya untuk bergelar Muslim kerana mengakui kebenaran Islam.
Saya terus memanggil Mohamed dan kami berbincang sepanjang malam sehingga masuk waktu solat Subuh, Mohamad meminta izin untuk melaksanakan kewajipannya. Pada detik itu, saya menyedari erti kebenaran dan sudah tiba masanya untuk saya membuat pilihan yang bakal menyelamatkan saya sama ada di dunia mahupun akhirat.

Saya ke belakang rumah, ambil sekeping papan lapis dan di situlah saya sujud mengadap kiblat. Saya meminta, kepada-Nya petunjuk dan bimbingan. Selepas dari itu, saya benar-benar dapat merasakan perubahan di dalam diri. Saya terus naik ke atas dan mandi dengan harapan ia akan membersihkan dosa-dosa. Saya kini seorang yang baru dan berazam membina kehidupan atas dasar kebenaran.
Pukul 11 pagi hari itu, saya mengucap syahadah bersama dua saksi iaitu sebelum ini Father Peter Jacob dan Mohamed Abel Rehman. Kemudian diikuti isteri dan beberapa bulan selepas itu, bapa pula melafazkan syahadah. Anak-anak saya dipindahkan dari sekolah Kristian kepada sekolah Muslim. Sepuluh tahun kemudian mereka berjaya menghafal al-Quran. Akhir sekali, ibu tiri saya pula mengakui kebenaran Islam.”

Kedua-dua tokoh ini mula memilih Islam pabila mereka muhasabah tentang kegiatan dan agama mereka, bagaimana pula dengan kita?

3. Ibtila’

Yakni musibah ke atas orang baik ketika melakukan kebaikan. Ia adalah tanda kasih sayang Allah kepada hamba-Nya yang taat. Justeru dengan ibtila’ hamba itu akan mendapat pahala berganda dan ditinggikan darjatnya di sisi Allah. Dengan musibah, orang yang soleh ini akan mendapat pahala syahid, pahala sabar, pahala redha, pahala qanaah, pahala pemaaf, sangka baik dan sebagainya.
Justeru jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Allah? Maka dengan ujian bentuk inilah ada di kalangan para rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi (Nabi Muhammad, Nabi Nuh, Nabi Musa, Nabi Ibrahim, Nabi Isa) – yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung musibah.

Ringkasnya, ibtila’ ialah ujian ke atas “orang baik yang buat baik”. Golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solehin ialah mereka yang sentiasa diuji dalam bentuk ibtila’ ini khususnya ketika mereka berjuang menegakkan kebenaran. Untuk mengambil ibrah dan hikmah daripada sikap mereka ini Allah s.w.t. telah mengingatkan kita menerusi firman-Nya:

“Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan ke¬goncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?”
(Surah al-Baqarah: 214)

Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebalik ujian itu. Bila menerima musibah tidak sekalipun mereka tidak mengeluh atau mengadih, “kenapa aku yang kena?” sebaliknya mereka akan berkata, “aku telah terpilih.” Maksudnya, terpilih untuk ditinggikan darjat di sisi Allah dan terpilih untuk mendapat pahala yang besar berganda.
Untuk orang yang sabar Allah menjanjikan bahawa orang yang sabar itu diganjari dengan pahala tanpa hisab.
Bagi mereka yang syahid pula, Rasulullah saw telah bersabda:
“Akan diampuni bagi orang yang mati syahid setiap dosanya kecuali hutang.” (HR Muslim).

Atas dasar itulah sebahagian ulama salaf berkata:
“Andaikan tidak ada musibah di dunia, tentu kita datang pada hari kiamat tanpa membawa pahala.”
Bagaimana pula nasib orang yang derhaka ketika mereka ditimpa musibah? Apakah Allah tidak sayangkan mereka? Jangan tersilap, malah dalam keadaan ber¬dosa sekalipun, ujian didatangkan Allah adalah untuk kebaikan.

Jika orang baik mendapat peningkatan darjat bila menerima musibah, maka orang yang berdosa pula mendapat satu pengampunan dengan musibah (kafarah) yang diterimanya. Rasulullah saw bersabada:
“Tidaklah seorang mukmin tertimpa musibah tertusuk duri atau lebih dari itu, kecuali dengannya Allah akan menghapuskan sebagaian dosanya.” (HR Bukhari dan Muslim.)

Tanpa menuding jari kepada sesiapa maka kita harus bermuhasabah terhadap diri sendiri, ketika ditimpa musibah kita di golongan yang mana? Golongan yang diuji secara ibtila’, kafarah atau bala? Paling tidak tidaknya, biarlah kita diuji secara kafarah, yang dengannya kita akan menyegerakan taubat kepada Allah.  

Tagihlah janji Allah ini:
“Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, maka Allah memaafkan sebahagian besar dari kesalahan-kesalahanmu.” Syura: 30

Itulah antara hikmah terbesar di sebaliknya datangnya musibah. Yang dapat dimanfaatkan bukan sahaja oleh hamba Allah yang taat, tetapi juga hamba yang menderhakai-Nya. Maka daripada dimensi pemikiran inilah kita harus melihat apa di sebalik musibah demi musibah yang menimpa umat Islam kini.
Umat Islam telah dibunuh, dijajah, dirogol, ditimpa pelbagai bencana alam seperti tsunami, banjir besar dan lain-lain. Musibah ini dideritai oleh semua umat, tidak kira yang derhaka atau yang taat menepati apa yang telah ditegaskan Allah menerusi firman-Nya:

“Dan peliharalah dirimu daripada seksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim sahaja di antara kamu. Dan ketauilah Allah amat keras seksaan-Nya.” Al Anfal 25

Semua musibah itu hakikatnya untuk mengingatkan umat Islam agar kembali kepada Allah – beriman dan menegakkan hukum-hakam-Nya dalam seluruh aspek kehidupan.
Firman Allah:
“Dan sesungguhnya kami telah mengutus (rasul-rasul) kepada umat-umat yang sebelum kamu, kemudian Kami seksa mereka dengan menimpakan kesengsaraan dan kemelaratan supaya mereka memohon kepada Allah dengan tunduk merendah diri.” Al An’am 42.

Malangnya, sebahagian besar umat Islam masih berdegil. Justeru, tidak mustahil Allah akan terus “membersihkan” bumi Afghanistan, Iraq, Khasmir dan Palestin daripada terus dihuni oleh insan-insan derhaka melalui musibah sama ada yang berbentuk iblita’, kafarah atau bala. Kematian, kehancuran dan penjajahan akan terus berlaku. Insya-Allah setelah dunia Islam “dibedah” dan orang-orang jahat yang umpama “barah” yang menanah itu dikeluarkan, maka barulah muncul generasi yang lebih bersih, kuat dan ber¬iman.
Dan hanya pada ketika itu dua golongan umat Islam – pertama mereka yang diuji secara ibtila’ dan kedua, mereka yang kembali bertaubat bila diuji secara kafarah, akan mendapat bantuan Allah untuk menggerakkan satu kebangkitan baru Islam yang lebih kuat dan bertenaga.

Akhirnya, perlulah diketahui bahawa rahsia kejayaan para rasul dalam misi perjuangan mereka ialah kerana mereka sentiasa mendapat bantuan daripada Allah. Untuk itu mereka berusaha melalui dua dimensi. Pertama, dimensi lahiriah yakni dengan memerah tenaga, fikiran dan menyediakan kekuatan material dan fizikal. Kedua, dimensi rohaniah yakni dengan melakukan amalan taat dan meninggalkan maksiat. Hasilnya, mereka dapat mengalahkan musuh yang lebih ramai, kuat, dan kaya daripada mereka.

Firman Allah s.w.t.:
“Berapa banyak golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang ramai dengan izin Allah.”

Musibah yang berlaku ke atas umat Islam di serata dunia sesungguhnya membawa hikmah yang besar apabila dilihat dengan mata hati. Pada zahirnya, negatif tetapi secara tersirat ia membawa seribu satu hikmah dan pengajaran. Dalam apa jua keadaan, susah mahupun senang, orang yang beriman akan mendapat kebaikan.  

Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!”

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi:
“Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan.” – Al Hadis.

Ya, yang penting dalam musibah yang menimpa umat Islam kini ialah bagaimana kita bangun kembali setelah diuji. Kata bijak pandai: “It is not how low you fall but how high you bounce back!” Tegasnya, musibah-musibah yang datang bertubi-tubi ke atas umat Islam kini ialah untuk menyerlahkan siapakah di antara kita umat Islam sebenar dan siapa pula umat Islam yang menyamar?
Hanya umat Islam yang benar-benar berpegang dan mengamalkan kebenaran sahaja akan diberi kemenangan dalam menghadapi musuh-musuhnya. Musibah adalah kaedah Allah untuk menyerlahkan siapa yang benar itu. Mereka yang memohon keampunan lalu diberikan keampunan dan dibebaskan daripada kesempitan. Sabda 

Rasulullah saw:
“Barangsiapa yang memperbanyakkan istighfar, maka Allah akan membebaskannya dari kesedihan, dan memberi jalan keluar bagi kesempitannya dan akan memberi brezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.” HR Abu Daud

Alhamdulillah, setakat di sini sahaja coretan kita semua mengenai musibah dan muhasabah. Semoga anda semua mengambil iktibar tentang kelebihan musibah dalam bermuhasabah. Jika ada sebarang bantahan adalah diterima kerana diri ini bukannya maksum untuk sentiasa betul tetapi manusia yang sentiasa mengalami kesilapan. Temui anda di episode Ramadhan akan dating Wassalamualaikum wbt. Wallahua’lam

0 Response to "Musibah dan hubungannya dengan muhasabah"

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular


    Solat dulu yup

    About Me

    Foto Saya
    Pencari Cahaya (PC)
    lahir kat 135 kampung hiliran masjid,21000 Kuala Terengganu, Terengganu, tinggal di Nabawan, Sabah selama beberapa tahun dan menetap di Kelantan selepas itu.....
    Lihat profil lengkap saya

    get this widget here

    Meh kecek smeta (jom berdialog)

    Followers

    5 Perkara