Ayoyo...lama penulis tidak bersua?
Kenapa.?..urusan dunia semata-mata?
Kini, diri penulis terjeluak untuk menulis tentang wanita. Terlebih dahulu insan berdosa ini ingin memohon maaf terhadap wanita-wanita seluruh alam kerana membicarakan tentang ini.
WANITA MEMPUNYAI 9 NAFSU MEMPUNYAI JIHAD TERSENDIRI
Nafsu wanita berbeza dengan lelaki yang hanya mempunyai satu nafsu yang utama iaitu fitrah berkahwin. Tidak perlu bagi ana untuk perjelas tentang nafsu lelaki kerana sudah diketahui umum iaitu kepada wanita. Bagi memperincikan kesemua Sembilan nafsu wanita, suka ana bagitahu bahawa sesiapa wanita yang dapat berjihad kepada kesemua Sembilan ini, insyaaAllah menjadi ketua bagi bidadari syurga yang teramat istimewa di syurga. Usahlah dikau risau jika anda tergolong manusia yang berjihad dan bermuhasabah. Usahlah kita berkira tentang 9 nafsu wanita dan 1 akal wanita yang penting nikmat kelazatan syurga dapat kita kecapi.
Salah seorang dari sahabat wanita atas nama segenap kaum wanita pada waktu itu mengadu kepada Rasulullah “Wahai Rasulullah aku adl delegasi segenap kaum muslimah kepadamu. Jihad telah diwajibkan oleh Allah atas kaum lelaki. Jika mereka menang mereka mendapatkan balasan pahala dan jika mereka terbunuh maka mereka tetap hidup di sisi Allah dan diberi rizki. Lalu apa bagian kami dari itu semua?” Nabi menjawab “Sampaikanlah kepada segenap kaum muslimah yg engkau temui bahwa keta’atan kepada suami dan memenuhi hak-haknya adl sama dgn itu . Tetapi sedikit sekali dari kalian yg melakukannya.”
Jadi keta’atan kepada suami dan memenuhi hak-haknya adl senilai dgn pahala jihad fisabililllah. Karena itu arena jihad wanita muslimah adl di rumah melayani suaminya dgn baik dan memenuhi hak-haknya.
Wanita dikatakan fitnah dunia
Dahsyatnya fitnah wanita telah disebutkan dalam Al-Qur’an dan Hadits. Bahkan surat ‘Ali Imran 14 menempatkan wanita sebagai urutan pertama yang banyak dicintai oleh manusia dan pada saat yang sama menjadi fitnah yang paling berbahaya untuk manusia. Rasulullah saw. bersabda, ” Tidaklah aku tinggalkan fitnah yang lebih besar bagi kaum lelaki melebihi fitnah wanita” (HR Bukhari dan Muslim).
Fitnah wanita dapat menimpa siapa saja dari seluruh level tingkatan manusia baik dari kalangan pemimpin maupun rakyat biasa. Sejarah telah membuktikan kenyataan tersebut. Banyak para pemimpin dunia yang jatuh karena faktor fitnah wanita. Dan fitnah wanita juga dapat menimpa para dai dan pemimpin dai. Bahkan salah satu hadits yang paling terkenal dalam Islam, yaitu hadits niat, sebab keluarnya karena ada salah seorang yang hijrah ke Madinah untuk menikahi wanita yang bernama Ummu Qois. Maka dikenallah dengan sebutan Muhajir Ummu Qois.
Banyak sekali bentuk fitnah wanita, jika wanita itu istri maka banyak para istri dapat memalingkan suaminya dari ibadah, dakwah dan amal shalih yang prioritas lainnya. Jika wanita itu wanita selain istrinya, maka fitnah dapat berbentuk perselingkuhan dan perzinahan. Fitnah inilah yang sangat dahsyat yang menimpa banyak umat Islam.
Ada banyak cerita masa lalu baik yang terjadi di masa Bani Israil maupun di masa Rasululullah saw yang menyangkut wanita yang dijadikan obyek fitnah. Kisah seorang rahib yang membakar jari-jari tangannya untuk mengingatkan diri dari azab neraka ketika berhadapan dengan wanita yang sangat siap pakai, kisah penjual minyak wangi yang mengotori dirinya dengan kotoran dirinya agar wanita yang menggodanya lari, dan cerita nabi Yusuf a.s. yang diabadikan Al-Qur’an. Itu kisah-kisah mereka yang selamat dari fitnah wanita. Sedangkan kisah mereka yang menjadi korban fitnah wanita lebih banyak lagi. Kisah rahib yang mengobati wanita kemudian berzina sampai hamil dan membunuhnya, sampai akhirnya musyrik karena menyembah setan. Kisah raja Arab dari Bani Umayyah yang meninggal dalam pelukan wanita dan banyak lagi kisah-kisah lainnya.(ertihiduppadamemberi.blogspot.com)
Mar’ah atau mir’ah, semacam dalam facebook insan berdosa dalam perbincangan mengenainya. Terlebih dahulu kita kembali kepada perbicaraan ini:
Wanita atau cermin:
Wanita ibarat tongkat bagi suami
wanita ibarat permaidani bagi rumahtangga
Wanita ibarat air yang mengalir sentiasa ada
wanita ibarat luka apabila menunjukkan rupa
Wanita ibarat senjata bagi suami tercinta
wanita umpama berlian bagi ayah bonda
Tetapi wanita bukan cermin:
Bukan untuk digunakan untuk solekan
Bukan untuk dipertontonkan setiap sudut
Bukan tempat untuk dicahayakan manusia
Bukan tempat mempamerkan aurat
Bukan tempat untuk memperlihatkan wajah
Bukan juga untuk digunakan ......
Zaman berubaH
banyak syariat dipermudahkan...
akhirnya.....kita sensara dibawah payung yANG MENaungi hujannn..
Ana tidak suka menyalahkan sesiapa untuk memarahi atau untuk dimarahi tetapi di sini ana nyatakan kesemua wanita dalam gelora jihad yang amat tinggi. Memang jika kita tidak mengaku untuk mengatakan anda membuka aurat. Tahukah kita apa itu aurat. Usahlah ditonjolkan jika tidak kepada golongan yang mahram. Kawin cepat dan tonjolkan jika mahu.
Usah berbedak(kinayah kpd semua jenis alat solek) jika bukan kepada suami,
usah bermesra jika bukan kepada suami,
usah bertonjol-nonjol jika bukan kepada suami,
usahlah anda semua tambahkan dosa lelaki.......sedihhhhhhhh lihat wanita.
Untuk peringatan bagi wanita bertudung pula....tudung adalah bukan hiasan tetapi syariat...jika memakainya ingat niat anda. Nanti kita pula ditanya tudung di akhirat nanti. Usah diselak-selak , panas sekarang tidak sepanah diri ketika berada dalam basuhan neraka.
Fitnah......fitnah.......fitnah...
Takde perkataan lain ke penulis! Memang memandang kesalahan wanita la penulis ni...
Lagi-lagi wanita....why...where...who
Jaw: Penghuni neraka terbanyak ialah....WANITA
Di mana? Sekali lagi, ...............N.E.R.A.K.A
Siapa? Sekali lagi abe.......W.A.N.I.T.A
Alahai penulis, faham-fahamlah wanita adalah yang paling banyak sekarang, kaum lelaki semakin mampus! Anda lihat balik kepada nafsu wanita. Nafsu seks yang tinggi wanita dapat memecahkan kebuntuan lelaki yang mahukan anak lelaki. Itu tidak dapat dipersoal jika kita lihat dalam urutan sains, pabila kemenangan ketika hubungan adalah wanita bermaksud adalah wanita baru akan dihasilkan. Memang takdir Allah tidak dapat kita rungkaikan tetapi sebagai pengetahuan kita bahawa zuriat baru dari kalangan lelaki semakin menurun dan terus-menurun. Mintak-minta :” Ya Allah jadikan setiap zuriat iaitu lelaki sebagai manusia yang memperjuangkan agamamu.”
Kami bukan pembuka fitnah! (berkata wanita-wanita yang tak sedar di mana ia bertapak)
Kemana kamu semua sekarang! Ke Gaza, ke Afganistan, ke Iraq....lain....atau ke p.u.b atau ke kelab, atau keluar dengan bakal suami (mitos sendiri). Buat apa kita sanggup gadai diri untuk lelaki tanpa lesen!
Kawinla cepat-cepat jika menggatai. Bagitahu insan ini jika punya masalah. Tapi biarlah berbatas.
Ciri-ciri wanita solehah
Kemarut bagi penulis meluahkan segalanya. Maaf jika menyentuh hati anda semua.
Sebelum kita pergi jauh sangat tentang cirri-ciri ini. Jom kita rungkai kerja sebenar para wanita sekalian alam...:{
Dalam al-Quran telah menyebut tentang pekerjaan anda:
“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti wanita jahiliyyah yang dahulu”...al-Ahzab
Sebelum lagi!
Ini sebagai coretan pandangan:
Bagi ana kita tidaklah dibantah untuk keluar bagi wanita, carilah ilmu itu. Tapi bagi ana memang lumrah wanita untuk berada di rumah. Jika anda melanggar perintah ini bagi-bagi ana, kekecelaruan ini akan terjadi bagi zuriat anda:
Kekurangan masa buat suami,
Kekurangan masa buat anak-anak,
Ketiadaan masa untuk menghias syurga di rumah,
Ketiadaan masa untuk menyiapkan makanan seindah syurga di rumah,
Ketiadaan lazatan bersama keluarga,
Kejatuhan keberkatan sebenar kehidupan berkeluarga,
Di mana...di mana....di mana “Rumahku Syurgaku”.
Islam menekankan pencapaian taqwa dan sifat soleh dan solehah pada penganutnya kerana sifat ini dapat menolong melahirkan insan mulia yang dapat memikul tugas membentuk masyarakat yang berasaskan prinsip kebaikan, kebajikan dan keadilan(3K). Bagi mengekalkan pembahagian tugas antara lelaki dan wanita, wanita atau istilah lain muslimah solehah tidak digalakkan menyertai kaum lelaki meskipun dalam ibadah supaya mereka dapat menumpukan perhatian kepada tugas tanpa sebarang gangguan.
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Tempat yang paling baik untuk beribadah bagi wanita adalah di bahagian dalam rumah mereka”.
Isteri Abu Hamid Sa’adli, seorang sahabat Rasulullah, telah datang menemui Rasulullah dan berkata:” Wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku ingin mengerjakan solat bersama-sama denganmu di masjid. Apa pendapat kamu?” Baginda bersabda yang bermaksud: “Aku mengetahui keinginan kamu yang sebenar tetapi ketahuilah adalah lebih baik bagi kamu solat di dalam bilik yang sempit di dalam rumah kamu daripada bilik yang luas. Solat kamu di dalam bilik adalah lebih baik daripada solat di tengah rumah dan solat di tengah rumah adalah lebih baik daripad solat di dalam masjid di tempatku”.
Nak cerita sal hadis Rasulullah tentang ini banyak sangat tetapi ana tertarik dengan satu lagi hadis. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:”
Barisan yang terbaik untuk lelaki ialah barisan hadapan dan seburuk-buruknya ialah barisan belakang: dan sebaik-baik barisan untuk wanita ialah barisan yang terakhir dan seburuk-buruk barisan bagi wanita ialah barisan paling hadapan”.
Daripada hadis ini, jelaslah bahawa Islam tidak menyukai kaum wanita meninggalkan aktiviti dan tugas semulajadi mereka dan menceburkan diri dalam bidang yang lain pula. Dengan kata lain, Islam tidak mewajibkan mereka melibatkan diri dalam aktiviti masyarakat agar mereka dapat menumpukan perhatian kepada bidang yang diamanahkan kepada mereka. “Islam telah menentukan tugas yang berkaitan rumah tangga kepada wanita tetapi tidak pula membataskan kepandaian dan kebolehan wanita dalam bidang tersebut sahaja atau menahan mereka daripada menikmati hak-hak yang berfaedah bagi memimpin kehidupan sosial. Sebaliknya, Islam melatih dan memndidik wanita supaya mereka dapat menjalani kehidupan yang berjaya dalam masyarakat.” (kata Muhammad Qubt).
Huh, panjang berceloteh, apa pula cirinya hai penulis?
Wanita idaman jejaka syurga
KELEBIHAN WANITA SOLEHAH
1. Doa wanita lebih maqbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.
3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali.
4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh.
5. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS
7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarah (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah". Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa."; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.
8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW.) di dalam syurga.
9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.
10. Dari 'Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka merekaakan menjadi penghalang baginya dari api neraka."
11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
12. Apabila memanggil akan engkau kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)
15. 'Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah SAW. "Ibunya".
16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.
17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (10,000 tahun).
18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT
23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya (susu badan) akan dapat satu pahala dari tiap-tiap titik susu yangdiberikannya. 27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), makamalaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajibbaginya.
28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila diahiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.
32. Seorang wanita yang solehah lebih baik dari seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginyalapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.
33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau memandang ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keridhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap pandangannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.
34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.
35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.
36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.
38. Jika wanita memijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memijat suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
39. Dari Hadrat Muaz ra.: Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.
40. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanyayang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).
41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah SAW. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat ?" Jawab mereka,"Tidak". Sabda Baginda "Sebaiknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami niscaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.
42. Wanita yang memerah susu binatang dengan "Bismillah" akan didoakanoleh binatang itu dengan doa keberkatan.
43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "Bismillah" , Allah akan berkahkan rezekinya.
44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.
45. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mejadikan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."
46. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."
47. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."
48. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."
49. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."
50. Sabda Nabi SAW: "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong kumis (misai) dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."
51. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
52. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat dari yakut.
53. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
54. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
55. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
56. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.
57. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.
58. Rasulullah SAW bersabda bahwa, "Allah telah memberikan sifat iri (pencemburu) untuk wanita dan jihad untuk lelaki. Jika seorang wanita melatih kesabarannya dengan iman dengan mengharapkan pahala dari sesuatu perkara yang menyebabkannya menjadi cemburu (iri hati), seperti misalnya suaminya menikahi istri kedua, maka ia akan menerima ganjaran seorang syahid".
(Point-point dari halaman halaqah.net ini terdapat di dalam kitab Kanzul 'Ummal, Misykah, Riadlush Shalihin, Uqudilijjain, Bhahishti Zewar, Al-Hijab, dan lain-lain, checking satu persatu belum dibuat. Mudah-mudahan dapat diambil ibrah darinya).
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Ketahuillah wahai saudaraku para juru dakwah, sesungguhnya Allah Subhanahu Wata’ala pasti mengenakan cubaan kepadamu. Dia akan menguji ha...
-
Sedikit perkongsian daripada kuliah tentang jaga lidah, penulisan ini berdasarkan isi kuliah adDin bertempat di Masjid Sultan Salahudin Abdu...
-
Ayoyo...lama penulis tidak bersua? Kenapa.?..urusan dunia semata-mata? Kini, diri penulis terjeluak untuk menulis tentang wanita. Terl...
-
Aku sempat menjenguk sebentar bimbingan tentang solat khauf oleh US. NIDZOMUDDIN B. AHMAD yang begitu jelas menceritakan tentang asal usul s...
-
Pernah hatiku terpaut mengenai satu iklan, “Pencarian Bakat Dikir Barat Peringkat USIM”, huh berdebar-debar hatiku. Sebelum ini, apa yang...
-
Bersama semula anda dengan PC. Kali ini kita akan membincangkan satu perkara yang mungkin tidak pernah kita fikirkan iaitu isu-isu berkaita...
-
Musibah atau Muhasabah? Dalam mencari hikmah ujian-ujian yang dikurniakan oleh Allah SWT…………. Bismillah...
0 Response to "WANITA OH WANITA"
Catat Ulasan