Seperti cendawan tumbuh, isu ekonomi
anak muda sering dibicarakan di media elektronik atau media cetak. Oleh kerana
hala tuju anak muda sebagai pewaris negara bangsa anak muda sering dijadikan
satu kunci capaian bagi negara membangun. Kebiasaan yang berlaku selepas
tamatnya seorang mahasiswa daripada sesebuah institusi ialah ke alam pekerjaan.
Hari ini kita akan membincangkan
secara jelas keinginan dan capaian bagi anak muda iaitu 3k kahwin, kereta dan
kediaman. Ketiga-tiga isu ini menjadi sasaran setiap anak muda yang sudah tamat
pengajian atau yang sedang berusaha menamatkannya. Istimewanya coretan kali ini adalah berkenaan
kereta baru satu keperluan atau idaman?
Ramai pakar-pakar tulisan tidak
menolak bahawa kereta baru adalah pilihan utama anak muda selepas memasuki fasa
pekerjaan. Tidak lupa juga ada yang mengkritik bahawa pembelian kereta adalah
kesilapan besar bagi anak muda. Oleh yang demikian, anak muda mestilah
menentukan kereta itu adalah idaman atau keperluan?
Bagi pengkritik bahawa belian kereta
adalah kesilapan, mereka perlu akui bahawa kebanyakan anak muda tidak melihat
pandangan kritikan mereka sebagai panduan kerana tidak melihat secara dasar
cita-cita anak muda. Anak muda melihat kereta idaman adalah suatu kepuasan bagi
mereka selepas berhempas pulas bekerja. Impian ini bukannya baru dipasang
tetapi sudah berakar sejak dibangku sekolah lagi dengan pengaruh media-media.
Bagi pakar yang merasakan membeli
rumah adalah perkara utama tidak dapat menolak bahawa untuk anak muda bergerak
ke hadapan, mereka memerlukan sebuah kereta. Ada juga berpandangan bahawa
kereta 2nd hand adalah pilihan yang tepat bagi anak muda yang
baru bekerja. Pendapat penulis menolak kedua-dua ideologi ini atas sebab
berikut.
Read more...