Read more...
Aku sempat menjenguk sebentar bimbingan tentang solat khauf oleh US. NIDZOMUDDIN B. AHMAD yang begitu jelas menceritakan tentang asal usul solat khauf.
Read more...
Solat adalah rukun Islam yang dipenuhi oleh setiap penganutnya.Ia merupakan suatu kewajiban bagi mereka yang telah baligh. Wajib dalam erti ianya harus dilaksanakan, dalam situasi apa sekalipum. Baik dalam perjalanan walhal dalam keadaan sakit sekalipum. Seberat apapun sakit yang kita alami solat tidak boleh ditinggalkan. Bahkan dalam situasi perang pun solat berhukum wajib.
Namun disebalik keharusan dan kewajiban solat dalam situasi itu, Allah SWT memberi keringanan (rukhsah) kepada hambanya. Solat itu wajib dilaksanakan sesuai dengan kemampuan kita, dalam kondisi dan situasi yang sedang dialami. Allah tidaklah akan membebani hambanya kecuali sekadar kemampuan hambaNya. Sehingga dalam ajaran Islam ada diajarkan cara solat dalam beberapa keadaan. Misalnya solat bagi orang sakit boleh duduk kalau tidak sanggup berdiri, atau berbaring atau cukup dengan isyarat kalau memang itu maksimal kemampuannya.
Read more...
Guru yang ku sayang,
kau berjalan berdetik-detik,
tik tik tik meninggalkan kenangan,
is is is mengesat air mata kepedihan,
erm erm erm bunyi engkau menahan kemarahan.
Guru,
perjalananmu begitu indah,
memegang jawatan pendakwah engkau inginkan,
memegang watak pembela engkau menangkan,
memegang tribulasi kekalutan engkau pertahankan,
demi anak didikmu yang berbilang.
Guru,
melihatmu ibarat pembakar,
membakar jiwa pelajar untuk belajar,
mencelah manusia untuk mengenal,
mendapatkan cahaya untuk bakal pakar,
itulah dirimu yang apinya tidak luntur.
Guru,
mendidik anak bangsa menjadi badi cita-cita,
meletakkan kesungguhan sebagai tanda,
mencurahkan segala sbgai isinya,
membuka kefahaman engkau semestinya,
menjana keperibadian sebagai misi utama.
Guru,
Dikau ibarat luka yang padam,
Menutup kekeliruan dikau juangkan,
Menatap anak bangsa engkau fikirkan,
Mencela keganasan engkau taburkan,
Membentuk warga dalam prinsipmu.
Guru,
Dikau ibarat santan yang kenyang,
Menabur bakti dikau curahkan,
Melawat jahil berkongsi pengalaman,
Menatap anak bangsa bagaikan emas,
Mentari kecerahan kegelapan malam.
Guru,
Bukan ku tuju tapi menuju,
Bukan ku malu tapi ku mencari,
Bukan ku tatap tapi menatap,
Bukan cemburu tapi mencemburui,
Kaulah guru yang menjadi cita-citaku.
Titipan ini adalah buat Ma dan Abah yang menjadi guruku sejak kecil lagi, kedua buat guruku iaitu pengasuhku di sabah dan juga di kelantan, ketiga buat guruku di tabika kemas kg. Gaal, keempat buat guruku di sek. keb. Panggong, kelima buat guruku di Maahad Saniah, keenam buat guruku di tamhidi USIM, ketujuh buat guruku di Usim keseluruhan, tidak lupa guruku di persimpangan dakwah (di pusat2 agama dan dakwah), tidak lupa buat kaum keluarga di sebelah ma dan abah yang mengasuhh diriku sejak kecil sampai sekarang, buat kawan-kawan semua yang menjadi guru kebaikan diri dan buat diriku yang menjadi guru kepada nafsu.........terima kasih Ya Allah dan Rasulullah kerana menjadi guru yang sebenar kepada diri ini. Salam kebaikan buat insan2 yang bergelar guru......................terima kasih cikgu
Read more...
Sedikit perkongsian daripada kuliah tentang jaga lidah, penulisan ini berdasarkan isi kuliah adDin bertempat di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah.
Pengenalan kuliah
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:”Tidak dinamakan lurus keimanan seorang mukmin itu sehingga hatinya menjadi lurus, dan tidak lurus hatinya pabila tidak lurus hatinya apabila tidak lurus lidahnya.”
Hadis di atas menjelaskan kepentingan kita sebagai umat Islam untuk menjaga lidah bagi mengelakkan iman kita bengkok ke sasaran panahan api neraka. Mengenai sumpah pula dibicarakan bahawa Iman Syafie rahimahullah mengatakan bahawa “aku tidak akan bersumpah dengan nama Allah sekalipun pernyataanku itu betul atau salah”
Merujuk kepada kata-kata ini, Iman syafie begitu menjaga kepentingan lidahnya walhal dalam keadaan sumpah sekalipun. Ini menyatakan kepentingan lidah hanya bergantung kepada tahap kefahaman seorang mukmin dalam kehidupan seharian mereka.
Jiran adalah orang yang paling dekat dengan kita. Namun kejadian aneh berlaku pabila jiran dijatuhkan martabatnya dan direndah-rendahkan walaupun hanya setitis air paku jatuh ke seberang. Buah mulut menjadi hidangan untuk memuaskan nafsu yang menggulung.
Diriwayatkan daripada Aisyah ra dan Ibn Umar ra daripada nabi salallahualaihiwasalam yang bersabda : “ Selalu Jibril memesan kepadaku (supaya berlaku baik) perihal jiran sehingga aku seolah-olah menyangka mereka dapat mewarisi (harta pusaka)” .
Hari ini kita silap. Jiran yang martabatnya lebih tinggi daripada kaum kerabat menjadi sasaran kekasaran mulut kita.
Benda ni salah jiran,
Benda tu anak jiran,
Benda-benda jiran bagi, ambik.
Read more...
Catatan Popular
-
Ketahuillah wahai saudaraku para juru dakwah, sesungguhnya Allah Subhanahu Wata’ala pasti mengenakan cubaan kepadamu. Dia akan menguji ha...
-
Sedikit perkongsian daripada kuliah tentang jaga lidah, penulisan ini berdasarkan isi kuliah adDin bertempat di Masjid Sultan Salahudin Abdu...
-
Ayoyo...lama penulis tidak bersua? Kenapa.?..urusan dunia semata-mata? Kini, diri penulis terjeluak untuk menulis tentang wanita. Terl...
-
Aku sempat menjenguk sebentar bimbingan tentang solat khauf oleh US. NIDZOMUDDIN B. AHMAD yang begitu jelas menceritakan tentang asal usul s...
-
Pernah hatiku terpaut mengenai satu iklan, “Pencarian Bakat Dikir Barat Peringkat USIM”, huh berdebar-debar hatiku. Sebelum ini, apa yang...
-
Bersama semula anda dengan PC. Kali ini kita akan membincangkan satu perkara yang mungkin tidak pernah kita fikirkan iaitu isu-isu berkaita...
-
Musibah atau Muhasabah? Dalam mencari hikmah ujian-ujian yang dikurniakan oleh Allah SWT…………. Bismillah...