Read more...
LAGU In The End mengganti melodi indah Sutera Kasih. Natasya terbaring lesu. Bola matanya meliar, memerhati bilah-bilah kipas di syiling yang rancak menari. Malam itu, seperti jua malam-malam sebelumnya, hanya dia dan Mak Kiah sahaja yang menghuni banglo dua tinggi itu. Daddy masih di pejabat. Menguruskan pelan perniagaan yang masih banyak lompangnya. Kata Daddy, kalau dia tidak berjaya menyiapkan pelan perniagaan tersebut pada hari ini, pastinya beberapa tender perniagaan akan terlepas daripada tangannya. Terlepas tender bererti terlepaslah untung yang sedang menanti bagai durian yang mahu gugur itu. Mama pula sibuk dengan urusan persatuannya. Berbincang dengan rakan-rakan datinnya tentang aktiviti persatuan pada bulan depan. Ahli perlu ditambah supaya bertambah jualah input persatuan hasil kutipan yuran ahli.
Natasya mengerling jam di dinding. Jarum pendek menghala muncungnya ke angka sembilan. Jarum panjang menunjuk ke angka enam. 9.30 malam. Dia mengeluh kecil. Radio diperlahankan. Dia mahu lelap sebentar. Penat di badan masih belum hilang. Petang tadi dia dan kawan-kawan bermain boling dan ke pusat snuker. Andrien ada mengajaknya ke kelab. Selalunya dia menerima pelawaan Andrien, lelaki berdarah campuran Australia dan Melayu yang berjaya mencuri hatinya itu. Tapi entah mengapa hari ini dia menolak. Andrien mendengus kecil. Ada sejalur sinar kecewa di wajah lelaki berkumis nipis itu.
Andrien, Andrien, Andrien. Nama itu diulang-ulangnya. Dia senang bersama lelaki itu. Daripada Andrienlah dia kenal erti kasih. Dan Andrien jualah tempat dia menumpang sayang. Natasya merasakan dirinya amat dihargai ketika bersama Andrien. Andrien memujuk saat dia merajuk. Andrien menenangkannya saat dia dalam amarah. Andrien ketawa saat dia gembira. Andrien menangis saat dia bersedih. Segala-galanya Andrien. Dan dia tertidur di celahan fantasi indah bersama seorang lelaki bernama Andrien.
Read more...
Catatan Popular
-
Ketahuillah wahai saudaraku para juru dakwah, sesungguhnya Allah Subhanahu Wata’ala pasti mengenakan cubaan kepadamu. Dia akan menguji ha...
-
Sedikit perkongsian daripada kuliah tentang jaga lidah, penulisan ini berdasarkan isi kuliah adDin bertempat di Masjid Sultan Salahudin Abdu...
-
Ayoyo...lama penulis tidak bersua? Kenapa.?..urusan dunia semata-mata? Kini, diri penulis terjeluak untuk menulis tentang wanita. Terl...
-
Aku sempat menjenguk sebentar bimbingan tentang solat khauf oleh US. NIDZOMUDDIN B. AHMAD yang begitu jelas menceritakan tentang asal usul s...
-
Pernah hatiku terpaut mengenai satu iklan, “Pencarian Bakat Dikir Barat Peringkat USIM”, huh berdebar-debar hatiku. Sebelum ini, apa yang...
-
Bersama semula anda dengan PC. Kali ini kita akan membincangkan satu perkara yang mungkin tidak pernah kita fikirkan iaitu isu-isu berkaita...
-
Musibah atau Muhasabah? Dalam mencari hikmah ujian-ujian yang dikurniakan oleh Allah SWT…………. Bismillah...