Wahai Ikhwah Sekalian

Posted by Pencari Cahaya Dalam Misi Mencari Cahaya Ilahi

Ya ayuhal ikhwah, Antum perhatikan bagaimana Allah telah menciptakan batu dan air yang mengalir di sungai ini. Antara batu dan air tidak ada pertikaian di antara mereka. Batu tidak pernah mengatakan, ‘Hai air kenapa bunyimu terlalu keras’ Atau air mempersoalkan, ‘Batu, kenapa kau ada disini.’ Tidak ada persengketaan diantara mereka; Mana hak saya… Mana kewajiban kamu… Tapi kenapa kita tidak mau mengambil ‘ibrah dari batu dan air? Kenapa kita mulai bercerai-berai, memikirkan ini hakku… ini hak saya… Ini kewajibanku… Itu kewajibanmu… Malu kita semua pada batu dan air! Ini saatnya antum semua bersatu, bekerjasama dalam ukhuwah Islamiyah… Allahu Akbar!

Featuring Post Example

Posted by TheBlogTemplates On Month - Day - Year

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at nisl. Nullam lorem mi, eleifend a, fringilla vel, semper at, ligula. Mauris eu wisi. Ut ante dui, aliquet nec, congue non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et maur...

Featuring Post Example

Posted by TheBlogTemplates On Month - Day - Year

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at nisl. Nullam lorem mi, eleifend a, fringilla vel, semper at, ligula. Mauris eu wisi. Ut ante dui, aliquet nec, congue non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et maur...

Featuring Post Example

Posted by TheBlogTemplates On Month - Day - Year

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at nisl. Nullam lorem mi, eleifend a, fringilla vel, semper at, ligula. Mauris eu wisi. Ut ante dui, aliquet nec, congue non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et maur...

Featuring Post Example

Posted by TheBlogTemplates On Month - Day - Year

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at nisl. Nullam lorem mi, eleifend a, fringilla vel, semper at, ligula. Mauris eu wisi. Ut ante dui, aliquet nec, congue non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et maur...

Ku jejaki alam dalam mencari redhaMu, ku tempuhi dugaan dalam menikmati suruhanMu, ku menangis kerana mengingatkan diriMu.....Temukankanlah si Pencari Cahaya dengan NurMu ya Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang

Mati.Com

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Khamis, Mac 08, 2012



            LAGU In The End mengganti melodi indah Sutera Kasih. Natasya terbaring lesu. Bola matanya meliar, memerhati bilah-bilah kipas di syiling yang rancak menari. Malam itu, seperti jua malam-malam sebelumnya, hanya dia dan Mak Kiah sahaja yang menghuni banglo dua tinggi itu. Daddy masih di pejabat. Menguruskan pelan perniagaan yang masih banyak lompangnya. Kata Daddy, kalau dia tidak berjaya menyiapkan pelan perniagaan tersebut pada hari ini, pastinya beberapa tender perniagaan akan terlepas daripada tangannya. Terlepas tender bererti terlepaslah untung yang sedang menanti bagai durian yang mahu gugur itu. Mama pula sibuk dengan urusan persatuannya. Berbincang dengan rakan-rakan datinnya tentang aktiviti persatuan pada bulan depan. Ahli perlu ditambah supaya bertambah jualah input persatuan hasil kutipan yuran ahli.
            Natasya mengerling jam di dinding. Jarum pendek menghala muncungnya ke angka sembilan. Jarum panjang menunjuk ke angka enam. 9.30 malam. Dia mengeluh kecil. Radio diperlahankan. Dia mahu lelap sebentar. Penat di badan masih belum hilang. Petang tadi dia dan kawan-kawan bermain boling dan ke pusat snuker. Andrien ada mengajaknya ke kelab. Selalunya dia menerima pelawaan Andrien, lelaki berdarah campuran Australia dan Melayu yang berjaya mencuri hatinya itu. Tapi entah mengapa hari ini dia menolak. Andrien mendengus kecil. Ada sejalur sinar kecewa di wajah lelaki berkumis nipis itu.
            Andrien, Andrien, Andrien. Nama itu diulang-ulangnya. Dia senang bersama lelaki itu. Daripada Andrienlah dia kenal erti kasih. Dan Andrien jualah tempat dia menumpang sayang. Natasya merasakan dirinya amat dihargai ketika bersama Andrien. Andrien memujuk saat dia merajuk. Andrien menenangkannya saat dia dalam amarah. Andrien ketawa saat dia gembira. Andrien menangis saat dia bersedih. Segala-galanya Andrien. Dan dia tertidur di celahan fantasi indah bersama seorang lelaki bernama Andrien.


            JEMARIKU galak menekan abjad-abjad yang tersusun di papan keyboard. Tugasan yang terlalu banyak adakalanya mematikan semnagatku. Keringat di dahi kuraup. Tangan dan kaki sekali-kala diregang. Mataku kurasakan berpinar-pinar. Mungkin kerana terlalu lama memandang dekat ke arah monitor. Nescafe panas kuhirup. Aromanya menusuk sinus. Aku menyemak kembali artikel yang separuh siap itu.
 
            Mati adalah suatu proses perpisahan antara roh dan jasad. Jasad yang terdiri daripada tulang, dagung, darah, urat-urat, kulit, bulu dan kuku setelah ditinggalkan roh akan menjadi rosak dan hancur. Roh pula ialah suatu unsure ghaib yang diciptakan Allah. Hanya Dia sahaja yang mengetahui rahsia roh. Firman Allah dalam Surah Al-Isra’  ayat 85 mafhumnya “Dan mereka akan bertanya kepada (Muhammad) tentang roh. Katakanlah : Roh itu urusan Tuhanku dan kami tidaklah diberi pengetahuan kecuali sedikit.”
            Ahli Falsafah Yunani Socrates yang hidup dalam tahun 470 hingga 399 sebelum Masihi, mengatakan roh adalah sesuatu yang ada sendiri. Bila seseorang ketika hidupnya bergelumang dengan kejahatan, maka apabila rohnya terpisah dari jasad, rohnya tidak akan berada di tempat bahagia. Tetapi jika seseorang ketika hayatnya sentiasa melakukan kebaikan, rohnya kan menuju ke tempat yang tinggi.
            Pythagoras yang hidup pada tahun 582 hingga 500 sebelum Masihi pula mengatakan roh daripada seorang manusia yang telah mati akan berpidah ke jasad yang lain. Dia dengan tegas mengatakan mati bukanlah akhir bagi penghidupan manusia. Pythagoras percaya pada kehidupan selepas mati.
            Manakala Imam Al-Ghazali yang dilahirkan pada 450 Hijrah dan wafat pada tahun 505 Hijrah berkata, hakikat roh tidak diketahui oleh manusia. Ia menjadi rahsia Allah. Imam Al-Ghazali melarang orang menyelidiki dan memikirkan tentang hakikat roh kerana ia hanya akan mendatangkan perbalahan dan kesesatan.
 
            NATASYA menggenggam erat tangan Andrien. Kaki kirinya menguis-nguis pepasir putih yang ditolak ombak ke gigi pantai. Sekali-kala bola matanya melemparkan pandangan, jauh ke samudera biru. Dia tercari-cari penghujung hamparan biru itu seolah-olah mencari hujung kisah penghidupannya. Andrien menarik tangannya, menuju ke sebatang pohon kelapa yang sudah tumbang. Dan merpati dua sejoli dibelai hembusan pawana cinta. Mentari senja saksi segala-galanya.
            Jarum-jarum jam berkumpul di angka 12. Natasya dan Andrien masih leka berseronok di kelab bersama teman-teman. Irama muzik rancak seakan-akan melambai mereka untuk tegar menggoyangkan jasad. Andrien sukakan gaya lincah Natasya ketika menari. Dia bijak mengikut alunan rentak. Sekali-sekala wajah ayu Natasya disentuhnya lembut. Pinggang Natasya dipaut kejap. Neon yang sering bertukar warna menghangatkan lagi kedinginan malam itu. Setelah penat menari, mereka melabuhkan punggung di suatu sudut. Derai tawa mereka bercampur dengan alunan muzik rancak. Sang iblis turut ketawa berdekah-dekah, menyaksikan anak Adam yang pincang iman dan lupa syariat. Dan mereka terus tenggelam di celahan melodi bernada syaitan.
            Natasya pulang lewat. Daddy dan mamanya sedang enak dibuai mimpi. Mereka tidak pernah mengambil tahu tentang penghidupannya. Pukul berapa dia keluar dan pulang? Dengan siapa dia berkawan? Mereka tidak mahu mengongkong anak gadis itu. Mereka memberikan kebebasan yang seluas-luasnya pada Natasya. Dan Natasya… Dia mencorakkan warna penghidupannya dengan palitan corak yang diingininya tanpa tunjuk ajar daripada yang fakeh. Kadang-kadang dia gembira dengan ceritera hidupnya yang begitu. Tapi pernah jua terfikir di benaknua betapa dia memerlukan Daddy dan Mamanya untuk bersama-sama di belakangnya melangkah kaki ke pintu kehidupan yang lebih realiti.Jiwanya kosong. Terlalu kosong!
            Natasya bukan anak yang lemah akalnya. Dia bijak. Sering mendapat pujian daripada pensyarah-pensyarah kerana tinggi inteleknya. Natasya tiada cacat-celanya. Namun, lompang peribadi masih luas. Solat lima waktu tidak terjaga. Apatah lagi puasa yang sebulan. Aurat muslimah terabai. Pergaulan tiada batasan. Natasya tidak diajat semua itu. Yang dia tahu hanya belajar tinggi-tinggi untuk senang di kemudian hari. Dia anak tunggal Dato’ Nazri dan Datin Syamsiah yang bakal mewarisi Impian Holdings. Dia harapan besar Daddy dan Mamanya.
 
            BUNYI mesin faks di sudut kamarku mematikan lamunan. Aku bingkas bangun. Perlahan-lahan aku meluncuri perenggan demi perenggan.
 
            Ini maklumat yang Azraie minta Raudhah carikan. Tak banyak yang Raudhah jump. Nanti, kalau ada lagi informasi, Raudhah akan faks atau emailkan.
            Agama dan keprcayaan merupakan salah-satu ciri penting dalam pembentukan sesuatu tamadun. Manusia dalam tamadun awal mengamalkan kepercayaan polytheistic atau banyak tuhan.
            Orang Mesir percaya bahawa orang yang telah mati akan hidup semula di akhirat dan kehidupan tersebut penuh dengan kebahagiaan. Maka golongan pemerintah telah membina pyramid untuk menyimpan mumia dan sebagai tempat roh bersemadi. Pyramid juga digunakan untuk menyimpan khazanah seperti perabot, harta dan makanan untuk bekalan orang yang disemadikan.
            Tetapi orang Sumeria tidak percaya kepada konsep kehidupan selepas mati seperti orang Mesir. Mereka yakin bahawa mereka hanya terjerumus ke dalam gua yang dalam dan tiada apa-apa kecuali habuk dan kesunyian.
            Orang Hindu percaya kepada Hukum Karma dan kelahiran semula selepas mati. Kelahiran semula ini amat bergantung kepada Karma iaitu perbuatan seseorang semasa hayatnya. Matlamat seseorang penganut Hindu adalah untuk mencapai Nirvana atau Moksha. Seseorang yang mencapai Moksha akan bersatu dengan tuhan dan tidak akan lahir lagi ke dunia. Oleh itu mereka perlulah membuat kebaikan terhadap segala makhluk di dunia supaya dapat menghindarkan diri daripada kelahiran semula.
            Agama Buddha berdasarkan ajaran Siddhartha Gautama. Dia mengembara selama enam tahun dan akhirnya mendapat pencerahan agung yang dicarinya selama bertapa di bawah Pokok Bo di Boghgaya. Pencerahan agung itu ialah ‘Empat Kebenaran Yang Mulia’ yang menjadi asas agama Buddha. Pertama, kesengsaraan dan kepahitan hidup adalah lumrah alam. Semua yang hidup harus menghadapi umur tua, penyakit dan mati. Kedua, kesengsaraan berpunca daripada nafsu untuk memperoleh kekayaan dan keseonokan yang dianggap kesenangan sementara. Ketiga, cara mengelakkan kesengsaraan ialah dengan mengatasi nafsu. Keempat, cara untuk menamatkan kesengsaraan dan mengatasi nafsu ialah melalui Jalan Lapan Lapis Mulia atau Jalan Pertengahan.
            Bagi Agama Islam nan suci ini, mati adalah sesuatu yang pasti terjadi. Cuma manusia tidak mengetahui bila dan di mana ia akan terjadi. Semuanya rahsia Ilahi. Manusia harus bersedia dan melengkapkan diri dengan amalan yang dituntut Islam dan meninggalkan segala yang dilarang supaya beroleh kesenangan di akhirat kelak. Bagi manusia yang patuh pada perintah-Nya, mereka akan beroleh ganjaran syurga di Sana. Tetapi sebaliknya pula bagi mereka yang ingkar dengan ajaran tuhan, mereka akan diazab di neraka jahannam. Wa Na’uzubiilah. Oleh itu wajib bagi sekalian insane mengingati mati dan bermuhasabah dengan malan yang dikerjakan di dunia in.
 
            Artikel itu terhenti di situ. Aku memikir-mikir dan menimbang-nimbang maklumat yang baru kuperoleh. Sempurna sekali! Raudhah memang tidak pernah menghampakanku jika aku meminta bantuannya. Malah kadang-kadang dia sendiri yang menawarkan dirinya untuk menolongku. Ah gadis itu! Satu-satunya perawan yang berjaya mengocak sentimenku. Entah mengapa naluriku dihimpit debar, degup jantungku kian laju setiap kali aku berhadapan dengannya. Gadis thiqoh itu benar-benar menguji iman sang lelaki ini.
 
            KERETA Sephia hadiah Daddy sempena hari lahirnya tahun dipandu laju. Sesekali dia mengerling ke arah cermin tepi keretanya. Brek ditekan kejap. Warna kuning lampu isyarat di hadapannya bertikar merah. Dia mendongak ke hamparan langit tak bertongkat. Mentari memancar terang sinarnya. Indah! Seindah hari itu. 14 Februari. “Happy Valentine’s Day, honey.” Dia memandang ke arah sebungkus kotak berbalut kemas. Andrien pasti menyukai hadiah yang dibelinya itu. Dia tersenyum sendirian.
            Loceng di luar pintu apartment itu ditekannya. Sekali. Dua kali. Tiga kali. Dia hairan. Dia menunggu sabar. Nah! Andrien muncul di muka pintu bersama sejambak mawar merah. Pantas dia memluk lelaki itu dan satu ciuman dihadiahkannya di pipi Andrien. Memang pada tahun itu mreka telah berjanji untuk meraikan Hari Kekasih di rumah Andrien. Lazimnya begitulah pada tahun-tahun sebelumnya. Silih berganti. Andrien mahukan perubahan. Merasai nikmat meraikan Valentine’s Daya di tempat yang berbeza.
            Natasya menghulurkan bungkusan hadiah pada Andrien. Andrien mengeleng. Natsya hairan. Lantas Andrien membisikkan sesuatu di telingannya. Dia terdia. Fikir. Andrien lebih dari segala-galanya dalam hidupnya. Mana mungkin dia menolak permintaan Andrien pada hari yang dirasakan cukup bermakna untuknya dan Andrien. Dia sayangkan lelaki itu. Bibirnya menguntum puspa senyum. Benarlah sabda Rasulullah, arak adalah ibu kepada segala kemaksiatan. Dan selepas itu, perlahan-lahan Andrien memimpin tangannya. Membawa Natasya melayar bahtera keji di samudera bergelombang maksiat.
 
            “DAN engkau lihat kebanyakan dari mereka berluma-lumba pada melakukan dosa dan pecerobohon serta memakan yang haram. Demi sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah lakukan.”
            Natasya dan Andrien hanyut dibawa arus duniawi. Mereka lupa pada adat. Jauh sekali ingat pada syariat. Zina yang sememangnya kotor dan jijik dianggap istimewa dan indah di mata mereka. Arak yang sememangnya haram dan keji diteguk bagai air suci dan halal. Jika mengikut hukum Islam, penzina ghairu muhsan ini perlu disebat 100 kali. Tapi dunia hari ini bisu danpekak. Membiarkan sahaja maksiat bertebaran. Di mana praktikallnya sabda Rasulullah : Hendaklah kamu berbuat ma’ruf dan mencegah kemungkaran. Dunia memang indah tapi jangan menyesal di Darul Baqa’ kelak.
 
            TELEFON di suatu sudut di ruang tamu rumahku berdering. Malas…kuangkat punggung lalu menuju ke arah bunyi. Sayu ucapan salam dari sana. Inna lillahi wa inna ilahi raji’un. Dari-Dia kita datang dan kepada-Nya jua kita kembali. Sahabatku telah meninggalkan alam fana ini menuju ke alam yang lebih abadi. Dia pergi ketika sedang bersujud di hamparan nan suci. Syukur, perginya dalam keadaan yang diredhai. Miqdad! Wajahnya kembali menerpa memori. Dia rafiq akrabku ketika di kampus dulu. Kami sama-sama mengharung suka duka hidup sebagai pelajar. Aku banyak mengenal erti sabar dan tabah daripadanya. Semangatnya begitu kental walaupun lebih setahun menghidap barah otak. Sememangnya dia lelaki yang utuh benteng imannya. Dia redha dengan qada’ dan qadar yang ditakdirkan Allah untuknya. Dan hari ini, ternyata All! ah menyayanginya. Menjemputnya menghadap Al-Khaliq.
            Kini genap seminggu Miqdad pergi meninggalkan semuanya. Ditinggalkannya ibu, ayah, keluarga, harta dan segala-gala keindahan dunia ini. Aku sempat mengucup dahinya sebelum talkin dibaca. Sedih berkisar di ruang hati. Dari jauh kulihat Raudhah menyeka memanik jernih yang luruh ke pipi. Aku masih ingat kata-kata Miqdad padaku. “Azraie…Ana selalu mengimpikan persahabatan kita ini menjadi hubungan kekeluargaan suatu hari nanti.”
            Pemergiaan Miqdad benar-benar impak hebat dalam hidupku walaupun aku sedar semua insane akan pergi jua. Terkadang terfikir di benakku…Apakah sudah cukup amalku sebagai bekal untuk meneruskan permusafiran ke bumi abadi? Adakah aku telah bersedia? Ya Rabbi… Moga aku dikurniakan Husnul Khatimah dan dijauhkan daripada Suul-Khatimah.
 
            SEMALAM mimpi itu dating lagi. Saban malam igau itu menghantui lenanya. Mimpi yang sama. Mahu saja diendahkannya tapi nalurinya meruntun mahu tahu rahsia di seblaing sebingkis mimpi yang kerap dating mengganggi tidurnya. Pernah diceritakan mimpi itu pada Andrien tetapi kata-kata Andrien menghampakannya. Mimpi itu mainan tidur. Jangan langsung mempercayainya.
            Natasya tertanya-tanya sendirian. Apa makna di sebalik seorang lelaki tua yang sedang menanam batu berbentuk nisan di sepanjang jalan? Kelihatan diri Natasya menghampiri kawasan itu lantas menyentuh batu-batu tersebut.
            Renik-renik di wajahnya diseka. Dadanya berombak. Serasa aliran darah mengalir deras di segenap kapilari. Dia membengkokkankedua kakinya hingga lututnya bertemu dagu. Natasya bingung. Dia bingkas bangun. Langkah kakinya diatur perlahan. Segelas air suam diteguknya. Tiba-tiba bahunya disentuh seseorang. Dia menoleh. Mak Kiah!
            Segala-galanya diceritakan pada Mak Kiah. Mimpi yang acap kali hadir bersama sentuhan bayu malam. Mak Kiah menguntum senyum. Natasya termenung sendirian. Memikir dan merenung kembali kata-kata Mak Kiah pada dirinya. Terngiang-ngiang di telinganya ungkapan daripada bibir Mak Kiah.
            “Mungkin itu adalah peringatan buat Tasya. Allah menyayangi Tasya. Berubahlah nak! Berubahlah ke arah yang lebih baik. Fikirkan, apa sebenarnya yang Tasya cari di dunia ini? Kita tak kekal di dunia ini, nak. Semuanya akan kita tinggalkan. Kita akan disoal oleh Allah atas segala-galanya yang telah kita lakukan sepanjang hidup kita.
 
            PANDANGAN kulemparkan ke luar jendela. Kantung emailku sarat dengan ucapan takziah daripada sahabat-sahabat seperjuangan yang mengetahui pemergian Miqdad. Mereka tahu, aku memang akrab dengannya. Malah dia kuanggap seperti saudara sendiri. Ah! Yang pergi tetap pergi. Mana mungkin kan kembali lagi. Kuregangkan jemari. Pantas… kuteruskan kembali tugasanku yang tertangguh sekian lama.
 
            Agama Islam menganjurkan manusia agar sentiasa mengingati kematian dan mempelajari hakikat mati. Ini bertujuan supaya manusia dapat menempuh alam kematian itu dengan penuh pengertian dan kesedaran. Orang yang sentiasa mengingati mati dan yakin dengan kematian yang pasti menjengah dirinya, tidak akan hidup di dunia ini dengan berbuat kemungkaran, berfoya-foya dan lalai pada suruhan Tuhan. Sebaliknya mereka akan cuba sedaya upaya untuk mempersiapakan diri dengan amalan kebaikan. Selain itu mereka akan cuba untuk bekerja bersungguh-sungguh untuk keluarga mereka yang akan mereka tinggalkan kelak. “Beribadahlah seolah-olah kau akan mati esok hari dan bekerjalah seolah-olah kau akan hidup seribu tahun lagi.”
            Tetapi sebaliknya jika seseorang itu lalai dan alpa pada kematian, mereka akan hidup dalam kesesatan, lupa pada perintah Allah, sombong, takbur dan berperibadi mazmumah. Seperti Qarun yang sombong dengan harta kekayaan yang dimilikinya. Dia mendakwa semuanya adalah hasil pengetahuan dan kepandaian yang ada padanya. Tetapi akhirnya dia mati tertimbus bersama rumah dan hartanya. Begitu jua dengan Firaun yang bongkak, mengaku dirinya tuhan serta menyuruh manusia menyembahnya. Akhirnya dia mati lemas, ditelan Laut Merah. Nah! Tiada seorang manusia pun yang kekal abadi walaupun dia merasakan dirinya gagah dan hebat.
“Maka Maha Suci Allah yang ditangan-Nya kekuasaan segala-galanya dan kepada-Nya kamu bakal dikembalikan.” ( Surah Yassin:83)
 
KUALA LUMPUR, Ahad- Dua orang remaja masing-masing berumur 22 dan 24 tahun terbunuh selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori. Kedua-dua mangsa, Natasya Ilyana dan Andrien Iskandar yang mengalami kecederaan teruk di kepala, mati di tempat kejadian kira-kira jam 3 pagi.
            Andrien yang memandu kereta terbabit dipercayai memandu dalam keadaan mabuk. Siasatan lanjut akan dijalankan.
            Nafas kuhela panjang. Kutatap gambar di sebelah berita yang disiarkan. Ya Allah! Anak Melayu beragama Islam mati dalam keadaan yang menggerikan. Lebih hina lagi kerana mati akibat bergelumang dengan air haram itu. Nau’uzubillah!
            Keratan akhbar itu kusimpan untuk discankan nanti. Satu lagi kisah penghidupan buat tatapan dan renungan masyarakat. Moga mendapat manfaat daripada sedikit usaha yang dilakukan. Lantas tugasanku di WWW.MATI.COM kusambung lagi…  

Karya nukilan ( DEWAN AGAMA DAN FALSAFAH APRIL 2003 )

0 Response to "Mati.Com"

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular


    Solat dulu yup

    About Me

    Foto Saya
    Pencari Cahaya (PC)
    lahir kat 135 kampung hiliran masjid,21000 Kuala Terengganu, Terengganu, tinggal di Nabawan, Sabah selama beberapa tahun dan menetap di Kelantan selepas itu.....
    Lihat profil lengkap saya

    get this widget here

    Meh kecek smeta (jom berdialog)

    Followers

    5 Perkara