Wahai Ikhwah Sekalian

Posted by Pencari Cahaya Dalam Misi Mencari Cahaya Ilahi

Ya ayuhal ikhwah, Antum perhatikan bagaimana Allah telah menciptakan batu dan air yang mengalir di sungai ini. Antara batu dan air tidak ada pertikaian di antara mereka. Batu tidak pernah mengatakan, ‘Hai air kenapa bunyimu terlalu keras’ Atau air mempersoalkan, ‘Batu, kenapa kau ada disini.’ Tidak ada persengketaan diantara mereka; Mana hak saya… Mana kewajiban kamu… Tapi kenapa kita tidak mau mengambil ‘ibrah dari batu dan air? Kenapa kita mulai bercerai-berai, memikirkan ini hakku… ini hak saya… Ini kewajibanku… Itu kewajibanmu… Malu kita semua pada batu dan air! Ini saatnya antum semua bersatu, bekerjasama dalam ukhuwah Islamiyah… Allahu Akbar!

Featuring Post Example

Posted by TheBlogTemplates On Month - Day - Year

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at nisl. Nullam lorem mi, eleifend a, fringilla vel, semper at, ligula. Mauris eu wisi. Ut ante dui, aliquet nec, congue non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et maur...

Featuring Post Example

Posted by TheBlogTemplates On Month - Day - Year

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at nisl. Nullam lorem mi, eleifend a, fringilla vel, semper at, ligula. Mauris eu wisi. Ut ante dui, aliquet nec, congue non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et maur...

Featuring Post Example

Posted by TheBlogTemplates On Month - Day - Year

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at nisl. Nullam lorem mi, eleifend a, fringilla vel, semper at, ligula. Mauris eu wisi. Ut ante dui, aliquet nec, congue non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et maur...

Featuring Post Example

Posted by TheBlogTemplates On Month - Day - Year

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at nisl. Nullam lorem mi, eleifend a, fringilla vel, semper at, ligula. Mauris eu wisi. Ut ante dui, aliquet nec, congue non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et maur...

Ku jejaki alam dalam mencari redhaMu, ku tempuhi dugaan dalam menikmati suruhanMu, ku menangis kerana mengingatkan diriMu.....Temukankanlah si Pencari Cahaya dengan NurMu ya Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang

Sang Murabbi

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Rabu, Mei 08, 2013 0 ulasan

Sungguh indah bila bertemuNya....itulah kata-kata hati seorang pendakwah...merekod perjalanan sebagai perantau...awalnya asing, konfliknya mendatar dikenali, akhirnya diarak ke liang hakiki.....menjadi seorang pedagang dunia tidaklah susah, dan tidaklah senang. Penulisan kisahnya yang rumit menjadi harta pengakhiran. Jiwanya teguh dengan pandangan tanpa bersisiran ketepian...di mana jiwa-jiwa ini pergi. Seorang pergi, seorang kembali....itulah sang murabbi..membawa risalah kerana Tuhan, menceritakan kebenaran peganti amalan...Ya Rasulullah, kuatkan hati-hati kami yang buntuh kepada kebenaran. Perkenalkan kami Ya Rabb dengan keimanan yang tulus bicara dan amalan....



Dimanakan si pedagang yang menjual wangnya?

Di manakah si petani yang membahagiakan hasilnya?

kehidupan yang tiada taranya ini mudah diubah dengan kerosakan..

Susah dibelah dengan kebenaran...

Ayuh bangkit kita semua atas nama Tuhan

Bicarakan kebenaran meratakan Allah itu ahad....hualAllahuahad..



Kita lihat Mus'ab berjalan ke alarqam untuk apa?

hamba Allah ini tidak putus2 berjuang sedangkan musuh bergelimpangan memeranginya...

tangannya diputuskan atas perbuatannya yang mencuri cinta Islam....



Kita lihat Salman yang jauhnya beribu batu, datang ke Mekah, untuk apa?

Sanggup menjadi kuli untuk kebenaran....

Kita-kita di sini yang seronok yang mengatakan Islam agamaku hanya lena dibuai lambaian



Kita lihat Abu dzar yang memekik-mekik dengan latang,"Asyhadu alla ilaha illa Allah waasyhadu anna MuhammadarRasulullah"?

Pekik pada umat Islam kah? Di hadapan musyrikin mekah rakan-rakan...

Habis rebah dipukul diterjah....bani Ghifah yang terkenal dijatuhkan, menjadi tanda tanya...itulah islam bukan pada nama,,,,



Kita lihat Bilal terkial-kial dalam deraan menyebut...Ahad....ahad...ahad...

Menjadi bilal yang mengazankan memecahkan kebatilan...

Kita pula asyik memekak tanpa meninggalkan tugasan ketika azan



Kita lihat ibnu Umar membela perkataan, harta itu pelayan! bukannya tuan atau majikan....

nyata ...jelas...harta datang kepada kita bukan menjadi penyuruh perbuatan.........barang-barang dirumahnya tidak sampai 100dirham tetapi tangannya memberi umpama tauke berlian,,.....



Kita suluh Saad bin Abi waqqash...

Dipaksa ibunda meninggalkan islam...apa katanya"Demi Allah, ketahuilah wahai Ibunda....,seandainya bonda memiliki seratus nyawa, lalu ia keluar satu persatu, tidaklah anakanda meninggalkan agama ini walau ditebus dengan apa pun juga...!maka terserahlah kepada bonda, apakah bonda akan makan atau tidak...!."Kita pula sering mengikut nafsu yang merayu-rayu..."katakanlah padanya, jikalau engkau (nafsu menguasaiku), nyatalah itu bukan diriku"....


Jom sama2 rungkai kisah sahabat-sahabat radiallahuanhum...semoga banyak faedah dan sirah junjungan nabi Muhammad saw menjadi perjalanan kehidupan yang diikuti....wallahua'lam..mgkin ad episod seterusnya selepas penelitian...
Read more...

Bercinta di Pintu Syurga

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Rabu, Mei 08, 2013 0 ulasan
Dalam merencanakan cinta bukan sekadar kata-kata,
Cinta sentiasa membiarkan pecinta itu derita,
Sengaja memberikan alasan dalam berbicara,
Membiarkan segala asalkan bahagia.

Sebut kata cinta,
Alpa, Derita, sengsara dan bahkan Pencipta sering dilupa,
Bagaikan Daun yang disimbahi hujan,
Penuh dengan rupa cantiknya,
Bak sungai melalui batu-batuan,
Sengaja dilicinkan perjalanan dua penerima.

Cinta yang sebenar-benar cinta akan berbicara,
Aku ingin mengahwinimu kerana Dia,
Aku ingin jadikanmu bidadari syurgaku kerana Dia,
Bilakah engkau akan mengerti slot-slot kebahagian iman ini,
Adakah ia ditaburkan janji-janji madu yang derita sakitnya dengan bisa?
Apakah pecinta sebenar betul-betul mengendahkan Khalidnya?
Apakah perancanaan pencinta itu benar-benar boleh dibahagiakan?
Terlalu gerin untuk mendapatkan hujahnya,
Aku biarkan jawapan ini buat kita semua yang bisa celik menerima.....


 
Read more...

Puisi Bayu Teluk Kemang

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Rabu, Mei 08, 2013 0 ulasan
Terima kasih kawan-kawan kerana memberikan diri ini peluang untuk mengenalNya

Ya Allah
Perjalanan kehidupaku umpama gelora,
Kehidupan buihnya mencapai keimanan,
Kekuatan jiwaku menggerakkan suasana,
KepadaMu ya Allah aku serahkan.

Ya Rahman,
Kekuatan arus menandakan ujian,
Bicara desiran air memperlihatkan gambaran,
Gambaran keenakan tribulasi-tribulasi,
Kegembiraan menyentuh kesusahan,
Ketertawaan seorang mujahid dakwah.

Ya Razzak,
Ikan-ikan dipersimpangan menjadi tanda,
PeghargaanMu meluas keserata pelusuk,
Kelebihan pengiman menjadi tanda,
Menyatakan syurga ditangan,
Menyatakan bumi Anbiya' di kalangan,
Meyatakan cintaMu kepada semua.

Ya Fattah,
Ombak menggunung memancarkan kekuasaanMu,
Simpang siur airnya hujah kekuatanMu,
Bukakanlah hati-hati kami yang keras ini ya Allah,
Berikanlah ujian-ujian dalam menterjemahkan keimanan ya Allah,
Bukakan hati kami dalam menerima hujah-hujah dalam dunia ini.....

Read more...

Istinjak

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Selasa, Mei 07, 2013 0 ulasan




Alhamdulillah sempat juga kita berkongsi satu ilmu iaitu istinjak. Bukanlah kepakaran seperti seorang Tuan Guru, cuma harapan perkongsian ini menjadi pedoman buat semua. Rujukan in sya Allah hadir dari kitab-kitab fekah yang terpilih khususnya Manhaj Shafie.

Istinjak bermaksud menghilangkan najis dari dua lubang keluar najis iaitu qubul (tempat keluar air kecil)  dan dubur (tempat keluar air besar) dengan alat-alat istinjak.

Hukum istinjak adalah wajib bagi mereka yang membuang air.

Alatan istinjak terbahagi kepada 2 iaitu:
1. Air
2. Batu (benda kesat)

Kebiasaan bagi kita pabila ingin membuang air besar atau kecil, perhatian kita mula tertumpu untuk mendapatkan punca air. Air merupakan salah satu alat untuk membersihkan atau istinjak bila keluar najis.

Alatan istinjak juga digunakan pabila berlaku sesuatu situasi yang berbeza-beza.

Kelebihan untuk menuruti perjalanan atau urutan istinjak adalah mengikut hadis Rasulullah saw
  
Sabda Rasulullah S.A.W.:
 Bila salah seorang antara kamu pergi buang  air hendaklah beristinjak dengan tiga biji batu, kerana
demikian itu cukuplah untuknya             (Riwayat An-Nasai dan Abu Daud) 

 Bagi mendapatkan sunnah Baginda SAW, ulama' membahagikan istinjak kepada 3 perkara.
Peringkat 1, lagi baik jika istinjak atau membersihkan qubul dan dubur dengan menggunakan 3 batu dan kemudian dicuci dengan air.

Peringkat 2, istinjak dengan menggunakan air sahaja


Peringkat 3, istinjak hanya menggunakan alatan batu sahaja

Namun tiada nas yang mengatakan peringkat kelebihan ini. Penjelasan ini hanya ijtihaj ulama' berdasarkan hadis Rasulullah saw yang disebutkan tadi.

Walaubagaimanapum, batu yang dijelaskan di atas mewakili benda-benda kesat yang bersifat seperti batu. Bagi air, hanya air mutlak boleh digunakan untuk menyucikan kedua-dua najis ini. 

Berbicara mengenai benda kesat, ia merangkumi banyak contoh seperti anak batu, kayu, daun dan lain-lain termasuk kertas dan tisu.

Ramai yang hairan mengapa budaya yang diamalkan Eropah sebenarnya termasuk di dalam sunnah Nabi Muhammad saw. Begitu mudahnya islam memberi penerangan. Allahuakbar.

Syarat bagi benda-benda kesat di atas adalah belum terkena najis yang lain (bersih) dan tidak bersifat cair atau terkena air.  Syarat lain adalah ia perlu digunakan sebanyak 3 kali (iaitu contoh tisu, menggunakan 3 tisu untuk istinjak)

Seterusnya, ayuh kita bincangkan mengenai tatacara menggunakan alatan kesat. Alatan kesat hanya boleh digunakan ke atas beberapa situasi berikut sahaja.

Bagi lelaki, apabila najis keluar daripada zakar tanpa menyentuh bahagian lain (contoh, najis jatuh di sekeliling zakar atau seumpama.

Bagi wanita, ulama menjelaskan wanita yang belum berkahwin atau belum disetubuhi boleh menggunakan alatan batu untuk istinjak kerana kebiasaan wanita yang belum disetubuhi akan lancar mengeluarkan najis tanpa mengenai dinding-dinding kemaluan. Apabila mengenai kemaluan, alatan istinjak mestilah digunakan air mutlak.

Bagi situasi membuang air besar pula, hanya najis yang bersifat pepejal dan tidak mengenai dinding-dinding tempat keluar najis dibenarkan menggunakan alatan kesat.

Alatan kesat ini jika digunakan sebanyak 3 kali dan belum hilang najis, maka sebaiknya memilih untuk menambah alatan sehingga 5 atau 7 sehingga hilang. (nombor ganjil sahaja kerana Allah menyukai nombor ganjil)

Untuk perhatian sahabat-sahabiah, istinjak dilakukan dengan zhon dan bukannya yakin.
Yakin contohnya, aku yakin bahawa Allah Maha Besar dengan zatnya, dan penciptaan langit dan bumi (bersifat ketuhanan)

Zhon adalah sesuatu perkara yang menyamai keyakinan tetapi tidak sampai tahap yakin. Contohnya, selepas menggunakan 3 batu untuk istinjak. Batu yang digunakan yang ke 3 tidak menunjukkan apa-apa najis yang tertinggal, bau atau lain-lain maka kita akan menyatakan bahawa najis sudah hilang tanpa perlu was-was. Tidak perlulah kita yakin sampai perlu mengorek bahagian sulit kita lagi. 


Jika terdapat kedhaifan atau kekurangan daripada artikel ini, mohon pencerahan untuk perkongsian. Wallahua'lam
Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular


    Solat dulu yup

    About Me

    Foto Saya
    Pencari Cahaya (PC)
    lahir kat 135 kampung hiliran masjid,21000 Kuala Terengganu, Terengganu, tinggal di Nabawan, Sabah selama beberapa tahun dan menetap di Kelantan selepas itu.....
    Lihat profil lengkap saya

    get this widget here

    Meh kecek smeta (jom berdialog)

    Followers

    5 Perkara