Aku sempat menjenguk sebentar bimbingan tentang solat khauf oleh US. NIDZOMUDDIN B. AHMAD yang begitu jelas menceritakan tentang asal usul solat khauf.
Solat adalah rukun Islam yang dipenuhi oleh setiap penganutnya.Ia merupakan suatu kewajiban bagi mereka yang telah baligh. Wajib dalam erti ianya harus dilaksanakan, dalam situasi apa sekalipum. Baik dalam perjalanan walhal dalam keadaan sakit sekalipum. Seberat apapun sakit yang kita alami solat tidak boleh ditinggalkan. Bahkan dalam situasi perang pun solat berhukum wajib.
Namun disebalik keharusan dan kewajiban solat dalam situasi itu, Allah SWT memberi keringanan (rukhsah) kepada hambanya. Solat itu wajib dilaksanakan sesuai dengan kemampuan kita, dalam kondisi dan situasi yang sedang dialami. Allah tidaklah akan membebani hambanya kecuali sekadar kemampuan hambaNya. Sehingga dalam ajaran Islam ada diajarkan cara solat dalam beberapa keadaan. Misalnya solat bagi orang sakit boleh duduk kalau tidak sanggup berdiri, atau berbaring atau cukup dengan isyarat kalau memang itu maksimal kemampuannya.
Begitu juga bagi mereka yang musafir. Boleh dijamak atau diqasar. Atau boleh solat diatas kenderaan. Atau boleh bertayammum dengan debu yang bersih sekiranya tidak mendapati air untuk berwudhuk. Bahkan dalam situasi perang kita boleh solat sambil berjalan ( solat khauf ), solat dalam keadaan takut. Ini semua menggambarkan bahawa solat tidak boleh ditinggalkan.
Allah s.w.t. ada berfirman di dalam Al Quran(surah Al Baqarah ayat 238-239) yang bermaksud :-
“Peliharalah segala solat mu dan solat wusta, berdirilah untuk Allah dengan khusyuk.Jika kamu dalam keadaan takut (bahaya) , maka solatlah sambil berjalan atau berkenderaan, kemudian apabila kamu telah aman maka sebutlah Allah (solatlah) sebagaimana Allah telah mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui.
Solat Khauf adalah solat yang di lakukan ketika dalam keadaan sangat kuathir akan kemungkinan ada bahaya terjadi sewaktu sedang solat.Misalnya dalam waktu peperangan.Cara solat ketika itu di atur berbeza daripada solat yang di lakukan di waktu aman.
Allah s.w.t. telah berfirman :-“Dan apabila kamu ada pada mereka (sahabat mu) lalu kamu mendirikan solat bersama-sama mereka,maka hendaklah berjaga sebahagian diantara mereka bersama-sama dengan engkau dan hendaklah mereka berada di belakang kamu, kemudian datang pula golongan lain yang belum sembahyang hendaklah mereka solat besertamu dan yang lain mengambil penjagaan dan memegang senjata mereka.”
(surah An-Nisa’ ayat 102)
Di mana sebenarnya terletaknya atau bermulanya solat khauf? Sebagaimana yang berlaku dalam peperangan, para sahabat dan Rasulullah sentiasa mengendalikan fitrah kehidupan mereka iaitu solat berjemaah. Cuma menjadi kesimpulan di sini adakah solat mereka (yang berperang) sama dengan solat di tempat yang lain? Pengertian secara praktikal- solat khauf dilakukan secara berjemaah yakni solat 5 waktu dengan berimankan khalifah ketika peperangan.
Apakah syarat-syaratnya?
Di sini ada beberapa syarat yang telah disepakati oleh imam Shafie dan Ahmad serta para pengikutnya untuk menunaikanya solat khauf iaitu :
a)Hendaklah bilangan tentara Islam itu lebih banyak
b)Tidak dikhuatiri tentera musuh mampu membuat serangan hendap ketika sembahyang berlangsung .
c)Hendaklah bilangan tentera Islam itu dapat di pecahkan kepada beberapa bahagian (iaitu lebih daripada 6 orang).
Cara ini telah di riwayatkan oleh imam Ahmad,Imam Muslim dan Ibnu Majah daripada hadis Jabir yang mana kaifiatnya adalah seperti berikut:-
Imam perlu membahagikan batalion tentera kepada dua kumpulan, setiap kumpulan perlu lebih daripada tiga orang kerana dikira berjamaah itu sekurang-kurangnya tiga orang. Seterusnya setiap kumpulan akan membuat sof di belakang Imam; satu kumpulan boleh terdiri daripada beberapa sof, mengikut jumlah yang munasabah di mata imam.
Tujuan dibahgikan 2 kumpulan
Kumpulan pertama akan solat berjemaah dan kumpulan kedua akan berjaga-jaga kehadiran musuh. Jika peperangan tidak berlaku(tiada serangan musuh ketika itu), jemaah akan menghadap kiblat walaubagaimanapum sekiranya peperangan sedang berlangsung, solat akan mengikut arah peperangan tanpa mengikut arah kiblat.
Di sini akan di gambarkan satu cara solat khauf yang dilakukan Rasullullah s.a.w. ketika di Batnin Nakhl , seperti mana yang telah di riwayatkan oleh Abu Daud yang bermaksud:-
"Dari Abu Bakrah r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. pernah mengerjakan sembahyang takut dengan orang-orang yang ada bersamanya dua rakaat dan dengan orang yang datang dua rakaat pula, maka sembahyang Nabi s.a.w. adalah empat rakaat dan bagi mereka yang datang dua rakaat pula."
Cara ini dilakukan Rasullullah ketika musuh dari arah yang bertentangan dengan kiblat.Cara ini disepakati oleh Imam Syafie , Imam Maliki dan Imam Hambali , ianya adalah seperti berikut:
Imam akan membahagikan tentera kepada dua kumpulan, kumpulan yang pertama akan bersembahyang bersamanya manakala kumpulan yang kedua akan kekal mengawasi keadaan. Adapun barisan yang mengikut imam boleh melakukan seluruh sembahyangnya sehingga selesai, kemudian mereka pula menggantikan barisan yang sedang berjaga supaya barisan yang satu lagi itu boleh mengerjakan sembahyang mereka di belakang imam.
Adalah hukumnya sunat bagi imam sembahyang yang kedua ini , tetapi adalah wajib hukumnya bagi saf yang baru datang itu.
Maksud ayat di atas seperti begini:
Kumpulan yang pertama akan mengikut iman 2 rakaat pertama sahaja dan membenarkan kumpulan kedua untuk menyambung solat berjemaah. Kumpulan yang pertama tadi akan menghabiskan solat mereka sendirian selepas rakaat kedua bagi menggantikan kumpulan kedua berkawal. Dalam menunggu pertukaran kedua-dua kumpulan tadi, Iman akan melamakan bacaan pada rakaat ketiga.
Perkara-perkara yang membatalkan Solat Khauf
Di sana terdapat beberapa perkara yang boleh membatalkan solat khauf yang digariskan oleh ulama’-ulama’ mazhab yang mutakhir yang mana secara ringkasnya adalah seperti berikut :
1 ) Terbatal wudu’ ketika dalam sembahyang
2 ) Menjerit dan melaung ( sekiranya tidak diperlukan )
3 ) Gerakan-gerakan yang banyak yang tiada kaitan dengan peperangan (pergerakan dimaafkan jika melibatkan perang)
4) Darah yang banyak tidak menjejaskan sembahyang ( di sisi mazhab Maliki tetapi imam Syafie ia membatalkan sembahyang kecuali kerana terpaksa atau darurat ) maka ianya dimaafkan.
Demikianlah beberapa kaifiat solat khauf yang masyhur yang telah diriwayatkan daripada Rasulullah s.w.t berkepada hadis- hadis yang sahih .
Antara Ibrah solat Khauf ialah
1)Mengambil berat tentang solat pada waktunya
2)Menghidupkan sunnah Rasulullah saw supaya solat berjemaah sebagaimana hadis Dari ‘Amr bin ‘Auf bin Zaid al-Muzani radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ أَحْيَا سُنَّةً مِنْ سُنَّتِى فَعَمِلَ بِهَا النَّاسُ كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا لاَ يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا
“Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnah-sunnahku, kemudian diamalkan oleh manusia, maka dia akan mendapatkan (pahala) seperti pahala orang-orang yang mengamalkannya, dengan tidak mengurangi pahala mereka sedikit pun“
3) Mendapat pahala yang besar kerana berimankan khalifah
Jika peperangan tercetus, solat itu dilakukan ketika berdiri atau duduk atau menunggang, mengikut atau tidak mengikut arah kiblat
FIRMAN Allah s.w.t. yang bermaksud: Dan jika kamu takuti (sesuatu bahaya) maka sembahyanglah sambil berjalan atau berkenderaan, kemudian apabila kamu telah aman sentosa, maka hendaklah kamu mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang secara yang lebih sempurna), sebagaimana Allah telah mengajar kamu apa yang kamu tidak mengetahuinya. (al-Baqarah: 239)
0 Response to "Solat Khauf"
Catat Ulasan