Wahai Ikhwah Sekalian

Posted by Pencari Cahaya Dalam Misi Mencari Cahaya Ilahi

Ya ayuhal ikhwah, Antum perhatikan bagaimana Allah telah menciptakan batu dan air yang mengalir di sungai ini. Antara batu dan air tidak ada pertikaian di antara mereka. Batu tidak pernah mengatakan, ‘Hai air kenapa bunyimu terlalu keras’ Atau air mempersoalkan, ‘Batu, kenapa kau ada disini.’ Tidak ada persengketaan diantara mereka; Mana hak saya… Mana kewajiban kamu… Tapi kenapa kita tidak mau mengambil ‘ibrah dari batu dan air? Kenapa kita mulai bercerai-berai, memikirkan ini hakku… ini hak saya… Ini kewajibanku… Itu kewajibanmu… Malu kita semua pada batu dan air! Ini saatnya antum semua bersatu, bekerjasama dalam ukhuwah Islamiyah… Allahu Akbar!

Featuring Post Example

Posted by TheBlogTemplates On Month - Day - Year

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at nisl. Nullam lorem mi, eleifend a, fringilla vel, semper at, ligula. Mauris eu wisi. Ut ante dui, aliquet nec, congue non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et maur...

Featuring Post Example

Posted by TheBlogTemplates On Month - Day - Year

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at nisl. Nullam lorem mi, eleifend a, fringilla vel, semper at, ligula. Mauris eu wisi. Ut ante dui, aliquet nec, congue non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et maur...

Featuring Post Example

Posted by TheBlogTemplates On Month - Day - Year

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at nisl. Nullam lorem mi, eleifend a, fringilla vel, semper at, ligula. Mauris eu wisi. Ut ante dui, aliquet nec, congue non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et maur...

Featuring Post Example

Posted by TheBlogTemplates On Month - Day - Year

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at nisl. Nullam lorem mi, eleifend a, fringilla vel, semper at, ligula. Mauris eu wisi. Ut ante dui, aliquet nec, congue non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et maur...

Ku jejaki alam dalam mencari redhaMu, ku tempuhi dugaan dalam menikmati suruhanMu, ku menangis kerana mengingatkan diriMu.....Temukankanlah si Pencari Cahaya dengan NurMu ya Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang
Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan

PETUA HIDUP TENANG

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Ahad, Ogos 20, 2017 0 ulasan

Read more...

TAUSIYATUL QULUB

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Ahad, Ogos 20, 2017 0 ulasan
TAUSIYATUL QULUB

Jadilah golongan yang BIJAK terhadap WAKTUNYA. Ia tanda KESEMPURNAAN AKAL.

Mereka BERAKAL tentang WAKTU, lalu menyusunnya dengan KETAATAN.

Perhatikan ungkapan cerdik pandai tentang hakikat golongan yang BERAKAL:

'Tidak MENGHAIRANKAN sekiranya golongan yang JAHIL bersahabat dengan KEJAHILAN, namun sangat menghairankan sekiranya golongan yang BERAKAL bersahabat dengannya, kerana setiap sesuatu akan menjauhi LAWANNYA , dan mendekati JENISNYA'

Ibnu Hazm Al-Andalusi rahimahullah pula menyatakan:

'Orang BERAKAL tidak melihat HARGA DIRINYA melainkan SYURGA'

Golongan BERAKAL mengenali SUKA DUKA WAKTU lalu mereka menyusunnya penuh KESEDARAN.

Benar ungkapan Hukama' tentang HAKIKAT ini:

'Sekiranya MASA KETAWA untukmu, maka berhati-hatilah, kerana sesungguhnya MASA tidak akan KETAWA PANJANG!'

Perhatikan perkataan sebahagian Ulamak yang sangat MEMBEKAS ini:

'Barangsiapa yang melalui SATU HARI daripada umurnya pada SELAIN HAK yang patut dia tunaikan, atau KEFARDHUAN yang dia wajib laksanakan, atau KEMULIAAN (melalui ISLAM) yang dia gapai, atau PUJIAN (kepada Allah SWT) yang dia ungkapkan, atau KEBAIKAN yang dia mulakan, atau ILMU yang menghiasinya, maka sesungguhnya dia telah MENDERHAKA pada HARINYA dan MENZALIMI dirinya!'

Hayati pimpinan Allah SWT tentang hakikat WAKTU PENTING bagi ORANG BERAKAL:

Allah SWT pernah mewahyukan kepada Nabi Daud as:

'Sesungguhnya, orang yang BERAKAL dan BIJAK itu tidak akan melepaskan EMPAT WAKTU yang penting, iaitu:

1. Waktu untuk BERMUNAJAT kepada TUHANNYA.

2. Waktu untuk BERMUHASABAH DIRI.

3. Waktu untuk MENJALINKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM dengan saudaranya yang JUJUR mengakui KESALAHANNYA.

4. Waktu untuk MEMISAHKAN JIWANYA daripada KESENANGAN DUNIAWI sekalipun HALAL ( kerana bimbang terjatuh pada yang HARAM ).

Benarlah sabda Rasulullah SAW: 

 لا يَبْلُغُ الْعَبْدُ أَنْ يَكُونَ مِنَ الْمُتَّقِينَ حَتَّى يَدَعَ مَا لا بَأْسَ بِهِ ، حَذَرًا لِمَا بِهِ البَأْسٌ 

'Tidaklah seorang hamba mencapai darjat Muttaqin sehingga dia meninggalkan apa yang tidak berdosa, kerana bimbang jatuh ke dalam dosa'- Hadis riwayat Imam At- Tirmizi.

Hayati bersama perkataan Imam As-Syafi'i rahimahullah:

'Barangsiapa yang dikuasai oleh nafsu CINTA DUNIA, niscaya dia akan berhamba kepadanya. Dan barangsiapa yang bersifat QANA'AH (merasa cukup dengan kurniaan Allah SWT), maka akan hilang darinya sikap TUNDUK pada SELAIN Allah SWT'

Selamat menyusun waktu anda dengan BIJAK!

SEJAHTERA BERSAMA ISLAM

Us Syeikh Muhd Mujahid
19&20 ZULKAEDAH 1438H


Read more...

Islamkah kita?

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Sabtu, April 21, 2012 0 ulasan


Bismillahirrahmanirrahim…..

InsyaAllah PC mulakan perbincangan kita pada malam ini dengan firman Allah SWT dari surah alFath ayat 28:

هُوَ الَّذِى أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَكَفَى بِاللَّهِ شَهِيداً
Dialah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang hak agar Dia menangkan agama itu terhadap semua agama. Dan cukuplah Allah sebagai saksi.

Allah mengutuskan Nabi Muhammad saw sebagai utusan kepada kita semua bagi member penerangan mengenai agama yang paling benar iaitu agama Islam. Dan Islam itu adalah satu-satunya agama yang benar sebagaimana firmanNya dalam surah Al-Imran ayat 19:

إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللَّهِ الإِسْلَـمُ

' Sesungguhnya agama yang diakui disisi  Allah ialah Islam '

Di sini PC mahu membincangkan satu perkara yang mungkin menjadi kekurangan bagi kita bagi menjawab persoalan Islamkah kita? Kebiasaannya kita bersatu di dalam satu jemaah atau persatuan atau organisasi walhal di institusi kekeluargaan sekalipum, kita masih dengan sikap kita iaitu untuk keduniaan semata-mata. Sebagai contoh di bawah:

Apakah tujuan anda berkahwin?
Tujuan saya berkahwin untuk menjaga maruah saya dan melahirkan zuriat….

Mengapa tidak jawapannya, aku menikah kerana agamu ya Allah, aku harap diriku dan zuriatku dapat membangunkan agamamu

Apakah kekuatan organisasi kamu?
Kekuatan organisasi ini kerana ukhuwah yang hebat, kami hebat di dalam segenap bidang, dan kami bersatu dengan menyelaraskan objektif-objektif persatuan ditubuhkan.

Mengapa tidak jawapannya, kami bersatu dalam organisasi ini adalah untuk menangkan agama Allah, kami bersatu kerana agama kami dan bukannya atas kehendak dan kepentingan kami. Kepentingan kami ialah agama Islam.


Read more...

Naim Si Budak Agama

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Sabtu, Disember 24, 2011 0 ulasan
Naim pelajar tingkatan 5 di sebuah Sekolah Agama Persekutuan.Dia seorang yang tinggi ilmu agama dan mempunyai politik yang agak stabil di sekolah dan Siqahnya(Kepercayaan orang terhadapnya) tinggi.Apabila Ustaz tiada di antara Magrib dan Isyak,dia akan ke hadapan.Samada memberi tazkirah atau mengepalai bacaan Mathurat.Pergaulan dengan perempuan dijaga dengan begitu sempurna,jika mesyuarat terpaksa bercampur lelaki dan perempuan,sama sekali dia tidak akan mengangkat pandangannya.Semua orang menghormatinya,baik yang junior mahupun senior,baik yang laki-laki mahupun perempuan.Jika ada senior yang tengah membuli junior,jika Naim ada di tempat kejadian,proses buli itu akan bertukar menjadi majlis maaf-bermaafan.Inilah ‘kuasa’ Naim di sekolahnya. 

Read more...

Usrah dan Kekuatan_bahagian 2

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Selasa, November 08, 2011 0 ulasan

Usrah Tonggak Tarbiyah


Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,
Manhaj perubahan sebenarnya bermula dengan pembentukan jiwa yang :

1.     Tunduk.
2.     Takut.
3.     Khusyu’ kepada Allah swt.

Manhaj ini ialah suatu unsur yang tidak akan berubah di dalam sesebuah organisasi yang mantap dan ianya bukanlah suatu taktik seperti yang disangka oleh sebahagian manusia. Bahkan manhaj ini merupakan prinsip akhlak dan agama yang tetap selama-lamanya.

Sesungguhnya Allah swt mewariskan bumi ini kepada mereka yang ia kehendaki. Maka prinsip ini akan menolak segala bentuk pendekatan yang bersifat keganasan.

Kita berpegang teguh bahawa tarbiyah sebagai jalan yang tiada pilihan lain selain darinya. Ianya merupakan manhaj yang :

1.     Bijaksana.
2.     Disiplin.
3.     Teguh.

Dakwah yang kita bawa pula dikawal dengan hikmah dan nasihat yang baik serta tidak ada unsur-unsur paksaan, kekerasan dan desakan yang melampau.

Read more...

Usrah dan kekuatan_bahagian 1

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Rabu, September 28, 2011 0 ulasan
Bismillahirrahmanirrahim

Sofyan Tsauri berkata:”Barangsiapa yang mencari jawatan untuk menjadi pemimpin, sedangkan jawatan itu tidak patut untuknya, nescaya jawatan itu akan lari darinya dan hilanglah semua ilmunya.”
Usrah yang berasal daripada perkataan Arab yang membawa makna keluarga, merupakan satu medan untuk ahlinya bersama-sama menjalani satu proses pembentukan yang dibina di atas semangat al-ukhuwwah al-Islamiyah. Proses pembentukan itu bermakna makna penekanan dan perbincangan dalam usrah mencakupi satu bidang yang luas dan menyeluruh. Penekanan itu ialah terhadap unsur-unsur yang akan melahirkan peningkatan dalam kefahaman dan penghayatan Islam sebagai sistem yang syamil wa mutakamil (lengkap lagi melengkapi). Penekanan itu akan melahirkan semangat juang dan ketahanan secara berjamaah.
Dengan demikian haruslah diingatkan bahawa usrah hendaklah merupakan satu kelompok pendidikan yang akan melahirkan 'amilin (para pekerja) dan bukannya sekadar mufakkirin (golongan yang berfikir) walaupun kita tidak menafikan kepentingan orang-orang yang berfikir.


Read more...

Solat Khauf

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Selasa, Mei 17, 2011 0 ulasan
Aku sempat menjenguk sebentar bimbingan tentang solat khauf oleh US. NIDZOMUDDIN B. AHMAD yang begitu jelas menceritakan tentang asal usul solat khauf.





Solat adalah rukun Islam yang dipenuhi oleh setiap penganutnya.Ia merupakan suatu kewajiban bagi mereka yang telah baligh. Wajib dalam erti ianya harus dilaksanakan, dalam situasi apa sekalipum. Baik dalam perjalanan walhal dalam keadaan sakit sekalipum. Seberat apapun sakit yang kita alami solat tidak boleh ditinggalkan. Bahkan dalam situasi perang pun solat berhukum wajib. 


Namun disebalik keharusan dan kewajiban solat dalam situasi itu, Allah SWT memberi keringanan (rukhsah) kepada hambanya. Solat itu wajib dilaksanakan sesuai dengan kemampuan kita, dalam kondisi dan situasi yang sedang dialami. Allah tidaklah akan membebani hambanya kecuali sekadar kemampuan hambaNya. Sehingga dalam ajaran Islam ada diajarkan cara solat dalam beberapa keadaan. Misalnya solat bagi orang sakit boleh duduk kalau tidak sanggup berdiri, atau berbaring atau cukup dengan isyarat kalau memang itu maksimal kemampuannya.

Read more...

Kuliah AdDin oleh Ustaz Ghazali Omar: “Jaga Lidah”

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Ahad, Mei 15, 2011 0 ulasan
Sedikit perkongsian daripada kuliah tentang jaga lidah, penulisan ini berdasarkan isi kuliah adDin bertempat di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah.

Pengenalan kuliah
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:”Tidak dinamakan lurus keimanan seorang mukmin itu sehingga hatinya menjadi lurus, dan tidak lurus hatinya pabila tidak lurus hatinya apabila tidak lurus lidahnya.”
Hadis di atas menjelaskan kepentingan kita sebagai umat Islam untuk menjaga lidah bagi mengelakkan iman kita bengkok ke sasaran panahan api neraka. Mengenai sumpah pula dibicarakan bahawa Iman Syafie rahimahullah mengatakan bahawa “aku tidak akan bersumpah dengan nama Allah sekalipun pernyataanku itu betul atau salah”
Merujuk kepada kata-kata ini, Iman syafie begitu menjaga kepentingan lidahnya walhal dalam keadaan sumpah sekalipun. Ini menyatakan kepentingan lidah hanya bergantung kepada tahap kefahaman seorang mukmin dalam kehidupan seharian mereka.
Jiran adalah orang yang paling dekat dengan kita. Namun kejadian aneh berlaku pabila jiran dijatuhkan martabatnya dan direndah-rendahkan walaupun hanya setitis air paku jatuh ke seberang. Buah mulut menjadi hidangan untuk memuaskan nafsu yang menggulung.
Diriwayatkan daripada Aisyah ra dan Ibn Umar ra daripada nabi salallahualaihiwasalam yang bersabda : “ Selalu Jibril memesan kepadaku (supaya berlaku baik) perihal jiran sehingga aku seolah-olah menyangka mereka dapat mewarisi (harta pusaka)” .
Hari ini kita silap. Jiran yang martabatnya lebih tinggi daripada kaum kerabat menjadi sasaran kekasaran mulut kita.
Benda ni salah jiran,
Benda tu anak jiran,
Benda-benda jiran bagi, ambik.

Read more...

Berubah kerana dia atau Dia?

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Khamis, Mei 13, 2010 0 ulasan
hijrah, berubah atau transformasi adalah sesuatu perkataan yang sentiasa diulang-ulang oleh para pentrasfom.
Kerana apa manusia berubah?
dia-manusia, makhluk, sesuatu yang menarik kita untuk berubah
Dia-Allah Taala Yang Maha Esa, Maha Berkuasa, Maha Perkasa, Maha Pengasih dan Penyayang


Kenapa manusia berubah?
1. Masa
2. Status
3. Hidayah Allah SWT
4. Keadaan
5. Hasutan Syaitan
6. Nafsu
7. Terikut-ikut (keadaan sekeliling atau persekitaran)
8. Meniru (antara yang selain Nabi Muhammad SAW)
9. Nabi Muhammad SAW
10. Couple
11. Kahwin

Read more...

Azab Meninggalkan Solat!

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Khamis, Mac 25, 2010 0 ulasan

Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah s.w.t. akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya. Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya:-

Allah s.w.t. akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
Allah s.w.t. mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.


Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya:

Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.
Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.



Read more...

Adakah Ujian Itu Hasil Dari Kesalahan Atau la Adalah Sunnah Dari Sunnah-sunnah Dakwah?

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Rabu, Februari 17, 2010 0 ulasan


Sesungguhnya para Rasul dan para pendukung dakwah yang senantiasa menyeru manusia kepada Allah mengalami gangguan, penyiksaan dan penindasan dari musuh Allah lantaran mereka berjuang melaksanakan kewajiban dakwah. Sekiranya Allah hendak menghalang dan mencegah mereka dari mengganggu, menggugat, menyakiti, menindas dan membunuh para Rasul dan para pendukung dakwah niscaya Allah sangat bisa berbuat demikian.
Allah Maha Pengasih kepada mereka, tetapi Allah tidak berbuat demikian. Mereka dibiarkan terganggu kepada berbagai-bagai gangguan, penyiksaan, sehingga kita melihat junjungan kita nabi Muhammad s.a.w. yang tercinta telah diganggu dan disakiti oleh kaum musyrikin di Tha'if sehingga baginda berdoa dan bersabda: "Hai Tuhanku, kepadaMulah kuadukan kelemahanku, kekuatanku dan kurangnya upayaku dan hinanya aku kepada manusia." Adakah Allah membiarkan mereka dengan tidak melindungi mereka dari siksaan kaum kafir dan musyrik karena mereka telah membuat kesalahan?
Adakah masuk akal jika dikatakan bahwa segala gangguan dan penyiksaan yang menimpa para Rasul, pendukung dakwah dan para mukmin yang bersama mereka disebabkan kesalahan di dalam perjalanan mereka menyeru kepada Allah? Sesungguhnya kita akan menyatakan sebaliknya.
Keteguhan mereka mendukung dakwah dan istiqamah mereka di atas perintah Allahlah yang menyebabkan mereka mengalami gangguan dan ujian. Sekiranya mereka menyeleweng, abai atau bersantai-santai, sudah tentu mereka tidak diganggu, disiksa, ditindas.

Read more...
Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Isnin, Februari 08, 2010 0 ulasan

Why do we read Quran, even if we can't understand a single Arabic word?
Found on the interwebs.
Why do we read Quran, even if we can’t understand a single Arabic word???? This is a beautiful story.


An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Quran. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could.
One day the grandson asked, “Grandpa! I try to read the Quran just like you but I don’t understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Qur’an do?”
The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, “Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water.

Read more...

isu kalimah Allah

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Selasa, Januari 19, 2010 0 ulasan
HUJAH YANG MEMBOLEHKAN
1. Hujah daripada Al-Quran
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: " Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhluk-Nya)?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintah-Nya)? (Surah al-Ankabut 29:61)

Wajah istidal di dalam ayat ini menunjukkkan tentang keharusan menggunakan menggunakan nama Allah kerana golongan Kafirin di dalam ayat ini turut juga menggunakannya.

HUJAH YANG MENGHARAMKAN

1. lafaz Allah yang dimaksudkan dalam Islam mempunyai sifat Ahadiyyah dan SomadiyyahNya berdasarkan firman Allah SWT:
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. (Surah al-Ikhlas 112:1-2)


Read more...

Hikmah

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Sabtu, Disember 19, 2009 0 ulasan
HIKMAH

Apakah yang dimaksudkan dengan HIKMAH? Sungguhpun di sana ada banyak pengertian hikmah yang dapat diberikan, namun suka untuk penulis petik pada kali ini tentang pengertian Hikmah yang di ambil dari kitab Uslub ad-Dakwah fi al-Quran.

Menurut kitab tafsir al-Kasyaf, karangan Zamakhsyari, Hikmah bermaksud menyampaikan risalah dengan cara yang paling tepat dan berkesan, disamping merupakan suatu bukti yang mampu menyuluh kebenaran demi menyingkirkan segala keraguan.

Penulis menyatakan lagi: “Sesungguhnya al-Quran juga disebut sebagai al-hikmah; iaitu serulah mereka kepada kitab yang merupakan hikmah.”


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular


    Solat dulu yup

    About Me

    Foto Saya
    Pencari Cahaya (PC)
    lahir kat 135 kampung hiliran masjid,21000 Kuala Terengganu, Terengganu, tinggal di Nabawan, Sabah selama beberapa tahun dan menetap di Kelantan selepas itu.....
    Lihat profil lengkap saya

    get this widget here

    Meh kecek smeta (jom berdialog)

    Followers

    5 Perkara