Wahai Ikhwah Sekalian

Posted by Pencari Cahaya Dalam Misi Mencari Cahaya Ilahi

Ya ayuhal ikhwah, Antum perhatikan bagaimana Allah telah menciptakan batu dan air yang mengalir di sungai ini. Antara batu dan air tidak ada pertikaian di antara mereka. Batu tidak pernah mengatakan, ‘Hai air kenapa bunyimu terlalu keras’ Atau air mempersoalkan, ‘Batu, kenapa kau ada disini.’ Tidak ada persengketaan diantara mereka; Mana hak saya… Mana kewajiban kamu… Tapi kenapa kita tidak mau mengambil ‘ibrah dari batu dan air? Kenapa kita mulai bercerai-berai, memikirkan ini hakku… ini hak saya… Ini kewajibanku… Itu kewajibanmu… Malu kita semua pada batu dan air! Ini saatnya antum semua bersatu, bekerjasama dalam ukhuwah Islamiyah… Allahu Akbar!

Featuring Post Example

Posted by TheBlogTemplates On Month - Day - Year

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at nisl. Nullam lorem mi, eleifend a, fringilla vel, semper at, ligula. Mauris eu wisi. Ut ante dui, aliquet nec, congue non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et maur...

Featuring Post Example

Posted by TheBlogTemplates On Month - Day - Year

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at nisl. Nullam lorem mi, eleifend a, fringilla vel, semper at, ligula. Mauris eu wisi. Ut ante dui, aliquet nec, congue non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et maur...

Featuring Post Example

Posted by TheBlogTemplates On Month - Day - Year

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at nisl. Nullam lorem mi, eleifend a, fringilla vel, semper at, ligula. Mauris eu wisi. Ut ante dui, aliquet nec, congue non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et maur...

Featuring Post Example

Posted by TheBlogTemplates On Month - Day - Year

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at nisl. Nullam lorem mi, eleifend a, fringilla vel, semper at, ligula. Mauris eu wisi. Ut ante dui, aliquet nec, congue non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et maur...

Ku jejaki alam dalam mencari redhaMu, ku tempuhi dugaan dalam menikmati suruhanMu, ku menangis kerana mengingatkan diriMu.....Temukankanlah si Pencari Cahaya dengan NurMu ya Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang

APAKAH KITA SEBENARNYA SEORANG MUSLIM ?? _al-Maududi

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Rabu, Mac 30, 2011 0 ulasan

oleh Sayyid Abu al-A’la Al-Maududi
Ada beberapa kalimah yang sering bermain di bibir setiap orang, kecil atau besar, tetapi tidak ramai di kalangan mereka yang memahami dengan mendalam dan sungguh-sungguh akan pengertian kalimah-kalimah itu.
Dan oleh kerana terlampau banyak dipertuturkan maka dengan sendirinya terbentuklah suatu pengertian secara singkat di fikiran setiap orang. Bila seseorang menyebut kalimah tersebut maka pengertian itulah yang dimaksudkan olehnya; dan begitu juga bila seseorang mendengar ianya disebut maka yang segera terlintas di fikirannya ialah pengertian yang sempit itu juga, sedangkan makna dan ertinya yang tepat dan padat masih lagi kabur di kalangan golongan terpelajar, apa lagi di kalangan golongan awam yang jahil.

Umpamanya dua kalimah "ISLAM" dan "MUSLIM", alangkah larisnya ia diucapkan. Tetapi berapa ramaikah di kalangan mereka yang menyebutnya itu yang merasakan dengan sungguh-sungguh pengertian yang terkandung di dalam dua kalimah itu. Berapa ramaikah di kalangan mereka yang mendengarnya yang memahami dengan mendalam apa yang tersirat dari maksudnya.
Sesungguhnya di kalangan orang muslimin sendiri - belakangkan yang bukan muslimin - 99% bahkan lebih ramai lagi yang mendakwa diri mereka muslim dan mengaku agama mereka Islam, tetapi mereka tidak mengetahui apakah dia muslim dan apakah dia Islam yang sebenarnya.
Maka hari ini marilah kita mengambil sedikit waktu untuk memahami dua kalimah ini.

Jika anda melihat kepada gelagat manusia di segi i'tikad dan amalan, anda akan dapati mereka kebanyakannya terbahagi kepada tiga golongan.
Pertama: Orang yang dengan terang-terang mengagungkan kebebasan berfikir dan beramal. Setiap perkara dalam hidup mereka hanya berpegang kepada pendapat mereka sendiri dan hanya yakin pada apa yang diputuskan oleh fikiran mereka. Cara bekerja bagi mereka ialah apa yang pada pandangan mereka betul. Mereka tidak mempunyai hubungan langsung dengan mana-mana agama dan tidak mengikutinya.

Kedua: Terdiri dari orang-orang yang zahirnya berpegang pada suatu agama yang tertentu, tetapi pada hakikatnya mereka mematuhi pendapat dan fikiran mereka sendiri. Mereka tidak pernah merujuk kepada agama untuk mengambil pegangan-pegangan atau peraturan hidup. Kadang-kadang mereka mengambil setengah pegangan mengikut kehendak hawa nafsu, kecenderungan dan keperluan diri dan hidup mereka. Mereka bekerja dengan cara sendiri kemudian cuba menyesuaikan agama mengikut rekaan mereka.
Maka mereka pada hakikatnya bukan penganut agama, tetapi agama yang menjadi penganut hawa nafsu mereka.

Ketiga: Terdiri dari golongan yang tidak mempergunakan akal mereka, malah memberhentikannya langsung. Lalu mereka pun merangkaklah di  belakang manusia dengan mengikut mereka secara membabi-buta; sama ada manusia-manusia itu datuk nenek mereka atau orang-orang yang semasa dengan mereka.

Golongan yang pertama, mereka ini tenggelam dalam kebebasan sehingga mereka tidak mengetahui sempadan yang sebenarnya. Memang kebebasan bekerja dan berfikir itu sesuatu yang betul kalau menurut had-hadnya, tetapi bila sudah melampaui batas dia akan menjadi sesat. Seseorang yang hanya bergantung pada pendapat sendiri semata-mata dan menghukum menurut akalnya sahaja dalam semua perkara akan terjerumus dalam salah faham dan kesilapan. Dia merasakan bahawa ilmu dan akalnya telah meliputi semua perkara di dunia ini. Tidak ada suatu hakikat pun dan tidak ada satu kebaikan pun yang terlindung dari pengetahuannya. Dia menyangka bahawa dia mengetahui tanda-tanda di setiap jalan, mengetahui setiap kesudahan suatu perkara sepertimana dia mengetahui permulaannya.
Sebenarnya sangkaan seperti ini - bahawa dia mengetahui serta dapat memikirkan semua perkara - pada hakikatnya adalah salah. Kalau seseorang itu mempergunakan akalnya dengan sebenarnya nescaya akal itu akan menunjukkannya bahawa ia - akal - tidak bersifat sepertimana yang disangkakan.
Sesungguhnya seseorang yang memilih akalnya sebagai pemandu dan hanya menuruti jalan yang ditunjukkan oleh akal semata tidak akan terselamat dari kegelinciran, perlanggaran, kebinasaan dan kesesatan.

Kebebasan berfikir dan bekerja seperti ini juga merbahaya bagi sesuatu negara/perkumpulan masyarakat. Kerana kebebasan berfikir ertinya seseorang itu tidak akan percaya kecuali apa yang betul menurut fikirannya dan tidak akan menurut suatu jalan kecuali apa yang ditunjukkan oleh akalnya. Sedangkan mengikut kehendak masyarakat pula kebalikan dari itu; iaitu setiap individu yang berada didalam sesuatu masyarakat wajiblah mengikut prinsip-prinsip dan dasar-dasar pokok yang terdapat dalam masyarakat itu. Tindak-tanduknya mestilah bersesuaian dengan adat dan kebudayaan serta undang-undang yang mengatur kehidupan masyarakat.
Ini bererti bahawa kebebasan berfikir dan bekerja itu bertentangan dengan kehendak cara hidup bermasyarakat.

Sesungguhnya kebebasan seperti ini sering mencetuskan sifat-sifat keakuan, keegoan dan kekacauan di kalangan individu, sedangkan masyarakat & negara menghendaki mereka supaya patuh, taat dan setia. Oleh itu di mana ada kebebasan yang mutlak maka tidak adalah tamadun negara dan di mana ada tamadun maka tidak dapat tidak mereka terpaksa mengorbankan sedikit daripada kebebasan berfikir dan beramal demi keuntungan yang lebih banyak.

Golongan yang kedua pula lebih buruk keadaannya dari golongan pertama. Golongan pertama hanya sesat sahaja, tetapi golongan kedua pendusta, penipu serta munafik. Sekiranya seseorang itu dapat menyesuaikan antara agamanya, fikirannya dan kecenderungannya dalam batas-batas yang sihat, maka dia boleh mengikuti agama dengan tidak mengurangkan kebebasannya dalam berfikir dan bekerja. Begitu juga seandainya kecenderungan seseorang berlawanan dengan agama, dia rela menerima hukum agama dan menyalahkan kecenderungannya maka betullah dakwaannya bahawa ia mengikuti agama itu.
Tetapi sebaliknya jika prinsipnya dan amalannya terang-terang menyalahi ajaran agama, namun dia tetap menganggap bahawa fikirannyalah yang betul sedang ajaran agarna itu salah, kemudian dia cuba pula mengolah ajaran agama supaya sesuai dengan fikirannya dan tabiatnya; maka orang yang serupa ini kita tidak sahaja menggelarnya bodoh kerana orang yang bodoh tidak mungkin melakukan penipuan dan kepesongan yang seperti ini, bahkan kita akan memanggilnya pendusta dan pembohong. Dan kita akan terpaksa menuduh bahawa dia tidak berani menhentam agama dengan terus-terang lalu dia mendakwa beriman dengan secara munafik. Jika tidak maka apakah gerangan yang menghalangnya berpindah terus dari agama yang ajarannya bertentangan dengan akalnya dan berlawanan dengan fikirannya serta menyekatnya dari mengikuti jalan yang disukai oleh hatinya dengan sepenuhnya, malah jalan yang telah dilaluinya dengan sebenarnya.

Dan golongan yang ketiga adalah paling jelek sekali berbanding dengan golongan yang lain di segi kewarasan akal. Adapun kesalahan dua golongan tadi ialah mereka membebankan akal dengan sesuatu yang di luar kemampuannya, tetapi kesalahan golongan ini mereka tidak mempergunakan akal langsung, atau menggunakannya dengan penggunaan yang tidak dapat dibezakan antara ada dengan tidaknya.
Manakah keaiban yang lebih besar dari seorang berakal yang berpegang pada suatu akidah yang tertentu tetapi tidak mempunyai sebarang dalil akan kebenaran akidah yang dipegangnya itu kecuali hanya semata-mata ajaran itu dianuti oleh datuk neneknya atau lantaran itulah yang dipegang oleh sesuatu bangsa yang sedang berada di puncak ketinggian di zaman itu.
Sesungguhnya orang-orang yang memegang suatu jalan dalam hal-hal yang berhubungan dengan keagamaan atau keduniaan yang diwarisinya dari datuk nenek atau generasi yang terdahulu, ataupun ia memilih jalan lain berdasarkan bahawa jalan itulah yang sedang dikagumi di kalangan bangsa-bangsa yang maju ketika itu, maka orang yang seperti ini seolah-olah telah menonjolkan dirinya bahawa dalam kepalanya tidak ada otak atau dalam otaknya tidak ada kekuatan untuk berfikir. Dia tidak punya potensi untuk membezakan antara yang salah dengan yang betul.
Andainya dia secara kebetulan dilahirkan di rumah Yahudi maka dia akan percaya akan kebenaran agama Yahudi. Kalau dia dilahirkan di rumah Islam maka dia percaya akan kebenaran Islam. Atau dilahirkan dalam keluarga Kristian maka dia akan menjadi penganut Kristian.
Begitulah dengan secara kebetulan juga, yang berkuasa di zamannya bangsa kulit putih barat maka dia menganggap setiap tradisi barat itu lambang kemajuan dan neraca kehebatan. Kalau yang berkuasa di zamannya orang Cina nescaya baginya tradisi Cinalah yang menjadi lambang kemajuan. Dan kalau yang berkuasa hari ini orang Negro di Afrika maka tidak syak lagi Negrolah yang menjadi lambang ketamadunan manusia di sisi orang yang berfikiran cetek tadi.

Sebenarnya bukanlah suatu bukti yang boleh diterima bahawa sesuatu itu dikatakan betul atau benar kerana ia telah diamalkan oleh datuk nenek atau generasi yang terdahulu atau kerana ia diamalkan oleh dunia hari ini.
Andainya orang-orang bodoh yang dahulu dan sekarang melakukan sesuatu, kita tidak seharusnya mengikuti orang orang itu dengan membuta-tuli. Tidak sepatutnya kita menuruti setiap jejak orang lama atau moden tanpa dikaji dan difikirkan dahulu. Apakah kita mahu menambatkan diri kita di setiap ekor binatang yang ditunggangi orang tanpa mempersoalkan apakah ia berlari ke jalan yang penuh duri atau sedang menuju ke jurang kesesatan?
Sesungguhnya kita telah diberi akal supaya kita dapat membezakan antara yang betul dan yang palsu. Sebelum kita mengikuti seseorang hendaklah kita melihat terlebih dahulu: Mahu ke manakah orang ini?

Islam telah menganggap ketiga-tiga jenis orang ini sebagai terjerumus dalam kebatilan dan kesesatan.
Adapun golongan yang pertama mereka tidak memilih orang yang membawa cahaya sebagai pemandu bagi mereka dan di tangan mereka sendiri juga tidak mempunyai cahaya yang sebenar untuk menyuluh jalan hidup mereka. Mereka tidak ubahlah seperti melontar benda yang tidak ada atau meraba di dalam gelap-gelita. Tidak boleh melangkah ke mana-mana atau akan terjerumus ke jurang bahaya kerana mereka hanya mengagak-agak sendiri tanpa suatu kepastian. Mereka menghadapi dua kemungkinan; sama ada salah atau betul, tetapi lebih dekat kepada kesalahan.
 (Dan orang-orang yang menyeru sekutu-sekutu (sembahan-sembahan) selain Allah, tidak mengikuti suatu keyakinan kecuali prasangka belaka. Dan mereka hanyalah berdusta) Yunus: 66.

(Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka sedang sesungguhnya prasangka itu tidak berguna sedikitpun untuk mencapai kebenaran) An-Najm: 28.
(Mereka tidak lain hanyalah mengikuti sangkaan-sangkaan dan apa yang diingini oleh hawa nafsu mereka. Padahal sesungguhnya telah datang petunjuk kepada mereka dari Tuhan mereka. Atau apakah manusia akan dapat segala yang dicita-citakannya) An-Najm: 23-24.
(Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya dan Allah telah mengunci mati pendengarannya dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya. Maka siapakah yang akan memberi petunjuk sesudah Allah?) Al-Jaatsiyah: 23.
(Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti hawa nafsunya dengan tidak mendapat petunjuk dari Allah sedikitpun. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk orang-orang yang zalim) Al-Qashash: 50.

Pendukung golongan kedua di zaman turunnya Al-Quran ialah Bani Israel yang mendakwa menjadi pengikut Nabi Musa a.s. dan berpegang pada Taurat, tetapi pegangan dan amalan mereka kebanyakannya berlawanan dengan pimpinan Musa a.s. dan ajaran Taurat. Mereka tidak segan-segan dengan penyelewengan mereka itu. Mereka bukan memperbetulkan fikiran dan amalan mereka. Mereka menyembunyikan ajaran Taurat yang asal dan menggantikan di tempatnya fikiran mereka sendiri seolah-olah itulah pengajaran yang diturunkan. Orang-orang yang cuba memberikan kesedaran kepada mereka dari berterusan dalam kesesatan dan maksiat dan mengajak mereka kembali mengikut ajaran Allah yang berlawanan dengan hawa
nafsu mereka disambut dengan celaan dan cacian sehingga kadang-kadang ada yang dibunuh.
Kepada mereka ini Allah berfirman:
(Mereka suka merobah perkataan Allah dari tempat-tempatnya dan mereka sengaja melupakan sebahagian dari apa yang mereka telah diperingatkan dengannya dan kamu (Muhammad) sentiasa akan melihat kekhianatan dari mereka kecuali sedikit di antara mereka yang tidak berkhianat) Al-Maaidah: 13.
(Hai Ahli Kitab, mengapa kamu mencampur-adukkan yang hak dengan yang batil dan menyembunyikan kebenaran padahal kamu mengetahuil) Al Imran:71.
(Setiap datang seorang Rasul kepada mereka dengan membawa apa yang tidak diingini oleh hawa nafsu mereka, maka sebahagian dari Rasul-Rasul itu mereka dustakan dan sebahagian yang lain mereka dibunuh) Al-Maaidah: 70.

Kemudian dengan terang-terang Allah berkata kepada mereka:
(Katakanlah: Hai Ahli Kitab, kamu tidak dipandang beragama sedikitpun hingga kamu menegakkan ajaran-ajaran Taurat dan Injil dan apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu (Al-Quran) Al Maaidah: 68.

Dan tentang golongan yang ketiga pula Allah berfirman :
(Dan apabila dikatakan kepada mereka: "lkutilah apa yang telah diturunkan Allah!" Mereka rnenjawab: "Tidak! Tetapi kami hanya mengikut apa yang telah kami dapati dari perbuatan nenek rnoyang kami!" Apakah mereka akan mengikuti juga walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apa pun dan tidak mendapat petunjuk) Al-Baqarah: 170.
(Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah mengikut kepada apa yang diturunkan Allah dan kepada Rasul." Mereka menjawab: "Cukuplah untuk   kami apa yang kami dapati bapa-bapa kami mengerjakannya." Apakah mereka akan mengikuti juga nenek moyang mereka walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula rnendapat petunjuk?) Al-Maaidah: 104.
(Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta) Al-An'aam: 116.

Golongan ketiga:
Sesungguhnya orang-orang yang tidak menggunakan akal dan fikiran mereka dan tidak tahu membezakan dengan sendiri antara yang betul dan yang salah, malah mengikut sahaja orang lain dengan buta tuli telah dihukum oleh Al-Quran dengan:
(Mereka tuli, bisu dan buta. Mereka tidaklah akan kembali ke ialan yang benar) Al-Baqarah: 18.
Dan diumpamakan mereka seperti binatang, bahkan lebih jelek darinya, kerana binatang tidak mempunyai akal, sedangkan mereka mempunyai akal tetapi tidak mempergunakannya.
(Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai) Al-A'raaf: 179.

Ketiga-tiga golongan yang melampau dan keterlaluan ini telah ditolak oleh Al-Ouran dan menggantikannya dengan suatu umat yang sederhana dan stabil, umat pertengahan yang menegakkan keadilan.

Apakah jalan pertengahan dan kestabilan ini? Inilah jalannya!
Pertama-tama tembusilah segala benteng kebudayaan lama dan aliran-aliran baru yang terbentang di hadapan anda.
Bukalah mata anda dalam pancaran akal yang sejahtera dan waras dan pandanglah dengan sendiri yang mana haq dan yang mana batil.
Apakah atheisma yang betul atau ketuhanan?
Apakah tauhid yang betul atau syirik?
Apakah untuk merentasi jalan lurus manusia berhajat kepada hidayat Allah Taala atau tidak?
Apakah para Nabi dan Muhammad a.s. semuanya benar atau dusta - barang dijauhkan Allah ?
Apakah jalan yang ditunjukkan oleh Al-Quran itu lurus atau bengkang-bengkok?
Andainya hati anda mengiktiraf bahawa:
fitrah manusia memerlukan keimanan kepada Tuhan dan, 
Tuhan itu ialah Allah yang tiada sekutu bagi-Nya dan,
hati kecil anda mengakui bahawa manusia tidak dapat dinafikan lagi berhajat kepada nur dari sisi Allah demi merentasi jalan yang lurus dalam hidupnya dan nur itu ialah apa yang telah dibawakan oleh para Nabi dan Rasul a.s. yang merupakan petunjuk kebenaran untuk manusia sepanjang zaman dan, sesungguhnya kehidupan murni yang dihayati oleh Nabi Muhammad s.a.w. di dunia ini menunjukkan bahawa manusia yang menjalani kehidupan yang penuh dengan kesucian yang maha tinggi itu tidak mungkin sekali-kali menipu alam sejagat - jika ia telah mendakwa bahawasanya ia seorang Rasul dari sisi Allah maka sudah pasti dakwaannya itu benar - dan,
jika anda membaca Al-Quran, akal anda memutuskan bahawa jalan yang lurus untuk dijadikan pegangan dan amalan ialah yang dibentangkan oleh kitab ini dan,
kitab ini tidak diragukan lagi datangnya dari sisi Allah,
maka seharusnya anda jangan takut lagi kepada celaan orang yang mencela atau keengkaran orang yang degil. Sebaliknya bersihkanlah hati anda dari segala ketakutan akan kekurangan atau ketamakan akan keuntungan dan beriman serta yakinlah dengan apa yang telah diakui oleh diri dan hati anda sendiri akan kebenarannya.

Dan apabila anda telah :
membezakan antara yang benar dengan yang palsu dengan akal yang waras yang dianugerahkan oleh Allah kepada anda dan, anda telah memilih yang benar dari yang palsu, maka telah selesailah tugas akal anda dalam mengkaji dan mengkritik. Lalu berpindahlah kuasa pemerintahan dari akal manusia kepada Allah dan Rasul. Tidak mungkin lagi bagi anda sesudah itu membuat keputusan dengan sendiri dalam seluruh hidup anda. Sebaliknya anda wajib mematuhi setiap apa yang perintahkan oleh Allah dan Rasul.

Memang anda tidak ditegah dari mempergunakan akal untuk memahami hukum-hukum dan mengkaji hikmah hikmahnya untuk dilaksanakan dalam setiap aspek kehidupan, tetapi anda tidak harus meragui dan mengungkit-ungkit apa yang disuruh oleh Allah, sama ada:
·   anda memahami hikmatnya atau tidak,
·   sama ada ianya secocok dengan ukuran akal anda atau tidak,
·   sama ada diputuskan oleh Allah dan Rasul itu mendatangkan keuntungan untuk dunia anda atau tidak dan,
·   sama ada perintah Rasul itu sesuai dengan adat dan cara hidup yang diminati oleh orang ramai di dunia atau bertentangan dengannya;
MAKA tidak harus lagi bagi anda dalam semua keadaan itu kecuali tunduk dan patuh. Kerana apabila anda beriman kepada Allah, percaya akan Rasul serta yakin bahawasanya setiap apa yang diseru oleh Rasul itu adalah datangnya dari Allah, bukan dari dirinya sendiri (Dan dia tidak berkata menurut kemahuan hawa nafsunya sendiri, perkataan itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.)An Najm: 3-4,
maka logiknya dari penyerahan dan keyakinan ini anda mengutamakan apa yang diputuskan oleh Allah dan Rasul dari apa yang diputuskan oleh akal anda dan tidak seharusnya anda mengkritik dan mengomen perintah-perintah dan larangan-
larangan yang dibawa oleh Nabi dari sisi Allah dengan mempergunakan keintelekan dan percubaan ujikaji orang lain.

Sesungguhnya orang yang berkata: “Aku orang yang beriman”, kemudian selepas itu ia meragui dan mengungkit-ungkit apa yang didatangkan dari Allah maka ertinya ia telah menolak dakwaannya sendiri dan membatalkan apa yang telah diucapkannya. Ia tidak mengetahui bahawa iman dan ragu adalah dua perkataan yang berlawanan yang tidak mungkin dicantumkan.
Setiap peraturan dan disiplin itu dibina diatas asas taat dan patuh, sedangkan keraguan dan ungkitan tidak mendatangkan sesuatu kecuali kekacauan dan kezaliman.
Maka jalan yang sederhana dan stabil inilah yang dinamakan sebagai 'ISLAM' dan golongan yang mengikuti jalan inilah yang digelar 'MUSLIM'.
Sesungguhnya Islam bererti tunduk, patuh dan redha. Dan muslim ialah orang yang patuh kepada perintah pemerintah dan larangan pelarang dengan kepatuhan yang penuh redha. Maka penamaan ini dengan sendirinya menunjukkan bahawa tidak dibangkitkan golongan yang keempat ini di dunia berasingan dari tiga golongan di atas serta jalan-jalan mereka yang sesat, kecuali supaya mereka mengikuti perintah Allah dan Rasul dan tunduk kepadanya. Sesungguhnya:
tidak harus bagi golongan ini mengikuti akalnya pada setiap urusan,
tidak harus baginya mempermainkan hukum Allah dengan mengambil apa yang sesuai dengan nafsunya dan meninggalkan apa yang tidak sesuai,
tidak harus baginya melemparkan Kitab Allah dan Sunnah Rasul ke belakang dan melencong mengikut manusia-manusia dengan buta tuli, sama ada manusia-manusia yang masih hidup atau sudah mati.
Hakikat ini telah disebut oleh Al-Quran dengan jelas. la berkata bahawa apabila datang perintah Allah kepada orang mukmin maka tiada lagi pilihan baginya.
(Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin dan tidak pula bagi perempuan yang mukminah, apabila Allah dan Rasul telah manetapkan suatu ketetapan, maka ada lagi bagi mereka pilihan yang lain tentang urusan mereka. Dan barang siapa menderhakai Allah dan Rasul-Nya rnaka dia telah sesat, sesat yang nyata) Al-Ahzab: 36.
Dan ia berkata bahawa seorang yang mengambil sebahagian dari Kitab Allah dan meninggalkan sebahagian yang lain akan membawa kepada kehinaan di dunia dan akhirat.
(Apakah karnu beriman kepada sebahagian Al-Kitab dan engkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia dan pada hari kiamat mereka akan dikembalikan kepada seksa yang sangat berat. Allah tidak lalai dari apa yang kamu perbuat) Al-Baqarah: 85.

Dan Al-Quran berkata lagi bahawa hukuman orang mukmin pada sesuatu kes tertentu wajiblah berpandu kepada Kitab Allah sekalipun sesuai dengan kehendak hawa nafsunya ataupun bertentangan dengannya.
(Putuskanlah perkara mereka rnenurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu) Al-Maaidah:48.

la berkata juga sesiapa yang tidak menghukum  menurut Kitab Allah maka ia adalah fasik.
(Barang siapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan oleh Allah maka rnereka itu adalah orang-orang yang fasik) Al-Maaidah: 47.
Dan setiap hukuman yang berlawanan dengan Kitab Allah maka itu adalah hukuman Jahiliah.
(Apakah hukum Jahiliah yang mereka kehendaki Dan hukum siapakah yang lebih balk daripada hukum Allah bagi orang-orang yang yakinl) Al-Maaidah: 50.
Kamudian Al-Quran berkata:
(Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya dan orang-orang yang memegang kekuasaan di antara kamu. Kemudian jika kamu barlainan pendapat tentang sesuatu maka kembalikan lah ia kepada Allah (Quran) dan Rasul (Sunnah), jika kamu benar-benar beriman kapada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama bagimu dan lebih baik akibatnya. Tidakkah kamu memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada thaghut, padahal mereka telah diperintahkan mengengkari thaghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka dengan penyesatan yang sejauh-jauhnya. Apabila dikatakan kapada mereka: "Marilah kamu tunduk kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul," nescaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi manusia dengan sekuat-kuatnya dari mendekati kamu.  Maka bagaimanakah halnya apabila mereka ditimpa sesuatu musibah disebabkan perbuatan tangan mereka sendiri, kemudian meraka datang kepadamu sambil bersumpah: Demi Allah, kami sekali-kali tidak menghendaki selain penyelesaian yang baik dan perdamaian yang sempurna. Mereka itu adalah orang-orang yang Allah mengetahui apa yang di dalam hati mereka, kerana itu berpalinglah kamu daripada mereka dan berilah mareka pelajaran dan katakanlah kepada mereka perkataan yang berbekas pada jiwa mereka.
Dan kami tidak mengutus seseorang Rasul melainkan untuk ditaati dangan izin Allah. Sesungguhnya jikalau mereka ketika menganiayai dirinya datang kepadamu lain memohon ampun kepada Allah dan Rasul pun memohonkan ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.
Maka demi Tuhanmu. mereka pada hakikatnya tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap putusan yang kamu berikan dan mereka menerima dengan sepenuhnya.) An Nisaa': 59-65.
Sesungguhnya telah nyatalah dari ayat-ayat yang jelas ini sudut penamaan Islam dan Muslim. Dan kini wajiblah di atas kita yang nama-nama kita tercatat di dalam senarai Muslimin/muslimah melihat dan berfikir sejauh manakah kalimah muslim ini telah menepati diri kita dan sejauh manakah benarnya cara hidup yang kita ikuti sekarang boleh dinamakan ISLAM !

KANCAH SEKULARISMA

Dalam abad ini sistem demokrasi diamalkan di mana-mana negara, janji manis adalah agenda utama yang diterima oleh rakyat kerana kononnya kuasa yang terbentuk adalah melalui suara ramai. Pihak yang mahu berkuasa rakus menaburkan janji-janji muluk. Fenomena yang menggigit di Malaysia hari ini berikutan masalah 'politiking' ini membawa kepada laungan-laungan palsu mengenai Islam yang cukup mengelirukan masyarakat. Inilah akibatnya apabila masyarakat kita bertuhankan demokrasi dan berajakan pemerintah ultra-sekular. Kemuncak sekularisma terbukti dengan penolakkan hukum Allah. Walaupun sekarang permasalahan ini kelihatan timbul tenggelam, kita harus ingat bahawa kita masih belum terlepas daripada tanggungjawab menegakkan sistem Allah di muka bumi.

Di dalam ruangan yang terhad ini, marilah kita bincangkan mengenai kesan-kesan sekularisma yang terserlah di tanahair kita hari ini. Sekularisma berasal daripada perkataan Yunani "Saeculum" yang bermaksud keduniaan. Menurut Muhamad Al-Bahi sekularisma adalah satu fahaman yang memisahkan antara urusan agama dan kehidupan dunia seperti politik, pentadbiran, ekonomi dan pendidikan. Kesan daripada perang Salib yang berlangsung selama 200 tahun (1097-1292) telah membuka mata masyarakat Barat mengkaji untuk menyerapkan fahaman sekular.
Hasil penganalisaan mereka umat Islam tidak dapat dikalahkan tetapi dapat dikalahkan melalui serangan pemikiran (Al-Ghawatul Fikr). Di dalam hal ini Anuar Al-Jundi menulis, "Mereka memutuskan bahawa peperangan akan datang yang dilancarkan ke atas dunia Islam ialah peperangan idea. Ini kerana umat Islam sekalipun mundur dalam perindustrian dan ilmu pengetahuan sains tetapi aqidah mereka tetap teguh. Dengannya ia menggerakkan mereka untuk berjihad. Justeru itu, perlulah dilemahkan aqidah tersebut". Seorang orientalis lain pula menyebut, "Setiap minuman keras dan hiburan, kedua-dua aspek ini boleh menghancurkan umat Muhamad lebih berkesan jika dibandingkan dengan seribu meriam"

Kesan 1: Kemelut Hedonisme
Ideologi hedonisme merupakan antara rancangan jahat Zionis untuk melarutkan pemuda pemudi Islam. Senjata utamanya adalah kelab-kelab malam, disko, karaoke, pub yang menjadi tempat 'lepak' serta tempat 'mencari ketenangan dan suka ria' anak-anak muda yang menjadi sasaran utama mereka. Budaya hedonisme ini merupakan gaya hidup yang mengajak pengamalnya berhibur, berseronok, berkhayal dan mencipta imaginasi-imaginasi sendiri dengan menggunakan apa saja cara untuk menghindarkan diri daripada masalah hidup yang menekan jiwa. Penularan budaya rock, raggee, rap, punk menguatkan cengkaman hedonisme dalam amalan kehidupan seharian. Artis-artis dipuja, ulama-ulama yang ikhlas disingkirkan. Lanjutan budaya ini telah merangsangkan lagi penyakit sosial seperti zina, pelacuran, penagihan dadah, jenayah juvana.

Kesan 2: Tentangan Al-Mutrifun
"... dan apabila sampai masa kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri kami perintah (lebih dahulu) orang-orang yang melampau kemewahan di antara mereka (supaya taat) lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat maka berhaklah negeri itu binasa lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya" (Al-Isra: 16).
Al-Mutrifun adalah golongan manusia yang hidup mewah, mempunyai serta mempusakai aset dan dana yang besar. Mereka ini merupakan mangkin kepada perubahan sosio budaya masyarakat serta mempunyai pendirian yang bertentangan dengan suruhan agama malah tidak mengenal Allah di dalam hartanya.
Mereka merealisasikan teori Machaevelli 'the end justifies the mean' atau 'al-ghayah tubarrir al-wasilah' untuk menokok tambah kekayaan serta mempertahankan status quo di mata masyarakat. Oleh itu berlakulah pencabulan hak orang lain dengan sesuka hati, menjadi perampas yang hanya memikirkan kepentigan peribadi tetapi melupakan nilai-nilai kemanusiaan. Contoh yang paling baik adalah petani di Kerpan serta penduduk di sebuah kampung di Ipoh di mana cukai tanah pusaka mereka dinaikkan kepada 4600% setahun. Individu-individu tamak dan masyarakat 'one-dimensional' ini bersama-sama pengikutnya yang bersifat opportunist tidak lagi mengakui keagungan hukum tuhan sebaliknya kekayaan yang mereka perolehi dieksploitasikan sepenuhnya untuk mengupah ulama Al-Su' (ulama palsu, jahat) menafsirkan semula hukum hakam yang telah ditafsirkan da disepakati oleh ulama silam.

Kesan 3: Pengilhadan Ilmu
Pengilhadan ilmu adalah satu usaha untuk memisahkan ilmu daripada unsur-unsur ketuhanan seperti teori evolusi Darwin. Musuh-musuh Islam telah cuba memisahkan umat Islam daripada ilmu secara menanamkan di hati mereka agar beranggapan bahawa ilmu sains dan teknologi tidak ada kaitannya dengan agama. Musuh Islam mahu umat Islam mengecilkan skop ibadah kepada bacaan Al-Quran serta sembahyang. Ahli-ahli falsafah seperti Machaevelli, Hobbes, Jean Jacques Rousseau cuba mengaitkan sifat-sifat manusia dengan sifat kebinatangan yang amat bertentangan dengan ajaran Islam.
Al-Quran menceritakan hakikat kejadian manusia adalah sebagai khalifah di muka bumi (Az-Zumar: 19) bukannya bersifat sepertimana haiwan. Sifat semulajadi manusia ialah hanief iaitu cinta kepada kesucian seperti yang dijelaskan di dalam kitab Allah, "Hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada Islam sebagaimana engkau hanief. Itulah fitrah Allah yang menjadikan manusia menurut fitrah itu" (Ar-Rum: 13).
Malang sekali, pada hari ini sebahagian masyarakat Malaysia sudah mula menganut kembali ideologi kebinatangan ini. Ini jelas terbukti dengan cara pemakaian yang mendedahkan aurat, jenayah rogol, lumba kereta laju dan lain-lain lagi. Bukan setakat itu sahaja, umat Islam hari ini rata-ratanya menjadi buruh ilmu. Tidak seperti ilmuan-ilmuan Islam yang terdahulu seperti Ibnu Sina, Al-Khawarizmi di mana mereka ini mempelajari, mengkaji dan mencari formula-formula serta teori-teori baru. Kebanyakan kita sekarang hanyalah mewarisi ilmu yang dikaji oleh Barat yang sudah dipisahkan unsur rabbani daripadanya. Justeru itu adalah menjadi tanggungjawab generasi hari ini untuk mencabar penemuan-penemuan Barat di samping memikirkan sistem Islam untuk menggantikan sistem jahiliyah yang ada.

Tiga perkara di atas hanyalah sebahagian kecil impak sekularisma ke atas umat Islam di Malaysia khususnya. Sekularisma meracuni pemikiran umat Islam dengan menyebabkan pemikiran mereka sempit, perjuangan mereka hanyalah untuk bangsa dan negara sahaja. Apabila muncul gerakan Islam yang tulen dan total, mereka ini dituduh sebagai ekstrim, fundamentalis, fanatik dan radikal.

Gerakan-gerakan Islam hari ini wajiblah memerangi gejala ini. Syed Hawa mengatakan "Sesungguhnya tertegaknya parti Allah seperti yang telah dijanjikan oleh Allah. Allah telah menjanjikan kepada golongan Hizbullah ini kekuasaan, kemenangan dan pertolongan. Hizbullah itulah yang menjadi perencanaan daripada Allah untuk menentang segala bentuk murtad dengan izin Allah". Hanya pejuang-pejuang yang mempunyai semangat jihad serta kecekalan sahaja yang mampu memerangi kekufuran sebegini. Wallahu'alam




Apa Ertinya Anda Seorang MUSLIM..?






Oleh:
Sayyid Abu al-A’la Al-Maududi


Dauroh Semester 2 (Ramadhan 1412)




Read more...

Jom persiapkan senjata anda....jangan jadikan ilmu itu exam.....

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Rabu, Mac 30, 2011 0 ulasan

Di dalam peperiksaan di Darul Ulum, Imam Hasan Al-Banna pernah diminta menulis sebuah karangan bertajuk, ‘Apa yang akan anda buat selepas menamatkan pengajian dan apakah cara yang anda gunakan?’ Imam Hasan Al-Banna menulis seperti berikut:

‘Saya ingin menjadi seorang guru dan pendakwah. Saya akan mendidik para pemuda pada waktu siang, malam dan waktu cuti. Saya akan mengajak keluarga mereka mengamalkan cara hidup Islam dan menunjukkan kepada mereka jalan untuk mendapatkan kegembiraan dan kebahagiaan hidup yang sebenar. Saya akan menggunakan cara-cara yang paling baik yang termampu oleh saya untuk mencapai tujuan ini melalui syarahan, penulisan dan pengembaraan di jalan raya dan lorong-lorong.’



Read more...

RINTANGAN PERTAMA:_Fathi Yakan

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Rabu, Mac 30, 2011 0 ulasan
ORANG MUKMIN YANG DENGKI KEPADANYA
Sebagaimana lumrah diketahui hasad adalah penyakit hati yang amat
berbahaya. Hasad boleh mengikis Iman seseorang Mukmin jika ia tidak cepat
kembali siuman, bertaubat kepada Tuhan dan tidak dilimpahi ‘Inayah dan
Rahmat Subhanahu Wata’ala. Tepat seperti yang apa disabdakan oleh Rasulullah
Sallallahu’alaihi Wasallam:
دب اليكم داء الا مم قباآم , الحسد و البغضاء .والبغضاء هي الحا لقة
.أما اني لا أقول تحلق الشعر ولكن تحلق الدین
“Penyakit umat sebelum kamu telah menular kepada kamu; iaitu hasad dengki dan
permusuhan. Permusuhan tersebut ialah pengikis atau pencukur, Saya tidak maksudkan
ia mencukur rambut, tetapi (yang saya maksudkan) ialah ia mengikis agama.”
(Hadith riwayat Al-Baihaqi)
Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam bersabda lagi:
ما ذ ئبا ن جائعان أرسلا في زریبة غنم بأفسد لها من الحرص على
المال والسد في دین المسلم .وان الحسنات آما تأ آل النار الطب
“Bencana melepaskan dua ekor serigala lapar di dalam kandang kambing tidak lebih
besar daripada bencana yang menimpa pegangan agama seorang Muslim dan sifat
serakah terhadap harta (tamakkan harta) dan hasad dengki. Sesungguhnya sifat hasad
memamah segala kebaikan persis seperti api menjilat kayu kering.”
(Hadith riwayat Al-Tirmizi)
Para Du’at menyeru manusia ke jalan Allah Subhanahu Wata’ala, khasnya
yang mendapat sambutan baik, yang cergas, yang masyhur dan berbakat
sentiasa terdedah kepada cacian lidah orang-orang yang hasad serta tipu-daya
mereka. Golongan tersebut merasa dengki pada ilmu dan kelebihan-kelebihan
yang ada pada para du’at. Mereka sentiasa mengintai dan menunggu-nunggu
masa yang baik untuk mencetuskan pertembungan antara mereka dan
menjatuhkan imej mereka.

Read more...

RINTANGAN PERJUANGAN KEHIDUPAN PENDAKWAH_Fathi Yakan

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Rabu, Mac 30, 2011 0 ulasan
Ketahuillah wahai saudaraku para juru dakwah, sesungguhnya Allah
Subhanahu Wata’ala pasti mengenakan cubaan kepadamu. Dia akan menguji
hakikatmu. Benar-benar seperti yang pernah dinyatakannya di dalam Al Qur’an
dengan firmanNya:
الم ( 1) أَحَسِبَ النَّاسُ أَن یُتْرَآُوا أَن یَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا یُفْتَنُونَ ( 2) وَلَقَدْ
( فَتَنَّا الَّذِینَ مِن قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِینَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ ( 3
“Aiff lam mim, Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja untuk
mengaku bahawa ‘Kami telah beriman dan sedangkan mereka tidak diuji lagi?
Sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia
mengetahui orang-orang yang dusta.”
(Surah Al Ankabut 1-3)
Di dalam hadith dinyatakan:
الشد الناس بلاء الأ نبياء ثم الأ مثل فالأ مثل
“Orang yang paling berat dicuba ialah para Nabi kemudian yang paling baik selepasnya,
kemudian orang yang paling baik selepas itu.”
ان الله تعا لى اذا أحب قِِِ ماً ابتلا هم .فمن رضي فله الر ضى ومن
سخط فله السخة
Sesungguhnya Allah Subhanahu Wata‘ala, apabila mengasihi satu kaum, dicubanya
mereka itu (dengan berbagai cubaan), barangsiapa yang rela dengan cubaan itu maka
mereka mendapat kerelaanNya (Allah Subhanahu Wata’ala) Barangsiapa yang benci
(marah) maka baginya kemurkaan Allah Subhanahu Wata‘ala.
Pengakuan keimanan sebenarnya memerlukan kepada bukti. Jalan
perjuangan (JIHAD) adalah jalan yang panjang penuh dengan derita dan
sengsara.
حفت ألجنة با لمكا ر ه وحفت النار با لشهو ات
Jalan Syurga dihampiri oleh kesusahan manakala jalan ke Neraka dihampiri oleh
keghairahan syahwat.

Read more...

CIRI-CIRI PENTING DAIE

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Rabu, Mac 30, 2011 0 ulasan

1. Pertama-tama, sebelum segala-galanya bermula, ikhlaskanlah niat kerana Allah
s.w.t. semata-mata. Tanpa keikhlasan, segala urusan akan runtuh dan musnah.
2. Menjiwai betapa besarnya tugas dan tanggungjawab yang dipikul. Dengan itu dia
akan memberikan perhatian yang selayaknya dengan tugas tersebut dan dalam
masa yang sama merasai ganjaran yang tidak ternilai menantinya.
3. Melaksanakan tugas dengan bijaksana, pandai memilih uslub (pendekatan),
memberi tunjuk ajar dan nasihat yang baik serta berbincang dengan cara yang
terbaik.
4. Hendaklah bersikap ramah mesra, mempermudahkan urusan dan memiliki akhlak
yang baik. Semua ini dilakukan dengan sabar, lemah-lembut (tidak cepat marah),
mengharapkan pembalasan di sisi Allah hasil daripada rintangan yang dihadapi
ketika melaksanakan kerja-kerja dakwah, dan menurut jejak langkah Rasulullah
s.a.w. dan para daie yang mengikut jejak langkah Baginda s.a.w.
5. Memahami selok-belok cara hidup dan budaya masyarakat yang dia
berkecimpung di dalamnya. Juga memahami aliran pemikiran dan isu-isu yang
berlaku di dalam masyarakat, serta berusaha untuk mengenali dengan lebih
mendalam mad’u yang didakwahnya.
6. Mempelajari dan mendalami sirah Rasulullah s.a.w. dan sejarah Islam untuk
dijadikan bekalan. Dia akan mendapati di dalamnya terdapat pelbagai bentuk
penyelesaian masalah yang mampu membantunya menyelesaikan masalah yang
dihadapi. Begitu juga dengan beberapa pendirian yang diambil oleh generasi
muslimin yang pertama.
7. Menghafaz Al-Quran sebanyak yang mampu untuk dijadikan dalil dalam kerjakerja
dakwahnya. Pendekatan melalui kisah-kisah yang terdapat di dalam Al-
Quran mempunyai kesan yang besar terhadap jiwa.
8. Dalam setiap perbualan dan perbincangan, unsur akal (kefahaman dan lojik)
hendaklah dipadukan dengan unsur perasaan dan kejiwaan. Sesungguhnya
membangkitkan unsur perasaan dan kejiwaan akan mempersiapkan akal untuk
menerima apa yang disampaikan kepadanya dan meninggalkan kesan.
Read more...

BEBERAPA PESANAN KHUSUS MENGENAI DAKWAH FARDIAH

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Rabu, Mac 30, 2011 0 ulasan

1. Hendaklah bersungguh-sungguh, memberikan sepenuh perhatian, mengikuti
perkembangan dan membuat penilaian setelah dakwah fardiah dilaksanakan
dalam jangka masa tertentu. Ini dilakukan supaya kita berpuas hati terhadap
penerusan, perlaksanaan dan hasil yang diperolehi.
2. Perlaksana dakwah fardiah hendaklah terlebih dahulu diberikan panduan dan
tunjuk ajar berkenaan uslub, pengertian dan beberapa perkara yang bersangkutan
dengannya.
3. Usaha dakwah mereka boleh dibantu dengan cara membekalkan mereka dengan
beberapa perkara, penjelasan dan isi-isi penting yang memantapkan sesuatu
pengertian yang ingin disampaikan di pertemuannya dengan mad’u.

Read more...

Uslub dan Marhalah_Mustafa Masyhur

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Rabu, Mac 30, 2011 0 ulasan

Kita hendaklah memahami realiti muslimin yang menjadi medan dakwah kita (disini kita hanya membincangkan mengenai urusan mendakwah kaum muslimin supaya kembali kepada Allah, bukannya mendakwah bukan muslim). Ini kerana tuntutan sekarang ialah memindahkan mereka dari realiti hidup yang menguasai mereka pada hari ini. Mereka hidup dengan kefahaman yang silap, malas beramal untuk Islam, bersikap keterlaluan (extreme) dan lain-lain. Kita hendaklah memindahkan mereka kepada
suasana kehidupan yang baru; kehidupan yang memahami Islam dengan kefahaman yang
lengkap sempurna sebagaimana yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Kita juga perlu
memindahkan mereka kepada memahami tuntutan Islam yang sempurna dan memahami
cara merealisasikannya menurut kaedah yang paling sempurna dan sahih.
Melalui penelitian dan kajian terhadap masyarakat kita, kita akan mendapati
bahawa kelemahan iman atau kelumpuhan iman dijiwa, tidak memahami hakikat Islam
dengan sebenarnya dan serangan pemikiran adalah faktor utama yang menyebabkan
kaum muslimin berada dalam suasana yang ada pada hari ini. Ia juga merupakan faktor
utama yang membolehkan musuh-musuh Allah menjadikan sebahagian kaum muslimin
sebagai kuda tunggangan mereka untuk memerangi Islam, secara mereka sedari ataupun
tidak.
Janganlah diharapkan kesedaran, tindakan, amal ataupun hasil yang baik untuk
Islam daripada mereka ini, melainkan setelah iman dibangkitkan dari dalam jiwa mereka
terlebih dahulu. Dengan itu iman akan mendorong mereka kepada makrifat (mengenal
Allah dan memahami Islam), beramal dan berjuang untuk Islam serta mempertingkatkan
diri kepada martabat (darjat) para ‘amilin’ yang salih (orang-orang yang beramal lagi
salih).
Mungkin berfaedah kalau kita peringatkan di sini bahawa beriltizam dengan tertib
dalam menaiki tangga menuju martabat para amilin adalah suatu yang pasti dan maha
penting. Ini kerana tanpanya boleh mengakibatkan kemunduran, kejatuhan lalu
mengambil sikap berdiam diri dan duduk berpangku tangan. Kita akan mulakan dakwah
dengan menyeru seorang yang lalai. Kemudian beransur-ansur mempertingkatkannya
dari satu marhalah ke satu marhalah. Kita sebutkan berdakwah kepada golongan ini di
sini adalah sebagai menjelaskan bagaimana memulakan dakwah dengan golongan ini.
Walaubagaimanapun, pada hakikatnya, terdapat individu yang baik dan lebih mudah
menerima dakwah. Orang yang seperti inilah yang patut diberikan keutamaan demi
menjimatkan waktu dan usaha.
Kebanyakan muslim pda hari ini sibuk dengan urusan dunia dan lalai daripada
beribadat kepada Allah s.w.t. dan mentaati perintah-Nya. Mereka seperti sekumpulan
manusia yang sedang nyenyak tidur. Di sebelah mereka terdapat api yang marak menyala
dan akan membakar mereka sekiranya mereka masih lagi tidur.
Di kalangan manusia yang sedang nyenyak tidur, terdapat mereka yang tidak tidur
dan menyedari apa yang berlaku di sekeliling, tetapi tidak mampu memadamkan api yang
sedang membakar. Ketika itu kewajipan mereka ialah segera membangunkan manusia
yang nyenyak tidur supaya setiap mereka menyedari keadaan masing-masing dan
menjauhkan diri daripada api. Sebarang usaha untuk memperingatkan mereka yang tidur
dari bahaya api akan menjadi sia-sia, jika dilakukan sebelum mereka terjaga dari tidur.
Mereka tidak akan mendengar dan mentaati peringatan itu kerana mereka sedang
nyenyak tidur. Jadi mereka mestilah dibangunkan terlebih dahulu barulah diberikan
peringatan.
Dalam banyak kes, ketika usaha membangunkan orang yang sedang nyenyak
tidur dilakukan, mereka tidak mahu bangun kerana sedap tidur dan tidak mahu diganggu.
Ini kerana dia masih tidur dan belum lagi sedar. Jika dia benar-benar sedar dari tidurnya
dan melihat api yang sedang membakar, nescaya dia bersegera menyelamatkan diri.
Kata-katanya bahawa dia telah sedar tidak boleh dipercayai sepenuhnya kecuali apabila
diikuti dengan tindakan menjauhkan diri dari api itu.
Demikianlah sikap daie terhadap mad’unya (orang yang diseru). Dia mesti
bersabar di dalam usahanya menyeru mereka kepada Islam. Dia mesti sanggup
menghadapi tindak balas mad’unya seperti perbuatan jahat dan cercaan. Dia mesti
mengharapkan balasan usahanya daripada Allah dan mengikut jejak langkah junjungan
kita nabi Muhammad s.a.w. Baginda menyeru manusia dan terdedah kepada gangguan
dan cercaan. Baginda tetap bersabar dan terus menerus berdakwah sambil berdoa :
“Wahai Tuhanku! Berilah kami hidayah kepada kaumku kerana sesungguhnya
mereka tidak mengerti.”
Di dalam pengertian ini Al-Imam Asy-Syahid Hassan Al-Banna berkata :
“Jadilah kamu ketika (menyeru) manusia seperti pokok buah-buahan, mereka
membalingnya dengan batu dan dia menggugurkan buah kepada mereka”
Sekarang kita mulakan dengan marhalah pertama dakwah fardiah.
Marhalah Pertama :
Marhalah pertama ialah mewujudkan hubungan dan perkenalan dengan mad’u
(taaruf). Di marhalah ini, anda hendaklah benar-benar merasakan kepada dirinya bahawa
anda mengambil berat tentang dirinya dan bertanya khabar apabila dia tidak ada dan lainlain.
Ketika itu anda tidak membincangkan apa-apa tajuk mengenai dakwah sehingga
hatinya terbuka dan bersedia untuk memahami apa yang anda perkatakan mengenai
dakwah dan mengambil pengajaran daripadanya.
Penerimaannya terhadap dakwah yang anda kemukakan adalah berkadar dengan
kejayaan anda memberikan perhatian dan memenangi hatinya di marhalah ini. Sebarang
percubaan untuk berbincang mengenai apa-apa tajuk dakwah sebelum melalui marhalah
ini mungkin menjadi faktor penolakannya. Marhalah ini mungkin memakan masa
beberapa minggu.
Marhalah Kedua :
Marhalah kedua ialah marhalah membangunkan iman yang lesu di jiwa mad’u.
Di peringkat ini, perbincangan mengenai persoalan keimanan tidak perlu dilakukan
secara langsung. Adalah lebih baik jika perbincangan mengenainya mengambil
pendekatan secara tidak langsung seolah-olah tanpa disengajakan, dengan cara
mengambil kesempatan daripada melihat burung, tumbuhan, serangga atau mana-mana
makhluk Allah. Di kesempatan tersebut, perbincangan mengenai kekuasaan Allah,
kehalusan dan keagungan ciptaan-Nya dilakukan. Sebagai contohnya, dijelaskan kepada
mad’u bagaimana tumbuhan tersebut tumbuh daripada tanah dan air yang sama. Ia
melahirkan bahagian-bahagian yang berlainan seperti dahan, daun, bunga, buah, warna,
bau dan rasa sedangkan ia disiram dengan air yang sama dan ditanam di tanah yang sama.
“Begitulah perbuatan Allah s.w.t. yang membuat dengan kukuh tiap-tiap sesuatu.”
(Maksud an-Naml:88)
Apakah ahli sains dengan teknologi canggih yang diciptanya mampu mencipta
sebiji gandum (sebagai contoh) di makmal mereka, apabila ditanam dan disiram, akan
menumbuhkan batang gandum? Sesungguhnya mereka tidak akan mampu
melakukannya. Ini kerana menumbuhkan benih ciptaan Allah adalah rahsia Allah yang
hanya diketahui-Nya. Manusia tidak mampu untuk menumbuhkan benih ciptaannya.
Begitu juga, sekiranya seluruh penduduk dunia bersatu untuk mencipta seekor lalat,
mereka tidak akan mampu melakukannya. Ini kerana mencipta dan menghidupkan
adalah hak kepunyaan Allah semata-mata.
Begitulah seterusnya. Melalui perbincangan seumpama ini, dilakukan banyak
kali dan memikirkan keunikan ciptaan Allah, insya Allah akan menjadikannya
mengkagumi, mengagungi dan menyucikan (mentaqdis) Allah bertepatan dengan firman
Allah :
“Dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata :
“Ya Tuhan kami! Tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau,
maka peliharalah kami dari seksa neraka”. (Ali-Imran:191)
Ayat ini menegaskan bahawa memikirkan penciptaan Allah menjadikan seseorang
mengkagumi dan mengagungi Allah serta mendorong kepada mengingati hari akhirat,
mengingati pembalasan yang akan diterima di sana, dan mendorong seseorang mukmin
untuk memohon kepada Allah supaya menyelamatkannya daripada azab neraka.
Begitulah dengan membangkitkan keimanan kepada Allah, keimanan kepada
Keesaan-Nya, keimanan kepada sifat kudrat dan kesempurnaan-Nya, hati akan mula
hidup dengan mengenali Allah (makrifatullah), sedar daripada kealpaannya dan bersedia
untuk menyempurnakan keimanannya kepada hari akhirat dengan segala yang ada
padanya; kebangkitan dari kubur, hisab dan balasan. Begitu juga, dia akan memahami
tujuan kita diciptakan oleh Allah iaitu untuk beribadah kepada-Nya semata-mata. Dia
tidak akan menggambarkan bagaimana Allah menciptakan kita dengan sia-sia; tanpa
tujuan.
Boleh jadi berguna kalau kita menjelaskan kepadanya (mad’u) persoalan
kemuliaan yang Allah berikan kepada anak cucu Nabi Adam (manusia); kemuliaan hasil
daripada pemberian roh kepada mereka. Kebanyakan manusia alpa dan lupa terhadap
kehidupan di aspek ini, dan mereka hanya hidup di aspek penciptaan mereka daripada
tanah dan memenuhi tuntutan badan. Mereka lupa dan alpa bahawa akidah yang benar
dan sejahtera adalah tuntutan asasi roh; padanya terdapat kebahagiaan hidup di dunia dan
akhirat.
Begitulah seterusnya, perbincangan berlegar di sekitar persoalan keimanan.
Ketika persoalan ini hidup dijiwanya, dia akan mula menilai semula kehidupannya
sebelum ini (murajaah). Dia akan merasakan bahawa sekiranya dia terus berada di tahap
lama; alpa, mencuaikan kewajipan, melakukan maksiat dan tidak mentaati Allah, dirinya
akan terdedah kepada azab Allah di hari Akhirat; hari yang tiada tempat lari dan
penyelamat. Ketika itu, dia akan mudah dipimpin dan diberi tunjuk ajar supaya
berpegang teguh kepada ajaran Islam.
Marhalah Ketiga :
Di waktu itu, bermulalah marhalah ketiga di dalam dakwah. Di marhalah ini kita
membantunya memperbaiki dirinya dengan cara mengajarnya perkara-perkara ketaatan
kepada Allah dan ibadat-ibadat fardhu, membiasakan dirinya melakukannya secara
berdisiplin, menjauhi maksiat dan berakhlak dengan akhlak Islam.
Amatlah baik sekiranya dia dibekalkan dengan buku-buku yang membincangkan
persoalan aqidah, ibadat dan akhlak yang boleh dibaca dan difahaminya. Begitu juga
dengan mengajak dia menghadiri majlis-majlis ilmu dan ceramah-ceramah, mengajaknya
berkenalan dengan orang-orang salih dan menjauhkannya daripada orang-orang jahat.
Begitulah seterusnya, suasana yang salih terus dibina untuk membantu menyempurnakan
keperibadian Islamnya. Kita mestilah sabar dan sentiasa mengikuti perkembangan
dirinya sehingga dia benar-benar teguh berada di atas jalan ini (Islam). Dia tidak
sepatutnya dibiarkan dalam jangka masa yang lama tanpa diikuti perkembangan dirinya
dan tanpa bimbingan. Ini dilakukan agar dia mampu meneruskan perjalanan di jalan ini
(Islam) dan menjauhi faktor yang menyebabkannya mundur, malas dan cuai. Usahausaha
ini akan memakan masa beberapa minggu atau beberapa bulan sehingga
keperibadian Islamnya benar-benar mantap tanpa mudah digoyang.
Di sini kita mengatakan: Di sana terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan di
marhalah ini. Walau bagaimanapun, ia boleh dilakukan di marhalah yang keempat yang
akan datang. Itupun setelah berhasilnya marhalah pertama iaitu mengadakan hubungan
baik dengannya yang membolehkan perbincangan terus dilakukan dan kewajiban dakwah
dapat dilaksanakan.
Marhalah Keempat :
Marhalah keempat ialah menjelaskan pengertian ibadah yang syumul tanpa
membataskannya kepada solat, puasa, zakat dan haji sahaja. Tetapi ia merangkumi
seluruh aspek kehidupan, makan, minum, pakaian, ilmu, amal, perkahwinan, bersenam
(riadhah), memelihara anak-anak dan lain-lain. Itu semua adalah ibadah kepada Allah
s.w.t. apabila mencukupi dua syarat : Niat kerana Allah s.w.t. dan cara
melaksanakannya sesuai dengan syariat Islam.
Syarat Pertama:
Niat. Semua yang dilakukan hendaklah bertujuan untuk membantu kita
melaksanakan ketaatan kepada Allah dan merealisasikan tujuan Allah menjadikan kita
sebagai khalifah di atas muka bumi.
Oleh itu, kita makan dan minum adalah supaya kita bertenaga untuk mentaati
Allah dan beribadat kepada-Nya. Dengan itu makan dan minum kita menjadi ibadat yang
akan diberi ganjaran pahala. Kita belajar untuk kepentingan kaum muslimin dan negara
Islam, maka menuntut ilmu menjadi ibadat dan setiap tenaga dan masa yang kita
curahkan akan diberi ganjaran pahala. Kita bekerja di mana-mana bidang untuk
kepentingan umat Islam dan negara Islam, dan mendapatkan rezeki yang halal untuk
keperluan hidup, maka kerja kita menjadi ibadat. Kita berkahwin untuk menjaga diri
daripada makisat dan membina rumah tangga muslim yang menjadi tiang seri kepada
pembinaan negara Islam serta melahirkan zuriat yang salih yang dibentuk berdasarkan
prinsip-prinsip Islam; melalui mereka, Allah akan memuliakan agamanya, maka
perkahwinan kita menjadi ibadat, penat lelah mendidik anak-anak menjadi ibadat;
semuanya akan mendapat balasan pahala daripada Allah. Kita bersenam untuk
menguatkan tubuh badan supaya kita mampu memikul bebanan dakwah dan berjihad di
jalan-Nya, maka bersenam menjadi ibadat. Begitulah seterusnya, dunia yang luas ini
menjadi mihrab (tempat beribadat); padanya kita mengabdikan diri kepada Allah setiap
amal dan usaha yang dilakukan. Semuanya menjadi ibadat hasil daripada niat yang benar
kerana Allah.
Syarat Kedua:
Segala usaha dan amal yang kita kerjakan mestilah sesuai dengan syariat Allah
s.w.t. dan ajaran Islam. Oleh itu, kita tidak makan dan minum kecuali yang halal. Kita
tidak berpakaian kecuali yang halal. Kita tidak melakukan sebarang amal dan usaha
kecuali ia selari dan sesuai dengan syariat Allah s.w.t. supaya ia menjadi ibadat yang
diterima oleh Allah s.w.t. Ini kerana, tidak munasabah kita makan makanan yang haram
dengan tujuan menguatkan diri bagi melakukan ketaatan kepada Allah s.w.t.
Begitulah seterusnya, setiap muslim dimarhalah ini mengikat seluruh kegiatan
hidupnya dengan syariat Allah dan menjadikannya sebagai ibadat. Mereka tidak
beribadah dengan hanya melakukan empat perkara fardhu yang sememangnya diketahui
umum.
Marhalah Kelima :
Di marhalah ini, kita menjelaskan kepada mad’u bahawa Agama kita (Islam) tidak
berpada dengan kita menjadi muslim pada diri sendiri sahaja, dengan hanya melakukan
ibadat-ibadat tertentu, berakhlak dengan akhlak yang baik dan tidak menyakiti orang lain,
tidak lebih daripada itu.
Malah Islam adalah agama bermasyarakat. Islam adalah sistem hidup,
pemerintahan, perundangan, daulah, jihad dan ummah. Inilah fahaman yang betul
terhadap Islam. Fahaman yang mengajar kita berbagai tanggungjawab dan kewajipan.
Kita wajib melaksanakannya sebagai menyahut perintah Allah supaya masyarakat dapat
dibina di atas princip-prinsip Islam di semua aspek kehidupan, politik, ekonomi,
perundangan, kemasyarakatan dan lain-lain.
Kita juga mesti memahami bahawa di antara kewajipan kita terhadap Islam ialah
berusaha dan berjuang bersungguh-sungguh supaya Islam berkuasa di muka bumi.
Firman Allah Taala :
“.....sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) agama itu hanya untuk Allah
semata-mata...” (al-Baqarah:193)
Oleh itu, kita wajib menyampaikan seruan agama ini kepada manusia seluruhnya.
Seseorang muslim tidak mungkin hidup sebagai muslim dengan keIslaman yang
sahih dan sempurna sekiranya dia mengasingkan diri daripada saudara-saudara muslim
yang lain dan tidak memperdulikan apa yang berlaku dan dihadapi oleh mereka (saudarasaudara
muslim) di berbagai ceruk rantau di muka bumi; tekanan, gangguan, fitnah dan
serangan dari musuh-musuh Allah dan musuh-musuh Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda :
“Barangsiapa yang tidak memperdulikan urusan muslimin maka dia bukanlah
dari mereka.”
Di sekitar pengertian ini perbincangan dilakukan sehingga melahirkan perasaan
tanggungjawab umum (mas’uliah ammah) terhadap Islam dan muslimin di dalam dirinya
dan dia tidak lagi mengasingkan diri. Selepas itu dijelaskan kepadanya tuntutan
marhalah dakwah Islam pada hari ini yang mewajibkan umat Islam berusaha menegakkan
daulah Islam dan mengembalikan khalifah Islam yang telah diruntuhkan oleh musuhmusuh
Islam.
Kita terangkan kepada mad’u betapa besarnya musibah yang dihadapi oleh dunia
Islam; negara dipecah-pecahkan, umat Islam bertelagah sesama sendiri, musuh-musuh
menyerang, akidah orang-orang Islam tergugat dan digugat, masjid-masjid dirosakkan,
kehormatan mereka dicabul, harta kekayaan dan hasil bumi mereka dirompak dan anakanak
muslimin dibentuk di luar landasan Islam. Semua ini berlaku akibat tidak adanya
Daulah Islamiah; Daulah Islamiah yang mampu menyerang balas musuh-musuh Islam,
menghalang mereka daripada melakukan serangan, menyatu-padukan umat Islam dan
melaksanakan syariat Islam di kalangan mereka.
Mad’u juga mesti dijelaskan bahawa tunggungjawab menegakkan Daulah
Islamiah bukan hanya tanggungjawab pemerintah dan ulama sahaja. Malah, ia adalah
tanggungjawab setiap muslimin dan muslimah yang hidup di marhalah dakwah ini
(marhalah yang mewajibkan penegakan Daulah Islamiah). Mad’u juga mesti dijelaskan
bahawa seluruh umat Islam berdosa sekiranya mereka tidak berusaha untuk menegakkan
Daulah Islamiah.
Beguitulah seterusnya, perbincangan diteruskan untuk membangkitkan perasaan
tanggungjawab tersebut. Perasaan tanggungjawab yang mendorongnya berfikir
bersungguh-sungguh mencari jalan bagaimana melaksanakannya dan menunaikan
tuntutannya.
Marhalah Keenam :
Di ketika ini, datanglah marhalah keenam iaitu menjelaskan kepada mad’u
bahawa kewajipan ini tidak mungkin dapat disempurnakan secara fardhi (sendiri-sendiri);
setiap muslim tidak mampu menegakkan Daulah Islamiah dan mengembalikan khalifah
Islamiah secara bersendirian. Malah usaha tersebut mesti dilakukan melalui Jemaah
(organisasi); Jemaah yang akan menyatukan usaha-usaha fardi demi melaksanakan
tanggungjawab yang besar ini. Kaedah syarak yang terkenal menyebut :
“Apabila sesuatu kewajipan tidak dapat disempurnakan kecuali dengannya,
maka dia menjadi wajib”
Oleh itu, selagi kewajipan menegakkan Daulah Islamiah tidak dapat
disempurnakan kecuali dengan adanya Jemaah, maka mewujudkan jemaah adalah wajib.
Tidak dapat dibayangkan, bagaimana seorang individu boleh menjadi sempurna
keIslamannya sedangkan dia hidup seorang diri tanpa melibatkan diri dengan Jemaah
yang bertujuan melaksanakan prinsip-prinsip Islam dan kewajipannya; prinsip dan
kewajibannya yang terpenting pada masa kini ialah usaha yang berterusan dan
bersungguh-sungguh untuk menegakkan Daulah Islamiah.
Ini adalah perkara pokok (asasi). Kebanyakan muslimin tidak merasakan
keperluan yang daruri dalam mewujudkan Jemaah, ataupun mengabungkan diri ke
dalamnya. Mereka bersikap demikian kerana tidak mahu memikul tanggungjawab,
ataupun lebih mengutamakan keselesaan hidup dan menjauhkan diri daripada perkara
yang tidak disukai yang mungkin terpaksa dihadapi apabila dia menggabungkan diri ke
dalam Jemaah. Berdasarkan penjelasan betapa besarnya tanggungjawab terhadap Islam
yang terpaksa dipikul dan perlaksanaan tanggungjawab ini tidak dapat disempurnakan
kecuali melalui Jemaah, maka mad’u akan meyakini darurinya berjemaah sekalipun
terpaksa membayar dengan harga yang mahal. Lebih-lebih lagi selepas dijelaskan betapa
besarnya pahala dan faedah yang merupakan kesan langsung daripadanya.
Marhalah Ketujuh :
Selepas itu, datanglah marhalah ketujuh iaitu menjawab soalan yan bermain di
minda mad’u: Jemaah manakah yang patut dianggotai? Marhalah (peringkat) ini adalah
penting tetapi sensitif. Ia memerlukan hikmah (kebijaksanaan), penerangan yang jitu dan
memuaskan. Ini kerana, di medan terdapat pelbagai jemaah yang bergerak dan semuanya
mengajak para pemuda menganggotainya. Semuanya membawa bendera Islam,
mempunyai lambang-lambang dan cara-cara tersendiri untuk menarik pemuda.
Perkara yang mesti difahami oleh setiap pemuda muslim ialah persoalan amal
Islami adalah persoalan asasi dan penentu masa depan. Dia mestilah teliti dalam memilih
jalan perjuangan mana yang patut dilalui dan diyakini selamat. Dia tidak sepatutnya
terikut-ikut atau tergesa-gesa dalam memilih Jemaah yang perlu dianggotainya untuk
merealisasikan prinsip-prinsip Islam. Ini kerana, dia hanya memiliki satu umur dan satu
nyawa. Oleh itu, janganlah dipersiakan begitu saja. Sebaliknya, dia hendaklah mengkaji,
berbincang, dan memperuntukkan masa dan tenaga yang mencukupi untuk mencari
kepastian. Sesungguhnya ketenangan jiwa (melakukan sesuatu dengan yakin akan
kebenarannya) adalah lebih baik daripada memilih jalan perjuangan yang salah dan
bertindak tanpa kepastian.
Perlu disebutkan di sini bahawa untuk merealisasikan tuntutan Islam dan
menegakkan Daulah Islamiah, kita mesti mengikuti jalan yang ditunjukkan oleh
Rasulullah s.a.w. Dalam menegakkan Daulah Islamiah yang pertama, Baginda s.a.w.
telah memantapkan Aqidah Islam ke dalam jiwa mukminin dan mendidik mereka di
rumah al-Arqam berdasarkan tuntuan al-Quran dan madrasah Rasulullah s.a.w. Melalui
Madrasah inilah, lahirnya Rijalul Aqidah (pendokong-pendokong akidah); aqidah
mengkontrol diri mereka, mempengaruhi perasaan dan menguasai jiwa mereka. Aqidah
menjadi segala-galanya dalam kehidupan mereka. Kerana Aqidah, mereka
mengorbankan masa, tenaga, kesihatan, pemikiran, harta dan jiwa raga. Kerana Aqidah,
mereka sanggup bertahan, menanggung segala bentuk penyeksaan dan menghadapi
risiko. Mereka tidak berundur walau selangkah. Mereka menyebarkannya,
mempertahankannya dan berjihad dengan harta dan jiwa raga. Mereka adalah tiang-tiang
seri utama yang menjadi asas penegakkan Daulah Islamiah yang pertama. Kemudian
Baginda s.a.w. mempersaudarakan sesama mereka dan menyusun mereka. Baginda
mengambil sumpah setia dan perjanjian dengan mereka untuk mempertahankan Islam
menggunakan segala apa yang mereka miliki. Ketika itu mereka mendapat kemenangan
dan kekuasaan dengan kelebihan yang diberikan oleh Allah.
Dengan ini, Rasulullah s.a.w. telah berjaya mewujudkan kekuatan aqidah,
kemudian kekuatan kesatuan, dan akhirnya kekuatan tangan dan persenjataan. Ini kerana,
apabila terbentuknya kumpulan mukmin yang mantap dan bersatu, maka musuh-musuh
Allah mampu dihadapi dan permusuhan mereka dapat dihalang dengan kekuatan sesuai
dengan firman Allah s.w.t. :
“Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi kerana
sesungguhnya mereka telah dianiaya. Dan sesungguhnya Allah s.w.t. benar-benar
berkuasa menolong mereka.” (Al-Haji:39)
Adapun, sebelum terbentuknya kumpulan mukmin yang mantap dan bersatu iaitu
ketika bilangan kaum muslimin sedikit, Rasulullah s.a.w. berpesan supaya mereka
bersabar menempuh dugaan dan tetap bersama kebenaran yang mereka imani, serta
berterusan menyampaikan dakwah Islam kepada orang lain. Baginda tidak menerima
mereka menghadapi kebatilan dengan menggunakan kekuatan.
Oleh itu, Jemaah yang melalui jalan yang sama (Jalan yang dilalui oleh
Rasulullah s.a.w.) semestinya menjadi pilihan untuk dianggotai dan didukungi. Manamana
Jemaah yang tidak memberikan keutamaan kepada persoalan kesatuan dan
hubungan, dan juga mengatasi keutamaan kepada persoalan penggunaan kekuatan, maka
ia adalah Jemaah yang memperjudikan nasib dan masa depannya, dan membahayakan
amal Islami. Oleh itu, usaha untuk memegang tampuk kekuasaan (pemerintahan)
menggunakan kekuatan (kekerasan) dengan mengabaikan tarbiah dan kesatuan, ataupun
melalui parti-parti politik yang mengabaikan tarbiah adalah usaha yang merbahaya.
Malah mampu melumpuhkan amal Islami sebelum ia lahir dan berkembang subur secara
tabi’e untuk membentuk kumpulan yang mantap (Qaedah Sulbah). Ketika itu, usaha
mewujudkan kumpulan yang mantap tidak dapat bertahan dan diteruskan.
Kalau begitu, semestinya diwujudkan kumpulan yang mantap (Qaedah Sulbah)
yang mendukung pemerintahan Islam, melindungi dan mempertahankannya. Mereka
tidak akan berkompromi dalam masalah ini. Begitulah...., Sesungguhnya pembinaan
dimulakan dari asas (tapak), bukannya dari puncak (atas). Semakin besar dan tinggi
bangunan yang hendak dibina, maka semakin luas dan dalam asas yang diperlukan.
Begitulah juga dengan bangunan yang kita ingin bangunkan iaitu ‘Daulah Islamiah
Alamiah’ (negara Islam sejagat). Ini kerana dakwah kita adalah dakwah alamiah
(sejagat), dan musuh kita juga adalah sejagat. Manakala tempoh pembinaannya pula
diukur berdasarkan umur dakwah bukan diukur dengan umur individu.
Dengan kelebihan yang diberikan oleh Allah kita dapati Al-Imam As-Syahid
Hassan Al-Banna telah mengambil jalan ini daripada sirah Rasulullah s.a.w. Beliau
menegaskan betapa darurinya dipersiapkan individu muslim sebagai pendokong akidah
(rijalul aqidah), keluarga muslim dan msayarakat muslim yang menjadi kumpulan yang
mantap (Qaedah Sulbah) kepada pembinaan kerajaan, kemudian Daulah Islamiah dan
Khilafah Islamiah dengan izin Allah.
Mad’u juga mesti dijelaskan bahawa Jemaah yang hendak dianggotai dan
didukungi mestilah Jemaah yang mengambil Islam secara syumul dan menyeluruh;
aqidah, ibadat, akhlak, perundangan, pemerintahan, jihad dan seluruh aspek kehidupan.
Ia tidak boleh mementingkan beberapa aspek dan meninggal aspek yang lain dengan
alasan keselamatan atau apa-apa sebab yang lain.
Mad’u juga mesti dijelaskan bahawa Jemaah yang diharapkan untuk
melaksanakan kewajipan dan perlu dianggotai dan didukungi mestilah yang memiliki
kemampuan di peringkat antarabanga. Ini kerana mereka mempunyai faktor-faktor
pembinaan kumpulan yang mantap (Qaedah Sulbah) untuk Daulah Islamiah ‘Alamiah
(Negara Islam Sejagat), bukan hanya sekadar pemerintahan setempat di mana-mana
negara.
Jemaah yang berpengalaman dan terbukti mampu menghadapi tribulasi adalah
Jemaah yang paling layak untuk diyakini kemampuannya mencapai matlamat,
mendatangkan hasil dengan segara dan pandai menggunakan masa dan tenaga dengan
sebaik mungkin. Kefahaman dan tindak tanduknya pula jauh daripada kecuaian dan
keterlaluan, jauh daripada penyelewengan dan menjuzuk-juzukkan (ambil beberapa
bahagian dan tinggalkan beberapa bahagian), selari dengan petunjuk Rasulullah s.a.w.
dan salafussalih.
Jemaah tersebut juga mestilah Jemaah yang tersusun rapi dan bersatupadu serta
berjalan mengikut perancangan yang rapi. Ia bukanlah Jemaah yang kucar-kacir
(perjalanannya tidak mengikut peraturan) atau bergerak secara bidan terjun tanpa
perancangan dan penyusunan.
Mad’u juga mestilah dijelaskan bahawa perpecahan dan pengagihan tenaga
kepada kumpulan-kumpulan kecil adalah satu kesalahan dan merbahaya. Pada dasarnya,
sesiapa yang ingin bekerja (menyumbang) untuk Islam hendaklah bergabung dengan
Jemaah yang mempunyai ciri-ciri yang telah disebutkan di atas. Dia tidak boleh
mengangkat bendera baru ataupun membantu Jemaah baru yang setahun jagung
pengalamannya. Ini dilakukan supaya dia tidak membantu usaha-usaha memecahbelahkan
tenaga dan usaha. Dia juga tidak boleh memisahkan diri daripada Jemaah besar
yang berpengalaman kecuali apabila dia mendapati tersebut pada keseluruhannya
terdapat kefasikan atau kesesatan.
Begitulah seterusnya..... Berdasarkan penjelasan secara terperinci di marhalah ini,
maka setiap peribadi yang bersikap benar dan ikhlas akan mendapati bahawa ciri-ciri
yang mesti ada pada Jemaah pilihannya telah dimiliki oleh Jemaah Ikhwan Muslimin.
Inilah kelebihan dan taufiq yang diberikan oleh Allah.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular


    Solat dulu yup

    About Me

    Foto Saya
    Pencari Cahaya (PC)
    lahir kat 135 kampung hiliran masjid,21000 Kuala Terengganu, Terengganu, tinggal di Nabawan, Sabah selama beberapa tahun dan menetap di Kelantan selepas itu.....
    Lihat profil lengkap saya

    get this widget here

    Meh kecek smeta (jom berdialog)

    Followers

    5 Perkara