Wahai Ikhwah Sekalian

Posted by Pencari Cahaya Dalam Misi Mencari Cahaya Ilahi

Ya ayuhal ikhwah, Antum perhatikan bagaimana Allah telah menciptakan batu dan air yang mengalir di sungai ini. Antara batu dan air tidak ada pertikaian di antara mereka. Batu tidak pernah mengatakan, ‘Hai air kenapa bunyimu terlalu keras’ Atau air mempersoalkan, ‘Batu, kenapa kau ada disini.’ Tidak ada persengketaan diantara mereka; Mana hak saya… Mana kewajiban kamu… Tapi kenapa kita tidak mau mengambil ‘ibrah dari batu dan air? Kenapa kita mulai bercerai-berai, memikirkan ini hakku… ini hak saya… Ini kewajibanku… Itu kewajibanmu… Malu kita semua pada batu dan air! Ini saatnya antum semua bersatu, bekerjasama dalam ukhuwah Islamiyah… Allahu Akbar!

Featuring Post Example

Posted by TheBlogTemplates On Month - Day - Year

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at nisl. Nullam lorem mi, eleifend a, fringilla vel, semper at, ligula. Mauris eu wisi. Ut ante dui, aliquet nec, congue non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et maur...

Featuring Post Example

Posted by TheBlogTemplates On Month - Day - Year

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at nisl. Nullam lorem mi, eleifend a, fringilla vel, semper at, ligula. Mauris eu wisi. Ut ante dui, aliquet nec, congue non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et maur...

Featuring Post Example

Posted by TheBlogTemplates On Month - Day - Year

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at nisl. Nullam lorem mi, eleifend a, fringilla vel, semper at, ligula. Mauris eu wisi. Ut ante dui, aliquet nec, congue non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et maur...

Featuring Post Example

Posted by TheBlogTemplates On Month - Day - Year

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at nisl. Nullam lorem mi, eleifend a, fringilla vel, semper at, ligula. Mauris eu wisi. Ut ante dui, aliquet nec, congue non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et maur...

Ku jejaki alam dalam mencari redhaMu, ku tempuhi dugaan dalam menikmati suruhanMu, ku menangis kerana mengingatkan diriMu.....Temukankanlah si Pencari Cahaya dengan NurMu ya Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang

Uslub dan Marhalah_Mustafa Masyhur

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Rabu, Mac 30, 2011


Kita hendaklah memahami realiti muslimin yang menjadi medan dakwah kita (disini kita hanya membincangkan mengenai urusan mendakwah kaum muslimin supaya kembali kepada Allah, bukannya mendakwah bukan muslim). Ini kerana tuntutan sekarang ialah memindahkan mereka dari realiti hidup yang menguasai mereka pada hari ini. Mereka hidup dengan kefahaman yang silap, malas beramal untuk Islam, bersikap keterlaluan (extreme) dan lain-lain. Kita hendaklah memindahkan mereka kepada
suasana kehidupan yang baru; kehidupan yang memahami Islam dengan kefahaman yang
lengkap sempurna sebagaimana yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Kita juga perlu
memindahkan mereka kepada memahami tuntutan Islam yang sempurna dan memahami
cara merealisasikannya menurut kaedah yang paling sempurna dan sahih.
Melalui penelitian dan kajian terhadap masyarakat kita, kita akan mendapati
bahawa kelemahan iman atau kelumpuhan iman dijiwa, tidak memahami hakikat Islam
dengan sebenarnya dan serangan pemikiran adalah faktor utama yang menyebabkan
kaum muslimin berada dalam suasana yang ada pada hari ini. Ia juga merupakan faktor
utama yang membolehkan musuh-musuh Allah menjadikan sebahagian kaum muslimin
sebagai kuda tunggangan mereka untuk memerangi Islam, secara mereka sedari ataupun
tidak.
Janganlah diharapkan kesedaran, tindakan, amal ataupun hasil yang baik untuk
Islam daripada mereka ini, melainkan setelah iman dibangkitkan dari dalam jiwa mereka
terlebih dahulu. Dengan itu iman akan mendorong mereka kepada makrifat (mengenal
Allah dan memahami Islam), beramal dan berjuang untuk Islam serta mempertingkatkan
diri kepada martabat (darjat) para ‘amilin’ yang salih (orang-orang yang beramal lagi
salih).
Mungkin berfaedah kalau kita peringatkan di sini bahawa beriltizam dengan tertib
dalam menaiki tangga menuju martabat para amilin adalah suatu yang pasti dan maha
penting. Ini kerana tanpanya boleh mengakibatkan kemunduran, kejatuhan lalu
mengambil sikap berdiam diri dan duduk berpangku tangan. Kita akan mulakan dakwah
dengan menyeru seorang yang lalai. Kemudian beransur-ansur mempertingkatkannya
dari satu marhalah ke satu marhalah. Kita sebutkan berdakwah kepada golongan ini di
sini adalah sebagai menjelaskan bagaimana memulakan dakwah dengan golongan ini.
Walaubagaimanapun, pada hakikatnya, terdapat individu yang baik dan lebih mudah
menerima dakwah. Orang yang seperti inilah yang patut diberikan keutamaan demi
menjimatkan waktu dan usaha.
Kebanyakan muslim pda hari ini sibuk dengan urusan dunia dan lalai daripada
beribadat kepada Allah s.w.t. dan mentaati perintah-Nya. Mereka seperti sekumpulan
manusia yang sedang nyenyak tidur. Di sebelah mereka terdapat api yang marak menyala
dan akan membakar mereka sekiranya mereka masih lagi tidur.
Di kalangan manusia yang sedang nyenyak tidur, terdapat mereka yang tidak tidur
dan menyedari apa yang berlaku di sekeliling, tetapi tidak mampu memadamkan api yang
sedang membakar. Ketika itu kewajipan mereka ialah segera membangunkan manusia
yang nyenyak tidur supaya setiap mereka menyedari keadaan masing-masing dan
menjauhkan diri daripada api. Sebarang usaha untuk memperingatkan mereka yang tidur
dari bahaya api akan menjadi sia-sia, jika dilakukan sebelum mereka terjaga dari tidur.
Mereka tidak akan mendengar dan mentaati peringatan itu kerana mereka sedang
nyenyak tidur. Jadi mereka mestilah dibangunkan terlebih dahulu barulah diberikan
peringatan.
Dalam banyak kes, ketika usaha membangunkan orang yang sedang nyenyak
tidur dilakukan, mereka tidak mahu bangun kerana sedap tidur dan tidak mahu diganggu.
Ini kerana dia masih tidur dan belum lagi sedar. Jika dia benar-benar sedar dari tidurnya
dan melihat api yang sedang membakar, nescaya dia bersegera menyelamatkan diri.
Kata-katanya bahawa dia telah sedar tidak boleh dipercayai sepenuhnya kecuali apabila
diikuti dengan tindakan menjauhkan diri dari api itu.
Demikianlah sikap daie terhadap mad’unya (orang yang diseru). Dia mesti
bersabar di dalam usahanya menyeru mereka kepada Islam. Dia mesti sanggup
menghadapi tindak balas mad’unya seperti perbuatan jahat dan cercaan. Dia mesti
mengharapkan balasan usahanya daripada Allah dan mengikut jejak langkah junjungan
kita nabi Muhammad s.a.w. Baginda menyeru manusia dan terdedah kepada gangguan
dan cercaan. Baginda tetap bersabar dan terus menerus berdakwah sambil berdoa :
“Wahai Tuhanku! Berilah kami hidayah kepada kaumku kerana sesungguhnya
mereka tidak mengerti.”
Di dalam pengertian ini Al-Imam Asy-Syahid Hassan Al-Banna berkata :
“Jadilah kamu ketika (menyeru) manusia seperti pokok buah-buahan, mereka
membalingnya dengan batu dan dia menggugurkan buah kepada mereka”
Sekarang kita mulakan dengan marhalah pertama dakwah fardiah.
Marhalah Pertama :
Marhalah pertama ialah mewujudkan hubungan dan perkenalan dengan mad’u
(taaruf). Di marhalah ini, anda hendaklah benar-benar merasakan kepada dirinya bahawa
anda mengambil berat tentang dirinya dan bertanya khabar apabila dia tidak ada dan lainlain.
Ketika itu anda tidak membincangkan apa-apa tajuk mengenai dakwah sehingga
hatinya terbuka dan bersedia untuk memahami apa yang anda perkatakan mengenai
dakwah dan mengambil pengajaran daripadanya.
Penerimaannya terhadap dakwah yang anda kemukakan adalah berkadar dengan
kejayaan anda memberikan perhatian dan memenangi hatinya di marhalah ini. Sebarang
percubaan untuk berbincang mengenai apa-apa tajuk dakwah sebelum melalui marhalah
ini mungkin menjadi faktor penolakannya. Marhalah ini mungkin memakan masa
beberapa minggu.
Marhalah Kedua :
Marhalah kedua ialah marhalah membangunkan iman yang lesu di jiwa mad’u.
Di peringkat ini, perbincangan mengenai persoalan keimanan tidak perlu dilakukan
secara langsung. Adalah lebih baik jika perbincangan mengenainya mengambil
pendekatan secara tidak langsung seolah-olah tanpa disengajakan, dengan cara
mengambil kesempatan daripada melihat burung, tumbuhan, serangga atau mana-mana
makhluk Allah. Di kesempatan tersebut, perbincangan mengenai kekuasaan Allah,
kehalusan dan keagungan ciptaan-Nya dilakukan. Sebagai contohnya, dijelaskan kepada
mad’u bagaimana tumbuhan tersebut tumbuh daripada tanah dan air yang sama. Ia
melahirkan bahagian-bahagian yang berlainan seperti dahan, daun, bunga, buah, warna,
bau dan rasa sedangkan ia disiram dengan air yang sama dan ditanam di tanah yang sama.
“Begitulah perbuatan Allah s.w.t. yang membuat dengan kukuh tiap-tiap sesuatu.”
(Maksud an-Naml:88)
Apakah ahli sains dengan teknologi canggih yang diciptanya mampu mencipta
sebiji gandum (sebagai contoh) di makmal mereka, apabila ditanam dan disiram, akan
menumbuhkan batang gandum? Sesungguhnya mereka tidak akan mampu
melakukannya. Ini kerana menumbuhkan benih ciptaan Allah adalah rahsia Allah yang
hanya diketahui-Nya. Manusia tidak mampu untuk menumbuhkan benih ciptaannya.
Begitu juga, sekiranya seluruh penduduk dunia bersatu untuk mencipta seekor lalat,
mereka tidak akan mampu melakukannya. Ini kerana mencipta dan menghidupkan
adalah hak kepunyaan Allah semata-mata.
Begitulah seterusnya. Melalui perbincangan seumpama ini, dilakukan banyak
kali dan memikirkan keunikan ciptaan Allah, insya Allah akan menjadikannya
mengkagumi, mengagungi dan menyucikan (mentaqdis) Allah bertepatan dengan firman
Allah :
“Dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata :
“Ya Tuhan kami! Tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau,
maka peliharalah kami dari seksa neraka”. (Ali-Imran:191)
Ayat ini menegaskan bahawa memikirkan penciptaan Allah menjadikan seseorang
mengkagumi dan mengagungi Allah serta mendorong kepada mengingati hari akhirat,
mengingati pembalasan yang akan diterima di sana, dan mendorong seseorang mukmin
untuk memohon kepada Allah supaya menyelamatkannya daripada azab neraka.
Begitulah dengan membangkitkan keimanan kepada Allah, keimanan kepada
Keesaan-Nya, keimanan kepada sifat kudrat dan kesempurnaan-Nya, hati akan mula
hidup dengan mengenali Allah (makrifatullah), sedar daripada kealpaannya dan bersedia
untuk menyempurnakan keimanannya kepada hari akhirat dengan segala yang ada
padanya; kebangkitan dari kubur, hisab dan balasan. Begitu juga, dia akan memahami
tujuan kita diciptakan oleh Allah iaitu untuk beribadah kepada-Nya semata-mata. Dia
tidak akan menggambarkan bagaimana Allah menciptakan kita dengan sia-sia; tanpa
tujuan.
Boleh jadi berguna kalau kita menjelaskan kepadanya (mad’u) persoalan
kemuliaan yang Allah berikan kepada anak cucu Nabi Adam (manusia); kemuliaan hasil
daripada pemberian roh kepada mereka. Kebanyakan manusia alpa dan lupa terhadap
kehidupan di aspek ini, dan mereka hanya hidup di aspek penciptaan mereka daripada
tanah dan memenuhi tuntutan badan. Mereka lupa dan alpa bahawa akidah yang benar
dan sejahtera adalah tuntutan asasi roh; padanya terdapat kebahagiaan hidup di dunia dan
akhirat.
Begitulah seterusnya, perbincangan berlegar di sekitar persoalan keimanan.
Ketika persoalan ini hidup dijiwanya, dia akan mula menilai semula kehidupannya
sebelum ini (murajaah). Dia akan merasakan bahawa sekiranya dia terus berada di tahap
lama; alpa, mencuaikan kewajipan, melakukan maksiat dan tidak mentaati Allah, dirinya
akan terdedah kepada azab Allah di hari Akhirat; hari yang tiada tempat lari dan
penyelamat. Ketika itu, dia akan mudah dipimpin dan diberi tunjuk ajar supaya
berpegang teguh kepada ajaran Islam.
Marhalah Ketiga :
Di waktu itu, bermulalah marhalah ketiga di dalam dakwah. Di marhalah ini kita
membantunya memperbaiki dirinya dengan cara mengajarnya perkara-perkara ketaatan
kepada Allah dan ibadat-ibadat fardhu, membiasakan dirinya melakukannya secara
berdisiplin, menjauhi maksiat dan berakhlak dengan akhlak Islam.
Amatlah baik sekiranya dia dibekalkan dengan buku-buku yang membincangkan
persoalan aqidah, ibadat dan akhlak yang boleh dibaca dan difahaminya. Begitu juga
dengan mengajak dia menghadiri majlis-majlis ilmu dan ceramah-ceramah, mengajaknya
berkenalan dengan orang-orang salih dan menjauhkannya daripada orang-orang jahat.
Begitulah seterusnya, suasana yang salih terus dibina untuk membantu menyempurnakan
keperibadian Islamnya. Kita mestilah sabar dan sentiasa mengikuti perkembangan
dirinya sehingga dia benar-benar teguh berada di atas jalan ini (Islam). Dia tidak
sepatutnya dibiarkan dalam jangka masa yang lama tanpa diikuti perkembangan dirinya
dan tanpa bimbingan. Ini dilakukan agar dia mampu meneruskan perjalanan di jalan ini
(Islam) dan menjauhi faktor yang menyebabkannya mundur, malas dan cuai. Usahausaha
ini akan memakan masa beberapa minggu atau beberapa bulan sehingga
keperibadian Islamnya benar-benar mantap tanpa mudah digoyang.
Di sini kita mengatakan: Di sana terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan di
marhalah ini. Walau bagaimanapun, ia boleh dilakukan di marhalah yang keempat yang
akan datang. Itupun setelah berhasilnya marhalah pertama iaitu mengadakan hubungan
baik dengannya yang membolehkan perbincangan terus dilakukan dan kewajiban dakwah
dapat dilaksanakan.
Marhalah Keempat :
Marhalah keempat ialah menjelaskan pengertian ibadah yang syumul tanpa
membataskannya kepada solat, puasa, zakat dan haji sahaja. Tetapi ia merangkumi
seluruh aspek kehidupan, makan, minum, pakaian, ilmu, amal, perkahwinan, bersenam
(riadhah), memelihara anak-anak dan lain-lain. Itu semua adalah ibadah kepada Allah
s.w.t. apabila mencukupi dua syarat : Niat kerana Allah s.w.t. dan cara
melaksanakannya sesuai dengan syariat Islam.
Syarat Pertama:
Niat. Semua yang dilakukan hendaklah bertujuan untuk membantu kita
melaksanakan ketaatan kepada Allah dan merealisasikan tujuan Allah menjadikan kita
sebagai khalifah di atas muka bumi.
Oleh itu, kita makan dan minum adalah supaya kita bertenaga untuk mentaati
Allah dan beribadat kepada-Nya. Dengan itu makan dan minum kita menjadi ibadat yang
akan diberi ganjaran pahala. Kita belajar untuk kepentingan kaum muslimin dan negara
Islam, maka menuntut ilmu menjadi ibadat dan setiap tenaga dan masa yang kita
curahkan akan diberi ganjaran pahala. Kita bekerja di mana-mana bidang untuk
kepentingan umat Islam dan negara Islam, dan mendapatkan rezeki yang halal untuk
keperluan hidup, maka kerja kita menjadi ibadat. Kita berkahwin untuk menjaga diri
daripada makisat dan membina rumah tangga muslim yang menjadi tiang seri kepada
pembinaan negara Islam serta melahirkan zuriat yang salih yang dibentuk berdasarkan
prinsip-prinsip Islam; melalui mereka, Allah akan memuliakan agamanya, maka
perkahwinan kita menjadi ibadat, penat lelah mendidik anak-anak menjadi ibadat;
semuanya akan mendapat balasan pahala daripada Allah. Kita bersenam untuk
menguatkan tubuh badan supaya kita mampu memikul bebanan dakwah dan berjihad di
jalan-Nya, maka bersenam menjadi ibadat. Begitulah seterusnya, dunia yang luas ini
menjadi mihrab (tempat beribadat); padanya kita mengabdikan diri kepada Allah setiap
amal dan usaha yang dilakukan. Semuanya menjadi ibadat hasil daripada niat yang benar
kerana Allah.
Syarat Kedua:
Segala usaha dan amal yang kita kerjakan mestilah sesuai dengan syariat Allah
s.w.t. dan ajaran Islam. Oleh itu, kita tidak makan dan minum kecuali yang halal. Kita
tidak berpakaian kecuali yang halal. Kita tidak melakukan sebarang amal dan usaha
kecuali ia selari dan sesuai dengan syariat Allah s.w.t. supaya ia menjadi ibadat yang
diterima oleh Allah s.w.t. Ini kerana, tidak munasabah kita makan makanan yang haram
dengan tujuan menguatkan diri bagi melakukan ketaatan kepada Allah s.w.t.
Begitulah seterusnya, setiap muslim dimarhalah ini mengikat seluruh kegiatan
hidupnya dengan syariat Allah dan menjadikannya sebagai ibadat. Mereka tidak
beribadah dengan hanya melakukan empat perkara fardhu yang sememangnya diketahui
umum.
Marhalah Kelima :
Di marhalah ini, kita menjelaskan kepada mad’u bahawa Agama kita (Islam) tidak
berpada dengan kita menjadi muslim pada diri sendiri sahaja, dengan hanya melakukan
ibadat-ibadat tertentu, berakhlak dengan akhlak yang baik dan tidak menyakiti orang lain,
tidak lebih daripada itu.
Malah Islam adalah agama bermasyarakat. Islam adalah sistem hidup,
pemerintahan, perundangan, daulah, jihad dan ummah. Inilah fahaman yang betul
terhadap Islam. Fahaman yang mengajar kita berbagai tanggungjawab dan kewajipan.
Kita wajib melaksanakannya sebagai menyahut perintah Allah supaya masyarakat dapat
dibina di atas princip-prinsip Islam di semua aspek kehidupan, politik, ekonomi,
perundangan, kemasyarakatan dan lain-lain.
Kita juga mesti memahami bahawa di antara kewajipan kita terhadap Islam ialah
berusaha dan berjuang bersungguh-sungguh supaya Islam berkuasa di muka bumi.
Firman Allah Taala :
“.....sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) agama itu hanya untuk Allah
semata-mata...” (al-Baqarah:193)
Oleh itu, kita wajib menyampaikan seruan agama ini kepada manusia seluruhnya.
Seseorang muslim tidak mungkin hidup sebagai muslim dengan keIslaman yang
sahih dan sempurna sekiranya dia mengasingkan diri daripada saudara-saudara muslim
yang lain dan tidak memperdulikan apa yang berlaku dan dihadapi oleh mereka (saudarasaudara
muslim) di berbagai ceruk rantau di muka bumi; tekanan, gangguan, fitnah dan
serangan dari musuh-musuh Allah dan musuh-musuh Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda :
“Barangsiapa yang tidak memperdulikan urusan muslimin maka dia bukanlah
dari mereka.”
Di sekitar pengertian ini perbincangan dilakukan sehingga melahirkan perasaan
tanggungjawab umum (mas’uliah ammah) terhadap Islam dan muslimin di dalam dirinya
dan dia tidak lagi mengasingkan diri. Selepas itu dijelaskan kepadanya tuntutan
marhalah dakwah Islam pada hari ini yang mewajibkan umat Islam berusaha menegakkan
daulah Islam dan mengembalikan khalifah Islam yang telah diruntuhkan oleh musuhmusuh
Islam.
Kita terangkan kepada mad’u betapa besarnya musibah yang dihadapi oleh dunia
Islam; negara dipecah-pecahkan, umat Islam bertelagah sesama sendiri, musuh-musuh
menyerang, akidah orang-orang Islam tergugat dan digugat, masjid-masjid dirosakkan,
kehormatan mereka dicabul, harta kekayaan dan hasil bumi mereka dirompak dan anakanak
muslimin dibentuk di luar landasan Islam. Semua ini berlaku akibat tidak adanya
Daulah Islamiah; Daulah Islamiah yang mampu menyerang balas musuh-musuh Islam,
menghalang mereka daripada melakukan serangan, menyatu-padukan umat Islam dan
melaksanakan syariat Islam di kalangan mereka.
Mad’u juga mesti dijelaskan bahawa tunggungjawab menegakkan Daulah
Islamiah bukan hanya tanggungjawab pemerintah dan ulama sahaja. Malah, ia adalah
tanggungjawab setiap muslimin dan muslimah yang hidup di marhalah dakwah ini
(marhalah yang mewajibkan penegakan Daulah Islamiah). Mad’u juga mesti dijelaskan
bahawa seluruh umat Islam berdosa sekiranya mereka tidak berusaha untuk menegakkan
Daulah Islamiah.
Beguitulah seterusnya, perbincangan diteruskan untuk membangkitkan perasaan
tanggungjawab tersebut. Perasaan tanggungjawab yang mendorongnya berfikir
bersungguh-sungguh mencari jalan bagaimana melaksanakannya dan menunaikan
tuntutannya.
Marhalah Keenam :
Di ketika ini, datanglah marhalah keenam iaitu menjelaskan kepada mad’u
bahawa kewajipan ini tidak mungkin dapat disempurnakan secara fardhi (sendiri-sendiri);
setiap muslim tidak mampu menegakkan Daulah Islamiah dan mengembalikan khalifah
Islamiah secara bersendirian. Malah usaha tersebut mesti dilakukan melalui Jemaah
(organisasi); Jemaah yang akan menyatukan usaha-usaha fardi demi melaksanakan
tanggungjawab yang besar ini. Kaedah syarak yang terkenal menyebut :
“Apabila sesuatu kewajipan tidak dapat disempurnakan kecuali dengannya,
maka dia menjadi wajib”
Oleh itu, selagi kewajipan menegakkan Daulah Islamiah tidak dapat
disempurnakan kecuali dengan adanya Jemaah, maka mewujudkan jemaah adalah wajib.
Tidak dapat dibayangkan, bagaimana seorang individu boleh menjadi sempurna
keIslamannya sedangkan dia hidup seorang diri tanpa melibatkan diri dengan Jemaah
yang bertujuan melaksanakan prinsip-prinsip Islam dan kewajipannya; prinsip dan
kewajibannya yang terpenting pada masa kini ialah usaha yang berterusan dan
bersungguh-sungguh untuk menegakkan Daulah Islamiah.
Ini adalah perkara pokok (asasi). Kebanyakan muslimin tidak merasakan
keperluan yang daruri dalam mewujudkan Jemaah, ataupun mengabungkan diri ke
dalamnya. Mereka bersikap demikian kerana tidak mahu memikul tanggungjawab,
ataupun lebih mengutamakan keselesaan hidup dan menjauhkan diri daripada perkara
yang tidak disukai yang mungkin terpaksa dihadapi apabila dia menggabungkan diri ke
dalam Jemaah. Berdasarkan penjelasan betapa besarnya tanggungjawab terhadap Islam
yang terpaksa dipikul dan perlaksanaan tanggungjawab ini tidak dapat disempurnakan
kecuali melalui Jemaah, maka mad’u akan meyakini darurinya berjemaah sekalipun
terpaksa membayar dengan harga yang mahal. Lebih-lebih lagi selepas dijelaskan betapa
besarnya pahala dan faedah yang merupakan kesan langsung daripadanya.
Marhalah Ketujuh :
Selepas itu, datanglah marhalah ketujuh iaitu menjawab soalan yan bermain di
minda mad’u: Jemaah manakah yang patut dianggotai? Marhalah (peringkat) ini adalah
penting tetapi sensitif. Ia memerlukan hikmah (kebijaksanaan), penerangan yang jitu dan
memuaskan. Ini kerana, di medan terdapat pelbagai jemaah yang bergerak dan semuanya
mengajak para pemuda menganggotainya. Semuanya membawa bendera Islam,
mempunyai lambang-lambang dan cara-cara tersendiri untuk menarik pemuda.
Perkara yang mesti difahami oleh setiap pemuda muslim ialah persoalan amal
Islami adalah persoalan asasi dan penentu masa depan. Dia mestilah teliti dalam memilih
jalan perjuangan mana yang patut dilalui dan diyakini selamat. Dia tidak sepatutnya
terikut-ikut atau tergesa-gesa dalam memilih Jemaah yang perlu dianggotainya untuk
merealisasikan prinsip-prinsip Islam. Ini kerana, dia hanya memiliki satu umur dan satu
nyawa. Oleh itu, janganlah dipersiakan begitu saja. Sebaliknya, dia hendaklah mengkaji,
berbincang, dan memperuntukkan masa dan tenaga yang mencukupi untuk mencari
kepastian. Sesungguhnya ketenangan jiwa (melakukan sesuatu dengan yakin akan
kebenarannya) adalah lebih baik daripada memilih jalan perjuangan yang salah dan
bertindak tanpa kepastian.
Perlu disebutkan di sini bahawa untuk merealisasikan tuntutan Islam dan
menegakkan Daulah Islamiah, kita mesti mengikuti jalan yang ditunjukkan oleh
Rasulullah s.a.w. Dalam menegakkan Daulah Islamiah yang pertama, Baginda s.a.w.
telah memantapkan Aqidah Islam ke dalam jiwa mukminin dan mendidik mereka di
rumah al-Arqam berdasarkan tuntuan al-Quran dan madrasah Rasulullah s.a.w. Melalui
Madrasah inilah, lahirnya Rijalul Aqidah (pendokong-pendokong akidah); aqidah
mengkontrol diri mereka, mempengaruhi perasaan dan menguasai jiwa mereka. Aqidah
menjadi segala-galanya dalam kehidupan mereka. Kerana Aqidah, mereka
mengorbankan masa, tenaga, kesihatan, pemikiran, harta dan jiwa raga. Kerana Aqidah,
mereka sanggup bertahan, menanggung segala bentuk penyeksaan dan menghadapi
risiko. Mereka tidak berundur walau selangkah. Mereka menyebarkannya,
mempertahankannya dan berjihad dengan harta dan jiwa raga. Mereka adalah tiang-tiang
seri utama yang menjadi asas penegakkan Daulah Islamiah yang pertama. Kemudian
Baginda s.a.w. mempersaudarakan sesama mereka dan menyusun mereka. Baginda
mengambil sumpah setia dan perjanjian dengan mereka untuk mempertahankan Islam
menggunakan segala apa yang mereka miliki. Ketika itu mereka mendapat kemenangan
dan kekuasaan dengan kelebihan yang diberikan oleh Allah.
Dengan ini, Rasulullah s.a.w. telah berjaya mewujudkan kekuatan aqidah,
kemudian kekuatan kesatuan, dan akhirnya kekuatan tangan dan persenjataan. Ini kerana,
apabila terbentuknya kumpulan mukmin yang mantap dan bersatu, maka musuh-musuh
Allah mampu dihadapi dan permusuhan mereka dapat dihalang dengan kekuatan sesuai
dengan firman Allah s.w.t. :
“Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi kerana
sesungguhnya mereka telah dianiaya. Dan sesungguhnya Allah s.w.t. benar-benar
berkuasa menolong mereka.” (Al-Haji:39)
Adapun, sebelum terbentuknya kumpulan mukmin yang mantap dan bersatu iaitu
ketika bilangan kaum muslimin sedikit, Rasulullah s.a.w. berpesan supaya mereka
bersabar menempuh dugaan dan tetap bersama kebenaran yang mereka imani, serta
berterusan menyampaikan dakwah Islam kepada orang lain. Baginda tidak menerima
mereka menghadapi kebatilan dengan menggunakan kekuatan.
Oleh itu, Jemaah yang melalui jalan yang sama (Jalan yang dilalui oleh
Rasulullah s.a.w.) semestinya menjadi pilihan untuk dianggotai dan didukungi. Manamana
Jemaah yang tidak memberikan keutamaan kepada persoalan kesatuan dan
hubungan, dan juga mengatasi keutamaan kepada persoalan penggunaan kekuatan, maka
ia adalah Jemaah yang memperjudikan nasib dan masa depannya, dan membahayakan
amal Islami. Oleh itu, usaha untuk memegang tampuk kekuasaan (pemerintahan)
menggunakan kekuatan (kekerasan) dengan mengabaikan tarbiah dan kesatuan, ataupun
melalui parti-parti politik yang mengabaikan tarbiah adalah usaha yang merbahaya.
Malah mampu melumpuhkan amal Islami sebelum ia lahir dan berkembang subur secara
tabi’e untuk membentuk kumpulan yang mantap (Qaedah Sulbah). Ketika itu, usaha
mewujudkan kumpulan yang mantap tidak dapat bertahan dan diteruskan.
Kalau begitu, semestinya diwujudkan kumpulan yang mantap (Qaedah Sulbah)
yang mendukung pemerintahan Islam, melindungi dan mempertahankannya. Mereka
tidak akan berkompromi dalam masalah ini. Begitulah...., Sesungguhnya pembinaan
dimulakan dari asas (tapak), bukannya dari puncak (atas). Semakin besar dan tinggi
bangunan yang hendak dibina, maka semakin luas dan dalam asas yang diperlukan.
Begitulah juga dengan bangunan yang kita ingin bangunkan iaitu ‘Daulah Islamiah
Alamiah’ (negara Islam sejagat). Ini kerana dakwah kita adalah dakwah alamiah
(sejagat), dan musuh kita juga adalah sejagat. Manakala tempoh pembinaannya pula
diukur berdasarkan umur dakwah bukan diukur dengan umur individu.
Dengan kelebihan yang diberikan oleh Allah kita dapati Al-Imam As-Syahid
Hassan Al-Banna telah mengambil jalan ini daripada sirah Rasulullah s.a.w. Beliau
menegaskan betapa darurinya dipersiapkan individu muslim sebagai pendokong akidah
(rijalul aqidah), keluarga muslim dan msayarakat muslim yang menjadi kumpulan yang
mantap (Qaedah Sulbah) kepada pembinaan kerajaan, kemudian Daulah Islamiah dan
Khilafah Islamiah dengan izin Allah.
Mad’u juga mesti dijelaskan bahawa Jemaah yang hendak dianggotai dan
didukungi mestilah Jemaah yang mengambil Islam secara syumul dan menyeluruh;
aqidah, ibadat, akhlak, perundangan, pemerintahan, jihad dan seluruh aspek kehidupan.
Ia tidak boleh mementingkan beberapa aspek dan meninggal aspek yang lain dengan
alasan keselamatan atau apa-apa sebab yang lain.
Mad’u juga mesti dijelaskan bahawa Jemaah yang diharapkan untuk
melaksanakan kewajipan dan perlu dianggotai dan didukungi mestilah yang memiliki
kemampuan di peringkat antarabanga. Ini kerana mereka mempunyai faktor-faktor
pembinaan kumpulan yang mantap (Qaedah Sulbah) untuk Daulah Islamiah ‘Alamiah
(Negara Islam Sejagat), bukan hanya sekadar pemerintahan setempat di mana-mana
negara.
Jemaah yang berpengalaman dan terbukti mampu menghadapi tribulasi adalah
Jemaah yang paling layak untuk diyakini kemampuannya mencapai matlamat,
mendatangkan hasil dengan segara dan pandai menggunakan masa dan tenaga dengan
sebaik mungkin. Kefahaman dan tindak tanduknya pula jauh daripada kecuaian dan
keterlaluan, jauh daripada penyelewengan dan menjuzuk-juzukkan (ambil beberapa
bahagian dan tinggalkan beberapa bahagian), selari dengan petunjuk Rasulullah s.a.w.
dan salafussalih.
Jemaah tersebut juga mestilah Jemaah yang tersusun rapi dan bersatupadu serta
berjalan mengikut perancangan yang rapi. Ia bukanlah Jemaah yang kucar-kacir
(perjalanannya tidak mengikut peraturan) atau bergerak secara bidan terjun tanpa
perancangan dan penyusunan.
Mad’u juga mestilah dijelaskan bahawa perpecahan dan pengagihan tenaga
kepada kumpulan-kumpulan kecil adalah satu kesalahan dan merbahaya. Pada dasarnya,
sesiapa yang ingin bekerja (menyumbang) untuk Islam hendaklah bergabung dengan
Jemaah yang mempunyai ciri-ciri yang telah disebutkan di atas. Dia tidak boleh
mengangkat bendera baru ataupun membantu Jemaah baru yang setahun jagung
pengalamannya. Ini dilakukan supaya dia tidak membantu usaha-usaha memecahbelahkan
tenaga dan usaha. Dia juga tidak boleh memisahkan diri daripada Jemaah besar
yang berpengalaman kecuali apabila dia mendapati tersebut pada keseluruhannya
terdapat kefasikan atau kesesatan.
Begitulah seterusnya..... Berdasarkan penjelasan secara terperinci di marhalah ini,
maka setiap peribadi yang bersikap benar dan ikhlas akan mendapati bahawa ciri-ciri
yang mesti ada pada Jemaah pilihannya telah dimiliki oleh Jemaah Ikhwan Muslimin.
Inilah kelebihan dan taufiq yang diberikan oleh Allah.

0 Response to "Uslub dan Marhalah_Mustafa Masyhur"

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular


    Solat dulu yup

    About Me

    Foto Saya
    Pencari Cahaya (PC)
    lahir kat 135 kampung hiliran masjid,21000 Kuala Terengganu, Terengganu, tinggal di Nabawan, Sabah selama beberapa tahun dan menetap di Kelantan selepas itu.....
    Lihat profil lengkap saya

    get this widget here

    Meh kecek smeta (jom berdialog)

    Followers

    5 Perkara