Wahai Ikhwah Sekalian

Posted by Pencari Cahaya Dalam Misi Mencari Cahaya Ilahi

Ya ayuhal ikhwah, Antum perhatikan bagaimana Allah telah menciptakan batu dan air yang mengalir di sungai ini. Antara batu dan air tidak ada pertikaian di antara mereka. Batu tidak pernah mengatakan, ‘Hai air kenapa bunyimu terlalu keras’ Atau air mempersoalkan, ‘Batu, kenapa kau ada disini.’ Tidak ada persengketaan diantara mereka; Mana hak saya… Mana kewajiban kamu… Tapi kenapa kita tidak mau mengambil ‘ibrah dari batu dan air? Kenapa kita mulai bercerai-berai, memikirkan ini hakku… ini hak saya… Ini kewajibanku… Itu kewajibanmu… Malu kita semua pada batu dan air! Ini saatnya antum semua bersatu, bekerjasama dalam ukhuwah Islamiyah… Allahu Akbar!

Featuring Post Example

Posted by TheBlogTemplates On Month - Day - Year

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at nisl. Nullam lorem mi, eleifend a, fringilla vel, semper at, ligula. Mauris eu wisi. Ut ante dui, aliquet nec, congue non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et maur...

Ku jejaki alam dalam mencari redhaMu, ku tempuhi dugaan dalam menikmati suruhanMu, ku menangis kerana mengingatkan diriMu.....Temukankanlah si Pencari Cahaya dengan NurMu ya Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang

BEBERAPA PESANAN KHUSUS MENGENAI DAKWAH FARDIAH

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Rabu, Mac 30, 2011

1. Hendaklah bersungguh-sungguh, memberikan sepenuh perhatian, mengikuti
perkembangan dan membuat penilaian setelah dakwah fardiah dilaksanakan
dalam jangka masa tertentu. Ini dilakukan supaya kita berpuas hati terhadap
penerusan, perlaksanaan dan hasil yang diperolehi.
2. Perlaksana dakwah fardiah hendaklah terlebih dahulu diberikan panduan dan
tunjuk ajar berkenaan uslub, pengertian dan beberapa perkara yang bersangkutan
dengannya.
3. Usaha dakwah mereka boleh dibantu dengan cara membekalkan mereka dengan
beberapa perkara, penjelasan dan isi-isi penting yang memantapkan sesuatu
pengertian yang ingin disampaikan di pertemuannya dengan mad’u.

4. Ketujuh-tujuh marhalah yang telah dinyatakan di atas hendaklah benar-benar
dilaksanakan dan berkesan kepada mad’u satu persatu secara tertib. Ini kerana
menyalahi tertib di atas, kemungkinan menyebabkan mad’u tidak menerima apa
yang disampaikan. Dapat diperhatikan bahawa setiap marhalah mempunyai
hubungan dan kesan langsung dengan marhalah sebelumnya. Sebagai contoh;
Apabila kita mengajak mad’u menyertai Jemaah sedangkan dia tidak menerima
tanggungjawab umum yang diwajibkan oleh Jemaah, maka dia tidak akan
memenuhi ajakan tersebut.
5. Keinginan untuk membawa mad’u ke arah marhalah terakhir tanpa usaha yang
gigih dan berpuas hati sepenuhnya dengan pencapaiannya di setiap marhalah tidak
boleh dijadikan alasan untuk tergesa-gesa membawa mad’u ke tahap itu. Ini
adalah untuk menghapuskan kemungkinan dia ragu-ragu dan goyah tatkala
menghadapi dugaan atau gangguan.
6. Perbincangan dengan pelaksana dakwah fardiah mengenai ketujuh-tujuh marhalah
dan perkara yang berkaitan dengannya seperti dalil atau faktor-faktor yang
membantu mad’u menerimanya amat baik dilakukan. Ini adalah untuk
memudahkan tugas daie ketika berhadapan dengan mad’u.
7. Selain daripada menjelaskan kesucian jalan dakwah dan semua tuntutannya,
usaha-usaha menghilangkan keraguan dan kesamaran (syubhat) terhadap amal
Islami, tuntutan-tuntutannya dan aktivis-aktivisnya juga mesti dilakukan. Ini
dilakukan supaya sebarang kesan keraguan di dalam dirinya dapat dikikis.
8. Kebaikan dan kejayaan cemerlang yang diperolehi oleh mereka yang menyahut
seruan Allah semestinya ditonjolkan. Begitu juga dengan bahaya besar yang
menimpa mereka yang menolaknya. Sesungguhnya uslub memberikan galakan
dan amaran banyak memberikan kesan kepada apa yang disampaikan oleh daei.
9. Para daie mestilah sentiasa tolong-menolong dan nasihat-menasihati sesama
mereka dalam menghadapi halangan dan rintangan, bagaimana merancang dan
memanfaatkan pengalaman yang lalu di medan ini.
10. Ketika berada di mana-mana marhalah, mad’u boleh dibantu dengan cara
membekalkan mereka dengan buku-buku, risalah-risalah dan majalah-majalah.
Mereka diminta supaya bertanyakan perkara yang kesamaran untuk dijelaskan.
11. Mad’u yang berkemampuan dan didapati layak untuk melaksanakan tugas
dakwah, maka dia boleh diminta supaya melakukan tugas tersebut, dijelaskan cara
dan diikuti perkembangannya.
12. Keberkatan, taufiq dan penghasilan adalah berkadar dengan keikhlasan,
kesungguhan, berlapang dada dan kesabaran.
13. Dakwah fardiah ini dapat dilaksanakan di dalam sebarang suasana dan keadaan,
berbeza dengan dakwah am yang kadang-kadang menghadapi tekanan dan
rintangan.
14. Dakwah fardiah istimewa kerana ia mewujudkan hubungan dan ikatan dengan
mad’u. Ini berbeza dengan dakwah am seperti ceramah dan majlis ilmu kerana ia
tidak melahirkan hubungan secara langsung antara daie dan mad’u.
15. Dakwah fardiah memberikan pengalaman dan pelaksananya melakukan dakwah
secara praktikal; dakawh yang merupakan kewajipan yang paling utama.
16. Dakwah fardiah membekalkan daie dengan hasil dan bekalan yang akan
membantunya melaksanakan tugas dakwah dengan sebaik-baiknya.
17. Dakwah fardiah mendorong para daie menjadi contoh teladan yang baik kepada
manusia.
18. Dakwah fardiah memberi kesempatan kepada mad’u untuk meminta penjelasan
terhadap setiap kekeliruan dan mampu menghapuskan keraguan dan kesamaran di
dalam dirinya. Ini akan menyempurnakan pembentukan peribadinya.
19. Berdasarkan kiraan secara congak, kita akan dapati hasil dakwah fardiah mampu
mencapai angkaan yang berlipat ganda di dalam waktu yang singkat.1
_______________________________
1. Dengan mengandaikan seorang daie hanya mampu mendakwah 2 orang mad’u
sehingga berjaya dalam masa setahun, maka ditahun kedua akan berlaku 3 orang
daie mendakwah 6 orang mad’u. Tahun ketiga pula 9 orang daie mendakwah 18
orang mad’u. Tahun keempat pula 27 orang daie mendakwah 54 orang mad’u.
Tahun kelima pula 81 orang daie mendakwah 162 orang mad’u. Tahun keenam
pula 243 orang daie mendakwah 486 orang mad’u. Tahun ketujuh pula 729
orang daie mendakwah 1,458 orang mad’u. Tahun kelapan pula 2,187 orang
daie mendakawh 4,374 orang mad’u. Tahun kesembilan pula 6,561 orang daie
mendakwah 13,122 orang mad’u. Tahun kesepuluh pula 19,683 orang daie
mendakwah 39,366 prang mad’u.... Begitulah seterusnya. Pada tahun kelima
belas bilangan daie mencapai jumlah 4,782,969 orang dengan mad’u seramai
9,566,938 orang. Pada tahun ketujuh belas kita memiliki 43,046,721 orang daie.
Ini bermakna seluruh penduduk Malaysia berada di peringkat daie dan tiada
seorangpun yang menjadi mad’u.
Sekiranya kita mengandaikan seorang daie mampu medakwah 3 orang mad’u
sahaja dalam masa setahun sehingga berjaya, maka ditahun kelima kita
mempunyai 256 orang daie dan 756 orang mad’u. Pada tahun kesepuluh pula
seramai 786,432 orang. Pada tahun keempat belas kita memiliki 67,108,864
orang daie.
Bayangkanlah betapa berkesannya dakwah fardiah apabila ia dilakukan dengan
bersungguh-sungguh dan penuh keikhlasan. Ingatlah kita hanya disuruh beramal
dan natijanya terserah kepada Allah.

0 Response to "BEBERAPA PESANAN KHUSUS MENGENAI DAKWAH FARDIAH"

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

    Solat dulu yup

    About Me

    Foto Saya
    Pencari Cahaya (PC)
    lahir kat 135 kampung hiliran masjid,21000 Kuala Terengganu, Terengganu, tinggal di Nabawan, Sabah selama beberapa tahun dan menetap di Kelantan selepas itu.....
    Lihat profil lengkap saya

    get this widget here

    Meh kecek smeta (jom berdialog)

    Followers

    5 Perkara