Aku semakin sedih dan menangis bila mendapat tahu keputusan untuk bekerja di 2 syarikat
sekaligus berjaya dan ditawarkan serta merta. Ini berikutan janjiku untuk mempercepatkan
proses membina rumah tangga dijulang. Ini petanda rezeki mula menyinar bagi yang
bermatlamat. Cuma, minit demi minit hati ini semakin gelisah dan menangis kerana itu
semua adalah dunia. Membesarkan Allah adalah matlamat utama......
Cuma......
Niatku tergadai kerana seseorang....
Aku ingin melafazkan amanahku ketika aku mulai melamar keluarganya......
Allahuakbar, aku rasakan aku telah lari dari jejak sebenar imanku
SepatutNya Engkau yang ku cari selama ini.....................
Sayang hamba ini hilang dengan lintasan dunia....
Meniti khabar gelora sang dunia bahtera kecurian.....
Mencuri iman-iman manusia
Sekejap selesa sekejap menderita
Ya Allah terimalah lamaranku sebagai hambaMu ini
Nikahilah diriku dengan perkenalan cinta kepadaMu
Astaghfirullah Rabba Baraya Astaghfirullah minal Khataya
Read more...