Wahai Ikhwah Sekalian

Posted by Pencari Cahaya Dalam Misi Mencari Cahaya Ilahi

Ya ayuhal ikhwah, Antum perhatikan bagaimana Allah telah menciptakan batu dan air yang mengalir di sungai ini. Antara batu dan air tidak ada pertikaian di antara mereka. Batu tidak pernah mengatakan, ‘Hai air kenapa bunyimu terlalu keras’ Atau air mempersoalkan, ‘Batu, kenapa kau ada disini.’ Tidak ada persengketaan diantara mereka; Mana hak saya… Mana kewajiban kamu… Tapi kenapa kita tidak mau mengambil ‘ibrah dari batu dan air? Kenapa kita mulai bercerai-berai, memikirkan ini hakku… ini hak saya… Ini kewajibanku… Itu kewajibanmu… Malu kita semua pada batu dan air! Ini saatnya antum semua bersatu, bekerjasama dalam ukhuwah Islamiyah… Allahu Akbar!

Featuring Post Example

Posted by TheBlogTemplates On Month - Day - Year

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at nisl. Nullam lorem mi, eleifend a, fringilla vel, semper at, ligula. Mauris eu wisi. Ut ante dui, aliquet nec, congue non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et maur...

Ku jejaki alam dalam mencari redhaMu, ku tempuhi dugaan dalam menikmati suruhanMu, ku menangis kerana mengingatkan diriMu.....Temukankanlah si Pencari Cahaya dengan NurMu ya Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang

Dikir Arab atau Dikir Barat

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Isnin, April 12, 2010

Pernah hatiku terpaut mengenai satu iklan, “Pencarian Bakat Dikir Barat Peringkat USIM”, huh berdebar-debar hatiku. Sebelum ini, apa yang aku ketahui adalah hanya mengarut di hadapan tasik terbenak di hadapan bangunan kehidupanku, FEM. Tetapi kehidupanku berubah apabila aku ditawarkan untuk menjadi peserta Pertandingan Dikir Barat dalam Festival Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (FESTKUM). Hati yang tersisih ini kembali berkata-kata dalam bahasa yang tidak asing di USIM iaitu bahasa atau loghat Kelate. Namun begitu aku pun lucu melihat kehidupan anak-anak rantauan Kelantan tidak mempraktikalkan bahasa mereka di USIM secara keseluruhannya termasuk diriku yang bakal menjadi penduduk Bandar. Jom tinggalkan gurauan tadi. Semasa aku menghadapi saat kematian, kami (pasukan dikir barat USIM) ada yang merungut, ada yang putus asa, ada yang nak buat pandai2, tapi aku je kot mungkin orang yang baru belajar. Warga dikir barat menjadi galak nan tiba waktu pertandingan, lebih-lebih lagi kepada pasukanku kerana kami adalah pasukan yang pertama akan mendeklamasikan persembahan kami.tpukkkkkkk…..USIM…..USIM,…..deruan suara dan sorakan penonton……huh hati kami bergetar bak mesin basuh menghabiskan timing spin…kami Berjaya memukau penonton..tetapi tiba-tiba aku berasa macam tak sempat bernafas. Kenapa boleh jadi begini? Lagu yang dibentangkan menjadi laju seperti bas UTM. Ohhh….ini adalah pengalaman kali pertama bagi kami, pemain-pemain USIM bertembung dengan USM, lagipun aku dan rakan-rakan adalah daripada Tahun 1, setahun pisang katakan. Degupan jangtung kami mengikis suara dan melajukan perjalanan mulut. Tapi ini tidak menjadi masalah jika menang atau kalah bagiku. Tapi adakah kawan-kawanku berpuas hati. Semua sedih bila USIM tidak dapat membawa balik sebarang pingat bagi kategori Dikir Barat. Bagiku ini adalah pengalaman yang pertama dan akan kubuka pengalaman ini pada akhir November akan datang. ,………….Tidak disangka-sangka, pengalamanku tidak memerlukan hari bergantung pada November tetapi tiba pula musim Dikir Arab. Terpaut hatiku untuk menolong rakan-rakan dan diri sendiri memenangi pertandingan yang julung-julung kali aku sertai kerana ketika ALSP yang lepas aku sibuk dengan latihan FESTKUM, aku hanya sempat menyiapkan lirik bagi pasukan boriaku. Itupun aku tidak sempat mengajar cara boria yang betul kerana aku tidak tahu apa itu boria. Aku hanya mengikut lenggok lagu yang dipamerkan kawanku. Kini aku menyiapkan satu lirik yang penuh bermakna untuk dunia bahasa Arabku, aku ciptakan khas untuk pertandingan ini. Aku dan rakan-rakan mengharapkan satu kejayaan dalam pertandingan tetapi berlainan dengan diriku yang mahukan kesannya daripada hadiahnya. Kami hanya berlatih sebanyak tiga kali, petang, malam dan pagi. Aku pum terasa pelik kerana tiba-tiba ada latihan malam, kalau nak diikutkan salah, and aku pun kurang menyukainya. Ada pulak yang bersemangat lebar khususnya daripada rakan perempuan dalam kelasku. Yang menyedihkan adalah kami hanya berlatih di bahu jalan di hadapan kolej Kediaman. Kami disekat security untuk masuk berlatih. Tapi ini tidak mematahkan jalur semangat pendekar-pendekar dikir yang baru tumbuh satu daun ini. Aku dengar bermacam-macam fitnah. Ha3, tukar2, gosipla….ada yang termimpi-mimpi mengalunkan dikir arab dalam igauannya. Fuh, biar betul budak-budak nie, semangat mengalahkan harimau berhadapan dengan cicak. Ada juga yang membicarakan berbagai-bagai idea untuk mengemaskini persembahan, bagiku, jika dapat mempersembahkan yang biasa tetapi penuh dengan semangat pun dah cukup. Jangan kita curahkan nasi dalam budu. Semua itu adalah posotif dan negatifnya, aku tidak kisah. Yang aku kisah adalah kepenatan dan kesungguhan yang tidak menjadi harapan. Ini masalah orang sekarang yang tidak boleh menerima kenyataan, termasuk diriku. Pertandingan bermula, aku mengalunkan suaraku sebagai tuk Joro dan Tukang Karut No.2. Rakan-rakanku bergelak ketawa dengan kesilapan. Bagiku, suara itu yang penting. Jika ada kesilapan gaya tidak menjadi masalah kerana ini merupakan pertandingan suara. Tiba waktu pengumuman, kawan-kawanku menyuruhku bersiap sedia untuk menerima hadiah. Rupa-rupanya mereka masih tidak menyedari bahawa kekeliruan tentang pemarkahan. Aku menjadi serba salah apabila kumpulan kami ridak menerima pelawaan menerima hadiah. Semua menjadi senyap. Adakah ini ujian kali kedua dan dunia berdikir. Elok-elok kita berzikir dan beristighfar. Aku takut ketidakdapat menerima kenyataan ini menyebabkan kematian hati-hati berserah kepada yang Esa. Nanti aku pula akan disoal oleh Allah nanti. Doakan diriku kawan-kawan untuk FESTKUM 2. Mungkin hadiah ini untuk kamu semua. Allahuakbar…..Di sini aku sertakan sebuah lagu dikir barat yang di buat khas untuk semua yang mengenali diriku….

Sahabatku sekalian kita pakat usaha,
Mencari keredhaan Ilahi kita utamakan,
Melihat keraguan hati kita merasa
Beribadah dalam tidur dalam sengatan

Melihat bangsa kita biarkan
Mencekup jaya kita seorangan
Sama-sama kita usahakan
Muafakat hingga kuburan

Pakat tinggal oh bangsaku
Jangan biar tanggungan berlari
Pakat kita berjanji bersatu
Biar semangat bersama tak sunyi

Konsep hidup bersyariah jadi tali harian
Menjayakan semangat kepada akhirat
Iman akhlak ibadat jadi talian
Menjadi insan terbaik tidak berkarat

Mulut mata telinga hidung yang baik
Buat benda terbaik jangan duduk ngumpat
Mata pakat jaga jangan hulu dan kelik
Selagi mana terbuka lagi pintu taubat

Buat aktiviti terbaik tidak la penuh
Asal menjadi bukan kita tentukan
Jangan mengalah awal-awal kita bersungguh
Menjadi Quran Hadis sebagai pegangan

Hargailah anugerah Tuhan
Gunakanlah fikiran kita

Menjadi budaya hidup berperasaan
Memang kehidupan tidak sempurna
Pakat kita fikirkan kesabaran
Agar hidup kita Berjaya

Merata-rata kita cari bekalan
Tak semestinya kita duga
Menjadi asas satu pelaburan
Merasa susah sebelum Berjaya

Wahai rakan wahai sahabat sekalian
Harap-harap kita berjumpa di akhirat
Walaupun susah walaupun segan
Menjayakan dasar hidup bersyariat

Zaman sekarang zaman kerosakan
Wahai mukmin jangan biarkan

Jika terjumpa suasana kemaksiatan
Jangan tengok jangan biarkan

Walau mana kita duduki
Mempertahankan Islam satu tribulasi

Bersatu kita jangan sorang-sorang
Allah suka Rasulullah pun sayang

……………………………………………………….tamat…………………………………………………

2 Response to "Dikir Arab atau Dikir Barat"

  1. atiqasyahira Said,

    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

  2. atiqasyahira Said,

    salam.
    menarik2~
    cume nak tnye,pe yg dimaksudkan dgn
    "Jangan kita curahkan nasi dalam budu"?

    (:
    gud luck FESTKUM 2~

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

    Solat dulu yup

    About Me

    Foto Saya
    Pencari Cahaya (PC)
    lahir kat 135 kampung hiliran masjid,21000 Kuala Terengganu, Terengganu, tinggal di Nabawan, Sabah selama beberapa tahun dan menetap di Kelantan selepas itu.....
    Lihat profil lengkap saya

    get this widget here

    Meh kecek smeta (jom berdialog)

    Followers

    5 Perkara