عن ابي هريرة عن النبي (ص) قال: ان الله كتبَ على ابنِ آدمَ حظَّهُ من الزِّنَا اَدْرَكَ ذلك لاَ مَحَالَة فزناَ العينِ النَّظرُ وزنَا اللّسانِ المَنْطِقِ والنَّفْسِ تمَنَّى وتَشتَهِى والفَرجِ يُصَدِّقُ ذَلِكَ او يُكَذِّبُهُ.
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad saw. Baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah menentukan untuk anak Adam mendapat bahagian dari zina, tidak boleh tidak. Zina mata melihat (perempuan), zina lidah berbicara dan zina hati mengharap dan menginginkan, hanya anggota kelamin yang menentukan benar atau tidaknya dia berbuat zina”.
Couple….couple…couple, apa itu couple? Wahai kaum muslimin tahukah kamu bahawa wanita adalah fitnah.
Abu Said al –Khudri ra mengatakan, Rasulullah bersabda yang bermaksud :’Sesungguhnya dunia ini manis lagi hijau, dan sungguh menjadikan kalian khalifah di atasnya, lalu Dia akan melihat apa yang engkau perbuat. Maka kalian berhati-hatilahterhadap dunia dan hati-hatilah terhadap wanita, kerana fitnah awal menimpa bani Israil dari wanitanya’. (HR Muslim). Bukan salah mereka yang cantik, bukan salah mereka kerana mempunyai suara mendayu tetapi salah kamu sendiri yang mendengar. Tahukah kamu gelora nafsu yang memanjang dan luahan syaitan yang mendayu yang sedang mematahkan iman kamu, wahai sahabatku. Apabila bertemu seorang jejaka dengan seorang gadis secara ikhtilat, timbul suara menggoda di tengah-tengahnya. Fitnah akan berleluasa, iman akan tergoyang- goyang dan nafsu ammarah membuak-buak untuk menuggu tuannya membuat dosa. Allah berfirman: لا تقربوا الزنا’
yang bermaksud: “Jangan dekati zina!” Adakah dengan ayat peringatan atau suruhan ini menyinkap hati kita yang mempunyai kalimah thoyyibah
"لا اله الا الله محمد رسول الله"? Adakah kalimah iman ini sekadar kata-kata putus untuk seseorang yang bernama muslim atau muslimah? ‘Oh couple banyaknya manfaatnya.’
- gembiranya (dpt fitnah)
- gembiranya (dpt dosa)
- gembiranya (satu geng dgn syaitan)
- dpt meluahkan perasaan dan masalah yang mendatang..(Allah kan ada_sabar dan solat)
- byk menginfakkan duit di jalan yang salah (lebih baik guna utk sedekah) , tak kurang juga yg habiskan duit beli prepaid, beli hadiah dan bayar bil telefon dan broadband yg melambung..
- byk fikir dan risau (takut awek kita org lain kebas..masalah ummat lagi la tak risau sebab dia dah bermasalah..)
- byk termenung dan senyum sendiri (macam orang gila) kita sbg muslim patutnya byk mengingatkan MATI yg boleh dtg bila2 masa. Adakah kita akan tersenyum di akhirat kelak)
- lebih mengutamakan awek / balak drpd org lain (hidup dlm dunia buatan sendiri, dia dan awek dia.. lain dah tak kisah, Allah dan Rasulnya ke mana?, ibu bapa di mana? Islamnya bagaimana? Ahh tak penting semua tu!)
- menepati masa dan janji (takut awek marah/sakit hati.. Allah marah tak takut )
- lain2 lg yg memberikan faedah dlm menambah saham DOSA untuk menjatuhkan iman drpd mengaut PAHALA sebelum mati!..
(Peringatan: ini bukan bermakna hanya (-)lelaki sejati je bersalah, (-)kaum gadis juga perlu bertanggungjawab.)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Ketahuillah wahai saudaraku para juru dakwah, sesungguhnya Allah Subhanahu Wata’ala pasti mengenakan cubaan kepadamu. Dia akan menguji ha...
-
Sedikit perkongsian daripada kuliah tentang jaga lidah, penulisan ini berdasarkan isi kuliah adDin bertempat di Masjid Sultan Salahudin Abdu...
-
Ayoyo...lama penulis tidak bersua? Kenapa.?..urusan dunia semata-mata? Kini, diri penulis terjeluak untuk menulis tentang wanita. Terl...
-
Aku sempat menjenguk sebentar bimbingan tentang solat khauf oleh US. NIDZOMUDDIN B. AHMAD yang begitu jelas menceritakan tentang asal usul s...
-
Pernah hatiku terpaut mengenai satu iklan, “Pencarian Bakat Dikir Barat Peringkat USIM”, huh berdebar-debar hatiku. Sebelum ini, apa yang...
-
Bersama semula anda dengan PC. Kali ini kita akan membincangkan satu perkara yang mungkin tidak pernah kita fikirkan iaitu isu-isu berkaita...
-
Musibah atau Muhasabah? Dalam mencari hikmah ujian-ujian yang dikurniakan oleh Allah SWT…………. Bismillah...
0 Response to "Apa itu Couple? Cinta atau Dosa?"
Catat Ulasan