Read more...
Begitu tidak menyangka bahawa hari demi hari aku sudah melangkau dewasa. Detik-detik yang berlalu menjadi kenangan indah hidupku
Kenangan 5 tahun berlalu
Alhamdulillah sudah bergelar graduan
rupanya,
Rasa macam sehari suntuk je 5 tahun ni,
entah berbaloi atau tidak tapi bagi diriku ia adalah pengalaman yang paling
berharga dan sukar untuk dibiarkan tinggal oleh zaman........
Bermula dengan SPM. Entah kenapa aku tidak
tahu hala tuju diriku. Perlukah sangat masuk university ni, pujuk hati ini.
Setelah diisikan UPU, aku meletakkan kos agama sebagai sasaran utama. 1-5
pilihan pertama diisi university yang bertaraf tinggi dan selainnya tinggal
sebagai syarat termasuk USIM.
-Tamhidi Perakaunan dan Muamalat-
Nak tak nak aku perlu teruskan demi ibu
bapa yang mengasuh diri kerdil ini.
Keengganan diri untuk masuk asrama
membuatkan aku protes kelengkapan yang di bawa. Untuk apa belajar dan belajar.
Penatlah. Usik hati yang keras itu.
Bermula sinar baru dalam dunia IPTA, aku
tidak bersendirian. Aku menjadikan kelasku sebagai syarat seorang pelajar.
Mengikuti kawan-kawan untuk belajar sebagai syarat untuk lulus peperiksaan.
Tidak menghampakan keputusan matrikulasiku agak baik. Sambil berfikir lagi,
perlukah aku belajar.
Teringat ketika matrik dulu. Aku suka
mengikuti kuliah-kuliah agama dan Alhamdulillah seringkali tidak meninggalkan
solat tahajjud sebagai wadah seorang beragama. Seringkali aku bertanyakan
kepada rakan-rakanku yang belajar di bumi Anbiyaa’ “macam mana aku hendak
bahagikan masa untuk bertahajjud dan mengulangkaji pelajaran kerana hati senang
beribadah dari membuka buku pelajaran?”
Wasatiyyah
Di rumah bebeza apa yang berlaku.
Pemergianku ke IPT menjadikan adik-adikku semakin meliar. Jika sebelum ini aku
menjadi komander, tetapi selepas sampan tidak dikemudi, ia dibawa arus dunia
yang entah betul atau tidak. Terus tenggelam di dunia pancaroba. Aku
bertanyakan lagi sebelum melangkah ke tahun 1, perlukah aku meneruskan
pelajaran ini.
Pesan ibu,
Hafiz, teruskan belajar. Kirimkan doamu di
setiap sujudmu kepadaNya. Allahuakbar, hati ini menangis teresak-esak untuk
meneruskannya.
Read more...
TAUSIYATUL QULUB
Jadilah golongan yang BIJAK terhadap WAKTUNYA. Ia tanda KESEMPURNAAN AKAL.
Mereka BERAKAL tentang WAKTU, lalu menyusunnya dengan KETAATAN.
Perhatikan ungkapan cerdik pandai tentang hakikat golongan yang BERAKAL:
'Tidak MENGHAIRANKAN sekiranya golongan yang JAHIL bersahabat dengan KEJAHILAN, namun sangat menghairankan sekiranya golongan yang BERAKAL bersahabat dengannya, kerana setiap sesuatu akan menjauhi LAWANNYA , dan mendekati JENISNYA'
Ibnu Hazm Al-Andalusi rahimahullah pula menyatakan:
'Orang BERAKAL tidak melihat HARGA DIRINYA melainkan SYURGA'
Golongan BERAKAL mengenali SUKA DUKA WAKTU lalu mereka menyusunnya penuh KESEDARAN.
Benar ungkapan Hukama' tentang HAKIKAT ini:
'Sekiranya MASA KETAWA untukmu, maka berhati-hatilah, kerana sesungguhnya MASA tidak akan KETAWA PANJANG!'
Perhatikan perkataan sebahagian Ulamak yang sangat MEMBEKAS ini:
'Barangsiapa yang melalui SATU HARI daripada umurnya pada SELAIN HAK yang patut dia tunaikan, atau KEFARDHUAN yang dia wajib laksanakan, atau KEMULIAAN (melalui ISLAM) yang dia gapai, atau PUJIAN (kepada Allah SWT) yang dia ungkapkan, atau KEBAIKAN yang dia mulakan, atau ILMU yang menghiasinya, maka sesungguhnya dia telah MENDERHAKA pada HARINYA dan MENZALIMI dirinya!'
Hayati pimpinan Allah SWT tentang hakikat WAKTU PENTING bagi ORANG BERAKAL:
Allah SWT pernah mewahyukan kepada Nabi Daud as:
'Sesungguhnya, orang yang BERAKAL dan BIJAK itu tidak akan melepaskan EMPAT WAKTU yang penting, iaitu:
1. Waktu untuk BERMUNAJAT kepada TUHANNYA.
2. Waktu untuk BERMUHASABAH DIRI.
3. Waktu untuk MENJALINKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM dengan saudaranya yang JUJUR mengakui KESALAHANNYA.
4. Waktu untuk MEMISAHKAN JIWANYA daripada KESENANGAN DUNIAWI sekalipun HALAL ( kerana bimbang terjatuh pada yang HARAM ).
Benarlah sabda Rasulullah SAW:
لا يَبْلُغُ الْعَبْدُ أَنْ يَكُونَ مِنَ الْمُتَّقِينَ حَتَّى يَدَعَ مَا لا بَأْسَ بِهِ ، حَذَرًا لِمَا بِهِ البَأْسٌ
'Tidaklah seorang hamba mencapai darjat Muttaqin sehingga dia meninggalkan apa yang tidak berdosa, kerana bimbang jatuh ke dalam dosa'- Hadis riwayat Imam At- Tirmizi.
Hayati bersama perkataan Imam As-Syafi'i rahimahullah:
'Barangsiapa yang dikuasai oleh nafsu CINTA DUNIA, niscaya dia akan berhamba kepadanya. Dan barangsiapa yang bersifat QANA'AH (merasa cukup dengan kurniaan Allah SWT), maka akan hilang darinya sikap TUNDUK pada SELAIN Allah SWT'
Selamat menyusun waktu anda dengan BIJAK!
SEJAHTERA BERSAMA ISLAM
Us Syeikh Muhd Mujahid
19&20 ZULKAEDAH 1438H
Read more...
Wahai Anak Muda
Pergunakan masa remajamu untuk perjuangan. Sudah banyak terjadi.. ramai orang yang berjanji akan buat itu dan ini untuk Islam setelah mereka pencen.. termasuklah para asatizah.
Walhal masing masing tau yang ajal tidak menanti pencen. Kerja kerja Islam bukan untuk orang pencen, tetapi sepanjang hayat. Bukan juga menanti kekosongan masa atau setelah tiada jawatan, baru nak bermula.
Ada yang pergi dulu mengadap Ilahi bersama janji yang tak tertunaikan. Ada yang hilang tenggelam dalam kesibukan dulu, jauh lebih sibuk beranding masa mereka bekerja dulu.
Ada yang baru bertatih tatih dan terkial kial nak mengikut rentak perjuangan, arusnya makin laju dan deras. Badan dah sakit sana sini. Tak banyak yang mereka mampu sumbangkan untuk jamaah. Fikrah Islamnya juga jauh ketinggalan.
Bacalah ayat ini. Inilah yang Allah kehendaki dari kita semua. Semoga kita termasuk ke dalamnya:
( مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ ۖ فَمِنْهُم مَّن قَضَىٰ نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ ۖ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا ). الأحزاب (23)
Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.
Ustaz Abdul Karim
Read more...
Catatan Popular
-
Ketahuillah wahai saudaraku para juru dakwah, sesungguhnya Allah Subhanahu Wata’ala pasti mengenakan cubaan kepadamu. Dia akan menguji ha...
-
Sedikit perkongsian daripada kuliah tentang jaga lidah, penulisan ini berdasarkan isi kuliah adDin bertempat di Masjid Sultan Salahudin Abdu...
-
Ayoyo...lama penulis tidak bersua? Kenapa.?..urusan dunia semata-mata? Kini, diri penulis terjeluak untuk menulis tentang wanita. Terl...
-
Aku sempat menjenguk sebentar bimbingan tentang solat khauf oleh US. NIDZOMUDDIN B. AHMAD yang begitu jelas menceritakan tentang asal usul s...
-
Pernah hatiku terpaut mengenai satu iklan, “Pencarian Bakat Dikir Barat Peringkat USIM”, huh berdebar-debar hatiku. Sebelum ini, apa yang...
-
Bersama semula anda dengan PC. Kali ini kita akan membincangkan satu perkara yang mungkin tidak pernah kita fikirkan iaitu isu-isu berkaita...
-
Musibah atau Muhasabah? Dalam mencari hikmah ujian-ujian yang dikurniakan oleh Allah SWT…………. Bismillah...