Wahai Ikhwah Sekalian

Posted by Pencari Cahaya Dalam Misi Mencari Cahaya Ilahi

Ya ayuhal ikhwah, Antum perhatikan bagaimana Allah telah menciptakan batu dan air yang mengalir di sungai ini. Antara batu dan air tidak ada pertikaian di antara mereka. Batu tidak pernah mengatakan, ‘Hai air kenapa bunyimu terlalu keras’ Atau air mempersoalkan, ‘Batu, kenapa kau ada disini.’ Tidak ada persengketaan diantara mereka; Mana hak saya… Mana kewajiban kamu… Tapi kenapa kita tidak mau mengambil ‘ibrah dari batu dan air? Kenapa kita mulai bercerai-berai, memikirkan ini hakku… ini hak saya… Ini kewajibanku… Itu kewajibanmu… Malu kita semua pada batu dan air! Ini saatnya antum semua bersatu, bekerjasama dalam ukhuwah Islamiyah… Allahu Akbar!

Featuring Post Example

Posted by TheBlogTemplates On Month - Day - Year

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at nisl. Nullam lorem mi, eleifend a, fringilla vel, semper at, ligula. Mauris eu wisi. Ut ante dui, aliquet nec, congue non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et maur...

Featuring Post Example

Posted by TheBlogTemplates On Month - Day - Year

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at nisl. Nullam lorem mi, eleifend a, fringilla vel, semper at, ligula. Mauris eu wisi. Ut ante dui, aliquet nec, congue non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et maur...

Featuring Post Example

Posted by TheBlogTemplates On Month - Day - Year

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at nisl. Nullam lorem mi, eleifend a, fringilla vel, semper at, ligula. Mauris eu wisi. Ut ante dui, aliquet nec, congue non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et maur...

Featuring Post Example

Posted by TheBlogTemplates On Month - Day - Year

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at nisl. Nullam lorem mi, eleifend a, fringilla vel, semper at, ligula. Mauris eu wisi. Ut ante dui, aliquet nec, congue non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et maur...

Ku jejaki alam dalam mencari redhaMu, ku tempuhi dugaan dalam menikmati suruhanMu, ku menangis kerana mengingatkan diriMu.....Temukankanlah si Pencari Cahaya dengan NurMu ya Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang

Isu Dakwah dan Drama Islamik

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Selasa, November 08, 2011


Bersama semula anda dengan PC. Kali ini kita akan membincangkan satu perkara yang mungkin tidak pernah kita fikirkan iaitu isu-isu berkaitan dengan drama islamik dan perkaitannya dengan dakwah. Menjadi kebiasaan isu seperti ini akan dikupas melalui pengertian atau maksud sebenar sesuatu isu itu. Cuba kita memandang ke bawah. Jom! Kita kupas satu persatu.

Drama islam dari segi bahasa ialah sebuah drama yang direka cipta untuk menceritakan moral value, menunjukkan pelakon memakai tudung dan target penontonnya ialah orang islam itu sendiri.
Jika kita lihat maksud drama islam dari segi istilah pula, ia memiliki penerapan islam yang mendalamb bukan sahaja memandang perkara yang seperti tersebut di dalam makna dari segi bahasa. Drama ini mestilah mematuhi hukum syara’ seperti berikut:
1.       Menceritakan tentang keindahan Islam bukannya fitnah ke atas agama itu sendiri
2.       Motifnya berunsurkan dakwah yang menyeluruh (aspek kehidupan seorang islam)
3.       Mengikut syariat dan memiliki panel syariah yang menyokong
4.       Tidak menunjukkan aksi-aksi yang berlebih-lebihan, menghairahkan

5.       Mesej yang disampaikan mestilah jelas bukannya menyebabkan para penonton tergamam mencari maksud sesebuah scene itu.

6.       Misinya adalah, bukan orang islam sahaja yang menontonnya malah merangkumi kesemua masyarakat sekeliling

Di sini PC ada lampirkan 12 contoh drama yang mungkin dianggap islamik, antaranya:
1.       Para Pencari Tuhan
2.       Sang Pencerah
3.       Nur Kasih
4.       Dalam Mihrab Cinta
5.       Ketika Cinta Bertasbih
6.       Kiamat Sudah Dekat
7.       Cinta Madinah
8.       Oh Haram
9.       Tanah Kubur
10.   Ustaz Amirul
11.   Dua Alam
12.   Mutiara Hati
13.   Diari Ramadhan Rafique

Menjadi persoalan, adakah wujud drama yang menepati syariah? Persoalan yang sungguh ringkas tetapi padat dengan pertanyaan. Jika kita lihat secara dasarnya, pernyataan ini seolah-olah mencari siapakah yang membikin filem yang menuruti syariah. Wujud atau tidak wujud ia akan kembali kepada pengertian drama islam dari segi istilah.



1.      Menceritakan tentang keindahaqn Islam, bukannya fitnah ke atas agama itu sendiri
Pengenalan Islam itu nama yang dikenal bagi agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Nama ini bukannya ijtihad daripada Nabi Muhammad s.a.w. tetapi ianya datang daripada Allah s.w.t. sendiri.
Dari segi bahasa Islam membawa maksud :

1. Terlepas dan bebas dai keburukan atau kekurangan
2. Aman dan damani
3. Taat dan patuh

Islam itu agama yang sempurna dan indah. Keindahan Islam hanya terzahir apabila Islam dilaksanakan secara menyeluruh. Dalam satu hadith yang masyhur, Jibril menyamar dalam bentuk manusia bertanya kepada nabi mengenai tiga perkara iaitu Islam. Iman dan Ihsan. Nabi menerangkan perkara tersebut satu persatu.

* Islam ialah mengucap dua kalimah syahadah, solat, puasa, zakat dan haji.
* Iman ialah beriman kepada Allah, Malaikat, Kitab, Rasul, Hari Kiamat dan Percaya kepada Qadha ' dan Qadar.
* Ihsan ialah engkau menyembah Allah seperti engkau melihatnya.

Hanya orang yang mengamalkan Islam secara menyeluruh dan serentak ketiga-tiga aspek ini akan dapat merasai keindahan Islam dan berjaya menonjolkan imej Islam yang indah itu. Begitu juga dengan filem atau drama. Drama yang dipertontonkan mestilah merangkumi ketiga-tiga asas islam yang utama iaitu rukun islam, iman dan ihsan. Jom jika lihat contoh mengenai rukun islam. Dalam scene drama tersebut mestilah merangkumi scene seorang islam itu mengerjakan keseluruhan rukun-rukun islam yang disebut seperti solat, puasa, zakat dan haji. Ia penting bagi menonjolkan sifat drama islam yang sebenar.

Berkenaan dengan rukun iman. Pengarah drama, boleh menambah dialog-dialog mengenai kewujudan Allah SWT dan lain-lain. Sebagai contoh: “Ya Allah, sungguh besar ciptaanMu”, gunung –ganang boleh berdiri tanpa diangkat, hujan turun mengalirkan sungai yang kontang…..

Melihat pula kepada ihsan. Sebagai contoh: menunjukkan perihal maksud sedekah. Seorang yang bersedekah tidak akan habis hartanya, malah semakin banyak dikurniakan oleh Allah Maha Kuasa.
Seterusnya kita melihat kepada “bukannya fitnah”.

Di sini PC menhadirkan contoh filem iaitu “karipap cinta” yang sedang ditayangkan di pawagam-pawagam yang masih beroperasi sekarang.

Pemilihan Pelakon

Bermulanya dengan pemilihan pelakon yang silap seperti Gambit dan Eman Manan. Malah mesej islamik yang disampaikan menerusi novel diabaikan walaupun tajuknya adalah sama.Ia menjadi seolah olah karya yang berlainan. Pelakon Gambit pernah mengemparkan negara apabila membuat pengambaran lucah. Dan terbaru mengeluarkan kenyataan menghina peminat di Facebook beliau. Pelakon kontroversi biasanya akan diban oleh peminat filem.
Bagi Eman Manan pula, ia lebih sesuai sebagai watak serius. Malah lakonannya dalam drama Tahajjud Cinta memberi kesan psikologi kepada penonton siri tersebut.Walaupun ia hanya sebuah drama, kesannya boleh terbawa bawa ke dunia luar. Ia adalah mentaliti penonton untuk turun menonton.
Watak heroin yang memakai tudung tidak sempurna juga memainkan peranan kerana dalam versi novel, wataknya adalah graduan daripada Universiti Timur Tengah. Sudah pasti pembaca novel ini akan membayangkan wataknya seorang bertudung sempurna sebagaimana mereka yang berpendidikan tinggi dari negara Arab.

Poster Tidak Islamik
Malah covernya versi novel menampilkan wajah Puan Husna Adnan yang comel sebagai model bagi buku ini. Beliau merupakan salah seorang penulis PTS dan juga editor sambilan di PTS. Cover dan poster yang memainkan peranan penting dalam membantu pembaca membayangkan watak yang ditampilkan dalam novel.
Berbeza dengan poster filemnya, ia menampilkan wanita yang memakai tudung separuh. Ini membantutkan keinginan dan pembaca novel bestseller ini ke pawagam. Ia adalah kerana mereka menjangka ia berbentuk Islamik sebagaimana versi novel. Ia adalah antara faktor sampingan yang menyebabkan pembaca novel bestseller ini tidak ke pawagam.

Trailer Tidak Menyengat
Malah trailer bagi filem ini juga dilihat tidak kena dan kurang menyengat. Ia tidak menampak sebarang X Faktor yang boleh menyebabkan ramai peminat filem berasa teruja untuk ke pawagam. Berbeza dengan apa yang berlaku pada drama dan filem Nur Kasih yang berjaya menarik peminat mereka ke pawagam. Malah ia digarap dengan banyak elemen Islam dan mesej islamik yang dicari cari oleh peminat.

Novel Islamik Ditukar Menjadi Karya Liberal
Terus terang boleh saya katakan versi filem Karipap Karipap Cinta adalah karya yang liberal. Bukan lagi sebuah karya Islamik yang diterapkan oleh penulis novelnya ini. Pengarah mungkin terlepas pandang tentang apa yang pembaca novel islamik mahukan.
Mereka mahukan sesuatu karya yang bermesejkan islam. Ia santai dan menjaga tatasusila ketimuran yang diterapkan dalam masyarakat kita. Saya pastikan penulis novel ini mungkin terasa terkilan apabila apa yang disampaikan olehnya disalah ertikan. Ia adalah sesuatu yang sangat mencabar untuk menhasilkan sebuah karya adaptasi daripada karya bestseller.

Tersilap mengarapnya pasti akan mengalami kegagalan.
Dengar cerita, kos penerbitan filem ini adalah RM1.7 juta. Ia adalah satu angka yang cukup besar untuk sebuah filem komedi romantik yang biasanya diantara Rm1.2-1.3 juta sahaja. Kos RM1.7juta adalah menyamai kos untuk penghasilan filem aksi V3 Samseng Jalanan arahan Farid Kamil.
Mungkin penerbit perlu menilai kemanakah kesilapan mereka lakukan sehingga kos meningkat sebegitu tinggi. Mereka juga perlu membuat analisis dan kajian terlebih dahulu sebelum menghasilkan karya adaptasi. Mereka perlu tahu apa yang pembaca mahukan dan terapkannya ke dalam filem.

2.      Motifnya berunsur dakwah yang menyeluruh (aspek kehidupan seoran Islam)
Mengapa persoalan sebegini juga dititikberatkan? Jika kita melihat secara kasarnya, setiap drama itu membawa pengaruhnya tersendiri. Mengikut perkembangan dunia, hamper 70%  manusia di dunia ini yang melihat drama-drama sebagai rutin harian atau mingguan mereka. Sebelum PC pergi lebih jauh mengenai motif, jom kita kupas apakah pengaruh utama di dalam drama?

Jika mengikut kajian terperinci, kebanyakan masyarakat dunia banyak terpengaruh dengan pelakon dan jalan cerita sesebuah drama. Tahu tidak tahu, drama memberikan pengaruh dari segi pemakaian, percakapan. Akhlak dengan orang lain, kegiatan harian, hobi, cara mengatasi sesuatu masalah dan lain-lain lagi. Ini kerana, kebanyakan dan boleh dikatakan keseluruhan drama menceritakan tentang kehidupan seseorang, perjalanan hidup seseorang, tidak mengira latar belakangnya. Hidupnya drama tersebut dengan penceritaan reality seorang manusia. Sebagai contoh: Kiamat sudah dekat”, menceritakan
Filem ini menceritakan tentang suatu kisah yang berawal dari musibah yang tak sengaja menimpa Fandy (Andre Stinky), terkena timpukan es krim seorang bocah yang sedang ngambek, dan hilangnya sepatu lars yang dicuri saat ia sedang membersihkan diri di sebuah musholla oleh seorang bocah penggila musik rock. Fandy, seorang rocker kelahiran Amerika, akhirnya dipertemukan dan jatuh cinta dengan Sarah (Ayu Pratiwi), seorang gadis cantik dan berjilbab, putri H. Romli (Deddy Mizwar).
Namun sayang Sarah telah di jodohkan dengan Farid, seorang pemuda yang masih kuliah di Cairo. Dan tidak mungkin H. Romli rela menikahkan anaknya dengan pemuda berandalan yang buta agama, bahkan ketika ditanya soal khitan, Fandy tidak tahu apakah dia sudah dikhitan atau belum. Namun kenekatan Fandy membuat H. Romli memberinya kesempatan dengan beberapa syarat yaitu : Harus bisa Sholat, Mengaji dan 'Menguasai Ilmu Ikhlas' dalam tempo dua minggu.
Untuk lulus dari persyaratan tersebut,dan H. Romli bilang "SUER", akhirnya Fandy meminta bantuan Saprol, bocah yang pernah mencuri sepatu lars-nya dulu untuk mengajarinya Sholat dan Mengaji. 2 minggu kemudian dia di tes oleh H.Romli. Hal ini yang membuat heran teman dan keluarga Fandy, apa yang terjadi dengan anak ini, dan dengan bahasa diplomatis dia menjawab KIAMAT SUDAH DEKAT, MEN!!!  (copy and paste…fahami bahasa indon)

Jika kita memandang Fandy, memang dah agak, dia tidak akan dapat mengahwini anak si Haji Romli. Tetapi drama ini menceritakan sebaliknya. Memperkenalkan seorang yang buta huruf, rockers masih boleh berjaya mengahwini anak seorang yang berlatarkan agama yang begitu tinggi. Bermula dari buta huruf, kemudian belajar mengaji dan mengenal erti ikhlas. Ini adalah dakwah. Orang-orang seperti Fandy mempunyai peluang untuk mendapatkan wanita yang ingin dinikahi dengan berusaha mengenal agama islam itu sendiri. Ini akan menarik para muda-mudi untuk belajar berubah dari kurang baik kepada melakukan perkerjaan atau perkara yang lebih baik.

3.      Mengikut syariat dan memiliki panel syariah yang menyokong
Kita lihat dulu tentang pengertian syariat. Syariat Islam adalah hukum dan aturan Islam yang mengatur seluruh sendi kehidupan umat manusia, baik Muslim  mahupun bukan Muslim. Selain berisi hukum dan aturan, Syariat Islam juga berisi penyelesaian masalah seluruh kehidupan ini. Maka oleh sebahagian penganut Islam, Syariat Islam merupakan panduan menyeluruh dan sempurna seluruh permasalahan hidup manusia dan kehidupan dunia ini.
Syariat yang dimaksudkan di dalam sesebuah drama adalah ia mematuhi segala suruhan Allah dan tidak melangkaui larangan Allah SWT. Sebagai contoh mengenai syariat menutup aurat. Sila rujuk (24:31, 24:58, 33:13). Penceritaan mengenai sunnah Rasulullah saw. Sebagai contoh :
Sifat-sifat para nabi dan rasul Allah SWT :

1. Siddiq / siddik / sidiq / sidik
Siddiq bererti benar dan perkataan dan perbuatan. Jadi mustahil jika seorang nabi dan rosul adalah seorang pembohong yang suka berbohong.

2. Amanah / Amanat
Amanah ertinya terpercaya atau dapat dipercaya. Jadi mustahil jika seorang nabi dan rosul adalah seorang pengkhianat yang suka khianat.

3. Fathonah / Fathanah / Fatonah
Fathonah adalah cerdas, pandai atau pintar. Jadi mustahil jika seorang nabi dan rasul adalah seorang yang bodoh dan tidak mengerti apa-apa.

4. Tabligh / Tablik / Tablig
Tabligh adalah menyampaikan wahyu atau risalah dari Allah SWT kepada orang lain. Jadi mustahil jika seorang nabi dan rasul menyembunyikan dan merahsiakan wahyu / risalah Alaah SWT.
Kepentingan menceritakan sifat-sifat nabi dan seluruh kehidupan Nabi juga penting bagi melancarkan dakwah secara sir di dalam sesebuah filem. Jika sesebuah filem mampu menempatkan kedua-dua kepentingan syariat iaitu syariat Allah SWT dan sunnah Rasulullah saw, maka pastilah, setiap penonton yang melihatnya akan mengambil pendekatan untuk mengikut hala tuju Islam yang sebenar.

4.      Tidak menunjukkan aksi-aksi yang berlebih lebihan
Dimanakah badan penapisan filem Negara? Dengan dramanya, dengan filemnya, hamper memusnahkan rakyat keseluruhannya. Banyak perkara yang kita lihat yang sudah melencong ke daerah yang berlainan. Dengan cerita hantunya sudah melangkaui syiri’,  dengan cintanya mengajak orang ramai kepada zina, dengan teknologinya sudah melepasi sempadan pemikiran manusia. Aksi-aksi memang diperlukan di dalam pembikinan filem, tetapi adakah ia menepati syariah seperti yang diceritakan sebentar tadi?
5.      Mesej yang hendak disampaikan mestilah jelas
Kebanyakan masalah kepada para pembikin drama adalah dalam menyampaikan mesej sesebuah drama yang dilancarkan. Ia menjadi titik utama dalam melancarkan mesej-mesej islam sebenarnya. Sebagai contoh:
KCB la plak….Sudah lama aku menunggu postingan terbaru drama ini.
Di bawah adalah antara mesej (ini dari segi pandangan penonton/blogger yang bernama DAUS_http://segalaceritera.com)yang ingin disampaikan melalui drama KCB:

Pergaulan ~ Susah nak tengok pergaulan bebas di dalam filem ni, macam kat clubbing. Malah, untuk melihat bersalam dengan perempuan bukan muhrim pun macam segan-segan. Maksud aku, pelakon sebenar sememangnya bukan muhrim, biarpun mereka berlakon adik-beradik, mungkin hanya sekali sahaja aku tengok dorang bersalam.

Memang tetap ada slack, namun tidak seberapa teruk berbanding filem yang lain. Sedangkan babak suami isteri pun, rasanya sekali sahaja Anna memaut lengan Furqan, dan kemudian tiada lagi adengan pegang-pegang. Logiknya, suami isteri perlu menunjukkan kemesraan, tapi tidak bagi mereka, kerana masih ada batas-batas yang perlu dijaga.

Aurat ~ Ini lagi aku saspek. Bayangkan mereka bertudung labuh, biarpun sesama muhrim dalam lakonan, tidak juga dibuka. Sekali lagi aku bagi contoh babak suami isteri, Anna masih tidak membuka tudungnya itu biarpun bersama dengan suami.

Ada juga aurat yang dinampakkan, tetap ada slack. Seperti watak Eliana, seorang pelakon. Tapi tak seksi! Tak ketat! Hanya rambut sahaja terbuka, namun semasa part 2, dia bertudung nanti.
Ilmu ~ Biarpun mesej dalam filem itu ada, yakni dalam jalan mencari cinta yang halal, dan sentiasa bersangka baik dengan Allah dalam apa jua urusan, namun diselitkan kata-kata hikmah, dan ilmu yang lain, dan nyata cukup mengindahkan lagi jalan ceritanya.
Memang setiap filem islamik ada buat begini, tapi, inputnya lagi menyerlah. Lebih mudah difahami.
Pelakon ~ Menakjubkan, pelakon utama adalah yang baru. Heroinnya sememangnya bertudung labuh biarpun di luar filem. Kesederhanaan heronya juga menakjubkan. Sedangkan pelakon sampingan pun boleh tahan biarpun masih baru.
******************************
Khairul Azam Abdullah, seorang pemuda yang bijak, berilmu, dan bertanggungjawab sedang melanjutkan perlajaran di Universiti Al-Azhar. Namun, setelah ayahnya meninggal, dia terpaksa berkerja di Mesir sambil belajar. Disana dia bertemu Eliana, seorang gadis cantik dan selalu berhubung kerana Eliana menggunakan khidmat Azam selaku tukang masak katering.
Eliana sememangnya tertarik dengan Azam, tapi Azam hanya menganggap mereka kawan baik. Disamping itu, Pak Ali menyarankan Azam untuk mengkhitbah atau melamar Anna Althafunnisa. Namun sayang, Anna telah dilamar terlebih dahulu teman Azam, yakni Furqan.
Biarpun hati Azam perit, tetapi dia redha. Hakikatnya, dia sebelum itu nekad melamar dalam keadaan tidak mengenali Anna ketika itu. Tetapi ditolak oleh wakil keluarga Anna, kerana Furqan terlebih dahulu melamarnya. Manakala Furqan ketika itu dalam keadaan serba salah, kerana ditimpa musibah yang berat.
Sekembalinya di Indonesia, disitulah detik bermula, bagaimana kehidupan Anna dalam berumah tangga, Azam yang sentiasa berusaha mencari jodoh dengan jalan yang halal. Disamping itu, Eliana berharap Azam suatu hari menerimanya.
Rumahtangga Anna goyah, Azam pula hampir berputus asa dalam pencarian jodoh. Eliana pula berubah dengan memakai tudung demi memikat hati Azam. Kesudahannya? Tonton sendiri.


Contoh jalan cerita yang tidak mencapai mesej:
Pergaulan bebas:
Cerita tersebut ingin menunjukkan antara  kesan buruk pergaulan bebas  Scene tersebut merakamkan situasi sebenar pergaulan bebas, Cuma penonton akan tergamam, apakah pergaulan bebas adalah keperluan/perkara biasa yang sedang berlaku? Apakah tiada agensi yang turun membendung perkara ini? Adakah orang yang terlibat dalam pergaulan bebas juga berwatak baik? Kesilapan pembuat skrip yang hanya membuat dialog mengikut kesukaannya menjadikan mesej sebenar tidak dapai disampaikan dengan baik.
6.    
   Misinya adalah, bukan orang islam sahaja yang menontonnya malah merangkumi kesemua masyarakat sekeliling
(sila rujuk surah aliImran ayat 110)

“Umat yang terbaik”. Berdasarkan ayat ini, kita sebagai director/penggerak agama haruslah mencari jalan yang sesuai dalam memartabatkan islam ke mata dunia. Antaranya ialah melalui pembikinan drama atau filem. Seperti yang dijelaskan sebelum ini mengenai pengaruh drama dalam kehidupan manusia sebelum ini. Pengaruh ini jelas menjadikan filem atau drama ini boleh memberikan peluang kepada semua masyarakat untuk menontonnya. Antara contoh filem atau drama yang sesuai ialah berunsur kartun, cinta, cerita hantu, drama adaptasi dari novel dan lain2 lagi.

Bagaimana pula drama boleh memberi pengaruh dalam proses dakwah? Satu persoalan yang amat menarik. Pengertian dakwah sendiri ialah membawa manusia kepada Allah tidak mengira orang tersebut sudah memeluk islam atau masih belum menganuti agama suci ini. Konsep dakwah di dalam drama memang agak realistik.

Antara pernyataan atau hujah yang menyokong adalah:
1.       Perbandingan pelajaran melalui visual dan kuliah. Pada kebiasaan rutin harian seorang pelajar akan susah untuk menerima 100% pelajaran yang diajar di dalam kelas. Mereka terpaksa menumpukan pula kepada waktu terluang mereka untuk memahami sesuatu perkara itu. Sementara, pembelajaran secara visual menjadi asset penting untuk kefahaman yang lebih jitu. Sama juga drama yang memainkan peranan penting untuk membuka minda masyarakat mengenai sesuatu perkara atau masalah.

2.       Seperti yang kita tahu, kebanyakan daripada masyarakat sering menghabiskan masa mereka dihadapan televisyen dan wayang. Mereka ini terdedah untuk meniru atau mengikuti apa saja yang tertulis di dalam sebuah drama tersebut. Dialog-dialog yang menarik di dalam scene akan diadaptasikan oleh masyarakat di dalam kehidupan mereka. Kebanyakan isu yang menjadi perbincangan antara seorang sahabat kepada sahabat yang lain (ketika berbual, rileks, masa lapang) juga mencakupi isu di dalam drama. Jadi tidak hairanlah jika drama boleh menjadi medium dakwah yang terbaik.

3.       Drama menceritakan reality kehidupan. Satu pernyataan yang baik dalam pandangan dakwah. Ini kerana apabila perjalanan drama yang kita tonjolkan adalah menarik dan positif, ia akan memberi kesan kepada penonton untuk terpengaruh dan mempraktikkan di dalam kehidupan seharian mereka.

4.       Yang terakhir adalah pelakonnya sendiri. Banyak kita dengar daripada masyarakat yang menjadikan artis sebagai idola mereka. Begitu juga dalam dunia dakwah, pelakon boleh membawa peranan dalam berdakwah dengan perancangan pengurus dan kru-kru yang terlibat. Sebagai contoh mengenai pemakaian. Contoh filem Mutiara Hati, selepas dipertontonkan di Malaysia, banyak tudung-tudung seperti pelakon filem tersebut dijual dan laris. Ini membuka minda masyarakat yang tidak bertudung khususnya untuk bertudung. Perkaitan akhlak juga wujud khususnya dalam filem Ketika Cinta Bertasbih, yang mana khairul Azam sentiasa menjaga akhlaknya dengan muslimat, ini akan membuka minda orang-orang sekeliling mengenai ikhtilat khususnya. Untuk edisi seterusnya, nantikan research penuh daripada sahabat PC. Wallahua’lam

0 Response to "Isu Dakwah dan Drama Islamik"

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular


    Solat dulu yup

    About Me

    Foto Saya
    Pencari Cahaya (PC)
    lahir kat 135 kampung hiliran masjid,21000 Kuala Terengganu, Terengganu, tinggal di Nabawan, Sabah selama beberapa tahun dan menetap di Kelantan selepas itu.....
    Lihat profil lengkap saya

    get this widget here

    Meh kecek smeta (jom berdialog)

    Followers

    5 Perkara