Subhanahu Wata’ala pasti mengenakan cubaan kepadamu. Dia akan menguji
hakikatmu. Benar-benar seperti yang pernah dinyatakannya di dalam Al Qur’an
dengan firmanNya:
الم ( 1) أَحَسِبَ النَّاسُ أَن یُتْرَآُوا أَن یَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا یُفْتَنُونَ ( 2) وَلَقَدْ
( فَتَنَّا الَّذِینَ مِن قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِینَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ ( 3
“Aiff lam mim, Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja untuk
mengaku bahawa ‘Kami telah beriman dan sedangkan mereka tidak diuji lagi?
Sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia
mengetahui orang-orang yang dusta.”
(Surah Al Ankabut 1-3)
Di dalam hadith dinyatakan:
الشد الناس بلاء الأ نبياء ثم الأ مثل فالأ مثل
“Orang yang paling berat dicuba ialah para Nabi kemudian yang paling baik selepasnya,
kemudian orang yang paling baik selepas itu.”
ان الله تعا لى اذا أحب قِِِ ماً ابتلا هم .فمن رضي فله الر ضى ومن
سخط فله السخة
Sesungguhnya Allah Subhanahu Wata‘ala, apabila mengasihi satu kaum, dicubanya
mereka itu (dengan berbagai cubaan), barangsiapa yang rela dengan cubaan itu maka
mereka mendapat kerelaanNya (Allah Subhanahu Wata’ala) Barangsiapa yang benci
(marah) maka baginya kemurkaan Allah Subhanahu Wata‘ala.
Pengakuan keimanan sebenarnya memerlukan kepada bukti. Jalan
perjuangan (JIHAD) adalah jalan yang panjang penuh dengan derita dan
sengsara.
حفت ألجنة با لمكا ر ه وحفت النار با لشهو ات
Jalan Syurga dihampiri oleh kesusahan manakala jalan ke Neraka dihampiri oleh
keghairahan syahwat.
Dalam meniti liku dan lurah-lurah perjalanan ini kalaulah seorang Da’ei
tidak berada di bawah lindungan Allah Subhanahu Wata’ala, tidak berhubung
terus dengan Nya, tidak bertawakkal kepadaNya, tidak berpegang kepada
KitabNya dan tidak pula mengikuti Sunnah NabiNya maka sebenarnya ia
sedang berada di ambang bencana dan musibah yang besar.
Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam telah meramalkan cabaran dan
dugaan-dugaan yang dihadapi oleh para Mukmin, Da’ei dan Mujahidin di jalan
Allah Subhanahu Wata’ala.
Beliau bersabda:
Orang Mukmin sentiasa diambang 5 dugaan yang susah:
1. Mukmin yang dengki padanya
2. Munafiq yang benci kepadanya
3. Kafir yang memeranginya
4. Syaitan yang menyesatkannya
5. Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya
(Hadith ini telah ditakhrijkan oleh Abu Bakar Ibnu Lal dan hadith Anas
dalam tajuk: “Akhlak Yang Luhur.”)
Dalam hadith ini Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam, telah
menghuraikan tentang fitnah dan kesusahan yang sewaktu-waktu boleh
menimpa para Da’ei; supaya mereka dapat berhati-hati dan bersiap sedia.
Mereka hendaklah menyiapkan bekalan yang cukup. Kiranya dengan demikian,
mereka dapat mengatasi segala halangan dan rintangan dengan selamat.
Marilah kita melihat rintangan tersebut satu persatu mengkaji betapa
bahayanya dan betapa pula kesannya. Dengan itu dapat kita menemukan caracara
yang boleh diikuti untuk melepaskan diri daripadanya.
والحكمة ضالة الملؤ من أنى وخد ها فهو أحق بها
Sungguhnya kebijaksanaan adalah laksana barang yang hilang dari seorang Mukmin.
Maka di mana saja ia temui dialah yang berhak mengambilnya
0 Response to "RINTANGAN PERJUANGAN KEHIDUPAN PENDAKWAH_Fathi Yakan"
Catat Ulasan