Menyeru manusia kepada Allah s.w.t. (ad-Dakwah-ila-Allah), adalah kewajipan
setiap muslim dan muslimat di setiap masa. Terutamanya di zaman kita ini, ia lebih wajib
kerana umat Islam pada hari ini terdedah kepada serangan jahat musuh-musuh Allah
s.w.t. yang bertujuan mencabut teras dakwah Islam dari jiwa umat Islam.
Menyeru kepada Allah s.w.t. adalah satu kemuliaan yang besar kepada pendukung
dakwah. Firman Allah :
“Siapakah yang lebih baik perkataanya daripada orang yang menyeru kepada
Allah s.w.t., mengerjakan amal yang salaih dan berkata: sesungguhnya aku termasuk
orang-orang yang menyerah diri” (Fushilat:33)
Menyeru manusia kepada Allah s.w.t. menghasilkan pahala dan ganjaran yang
besar dan tidak ternilai sebagaimana pengakuan Rasulullah s.a.w. :
“Jika Allah s.w.t. memberi hidayah kepada seorang lelaki lantaran anda, itu
lebih baik bagimu dariapda setiap apa yang disinari matahari” (Riwayat At-Tabrani)
Menyeru manusia kepada Allah s.w.t dan kepada jalan yang sahih, adalah sebaikbaik
urusan dan amat perlu diketengahkan... terutamanya di zaman ini yang berkecamuk
dengan berbagai kefahaman dan ideologi, trend semasa yang memperbodoh, menyesat,
dan menyelewengkan.
Menyeru manusia kepada Allah s.w.t. adalah salah satu peringkat (marhalah) yang
penting dalam amal Islami yang dilakukan secara bersungguh-sungguh. Ia merupakan
marhalah ta’arif (memperkenalkan), yang mendahului marhalah takwin (pembentukan).
Di sana terdapat dakwah Ammah (dakwah umum) yang dicernakan melalui pidato,
ceramah-ceramah, majlis-majlis ilmu, media masa seperti buku-buku, risalah-risalah,
surat khabar, majalah, kaset dan lain-lain. Di sana juga terdapat dakwah Fardiah
(dakwah individu) yang tidak kurang pentingnya. Perbincangan mengenai dakwah
fardiah ini akan kita perkatakan secara mendalam di sini.
Perbincangan kita berkisar di sekitar dua aspek :
Pertama : Mengenai methodoogi (uslub atau cara dan gaya) dan peringkat-peringkat
(marhalah) dakwah fardiah.
Kedua : Mengenai keistimewaan dakwah fardiah dan ciri-ciri para daie yang
melaksanakan tugas ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Ketahuillah wahai saudaraku para juru dakwah, sesungguhnya Allah Subhanahu Wata’ala pasti mengenakan cubaan kepadamu. Dia akan menguji ha...
-
Sedikit perkongsian daripada kuliah tentang jaga lidah, penulisan ini berdasarkan isi kuliah adDin bertempat di Masjid Sultan Salahudin Abdu...
-
Ayoyo...lama penulis tidak bersua? Kenapa.?..urusan dunia semata-mata? Kini, diri penulis terjeluak untuk menulis tentang wanita. Terl...
-
Aku sempat menjenguk sebentar bimbingan tentang solat khauf oleh US. NIDZOMUDDIN B. AHMAD yang begitu jelas menceritakan tentang asal usul s...
-
Pernah hatiku terpaut mengenai satu iklan, “Pencarian Bakat Dikir Barat Peringkat USIM”, huh berdebar-debar hatiku. Sebelum ini, apa yang...
-
Bersama semula anda dengan PC. Kali ini kita akan membincangkan satu perkara yang mungkin tidak pernah kita fikirkan iaitu isu-isu berkaita...
-
Musibah atau Muhasabah? Dalam mencari hikmah ujian-ujian yang dikurniakan oleh Allah SWT…………. Bismillah...
0 Response to "BERDAKWAH KEPADA ALLAH (DAKWAH FARDIAH)"
Catat Ulasan