Rumahku Kehidupanku
Ramai manusia sekarang tidak memahami apakah yang dimaksudkan dengan rumah atau house atau manzil atau bait atau shelter atau macam-macam lagi. Melihat keadaan ini kehidupan manusia berkurangan bersama keluarga kerana rumah hanya dijadikan tempat tidur atau merehatkan dalam masa beberapa jam sahaja sahaya sibuk dengan pekerjaan masing-masing. Ingatkah dikau saat dilahirkan? Tidak kira di hospital, di rumah atau di mana-mana, kerana waktu kamu membesar adalah di rumah. Dan mungkin satu hari yang mengunjungkan para pengunjung menziarahi dikau waktu kematianmu dan diriku ini adalah rumah tempat sesaknya. Kehidupan seseorang bermula apabila ditiupkan roh ke dalam rahim Insan yang bernama Ibu/Mama/Ummi/Emak/ lain-lain yang sanggup mengendong dirimu dalam rumah yang terbina apabila bersatu dengan ayahmu.
Firman Allah SWT dalam surah al-Insan ayat ke-2
إِنَّا خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ مِنْ نُطْفَةٍ أَمْشَاجٍ نَبْتَلِيهِ فَجَعَلْنَاهُ سَمِيعًا بَصِيرًا (2)
Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur yang kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat.
Perut Insan wanita ini menjadi rumah pertama bagi setiap manusia yang mempunyai kalimah ataupun tidak. Tetapi apakah peristiwa zaman jahiliyyah zaman dahulu dan jahiliyyah abad ke 21 ini membuktikan bahawa kaum Ibu dipergunakan dan dihancurkan oleh kaumnya sendiri dan kaum lelaki. Adakah ini kerosakan umat terakhir atau umat Nabi Muhammad SAW. Melihat keadaan kerosakan ini, ingatkah manusia dari mana ia berasal? Firman Allah SWT dalam surah ArRum ayat ke-21
وَمِنْ آَيَاتِهِ أَنْ خَلَقَكُمْ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ إِذَا أَنْتُمْ بَشَرٌ تَنْتَشِرُونَ (20)
Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia Menciptakan kamu dari tanah, kemudian tiba-tiba kamu (menjadi) manusia yang berkembang biak.
Tahukah anda bahawa di rumah adalah permulaan suluk atau akhlak seseorang. Jika baiknya seseorang itu bermula di kandungan persekitaran rumah maka baiklah kehidupannya. Ibu bapa sebagai penggerak organisasi rumah bahagia menyaksikan peningkatan dan penurunan kehidupan akhlak anak mereka. Tetapi adakah ibu bapa sekarang melepaskan kesibukan bekerja hanya untuk meluangkan lebihan masa di rumah, bersama anak-anak ataupun membiarkan anak bersama pengasuh atau bibi (bahasa Indonesia) atau menghantar di rumah-rumah tertentu sehari semalam setiap masa. Di manakah rumah mereka sebenar. Mengikut kajian seseorang (???), punca kekerapan anak-anak remaja atau masih di bawah umur jarang berada di rumah atau suka keluar adalah bermula di akar umbi lagi iaitu apabila mereka diasuh ketika mereka masuh kecil. Melihat keadaan ini, para ibu bapa perlu sedar akan masalah yang kian gigih berlaku seperti penculikan, penjualan haram kanak-kanak (export) dan macam-macam lagi. Bagaimana pula remaja-remaja sekarang? Kekurangan kasih tanpa sayang menjadikan mereka liar di dalam dunia mereka sendiri yang kian hampir dengan alam kubur. Haruskah kita membiarkan mereka kerisauan dalam kehausan dosa?
Wahai para pendokong tanggungjawab dan kepada bakal-bakal ayah dan ibu, jadikanlah Rumah sebagai titian syurga sebelum melangkah ke alam yang lebih lama lagi iaitu alam akhirat. Seperti kata pepatah “RUMAHKU SYURGAKU”. Rumah dijadikan tempat utama persinggahan indah selama menunggu panggilan Ilahi. Ia adalah tempat bermulanya kehidupan manusia yang bergelar Insan. Rumah oh rumah, apa yang perlu dihias? Itu sahaja perkataan yang bermain dibenak fikiran manusia, siapakah sisipan kemesraan atau perhiasan kasih sayang yang utama bagi setiap rumah atau rumah tangga. Sudah terjawab persoalan pertama bahawa kita sering memikirkan sesuatu yang boleh dinampak di mata manusia yang lain tetapi kesedaran keperluan utama sebuah rumah itu digadaikan tanpa berbelah bahagi.
Perhiasan-perhiasan rumah yang menjadi igauan para Keluarga
Katil Kasih Sayang
Langsir keteguhan Iman
Pintu keberkatan
Peti rezeki yang halal
Air bersih peluh masakan
Bantal dorongan kisah sirah
Tikar bermain sambil berdoa
Kitab pembuka bicara keikhlasan
Pasu penyeri keriangan
Pagar penutup kemaksiatan
Multimedia beraksi keimanan
Kipas Ibu dodoian Ayah
Mainan minda pembuka fikiran
Perabot badan selesa sentiasa
………………………..Dan banyak lagi. Fikirkanlah kesemua itu……………………….
Bagi kaum keluarga atau manusia yang bergelar abang atau akak yang menghadapi masalah di rumah, jangan dikau biarkan ia berleluasa. Walaupun sesuatu kebaikan tidak dapat mengubah seribu keburukan tetapi ingatlah bahawa Allah maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Usahakan mengubah mereka dengan keperluan jangan dipaksa-paksa. Gunakanlah kelebihan Islam itu dengan sepenuh jiwa raga. Dengarlah kata-kata di bawah ini sebagai pedoman penggerak berterusan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Ketahuillah wahai saudaraku para juru dakwah, sesungguhnya Allah Subhanahu Wata’ala pasti mengenakan cubaan kepadamu. Dia akan menguji ha...
-
Sedikit perkongsian daripada kuliah tentang jaga lidah, penulisan ini berdasarkan isi kuliah adDin bertempat di Masjid Sultan Salahudin Abdu...
-
Ayoyo...lama penulis tidak bersua? Kenapa.?..urusan dunia semata-mata? Kini, diri penulis terjeluak untuk menulis tentang wanita. Terl...
-
Aku sempat menjenguk sebentar bimbingan tentang solat khauf oleh US. NIDZOMUDDIN B. AHMAD yang begitu jelas menceritakan tentang asal usul s...
-
Pernah hatiku terpaut mengenai satu iklan, “Pencarian Bakat Dikir Barat Peringkat USIM”, huh berdebar-debar hatiku. Sebelum ini, apa yang...
-
Bersama semula anda dengan PC. Kali ini kita akan membincangkan satu perkara yang mungkin tidak pernah kita fikirkan iaitu isu-isu berkaita...
-
Musibah atau Muhasabah? Dalam mencari hikmah ujian-ujian yang dikurniakan oleh Allah SWT…………. Bismillah...
0 Response to ""Rumahku Kehidupanku""
Catat Ulasan