Wahai Ikhwah Sekalian

Posted by Pencari Cahaya Dalam Misi Mencari Cahaya Ilahi

Ya ayuhal ikhwah, Antum perhatikan bagaimana Allah telah menciptakan batu dan air yang mengalir di sungai ini. Antara batu dan air tidak ada pertikaian di antara mereka. Batu tidak pernah mengatakan, ‘Hai air kenapa bunyimu terlalu keras’ Atau air mempersoalkan, ‘Batu, kenapa kau ada disini.’ Tidak ada persengketaan diantara mereka; Mana hak saya… Mana kewajiban kamu… Tapi kenapa kita tidak mau mengambil ‘ibrah dari batu dan air? Kenapa kita mulai bercerai-berai, memikirkan ini hakku… ini hak saya… Ini kewajibanku… Itu kewajibanmu… Malu kita semua pada batu dan air! Ini saatnya antum semua bersatu, bekerjasama dalam ukhuwah Islamiyah… Allahu Akbar!

Featuring Post Example

Posted by TheBlogTemplates On Month - Day - Year

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at nisl. Nullam lorem mi, eleifend a, fringilla vel, semper at, ligula. Mauris eu wisi. Ut ante dui, aliquet nec, congue non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et maur...

Featuring Post Example

Posted by TheBlogTemplates On Month - Day - Year

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at nisl. Nullam lorem mi, eleifend a, fringilla vel, semper at, ligula. Mauris eu wisi. Ut ante dui, aliquet nec, congue non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et maur...

Featuring Post Example

Posted by TheBlogTemplates On Month - Day - Year

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at nisl. Nullam lorem mi, eleifend a, fringilla vel, semper at, ligula. Mauris eu wisi. Ut ante dui, aliquet nec, congue non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et maur...

Featuring Post Example

Posted by TheBlogTemplates On Month - Day - Year

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at nisl. Nullam lorem mi, eleifend a, fringilla vel, semper at, ligula. Mauris eu wisi. Ut ante dui, aliquet nec, congue non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et maur...

Ku jejaki alam dalam mencari redhaMu, ku tempuhi dugaan dalam menikmati suruhanMu, ku menangis kerana mengingatkan diriMu.....Temukankanlah si Pencari Cahaya dengan NurMu ya Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang

Islamkah kita?

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Sabtu, April 21, 2012



Bismillahirrahmanirrahim…..

InsyaAllah PC mulakan perbincangan kita pada malam ini dengan firman Allah SWT dari surah alFath ayat 28:

هُوَ الَّذِى أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَكَفَى بِاللَّهِ شَهِيداً
Dialah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang hak agar Dia menangkan agama itu terhadap semua agama. Dan cukuplah Allah sebagai saksi.

Allah mengutuskan Nabi Muhammad saw sebagai utusan kepada kita semua bagi member penerangan mengenai agama yang paling benar iaitu agama Islam. Dan Islam itu adalah satu-satunya agama yang benar sebagaimana firmanNya dalam surah Al-Imran ayat 19:

إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللَّهِ الإِسْلَـمُ

' Sesungguhnya agama yang diakui disisi  Allah ialah Islam '

Di sini PC mahu membincangkan satu perkara yang mungkin menjadi kekurangan bagi kita bagi menjawab persoalan Islamkah kita? Kebiasaannya kita bersatu di dalam satu jemaah atau persatuan atau organisasi walhal di institusi kekeluargaan sekalipum, kita masih dengan sikap kita iaitu untuk keduniaan semata-mata. Sebagai contoh di bawah:

Apakah tujuan anda berkahwin?
Tujuan saya berkahwin untuk menjaga maruah saya dan melahirkan zuriat….

Mengapa tidak jawapannya, aku menikah kerana agamu ya Allah, aku harap diriku dan zuriatku dapat membangunkan agamamu

Apakah kekuatan organisasi kamu?
Kekuatan organisasi ini kerana ukhuwah yang hebat, kami hebat di dalam segenap bidang, dan kami bersatu dengan menyelaraskan objektif-objektif persatuan ditubuhkan.

Mengapa tidak jawapannya, kami bersatu dalam organisasi ini adalah untuk menangkan agama Allah, kami bersatu kerana agama kami dan bukannya atas kehendak dan kepentingan kami. Kepentingan kami ialah agama Islam.



Segenap manusia hari ini hanya memikirkan lahiriah untuk bersatu dan membangun. Kita tidak pernah bersatu atas agama kita. Kadang-kadang ada juga diantara kita mengambil kesempatan ke atas jemaah untuk kepentingan diri sendiri…nauzubillahiminzalik.

Banyak persoalan-persoalan ringkas yang mungkin boleh kita kongsikan lagi untuk melihat kepada keislaman kita yang sebenar, ayuh kta melihat contoh-contoh yang seterusnya.

Sedang menggosok baju, dalam hati berkata, “hensem aku hari ini sebab baju ini aku iron”, ada juga yang berkata begini, “aku kene gosok baju ni elok-elok, nanti takut ditegur orang lain pada majlis sekejap lagi”

Tidak pernah terpancar pada diri kita untuk memakai pakaian yang baik dan elok kerana agama kita? Tidak pernah terfikir kita memakai pakaian yang elok bagi mengikut sunnah Baginda saw.

Sedang bersiap-siap hendak tidur. Jam menandakan pukul 12.03 minit malam. Aku terfikir sejenak dibenakku, “aku kene bangun kul 3 pagi ni. Banyak assignment belum siap lagi. Muka depan pum belum buat lagi.”

Tidak pernah kita fikirkan tentang aku hendak bangun awal untuk berjumpa dengan Allah SWT. Aku bangun kerana aku dituntut Islam untuk bertaubat.
Sahabat-sahabiah ajmain, Islamkah kita?

Seterusnya kita bincangkan mengenai 3 golongan yang berada disekeling kita, atau mungkinkah mereka adalah diri kita?

1.      Golongan yang Hidup untuk Dunia

Golongan ini dipanggil sebagai Dahriun iaitu golongan yang mementingkan kebendaan.

وَقَالُواْ إِنْ هِىَ إِلاَّ حَيَاتُنَا الدُّنْيَا وَمَا نَحْنُ بِمَبْعُوثِينَ
Firman Allah bermaksud, "dan tentulah mereka akan berkata pula: "Tiadalah hidup yang lain selain daripada hidup kita di dunia ini, dan tiadalah kita akan dibangkitkan semula (sesudah kita mati)" (Surah al-Anam:29)
Ayat ini menceritakan tentang bagaimana dakwaan Musyrikin Makkah yang menyembah berhala, terhadap kehidupan mereka di dunia ini sebagaimana Allah memulakan surah ini menceritakan perihal mereka yang tidak percayakan hari akhirat atau kehidupan kekal abadi pada hari tersebut.

Mereka berkata,"tiadalah kehidupan melain di dunia ini sahaja, kami tidak akan dibangkitkan selepas mati. Tidak ada apa lagi riwayat hidup selepas itu." Ini berlaku sekiranya Allah kembalikan semula mereka ke dunia setelah berdepan dengan azab neraka sebagaimana dinyatakan oleh Ibnu Zaid.


بَلْ بَدَا لَهُمْ مَّا كَانُواْ يُخْفُونَ مِن قَبْلُ وَلَوْ رُدُّواْ لَعَـدُواْ لِمَا نُهُواْ عَنْهُ وَإِنَّهُمْ لَكَـذِبُونَ

Katanya ketika menafsirkan firman Allah yang bermaksud,"dan kalaulah mereka dikembalikan semula ke dunia sekalipun, tentulah mereka akan mengulangi lagi apa yang mereka dilarang melakukannya." (surah al-An'am:28)
وَقَالُواْ إِنْ هِىَ إِلاَّ حَيَاتُنَا الدُّنْيَا وَمَا نَحْنُ بِمَبْعُوثِينَ

Kata Ibn Zaid, mereka itu akan berkata ketika itu, "sesungguhnya tiadalah kehidupan melainkan di dunia ini sahaja, kami tidak akan dibangkitkan semula sesudah mati." (Surah al-An'am:29)

Ini menunjukkan betapa mereka tetap tidak beriman dengan hari akhirat, tetap kufur dengan Allah SWT walaupun mereka melihat sendiri neraka di hadapan mata mereka.

Mereka mengingkari hari pembalasan kerana tidak mahu merasakan balasan seksa pada hari akhirat atas segala dosa dan perbuatan maksiat yang dilakukan di dunia khususnya mengkufuri Allah dan Rasul-Nya s.a.w.

Ada di kalangan mereka sedar bahawa perbuatan mereka itu mendatangkan mudarat, salah dan tidak bermoral tetapi mereka seronok melakukannya walaupun nafsu mereka tidak pernah puas-puas dengan perbentukan terkutuk itu sehinggalah mereka mati menemui Tuhan mereka dalam keadaan terhina, yakin kufur terhadap Allah SWT.

Mereka berkata, cukuplah mereka hidup di dunia ini sahaja. Mereka merasa bebas untuk buat apa sahaja yang mereka kehendaki mengikut hawa nafsu mereka dengan mengenepikan perintah Allah dan Rasul-Nya s.a.w.


وَلَوْ تَرَى إِذْ وُقِفُواْ عَلَى رَبِّهِمْ قَالَ أَلَيْسَ هَـذَا بِالْحَقِّ قَالُواْ بَلَى وَرَبِّنَا قَالَ فَذُوقُواْ العَذَابَ بِمَا كُنتُمْ تَكْفُرُونَ
Allah berfirman yang bermaksud, "Dan (sungguh ngeri) jika engkau melihat ketika mereka dihadapkan kepada Tuhan mereka, lalu Allah berfirman,"bukankah  (hari kiamat) ini suatu perkara yang benar?" mereka menjawab: "Benar!Demi Tuhan kami!" (Surah al-An'am :30)

Berkata al-Qurtubi, jika engkau melihat mereka (hai Muhammad s.a.w) ketika mereka dihadapkan di hadapan Tuhan mereka (Allah) ketika berada di sisi malaikat dan balasan yang akan dikenakan ke atas mereka, malaikat bertanyakan kepada mereka dengan perintah Allah, adalah hari pembalasan dan azab ini benar? Mereka menjawab, "bahkan ia benar demi Tuhan kami."

Mereka bersumpah dengan nama Tuhan. Ini menunjukkan bahawa mereka tidak lagi berupaya berbohong kepada manusia dan Allah sendiri di dunia dahulu.

Bagaimana ngerinya keadaan mereka ketika itu ketika berdepan dengan azab Allah, sudah pasti sukarlah digambarkan dengan perasaan dan tulisan.

Lalu Allah berfirman:
وَلَوْ تَرَى إِذْ وُقِفُواْ عَلَى رَبِّهِمْ قَالَ أَلَيْسَ هَـذَا بِالْحَقِّ قَالُواْ بَلَى وَرَبِّنَا قَالَ فَذُوقُواْ العَذَابَ بِمَا كُنتُمْ تَكْفُرُونَ "
oleh itu rasakanlah azab seksa neraka dengan sebab kamu telah kufur(ingkar)." (Surah al-Anam:30)

Nah, hari ini rasakanlah azab seksa tidak terperi sakitnya atas segala dosa yang kamu lakukan di dunia dahulu. Seksaan ini atas sebab perbuatan kamu sendiri bukan kerana kamu dipaksa dikenakan azab tanpa sebab.

Allah itu Maha Adil ke atas setiap sesuatu. Dia mengenakan azab seksa kepada kamu atas sifat kekuasaan dan keadilan-Nya yang tidak terhingga.

Kamu di dunia dahulu terdiri dari orang-orang keras kepala, berdegil dengan kekufuran kamu sendiri terhadap Allah dan Rasul-Nya.

Maka hari ini terimalah balasan atas kedegilan kamu kekal dengan kekufuran itu, maka kekallah kamu diazab dalam api neraka yang apinya panas dengan penuh seksaan tidak terhingga buat selama-lamanya. Bayangkanlah wahai manusia betapa azabnya seksaan ini.


2.      Golongan kedua: Golongan yang Sesat antara Dunia dan Akhirat
Al-Qur'an sebenarnya telah memberikan penjelasan kepada kita tentang tujuan hidup dan sasaran yang harus dicapai di dalam hidup ini. Dengan tegas Al-Qur'an telah memberikan tanggapan kepada kehidupan manusia yang hanya mementingkan soal makan dan minum  (kenikmatan duniawi) sepertimana firman Allah:

وَالَّذِينَ كَفَرُواْ يَتَمَتَّعُونَ وَيَأْكُلُونَ كَمَا تَأْكُلُ الاٌّنْعَـمُ وَالنَّارُ مَثْوًى لَّهُمْ

Maksudnya: "Dan orang-orang yang kafir itu bersenang- senang (di dunia) dan mereka makan seperti makannya binatang-binatang. Dan neraka adalah tempat tinggal mereka”.  (Surah Muhammad ayat 12)
Demikian juga Al-Qur'an memberi penjelasan bagi umat manusia yang sibuk mencintai kebendaan yang fana:


زُيّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوتِ مِنَ النّسَآء وَالْبَنِينَ وَالْقَنَـطِيرِ الْمُقَنطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالانْعَـمِ وَالْحَرْثِ ذلِكَ مَتَـعُ الْحَيَوةِ الدُّنْيَا وَاللَّهُ عِندَهُ حُسْنُ الْمَأَبِ
Maksudnya: "Dijadikan indah pada (pandangan) manusia  kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allahlah  tempat kembali yang baik (syurga)''.  (Surah Ali Imran ayat 14)

Al-Qur'an juga menjelaskan perilaku umat manusia yang suka menyebarkan fitnah dan memaparkan kejelekan serta membuat kerosakan di atas muka bumi:




Firman Allah:

وَمِنَ النَّاسِ مَن يُعْجِبُكَ قَوْلُهُ فِى الْحَيَوةِ الدُّنْيَا وَيُشْهِدُ اللَّهَ عَلَى مَا فِى قَلْبِهِ وَهُوَ أَلَدُّ الْخِصَامِ - وَإِذَا تَوَلَّى سَعَى فِى الاٌّرْضِ لِيُفْسِدَ فِيهَا وَيُهْلِكَ الْحَرْثَ وَالنَّسْلَ وَاللَّهُ لاَ يُحِبُّ الْفَسَادَ
Maksudnya:  "Dan di antara manusia ada orang yang ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu, dan dipersaksikannya kepada Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal ia adalah penentang yang paling keras. Dan apabila ia berpaling (dari mukamu), ia berjalan di bumi untuk mengadakan kerosakan padanya, dan merosak tanam-tanaman dan binatang ternak dan Allah tidak menyukai kebinasaan ".  (Surah al-Baqarah ayat 204-205)


3.      Golongan yang ketiga: Golongan Yang Menganggap Dunia Sebagai Ladang Akhirat

Itulah antara tujuan yang lumrah dikejar oleh umat manusia di dalam kehidupan di dunia (seperti yang dibincangkan di atas). Semoga Allah membebaskan kaum yang beriman dari perbuatan tersebut itu. Dan semoga Allah menganugerahkan tugas yang lebih mulia dari seluruh perbuatan seperti itu. Yakni tugas memberi petunjuk kepada umat manusia, membimbing kepada kebaikan dan memakmurkan dunia dengan risalah Islam, seperti seruan Allah di dalam kitabNya:

يأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ ارْكَعُواْ وَاسْجُدُواْ وَاعْبُدُواْ رَبَّكُمْ وَافْعَلُواْ الْخَيْرَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya:  “Wahai orang-orang yang beriman, ruku'lah  kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan. Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orangorang muslim dari dahulu, dan (begitu pala) dalam (Al-Qur'an) ini, supaya Rasul itu menjadi ~aksi atas segenap manusia, maka dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kama pada tali Allah. Dia adalah Pelindungmu, maka Dialah   sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong ' (Surah alHajj ayat 77)

Berdasarkan penjelasan dari ayat di atas, Allah telah memberikan ruang yang begitu luas kepada umat Islam agar membimbing umat manusia ke jalan yang benar. Begitu juga Al-Qur'an memberikan hak menguasai bumi di dalam rangka melaksanakan segala suruhan Allah yang luhur itu. Justeru itu hak kepimpinan dan peradaban di dunia ini mutlak menjadi milik umat Islam, dan bukannya peradaban Barat.

PERJUANGAN MUSLIM ADALAH PENGORBANAN

Allah juga memberikan penjelasan bahawa umat yang benar-benar berjuang demi untuk mencapai cita-cita dan diperlukan sekali persediaan diri mengorbankan jiwa dan hartanya. Dan untuk terlaksananya dakwah, maka perjuangan tersebut adalah merupakan satu-satunya jalan yang harus ditempuh.
Allah berfirman di dalam KitabNya:

إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَلَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الّجَنَّةَ 

Maksudnya:  "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka …”. (Surah At Thaubah ayat 111)

Sebagai kesimpulannya, kemanakah kita selepas ini? Islamkah kita sekarang? Apakah langkah kita seterusnya? Guru-guru kita tidak dapat mengubah kita lagi. Para ulama’ tidak dapat mengubah kita. Para sekeliling tidak dapat menyentuh kita untuk berubah. Ubahkahlah diri anda kerana Allah SWT. Nyatalah taubat yang istiqamah yang kita cari bukannya kemaksiatan yang sentiasa berlangsung. Ayuh kita fikir demi agama kita! Wallahua’lam

0 Response to "Islamkah kita?"

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular


    Solat dulu yup

    About Me

    Foto Saya
    Pencari Cahaya (PC)
    lahir kat 135 kampung hiliran masjid,21000 Kuala Terengganu, Terengganu, tinggal di Nabawan, Sabah selama beberapa tahun dan menetap di Kelantan selepas itu.....
    Lihat profil lengkap saya

    get this widget here

    Meh kecek smeta (jom berdialog)

    Followers

    5 Perkara