Guru yang ku sayang,
kau berjalan berdetik-detik,
tik tik tik meninggalkan kenangan,
is is is mengesat air mata kepedihan,
erm erm erm bunyi engkau menahan kemarahan.
Guru,
perjalananmu begitu indah,
memegang jawatan pendakwah engkau inginkan,
memegang watak pembela engkau menangkan,
memegang tribulasi kekalutan engkau pertahankan,
demi anak didikmu yang berbilang.
Guru,
melihatmu ibarat pembakar,
membakar jiwa pelajar untuk belajar,
mencelah manusia untuk mengenal,
mendapatkan cahaya untuk bakal pakar,
itulah dirimu yang apinya tidak luntur.
Guru,
mendidik anak bangsa menjadi badi cita-cita,
meletakkan kesungguhan sebagai tanda,
mencurahkan segala sbgai isinya,
membuka kefahaman engkau semestinya,
menjana keperibadian sebagai misi utama.
Guru,
Dikau ibarat luka yang padam,
Menutup kekeliruan dikau juangkan,
Menatap anak bangsa engkau fikirkan,
Mencela keganasan engkau taburkan,
Membentuk warga dalam prinsipmu.
Guru,
Dikau ibarat santan yang kenyang,
Menabur bakti dikau curahkan,
Melawat jahil berkongsi pengalaman,
Menatap anak bangsa bagaikan emas,
Mentari kecerahan kegelapan malam.
Guru,
Bukan ku tuju tapi menuju,
Bukan ku malu tapi ku mencari,
Bukan ku tatap tapi menatap,
Bukan cemburu tapi mencemburui,
Kaulah guru yang menjadi cita-citaku.
Titipan ini adalah buat Ma dan Abah yang menjadi guruku sejak kecil lagi, kedua buat guruku iaitu pengasuhku di sabah dan juga di kelantan, ketiga buat guruku di tabika kemas kg. Gaal, keempat buat guruku di sek. keb. Panggong, kelima buat guruku di Maahad Saniah, keenam buat guruku di tamhidi USIM, ketujuh buat guruku di Usim keseluruhan, tidak lupa guruku di persimpangan dakwah (di pusat2 agama dan dakwah), tidak lupa buat kaum keluarga di sebelah ma dan abah yang mengasuhh diriku sejak kecil sampai sekarang, buat kawan-kawan semua yang menjadi guru kebaikan diri dan buat diriku yang menjadi guru kepada nafsu.........terima kasih Ya Allah dan Rasulullah kerana menjadi guru yang sebenar kepada diri ini. Salam kebaikan buat insan2 yang bergelar guru......................terima kasih cikgu
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Ketahuillah wahai saudaraku para juru dakwah, sesungguhnya Allah Subhanahu Wata’ala pasti mengenakan cubaan kepadamu. Dia akan menguji ha...
-
Sedikit perkongsian daripada kuliah tentang jaga lidah, penulisan ini berdasarkan isi kuliah adDin bertempat di Masjid Sultan Salahudin Abdu...
-
Ayoyo...lama penulis tidak bersua? Kenapa.?..urusan dunia semata-mata? Kini, diri penulis terjeluak untuk menulis tentang wanita. Terl...
-
Aku sempat menjenguk sebentar bimbingan tentang solat khauf oleh US. NIDZOMUDDIN B. AHMAD yang begitu jelas menceritakan tentang asal usul s...
-
Pernah hatiku terpaut mengenai satu iklan, “Pencarian Bakat Dikir Barat Peringkat USIM”, huh berdebar-debar hatiku. Sebelum ini, apa yang...
-
Bersama semula anda dengan PC. Kali ini kita akan membincangkan satu perkara yang mungkin tidak pernah kita fikirkan iaitu isu-isu berkaita...
-
Musibah atau Muhasabah? Dalam mencari hikmah ujian-ujian yang dikurniakan oleh Allah SWT…………. Bismillah...
0 Response to "Warkah pelajar buat gurunya"
Catat Ulasan