Alhamdulillah sempat juga kita berkongsi satu ilmu iaitu istinjak. Bukanlah kepakaran seperti seorang Tuan Guru, cuma harapan perkongsian ini menjadi pedoman buat semua. Rujukan in sya Allah hadir dari kitab-kitab fekah yang terpilih khususnya Manhaj Shafie.
Istinjak bermaksud menghilangkan najis dari dua lubang keluar najis iaitu qubul (tempat keluar air kecil) dan dubur (tempat keluar air besar) dengan alat-alat istinjak.
Hukum istinjak adalah wajib bagi mereka yang membuang air.
Alatan istinjak terbahagi kepada 2 iaitu:
1. Air
2. Batu (benda kesat)
Kebiasaan bagi kita pabila ingin membuang air besar atau kecil, perhatian kita mula tertumpu untuk mendapatkan punca air. Air merupakan salah satu alat untuk membersihkan atau istinjak bila keluar najis.
Alatan istinjak juga digunakan pabila berlaku sesuatu situasi yang berbeza-beza.
Kelebihan untuk menuruti perjalanan atau urutan istinjak adalah mengikut hadis Rasulullah saw
Sabda
Rasulullah S.A.W.:
demikian itu cukuplah untuknya (Riwayat An-Nasai dan Abu Daud)
Peringkat 1, lagi baik jika istinjak atau membersihkan qubul dan dubur dengan menggunakan 3 batu dan kemudian dicuci dengan air.
Peringkat 2, istinjak dengan menggunakan air sahaja
Peringkat 3, istinjak hanya menggunakan alatan batu sahaja
Namun tiada nas yang mengatakan peringkat kelebihan ini. Penjelasan ini hanya ijtihaj ulama' berdasarkan hadis Rasulullah saw yang disebutkan tadi.
Walaubagaimanapum, batu yang dijelaskan di atas mewakili benda-benda kesat yang bersifat seperti batu. Bagi air, hanya air mutlak boleh digunakan untuk menyucikan kedua-dua najis ini.
Berbicara mengenai benda kesat, ia merangkumi banyak contoh seperti anak batu, kayu, daun dan lain-lain termasuk kertas dan tisu.
Ramai yang hairan mengapa budaya yang diamalkan Eropah sebenarnya termasuk di dalam sunnah Nabi Muhammad saw. Begitu mudahnya islam memberi penerangan. Allahuakbar.
Syarat bagi benda-benda kesat di atas adalah belum terkena najis yang lain (bersih) dan tidak bersifat cair atau terkena air. Syarat lain adalah ia perlu digunakan sebanyak 3 kali (iaitu contoh tisu, menggunakan 3 tisu untuk istinjak)
Seterusnya, ayuh kita bincangkan mengenai tatacara menggunakan alatan kesat. Alatan kesat hanya boleh digunakan ke atas beberapa situasi berikut sahaja.
Bagi lelaki, apabila najis keluar daripada zakar tanpa menyentuh bahagian lain (contoh, najis jatuh di sekeliling zakar atau seumpama.
Bagi wanita, ulama menjelaskan wanita yang belum berkahwin atau belum disetubuhi boleh menggunakan alatan batu untuk istinjak kerana kebiasaan wanita yang belum disetubuhi akan lancar mengeluarkan najis tanpa mengenai dinding-dinding kemaluan. Apabila mengenai kemaluan, alatan istinjak mestilah digunakan air mutlak.
Bagi situasi membuang air besar pula, hanya najis yang bersifat pepejal dan tidak mengenai dinding-dinding tempat keluar najis dibenarkan menggunakan alatan kesat.
Alatan kesat ini jika digunakan sebanyak 3 kali dan belum hilang najis, maka sebaiknya memilih untuk menambah alatan sehingga 5 atau 7 sehingga hilang. (nombor ganjil sahaja kerana Allah menyukai nombor ganjil)
Untuk perhatian sahabat-sahabiah, istinjak dilakukan dengan zhon dan bukannya yakin.
Yakin contohnya, aku yakin bahawa Allah Maha Besar dengan zatnya, dan penciptaan langit dan bumi (bersifat ketuhanan)
Zhon adalah sesuatu perkara yang menyamai keyakinan tetapi tidak sampai tahap yakin. Contohnya, selepas menggunakan 3 batu untuk istinjak. Batu yang digunakan yang ke 3 tidak menunjukkan apa-apa najis yang tertinggal, bau atau lain-lain maka kita akan menyatakan bahawa najis sudah hilang tanpa perlu was-was. Tidak perlulah kita yakin sampai perlu mengorek bahagian sulit kita lagi.
Jika terdapat kedhaifan atau kekurangan daripada artikel ini, mohon pencerahan untuk perkongsian. Wallahua'lam
0 Response to "Istinjak"
Catat Ulasan