Penerbangan percuma buat anda:
Tiket percuma bagi setiap yang bernyawa, siap dengan promosi lagi:
Antara promosi yang diberi:
1. Mendapat pengiktirafan di seluruh alam semesta
2. Setiap penerbangan akan mendapat video kehidupan dengan percuma.
3. Bagi yang membuat lebih amal di dunia, akan ditambah keselesaan dengan diskaunnya sekali (jika amalnya memberi kebajikan kepada yang masih hidup)
4. Bagi yang banyak membuat kemungkaran akan diberikan siksaan percuma tanpa caj tambahan
5. Masa penerbangan akan ditambah tanpa caj tambahan sehingga tiba ke destinasi (hari kiamat)
6. Dijemput mesra tapi keras oleh malaikat izrail tanpa diundang.
7. Disediakan bilik percuma di dalam kapal terbang (kubur) mengikut amalan.
8. Minuman dan makanan percuma kepada setiap golongan mengikut amal di dunia.
9. Diminta menjawab beberapa soalan mudah bagi menikmati penerbangan ini. Salah atau betul, semua akan diberikan khidmat percuma tanpa bayaran sehingga sampai ke negara akhirat.
10. Setiap penumpang akan merasa lega pabila tiba Bulan Ramadhan. Caj kepada yang membuat kemungkaran ditarik sebentar selama sebulan.
Pabila sampai ke destinasi: Negara Akhirat
Semua berjalan-jalan tanpa memikirkan soal negara asal mereka. Ibu bapa, adik beradik, kenalan sahabat handai, semua tidak lagi valid pada negara ini. Umur setiap yang hidup kembali ini adalah sama sambil tidak merasa malu tanpa pakaian. Bila sampai ke jambatan. Imegresen melepaskan semua yang ingin melalui sempadan tanpa sebarang tangkapan. Amal menjadi buku pasport yang automatik. Sekiranya amal kebaikan adalah berat timbangannya, maka orang itu boleh melalui jambatan tersebut, jika sebaliknya, orang tersebut terpaksa melalui liku-liku kepanasan sehingga pasport disahkan.
Begitulah perjalanan ke negara akhirat. Dengan melalui penerbangan yang begitu menarik sehingga sampai ke destinasi yang paling akhir dan tiada kehidupan lain selain kehidupan akhirat. Selamat bermujahadah semua!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Ketahuillah wahai saudaraku para juru dakwah, sesungguhnya Allah Subhanahu Wata’ala pasti mengenakan cubaan kepadamu. Dia akan menguji ha...
-
Sedikit perkongsian daripada kuliah tentang jaga lidah, penulisan ini berdasarkan isi kuliah adDin bertempat di Masjid Sultan Salahudin Abdu...
-
Ayoyo...lama penulis tidak bersua? Kenapa.?..urusan dunia semata-mata? Kini, diri penulis terjeluak untuk menulis tentang wanita. Terl...
-
Aku sempat menjenguk sebentar bimbingan tentang solat khauf oleh US. NIDZOMUDDIN B. AHMAD yang begitu jelas menceritakan tentang asal usul s...
-
Pernah hatiku terpaut mengenai satu iklan, “Pencarian Bakat Dikir Barat Peringkat USIM”, huh berdebar-debar hatiku. Sebelum ini, apa yang...
-
Bersama semula anda dengan PC. Kali ini kita akan membincangkan satu perkara yang mungkin tidak pernah kita fikirkan iaitu isu-isu berkaita...
-
Musibah atau Muhasabah? Dalam mencari hikmah ujian-ujian yang dikurniakan oleh Allah SWT…………. Bismillah...
0 Response to "Perjalanan Menuju Allah"
Catat Ulasan