Rasulullah,
Jika dirimu berada disebelahku,
Akanku ceritakan cintaku akanmu,
Akanku tinggalkan dunia ini untuk bersamamu,
Akanku lupakan titik-titik kehidupan yang lain selain denganmu, Ya Nabi Allah.....
Rasulullah,
Tiada apa yang ingin diucapkan,
Selain mendakapimu seerat-erat tanpa berusaha untuk tidak melepaskanmu,
Akanku menangis kegembiraan dan terus tidak melepaskanmu,
Hilang segala memori dunia yang sentiasa mengguris jiwa yang lemah longlai,
Hilang segala cinta dunia yang sentiasa mengherat ke lembah kehinaan,
Hilang segala-galanya dengan peganti iaitu dirimu ya Rasulullah.
Rasulullah,
Jika dikau bertanya mengenai dunia,
Aku akan menjerit dan menangis dan terus menangis,
Aku akan dakapmu dan memegangmu tanda tidak mahu meninggalkanmu,
Aku malu ya Rasulullah,
Aku rasa terhina ya Rasulullah,
Aku rasa aku tidak layak bersamamu ketika ini,
Tangisan akan ku teruskan tanpa bual bicara yang panjang,
Dosa-dosa dan kekurangan dilemparkan tanda kehinaan,
Kekurangan melaksanakan sunnah sebagai alasan kekurangan dan kelemahan diriku ya Rasulullah....
Rasulullah,
Jika dikau bertanyakanku mengenai umatmu di dunia,
Akanku terkedu malu denganmu untuk menceritakan,
Kerna diriku juga umatmu yang selalu dengan kesilapan dan kekurangan,
Malu aku tutupi dengan basahan aliran yang saling tidak berhenti arusnya,
Aku cuba menjiwai watak sebagai umatmu ya Rasulullah,
Aku cuba mengikuti langkah perjuangianmu,
Aku sungguh lemah dalam perjuangan sebenar,
Aku sungguh tidak berdaya lagi ya Nabi Allah,
Hanya tangisan ini dapat mengungkapkan isi yang sebenar......
Inilah sahaja yang dapat terungkap kerana diriku memang tidak layak untuk bersamamu, tetapi harapanku dalam doa dan perjuangan untuk bersamamu akanku teruskan kerna aku tahu, Dia Lebih Mengetahui...Salam Maulid Nabi saw........
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Ketahuillah wahai saudaraku para juru dakwah, sesungguhnya Allah Subhanahu Wata’ala pasti mengenakan cubaan kepadamu. Dia akan menguji ha...
-
Sedikit perkongsian daripada kuliah tentang jaga lidah, penulisan ini berdasarkan isi kuliah adDin bertempat di Masjid Sultan Salahudin Abdu...
-
Ayoyo...lama penulis tidak bersua? Kenapa.?..urusan dunia semata-mata? Kini, diri penulis terjeluak untuk menulis tentang wanita. Terl...
-
Aku sempat menjenguk sebentar bimbingan tentang solat khauf oleh US. NIDZOMUDDIN B. AHMAD yang begitu jelas menceritakan tentang asal usul s...
-
Pernah hatiku terpaut mengenai satu iklan, “Pencarian Bakat Dikir Barat Peringkat USIM”, huh berdebar-debar hatiku. Sebelum ini, apa yang...
-
Bersama semula anda dengan PC. Kali ini kita akan membincangkan satu perkara yang mungkin tidak pernah kita fikirkan iaitu isu-isu berkaita...
-
Musibah atau Muhasabah? Dalam mencari hikmah ujian-ujian yang dikurniakan oleh Allah SWT…………. Bismillah...
0 Response to "CINTAKU HINGGA KE PINTU SYURGA"
Catat Ulasan