Jiwa yang tenang bangun menghadap Ilahi. Hari indah berkilau mentari dhuha yang amat dinanti. Ke mana aku hari ini? Bisik tubuh yang longlai memikirkan perkara yang belum selesai. “oh, aku belum masak agi ni! “ jeritan dari kalbu. “?, tak perlu kau risau pasal makanan, insyaAllah nanti aku tolong masak jap agi”, kata sahabatku yang lesu dengan matanya yang masih bengkak. “korang tak pergi lawatan ke hari ni, kawan-kawan” sahutan diri menyampuk. “kami tengah tunggu berita”.
Aku menggapai helmetku sambil terpinga-pinga nak pergi ataupun tidak kerana aku tidak tahu apa agenda yang akan dibentangkan semasa lawatan.
Tiba di Acacia Avenue
Ku menatap tinggi MANUSALWA menandakan perut sudah memberi siren. Suasana di sana tidak sunyi dengan manusia yang mencari rezeki pada waktu pagi. Ahh, perutku bergoyang menandakan penyakit lamaku bergayut. Aku teruskan perjalanan dengan sebuku roti sebagai alas dan terkejut melihat ramai di kalangan rakan-rakanku bertempiaran di kawasan sana. Dalam hatiku berkata “mereka semua tinggal sini ke?”. Tanpa ragu aku meninggalkan kawasan.
Suasana di Jati
Indah bangunan tak seindah suasana. Kerana kebanyakan foreigner. Macam manalah kehidupan sahabat-sahabatku semua di sini. Penuh dengan pancaroba dengan titisan air mata mengadu. Dalam kebingungan aku menelefon rakan-rakan untuk menunggu bas. Dalam menunggu ku terlihat beberapa buah bas yang sudah bersedia ke tempat di tuju. Ku bertanya kepada pakcik2 bas kemanakah arah mereka, mungkin ada di antara mereka yang akan membawa kami ke tempat lawatan. Fuh, semuanya destinasi berlainan. Ada yang ke USIM, ada yang ke seremban, ada yang ke gunung,...macam-macam. Manakah pula bas yang daku akan naiki. Aku sempat berjumpa dengan pakcik bas yang periang dan suka bercerita denganku pada masa lepas iaitu ketika aku pergi ke Seminar Pendakwah Muda Kebangsaan bertempat di UTM skudai. Sungguh tidak diriku lupakan kisah-kisah lucu, gembira dan sedih di sana. Setelah seramai 34 orang peserta lawatan berkumpul, bas masih belum menunjukkan lampunya lagi. Beritahu sahabatku bahawa pakcik bas sudah berada di perkarangan kediaman lamaku dulu, Sutera Indah dan bertegas untuk tidak mengambil kami semua dekat Jati. Katanya, diorang hanya mengambil pelajar di Acacia dan Sutera Inn. Kami dalam segan silu menunggu walaupun memang sudah pasti bas tidak akan datang. Dalam penungguan ada juga yang mengalah tetapi aku segera mengambil langkah kanan meminta pertolongan dengan pakcik bas yang membawa aku ke UTM dulu(nama tidak diketahui). Alhamdulillah matanya dan jiwanya masih bugar menerima untuk menghantar kami semua ke sutera indah.
Di Kediaman Lamaku, Sutera Indah oh sutera kain
Mengimbau kenangan silam, hampir dua tahun diriku berhijrah dari tempat kelahiranku ke bangunan kediaman ini. Sungguh bukan untuk menipu, banyak kenangan yang aku tinggalkan dengan kepedihan , keperitan, kegembiraan dan keriangan di sana. Terdapat berpuluh-puluh kes yang aku jumpai. He3 macam CONAN plak. Suasana di sana agak tegang, berates-ratus manusia menunggu kedatangan kami untuk bertolak. Diriku tidak tergerak untuk memasuki pagar S.I, aku hanya bertenggek berbual dengan pakcik guard. Beliau menceritakan tentang kepiluan kaum muslimat yang berpindah ke sana seperti tentang kebersihan. Maklumlah lelaki, banyak yang tidak menghiraukan tentang kebersihan walaupun mereka selalu menadah telinga dengan ucapan KEBERSIHAN ITU SEPARUH DARI IMAN. Aku metisaukan keadaan mereka semua tentang makhluk yang berada di san. InsyaAllah dengan pegangan yang kuat akan mereka hadapi dengan penuh cabaran. Keberangkatan aku ke rumah baru membuka lembaran baru untuk meneruskan pegangan sebagai seorang khalifah di muka bumi. Keadaan di sana sungguh sibuk dengan ketua kumpulan menanda-nanda nama pelajar yang datang untuk kedatangan ke lawatan hari itu.
Kisah 3 lelaki bersama pelancong
Insan ini bersama dua rakannya mengambil tugas untuk menemu bual pelancong-pelancong di Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Sebelum meneruskan kerja yang agak simple tapi susah ini, aku mengajak kawanku untuk menjamah selera di food court untuk memakan bekalan yang dibawa. Kami memulakan perjalanan dengan menunggu keredaan si suami isteri dari maghribi yang sedang berurusan. Hatiku berdegup kencang apabila rakanku memintaku untuk memulakan wadah. Dengan segala segan silu aku memastikan keadaan orang yang bakal ditemu bual. Penuh dengan masalah. Itu sangkaanku. Sudah menjadi tanggungjawab untuk berkomunikasi melihat keadaan mereka. Aku tidak berpuas hati kerana kami tidak menjumpai orang Arab selain mereka. Dalam memerhatikan mereka, kami menjumpai seseorang yang datang dari Perancis tetapi beliau tidak dapat bercakap dalam bahasa Arab, Inggerisnya pum kami berputar-pusing fikiran untuk memahami. Ha3 asalkan dapat bergambar dengannya sudah cukup. Aku dan rakan-rakan meneruskan perjalanan dengan mengekori dua pelancong dari wilayah Arab. Tetapi dalam mengekori, kesan perjalanan mereka hilang. Tidak dapat dijejaki. Aku meneruskan usaha dengan bergegas ke kawasan balai pelepasan. Fuh, ramainya manusia ya Allah, jerit hati kecil ini. Dalam kebingungan, kami menjumpai seorang Arab dari Mekah yang mulia yang bernama Hisom bersama isterinya. Mereka dalam Honeymoon fikirku senyap. Kami memulakan temubual dengan mesra. Sebelumsempat kami memulakan bertakallam, tiba-tiba kam ruknul iman? Terkejut kami mendengar ucapan pertamanya. He3, ujian pertama. Rakanku yang duduk dekat dengannya menjawab dengan pantas. Dalam berbincang pasal tempat pelancongan (yang aku tidak ketahui, hanya membenarkan kawanku untuk bercakap), aku bertanyakan tentang telaga zam-zam. Kami terkejut apabila diberitahu banyak penyelewengan berlaku di sana seperti sihir, arak, pencurian n macam-macam. Tidak ubah seperti dahulu. Aku bersyukur menemui Hisom yang berketurunan panglima yang berjuang di Perang Badar. Peperangan yang pertama umat Islam. Seperti biasa, mereka mengajakku dan rakan-rakan umrah ke sana. He3, insyaAllah jeritku. Selepas itu kami meminta diri untuk ke tempat lain. Dalam perjalanan, kami melihat kembali video yang peling panjang yang belum pernah aku dapat (16 minit) tetapi.......oooooo kawan-kawan videonya hilang, jerit kawanku. Dalam tekanan kami berusaha mencarinya dalam telefon tetapi usaha kami tidak menampakkan cahayanya. Penat diriku ya Allah, jerit kepedihan hati sayu. Jam sudah menunjukkan pukul 11.30 pagi, hati kami berdegup kencang meninggalkan kawasan. Kemudian kami menjumpai seseorang berwajah arab tapi dapat bercakap melayu. Katanya beliau tidak dapat bercakap dalam bahasa Arab. Kami ketawa berdekah-dekah meninggalkannya. Lucu plak cerita ini. Tidak jauh dari situ, aku menemu bual seorang Arab dari .....Bercakap mengenai Malaysia, pujiannya melebihi tahap sebenar. Cakap hatiku, biar betul. He3. Kemudian ku jumpa seorang Siamese yang bercakap dalam bahasa Arab bertanyakan tentang kaunter ke Perak kalau tak silap. Dalam melihat kami terpinga-pinga, beliau terus menukar bahasa Inggeris dalam perbualan. Kami mwnunjukkannya kaunter informasi. Seterusnya aku dan rakan-rakan menemui Ahmad dan keluarga dari........ beliau mengangkat tangan tanda tidak setuju dengan rakaman video. Kami hanya sempat merakam suaranya. Sungguh mesra orang Arab ini. Bercakap dengan lughah biasa tanpa loghat kampungnya. Berkisar tentangnya, aku bertanyakan tentang anaknya. Sungguh comel anak-anaknya. Sungguh aku merindukan mempunyai ramai anak. Namun masanya belum tiba. He3, biasalah anak muda yang sukakan kanak-kanak. Kanak-kanak pum mudah mesra denganku. Aku meneruskan perjalanan terakhir sebelum pulang. Kami menemui seorang anak muda yang bernama.....sungguh mesra tata tertibnya. Katanya, dia datang bersama keluarganya untuk ziarah di Malaysia. Sungguh bertuah katanya berada di bumi Malaysia yang penuh dengan nikmat. Kami berbual panjang sebelum meneruskan perjalanan.
Pertemuan yang tak disangka-sangka
Hari gemilang ini menyejukkan mataku pabila bertemu rakan-rakan dari UTM yang akan bertolak ke Jeddah menghadapi program ziarah atau umrah ke Tanah Arab. Aku bertemu dengan geng-geng yang menjadi urusetia program Seminar Pendakwah Muda Kebangsaan yang lalu bertempat di UTM. Sebenarnya program seminar tersebut adalah untuk mengutip dana untuk program. Untuk mengetahui tentang program ziarah mereka sila rujuk akhbar Berita Harian bertarikh 20hb Mei 2010 diruangan Varsity. Sugguh teruja berjumpa berjumpa mereka disaat aku menjalani lawatan. Sempat juga aku bergambar dengan mereka antaranya zulhafiz, dan lain-lain. Kedengaran juga ada juga yang tidak sertai bersama terutama rakan-rakan karibku pabila aku berkampung di UTM. Begitulah, bertemu berpisah adalah takdir Allah. Antara ustaz dan ustazah yang tidak kulupakan ialah Ustaz Azhar sementara Ustazah ......
Mereka hanya berumrah selama 11 hari dengan penuh aktiviti dialog dan pertukaran maklumat dan informasi. Bagiku, kesempatan untuk berada di medan Arab adalah cita-citaku bersama memegang panji Allah dan sematan didikan agama dalam dakapan dada. Dalam kehangatan dan kesedihan aku teruskan perjuangan untuk menfasihkan bahasa Arab dan Inggerisku. Untuk bercakap insyaAllah tapi Arabku masih tebal, suka sangat cakap cepat-cepat. Mungkin keghairahan cakap salah. Hiii. Peristiwa di KLIA aku jadikan perjalanan aku meneruskan membuka rahsia Allah yang tidak ku perasan. Mencari keredhaannya adalah tujuanku, INSAN BERDOSA.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Ketahuillah wahai saudaraku para juru dakwah, sesungguhnya Allah Subhanahu Wata’ala pasti mengenakan cubaan kepadamu. Dia akan menguji ha...
-
Sedikit perkongsian daripada kuliah tentang jaga lidah, penulisan ini berdasarkan isi kuliah adDin bertempat di Masjid Sultan Salahudin Abdu...
-
Ayoyo...lama penulis tidak bersua? Kenapa.?..urusan dunia semata-mata? Kini, diri penulis terjeluak untuk menulis tentang wanita. Terl...
-
Aku sempat menjenguk sebentar bimbingan tentang solat khauf oleh US. NIDZOMUDDIN B. AHMAD yang begitu jelas menceritakan tentang asal usul s...
-
Pernah hatiku terpaut mengenai satu iklan, “Pencarian Bakat Dikir Barat Peringkat USIM”, huh berdebar-debar hatiku. Sebelum ini, apa yang...
-
Bersama semula anda dengan PC. Kali ini kita akan membincangkan satu perkara yang mungkin tidak pernah kita fikirkan iaitu isu-isu berkaita...
-
Musibah atau Muhasabah? Dalam mencari hikmah ujian-ujian yang dikurniakan oleh Allah SWT…………. Bismillah...
ambil pengalaman itu sebagai jalan
ilmu Allah tiada bandingannya