Redha, Redha........Aku redha dengan apa yang berlaku.....Ayah dan ibuku meninggal...aku redha, adik-beradikku menjadi pengemis, aku reda.....betulkah semua ini kenyataan!
tidak...tidak...dan tidak....hati mana yang tidak panas apabila dicaci, jiwa mana tak sedih jika keluarga meninggal, muka siapa tak padam apabila dipuji/ dimarahi orang...
di mana keredhaan sejati itu.
Ma makna reda itu erk?
Redha adalah suatu biskut atau makanan atau ape!
Redha berlaku apabila kita sebagai hambaNya melihat setiap ujian, bala'/bencana adalah milik Allah dan kita sebagai manusia mesti percaya kepada Qada' dan Qadar Allah swt, iaitu rukun iman ke-6. Mengikut wikipedia: Percaya kepada qada dan qadar adalah mempercayai bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan Allah semata-mata.
Sebagai seorang Islam wajiblah kita sedar bahawa kita adalah makluk yang lemah, bahawa Allah itulah yang maha Perkasa dan maha Berkuasa dan segala sesuatu adalah berlaku dengan ketetapanNya sahaja. Lantaran itu kita wajib beriman kepada takdir, bahawa segala sesuatu telah ditentukan oleh Allah.
Namun begitu, kita masih boleh berusaha dan berdoa kerana dengan limpah rahmatnya, Allah akan memberikan yang terbaik kepada kita. Tapi apa pula jika sebaliknya? kita tidak redha dengan ketenttuan Allah.
Apakah makna mencari?
Apakah makna keredhaan?
Apakah makna sejati?
JIka kita gabungkan adakah jawapannya seperti yang tertera?
Adakah "aku terima nikahnya...."?
Adakah "hidupku, matiku kerana Allah...."?
Adakah "mencari ilmu suatu...."?
Adakah "mencari pasangan"....?
Memang sudah diketahui umum bahawa keredhaan yang sebenar adalah milik Allah SWT...tetapi............
"Aku tidak redho dengan apa yang engkau lakukan"....beginikah sikap manusia yang tidak mempunyai apa2?
Jom kita lihat dan mengkaji tentang Qada' Allah dan berbagai2 jenis kedatangannya:
1. Dapat memberikan tumpuan sepenuhnya utk beribadah.
Apabila kita tidak menumpukan dalam beribadah, sebagai akibatnya kita akan mudah berdukacita, berhati masyghul(sibuk) dan selama-lamanya akan tertanya?
Kenapa telah terjadi begitu? dan kenapa akan jadi begitu"?
Apabila begitu, di mana lagi tempat kita untuk mengingati Allah, untuk beribadah kepadanya, untuk mengingati akhirat yang bakal mendatang?
Syaqi' (alBakhi) Rahimahullah berkata bahawa "mengeluh kekesalan (mengenangkan) perkara2 yang telah berlaku & sibuk mentadbirkan lagi akan datang" Sesungguhnya telah menghilangkan keberkatan saat waktu yang anda berada sekarang.
2. Kerana bahaya dalam kemarahan yakni tidak redha dengan qada Allah itu akan mendatangkan kemurkaan Allah.
Ada sebuah kisah bahawa seorang Nabi mengadu kepada Allah tentang beberapa perkara yang tidak disukainya seperti kelaparan, kemiskinan dan bala'. Allah berfirman " Adalah kamu mengadu kepadaku (kegelisahan terhadap qada'ku) sedangkan Aku bukan yang layak dicerca, bukan tempat meluahkan pengaduan tidak puas hati, begitulah keadaan kamu dalam alam ghaib yang tidak kamu ketahuinya". Allah berfirman lagi yang bermaksud "demi kemuliaanku, Aku bersumpah sekirannya terlintas dalam dada kamu lintasan pengaduan (tak puas hati) nescaya akan Aku cabutkan pakaian kenabianmu dan akan seretkan kamu ke neraka dan tidak akan menghiraukan kamu lagi.
Maka bagaimana pula murkanya terhadap orang yang mengadu kepada orang lain, mengadu kepada makhluk yang lemah?
ucaplah doa ini
نعوذ بالله من شرور أنفسنا وسيئات أعمالنا ونسأله أن يعفوعنا ويغفرلنا سوء آدابنا بحسن نظره انه أرحم الراحمين
Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri dan kebatilan amalan2 kami dan kami memohon kepadamu ya Allah semoga Engkau memaafkan kami dan mengampuni keburukan adab pekerti kami dan semoga ia memperbaikkan diri kami dengan keelokan pandanganMu, Sesungguhnya Dia jua Tuihan yang Maha Mengasihani
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Ketahuillah wahai saudaraku para juru dakwah, sesungguhnya Allah Subhanahu Wata’ala pasti mengenakan cubaan kepadamu. Dia akan menguji ha...
-
Sedikit perkongsian daripada kuliah tentang jaga lidah, penulisan ini berdasarkan isi kuliah adDin bertempat di Masjid Sultan Salahudin Abdu...
-
Ayoyo...lama penulis tidak bersua? Kenapa.?..urusan dunia semata-mata? Kini, diri penulis terjeluak untuk menulis tentang wanita. Terl...
-
Aku sempat menjenguk sebentar bimbingan tentang solat khauf oleh US. NIDZOMUDDIN B. AHMAD yang begitu jelas menceritakan tentang asal usul s...
-
Pernah hatiku terpaut mengenai satu iklan, “Pencarian Bakat Dikir Barat Peringkat USIM”, huh berdebar-debar hatiku. Sebelum ini, apa yang...
-
Bersama semula anda dengan PC. Kali ini kita akan membincangkan satu perkara yang mungkin tidak pernah kita fikirkan iaitu isu-isu berkaita...
-
Musibah atau Muhasabah? Dalam mencari hikmah ujian-ujian yang dikurniakan oleh Allah SWT…………. Bismillah...
0 Response to "Mencari keredhaan sejati"
Catat Ulasan