1. Definisi-hijrah, berubah atau transformasi adalah sesuatu perkataan yang sentiasa diulang-ulang oleh para pentrasfom...adakah mereka berjaya? Apakah transformasi menngikut syariat pula? Khususnya bagi umat islam, semua syariat perlu dipatuhi bagi mendapatkan keredhaaan yang Maha Esa. Transformasi dalam Islam juga boleh didefinisikan sebagai taubat kerana mahu kembli ke Jalan Yang Sebenar yakni kepada HAK. Penghijrahan seseorang ialah kepada syariat Allah SWT yakni sebagai tugasan seorang khalifah di muka bumi ini.Manusia sering bersikap tragis apabila mahu berubah. Biasanya perubahan yang dikehendaki mahu dilangsungkan pada ketika itu. Apakah itu berhasil wahai kawan dan sahabat? Itulah yang menandakan manusia itu lemah. Sedarlah bahawa kita adalah hamba yang lemah. Oleh itu, perkara yang kita perlu sedari adalah perubahan diri hanay akan berlaku secara berperingkat kecuali dengan izin Allah Yang Maha Pengasih.
2. Tujuan-Biasanya, insan yang mahu berubah adalah kerana sesuatu, seseorang atau kerana (???) contohnya, kerana kekasihK (yang mana satu Allah atau ???), individu tertentu, Pangkat, exam, menunjuk-nunjuk atau kerana nafsu
Ingatlah wahai teman bahawa telah banyak kisah transformasi yang gagal kerana faktor-faktor yang kita tidak dapat jangka ketika dalam situasi mahu berubah
-MUSUH UTAMA, SYAITAN LAKNATULLAH
-NAFSU YANG MENGGIGIL
lihat surah an-nas
Mu’awiyah menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
لا تنقطعالهجرةحتى تنقطع التوبة ولا تنقطع التوبة حتى تطلع الشمس من مغربها
(سنن أبي داود
“Hijrah tidak akan berakhir hinggalah (pintu) taubat ditutup. Pintu taubat tidak ditutup hinggalah matahari terbit dari sebelah Barat.”
Baginda menjelaskan lagi :
“Orang muslim ialah orang yang tidak menggugat (mencerca) orang muslim yang lain dengan tangan dan lidahnya. Manakala orang yang berhijrah “Muhajir” ialah orang berhijrah meninggalkan larangan Allah.”
Kisah umar dengan si peminum arak
Omar Al-Khatab sedang bersiar-siar di lorong-lorong dalam kota Madinah. Di hujung simpang jalan beliau terserempak dengan pemuda yang membawa kendi. Pemuda itu menyembunyikan kendi itu di dalam kain sarung yang diselimutkan di belakangnya. Timbul syak di hati Omar AL-Khatab apabila terlihat keadaan itu, lantas bertanya, "Apa yang engkau bawa itu?"
Kerana panik sebab takut dimarahi Omar yang terkenal dengan ketegasan, pemuda itu menjawab dengan terketar-ketar iaitu benda yang dibawanya ialah madu. Walhal benda itu ialah khamar (arak). Dalam keadaannya yang bercakap bohong itu pemuda tadi sebenarnya ingin berhenti dari terus minum arak. Dia sesungguhnya telah menyesal dan insaf dan menyesal melakukan perbuatan yang ditegah oleh agama itu. Dalam penyesalan itu dia berdoa kepada Tuhan supaya Omar Al-Khatab tidak sampai memeriksa isi kendinya yang ditegah oleh agama itu.
Kerana tidak percaya, Khalifah Omar ingin melihat sendiri isi kendi itu. Selepas memeriksa kendi itu, Kahlifah berkata, "Betul, kendi ini berisikan madu."
Pengajaran daripada kisah tadi
1. Bersedialah untuk berubah dan jangan mudah putus asa
2. Orang yang mahu berubah akan pasti ditolong Allah SWT
3. Berubah kerana Allah adalah perubahan kita
4. Benar dalam berubah mampu mengubah segala
Persoalan2 bagi orang yang mahu berubah
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan
kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200
AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12
Sebelum berubah
1. Berazam
2. Taubat
3. Perubahan-Step by step……
Tribulasi sebelum berubah
1. Menghadapi ujian
2. Susah istiqamah
3. Suatu bebanan
4. Syaitan dan nafsu
Perkara penting untuk berubah
1. Niat kerana Allah dan RasulNya
2. Muhasabah diri
Sememangnya memperbaiki diri ini bukan satu kerja yang senang apatah lagi terpaksa melalui jalan yang agak sukar sehingga sampai ke satu destinasi yang selamat yang dimimpi-mimpikan oleh semua jiwa yang suci. Jiwa sahabat adalah jiwa yang suci lagi murni jika teransang untuk mengubah diri dari segala kekotoran jiwa sebelum ini kepada jiwa yang putih laksana salju pada kedinginan musim sejuk. Adakah kita rasa 'SENSITIF' terhadap peribadi kita ?Bukti sensitifnya kita terhadap diri kita adalah kita sentiasa muhasabah diri kita. Orang yang selalu muhasabah ialah orang yang sensitif terhadap dirinya. Agak-agak bagaimana muhasabah itu berlaku ya?
Tiap-tiap hari MUHASABAH/MENGHITUNG DIRI mesti berlaku. Kita menghisab/menghitung segala apa yang kita lakukan pada hari tersebut. Hari ini banyak mana kebaikan yang kita lakukan . Banyak mana kejahatan yang kita lakukan. Cuma saya nak pesan pada sahabat tentang satu perkara penting yang perlu diberi perhatian! [Kita digalakkan agar JANGAN mengingati segala kebaikan yang kita telah buat seharian. Jangan selalu ingat dan ungkit-ungkit perkara kebaikan yang kita buat . Jangan! Kerana ingatan sedemikian itu akan melahirkan satu rasa yang negatif. Iaitu kita rasa yang kita sentiasa dalam kebaikan dan mungkin datang perasaan bangga bahawa kita ni baik dan berperibadi mulia. Ini lah bahaya nya. Lepas itu kita akan berkurangan melakukan kebaikan dan malas membuat kebajikan lagi. Berasa cukup dengan apa yang telah dilakukan sebelum ini. Saya harap sahabat nampak dan jelas dengan penerangan yang ringkas ini.
3. Istiqamah
Teguh pendirian ialah tegak lurus
Teguh tetap dengan pendirian itu tidak berganjak
tIDAK dapat dicondongkan ke kiri ke kanan
tidak dapat di mundurkan ke belakang atau dimajukan ke hadapan
Dengan erti keluar dari tempat tegak berdiri itu
Apapun terjadi pendirian ini tidak dilepaskan
Itulah istiqamah
Nasihat….apa yang kita lakukan terbaik jangan kita tinggalkan semata-mata bila bergelar mahasiswa/wi …..
Melukut di katil bagaikan ibadah,
Senyum sendirian tanda gembira,
Jangan perubahan membawa padah,
Neraka menunggu Allah pum murka.
Peringatan: Sesungguhnya ramai dikalangan kita mahasiswa/wi berubah kearah keburukan apabila sampai ke menara gading....contohnya pendedahan aurat....ini amat menyedihkan...tidak kira lelaki atau perempuan lelakinya dengan seluar pendek tak berbaju dan perempuannya dengan kain tudung pendek dan baju berfesyen yang menampakkan iras auratnya.....
Perjalanan transformasi
1. Niat
2. Usaha bersama tawakkal+sabar
a. Sabar adalah tahan menempuh suatu yang sukar. Sabar terpuji ialah sabar mengerjakan taat kepada Allah….kedua sabar terhadap maksiat, sabar ketentuan dan musibah
b. Berasal daripada perkataan َصِبر
c. Unta tengok buah tu prefer mati dari makan walaupun tiada air
d. Usaha bersama tawakkal (waalaAllahifatawakkalu in kuntum mekminin)-Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakkal, jika kamu benar2 orang beriman.
e. Contoh ayat alayya adfaa (membayar) alma’kulati kullaha
3. Kejayaan atau kegagalan (ada dua, antara dalam لاثقusaha atau membiarkanNYA)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Ketahuillah wahai saudaraku para juru dakwah, sesungguhnya Allah Subhanahu Wata’ala pasti mengenakan cubaan kepadamu. Dia akan menguji ha...
-
Sedikit perkongsian daripada kuliah tentang jaga lidah, penulisan ini berdasarkan isi kuliah adDin bertempat di Masjid Sultan Salahudin Abdu...
-
Ayoyo...lama penulis tidak bersua? Kenapa.?..urusan dunia semata-mata? Kini, diri penulis terjeluak untuk menulis tentang wanita. Terl...
-
Aku sempat menjenguk sebentar bimbingan tentang solat khauf oleh US. NIDZOMUDDIN B. AHMAD yang begitu jelas menceritakan tentang asal usul s...
-
Pernah hatiku terpaut mengenai satu iklan, “Pencarian Bakat Dikir Barat Peringkat USIM”, huh berdebar-debar hatiku. Sebelum ini, apa yang...
-
Bersama semula anda dengan PC. Kali ini kita akan membincangkan satu perkara yang mungkin tidak pernah kita fikirkan iaitu isu-isu berkaita...
-
Musibah atau Muhasabah? Dalam mencari hikmah ujian-ujian yang dikurniakan oleh Allah SWT…………. Bismillah...
0 Response to "Transformasi diri mengikut SYARIAT"
Catat Ulasan