Pada semester yang lalu, unit e-Kaunseling di bawah Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) telah menganjurkan Explorasi Dakwah Perkampungan Orang Asli (EDPOS’10) buat kali pertama secara berkala. Program ini yang bertemakan “Kemasyarakan Rukun Keharmonian”, telah berjaya mencapai objektifnya iaitu: 1. Mendekati dan menyelami masyarakat orang asli bagi memastikan dakwah yang berkesan dapat disampaikan.2. Memberi pendekatan pendidikan secara formal dan tidak formal kepada masyarakat orang asli supaya mereka tidak ketinggalan dalam arus pendidikan yang begitu pesat.3. Memberikan pengetahuan dan pendedahan berkaitan tugas serta urusan berkaitan pengurusan program agar lebih mahir mengendalikan persatuan seperti simulasi dan praktikal dalam penyediaan kertas kerja, minit mesyuarat, sistem fail dan teknik komunikasi berkesan serta perucapan umum.
Aktiviti 3M(membaca, menulis dan mengira) telah membuka hati para pelajar daripada masyarakat orang asli tentang kepentingan pendidikan di masa kini. Tujuan utama 3M dilaksanakan adalah memberi pendedahan khusus terhadap golongan pelajar masyarakat orang asli dalam tiga asas utama iaitu membaca mengira dan menulis. 3M ini amat penting untuk melahirkan generasi yang berilmu seiring dengan arus pendidikan yang begitu pesat.
Di samping itu, 3M juga dapat menjana minda para pelajar dan memupuk minat pelajar dalam menuntut ilmu disamping membantu meningkat taraf pendidikan anak-anak masyarakat orang asli. Menurut Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Tekir, kekurangan dorongan untuk belajar daripada keluarga menjadi aspek penurunan taraf pendidikan di kalangan masyarakat orang asli. Justeru itu kesedaran masyarakat tentang kepentingan pendidikan amat penting bagi melahirkan masyarakat yang berpendidikan di masa akan datang .
Program EDPOS ini juga menetengahkan tentang kepentingan kretiviti, bekerjasama dan nilai-nilai murni dengan menterjemahkannya di dalam aktiviti riadah .Aktiviti riadah pula memberi impak yang berbeza kepada masyarakat orang asli. Antaranya ialah memupuk jalinan silaturrahim dan toleransi antara masyarakat orang asli dan masyarakat luar, melahirkan kebolehan memahami dan menyesuaikan diri kepada dengan komuniti dan persekitaran kerja yang baharu. Menurut salah seorang penduduk di situ, Puan Gayah,”Selama ini kami tidak pernah membuat sesuatu yang kreatif seperti ini”. Beliau bercakap sambil menerima hadiah pemenang bagi aktiviti “Pencahayaan Bakat”.
Selain itu, aktiviti riadah agak berpotensi membina keyakinan dan potensi diri dalam melahirkan masyarakat orang asli agar lebih berketerampilan
Program ini juga melatih para urusetia berkomunikasi dengan baik dengan penduduk kampung. Pengarah program ini, mempamerkan tema “Kemasyarakatan Rukun Keharmonian”, sebagai penggalak para urusetia untuk menggunakan kemahiran berkomunikasi dengan lebih matang. Selain itu sikap suka bekerjasama antara urusetia dan penduduk melahirkan masyarakat yang bersifat terbuka dan bersosial secara sihat antara masyarakat sekaligus melunturkan jurang komunikasi dan perhubungan antara mereka.
Program EPOS ini menutup tirainya dengan majlis perasmian penutup oleh Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamed Asin Dollah, Timbalan Naib Canselor (HEP dan Alumni) dan dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Hal Ehwal Pelajar USIM, JAKIM, Pusat Dakwah Islamiah Paroi dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA). Majlis penutup ini dihadiri oleh lebih 300 orang penduduk dan seramai 27 orang urusetia turun padang bagi memperkemaskan lagi majlis penutupan tersebut. Para hadirin juga dihidangi dengan persembahan ”Tarian Kongkong” oleh para urusetia termasuk pengarah program.
Ini melatih para urusetia untuk membiasakan diri mereka dengan kehidupan tradisional masyarakat orang asli terutamanya masyarakat orang asli di kg. Tekir. Menurut Timbalan Naib Canselor USIM, para penggerak program haruslah meneruskan program sebegini di masa yang akan datang khususnya di peringkat Kg. Tekir. Pesanan daripada pengarah program, En Mohd Hafiz Ihsan Bin Mohd Hassan bahawa program sebegini dapat membuka mata para mahasiswa tentang kewujudan dan kedaifan pendidikan di kalangan masyarakat orang asli. Secara keseluruhannya, program ini mendapat sambutan sepenuhnya daripada masyarakat kampung Tekir dan ucapan penghargaan kepada para urusetia yang menjadi nadi penggerak program EDPOS’10 ini. InsyaAllah, EDPOS’11 menanti anda!
Buletin : EXPLORASI DAKWAH PERKAMPUNGAN ORANG ASLI (EDPOS’10)
Dicatat oleh
Pencari Cahaya (PC)
On
Rabu, November 24, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Ketahuillah wahai saudaraku para juru dakwah, sesungguhnya Allah Subhanahu Wata’ala pasti mengenakan cubaan kepadamu. Dia akan menguji ha...
-
Sedikit perkongsian daripada kuliah tentang jaga lidah, penulisan ini berdasarkan isi kuliah adDin bertempat di Masjid Sultan Salahudin Abdu...
-
Ayoyo...lama penulis tidak bersua? Kenapa.?..urusan dunia semata-mata? Kini, diri penulis terjeluak untuk menulis tentang wanita. Terl...
-
Aku sempat menjenguk sebentar bimbingan tentang solat khauf oleh US. NIDZOMUDDIN B. AHMAD yang begitu jelas menceritakan tentang asal usul s...
-
Pernah hatiku terpaut mengenai satu iklan, “Pencarian Bakat Dikir Barat Peringkat USIM”, huh berdebar-debar hatiku. Sebelum ini, apa yang...
-
Bersama semula anda dengan PC. Kali ini kita akan membincangkan satu perkara yang mungkin tidak pernah kita fikirkan iaitu isu-isu berkaita...
-
Musibah atau Muhasabah? Dalam mencari hikmah ujian-ujian yang dikurniakan oleh Allah SWT…………. Bismillah...
0 Response to "Buletin : EXPLORASI DAKWAH PERKAMPUNGAN ORANG ASLI (EDPOS’10)"
Catat Ulasan