aku merasakan diri ini tersisih lantang pabila berada di bulan mulia ini. Malam aku berjaga kerana kerajaan akademik membicarakan di dalam kelas-kelas ilmu duniawi pada setiap malam. Ya Allah mengapa dan kenapa? ini memestikan kepada aku adanya sesuatu hikmah atau perkara yang baik akan berlaku. Setiap malam aku memandu tunggangan laju untuk ke kelas. Malam yang gelap umpama siang hari. Jalan yang sesak umpama lubuk ikan. Tepat tidak tepat, aku terpaksa menunggu sehingga pukul 11 malam untuk memulakan perbicaraan denganNya. Ketahuilah yaAllah, keletihan dan kepenatan sangat menguji hambamu untuk menutup mata. Dalam keheningan pagi, ku memaksa diri untuk berjihad. Dalam masa yang sama ku gerakkan fikiran untuk siapkan kerja-kerjs yang belum selesai.
Pada setiap pagi, ku akan menyediakan peralatan dan anggota untuk menyiapkan sesuatu buat sahabat-sahabat. Hanya Engkau ya Allah menjadi temanku ketika itu. Aku akui tentang kekuasaanMu dan pemberian nikmat agungMu iaitu ujian. Bagi manusia, ia adalah penghalang perbuatan tetapi bagiku ia adalah nikmat agung. Kenapa dan Mengapa? Di mana lagi perlu aku kukuhkan keimanan ini jika tanpa ujian. Kesyukuran ini bukan setakat itu sahaja kerana ujian membentuk jati diri dan menyedarkan manusia yang lena dalam alam fantasi mereka.
Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar
walapun titisan hari kemenangan belum tiba tetapi aku meraskan diri ini semakin longlai dengan ibadah. Ya Allah perkuat hati dan jati diri ini.
Melihat kekurangan diri membuat aku mnangis.
buat rakan2, ku packkan kata2 ini;
keindahan bulan tidak memandang
hati yang tenang menjadi ikatan suasana hening
jiwa yang teguh menentukan tauhid
kekuatan iman sebagai benteng agama
jatuhnya sinaran matahari dinantikan orang2 yang berhutang
keindahan matahari tanda kenikmatan
menyuburkan tanah-tanah dengan tanaman pahala
dosadosa lalu dijadikan baja untuk keindahan beribadat
keindahan malam lailatul qadar
menyembuhkan sisik-sisik yang menjadi penghalang
membuka ikatan permintaan yang terbentang
mencermikan kekuasaan Tuhan
sekian sahaja buat diri yang malang ini......
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Ketahuillah wahai saudaraku para juru dakwah, sesungguhnya Allah Subhanahu Wata’ala pasti mengenakan cubaan kepadamu. Dia akan menguji ha...
-
Sedikit perkongsian daripada kuliah tentang jaga lidah, penulisan ini berdasarkan isi kuliah adDin bertempat di Masjid Sultan Salahudin Abdu...
-
Ayoyo...lama penulis tidak bersua? Kenapa.?..urusan dunia semata-mata? Kini, diri penulis terjeluak untuk menulis tentang wanita. Terl...
-
Aku sempat menjenguk sebentar bimbingan tentang solat khauf oleh US. NIDZOMUDDIN B. AHMAD yang begitu jelas menceritakan tentang asal usul s...
-
Pernah hatiku terpaut mengenai satu iklan, “Pencarian Bakat Dikir Barat Peringkat USIM”, huh berdebar-debar hatiku. Sebelum ini, apa yang...
-
Bersama semula anda dengan PC. Kali ini kita akan membincangkan satu perkara yang mungkin tidak pernah kita fikirkan iaitu isu-isu berkaita...
-
Musibah atau Muhasabah? Dalam mencari hikmah ujian-ujian yang dikurniakan oleh Allah SWT…………. Bismillah...
0 Response to "kalam ramadhan"
Catat Ulasan