Wahai Ikhwah Sekalian

Posted by Pencari Cahaya Dalam Misi Mencari Cahaya Ilahi

Ya ayuhal ikhwah, Antum perhatikan bagaimana Allah telah menciptakan batu dan air yang mengalir di sungai ini. Antara batu dan air tidak ada pertikaian di antara mereka. Batu tidak pernah mengatakan, ‘Hai air kenapa bunyimu terlalu keras’ Atau air mempersoalkan, ‘Batu, kenapa kau ada disini.’ Tidak ada persengketaan diantara mereka; Mana hak saya… Mana kewajiban kamu… Tapi kenapa kita tidak mau mengambil ‘ibrah dari batu dan air? Kenapa kita mulai bercerai-berai, memikirkan ini hakku… ini hak saya… Ini kewajibanku… Itu kewajibanmu… Malu kita semua pada batu dan air! Ini saatnya antum semua bersatu, bekerjasama dalam ukhuwah Islamiyah… Allahu Akbar!

Featuring Post Example

Posted by TheBlogTemplates On Month - Day - Year

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at nisl. Nullam lorem mi, eleifend a, fringilla vel, semper at, ligula. Mauris eu wisi. Ut ante dui, aliquet nec, congue non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et maur...

Featuring Post Example

Posted by TheBlogTemplates On Month - Day - Year

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at nisl. Nullam lorem mi, eleifend a, fringilla vel, semper at, ligula. Mauris eu wisi. Ut ante dui, aliquet nec, congue non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et maur...

Featuring Post Example

Posted by TheBlogTemplates On Month - Day - Year

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at nisl. Nullam lorem mi, eleifend a, fringilla vel, semper at, ligula. Mauris eu wisi. Ut ante dui, aliquet nec, congue non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et maur...

Featuring Post Example

Posted by TheBlogTemplates On Month - Day - Year

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at nisl. Nullam lorem mi, eleifend a, fringilla vel, semper at, ligula. Mauris eu wisi. Ut ante dui, aliquet nec, congue non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et maur...

Ku jejaki alam dalam mencari redhaMu, ku tempuhi dugaan dalam menikmati suruhanMu, ku menangis kerana mengingatkan diriMu.....Temukankanlah si Pencari Cahaya dengan NurMu ya Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang

TEKNOLOGI BUKAN MAIN-MAIN bab 1@ kes 1

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Khamis, Mei 05, 2011










Celoteh ini PC tujukan kepada si bertanya iaitu saudara F. Mungkin PC terlalu sibuk dengan misi-misi yang lain sehingga terlupa dengan tanggungjawab member kebajikan terhadap persoalan yang ditimbulkan. Persoalan tentang penggunaan teknologi internet untuk maksiat atau ma’ruf. Kehidupan yang serba moden sekarang melupakan manusia tentang wadah kehidupan yang dijanjikan dalam kalimah. Aku terumbang ambing untuk menjawab persoalan di atas. Facebook, blog, twitter, YM, dan lain-lain sangat hebat menjadi permainan hidup manusia kian hari. Melihat kegopohan kemajuan ini, PC pum turut mengambil langkah untuk terlibat sama. Jika sebelum ini, akulah pengkritik paling tinggi dikalangan para pencari ilmu. Mungkin berubah fikiran untuk merealisasikan misi-misiku yang belum terjawab. Bak kata pepatah, “pabila ayam berkumpul, hidangan pasti menjadi”. Melihat keghairahan penduduk dunia yang serba maju, aku mula melangkah ke dunia blog dan facebook. Keperluan nasihat dari seorang ustaz yang menyatakan, “FB medium dakwah utama dalam dunia cyber” menjadi peringat api penulis. Jom kita lihat pro and con, “antara ciri untuk mengeluarkan pendapat”.


 

Keratan Mymetro
Selari dengan kemajuan teknologi terkini, masjid turut menggunakan sepenuhnya kemudahan terkini bagi memberikan jaringan maklumat kepada orang ramai.
Maklumat yang disiarkan perlu menyentuh isu semasa dan senario masyarakat Islam di Malaysia dan seluruh dunia. Ruang berkenaan dapat membuka saluran interaksi yang lebih canggih untuk mengukuhkan permuafakatan melalui maklum balas serta pertukaran pendapat.

Tidak dapat dinafikan teknologi khususnya Internet adalah kuasa yang amat berpengaruh masa kini. Segalanya berfungsi di hujung jari tanpa mengira sempadan masa dan waktu.


Kita juga perlu sentiasa berwaspada dengan dakyah dan usaha musuh Islam yang turut menggunakan teknologi ini untuk merosakkan akidah, pemikiran dan akhlak umat Islam.

Sudah terbukti jika kita menggunakan dengan cara salah ia berupaya menjadi alat propaganda atau fitnah politik yang boleh mengaibkan serta menjatuhkan imej seseorang.
Lihat saja bagaimana Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang dijatuhkan selepas tunduk kepada suara rakyat melalui Internet sehinggakan pada satu ketika kerajaan Mesir terpaksa menutup rangkaian Internet bagi mengelak demonstrasi terus tersebar ke seluruh negara.

Justeru, e-masjid perlu bersedia menjalankan tanggungjawab sebagai alat mengembang serta menyebar luas sebarang aktiviti masjid seperti maklumat pengajian, direktori dan aktiviti masjid.





Keratan dari YINK
ALOR SETAR:  Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK) melalui Unit Dakwah dan ICT mewujudkan laman dakwah elektronik kontemporari iaitu www.almuttaqin.tv.
 
Laman dakwah yang dibangunkan itu adalah sebahagian daripada usaha murni YINK dalam menyemarakkan risalah dakwah kepada umat Islam di seluruh dunia.

Antara intipati yang dipaparkan menerusi saluran ilmu ini ialah kuliah online, Al-Quran dan Sains, kelas insentif, tazkirah, wawancara dan Tafaqquh Fiddin.

Menurut Pengurus Besar YINK, Mohd. Zohdi Saad, Al-Muttaqin TV adalah wadah ilmu untuk semua, sejajar dengan perkembangan sains serta teknologi maklumat, penggunaan pena juga sesuai untuk diperluaskan kepada aplikasi internet.

“Usaha ini adalah untuk membantu umat Islam dengan menyebarkan ilmu dan dakwah secara elektronik kepada seluruh dunia melalui siaran-siaran langsung pengajian dan rakaman melalui capaian ICT,” katanya.

Keratan Berita harian_18/1/2011
Pastinya ramai pernah menerima mesej, “Sila sebarkan SMS ini. Jika tidak kamu akan ditimpa bencana daripada Allah SWT,” atau “Jika anda mahukan kejayaan dikurniakan Allah SWT maka sebarkan e-mel ini kepada 20 orang. Sudah pasti akan datang ganjaran tanpa anda duga”.
Mesej sedemikian membuatkan kita berasa ragu untuk tidak melakukan apa yang disuruh. Malah timbul anggapan mungkin rezeki dikurniakan Allah SWT sepatutnya dilaburkan kepada usaha penyebaran maklumat agama ini. 

Ada juga surat berantai yang diterima kononnya daripada pemegang anak kunci makam Rasulullah SAW. Ada dinamakan dengan Syeikh Ahmad dan Syeikh Omar. Selepas ditanya kepada penduduk Madinah mengenai orang itu, mereka menyangkal dakwaan ini. Penduduk Madinah sendiri tidak pernah mengenali nama individu terbabit. 

Perkara ini dinyatakan Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam kitab Fatawa Muasarah, bagaimana mereka boleh membuat jaminan kebahagiaan (pahala) dan jaminan ‘bala’ atau bencana jika tidak menyebarkan petikan itu. 

Inilah bahaya kepada agama yang perlu dikikis daripada teknologi. Walaupun umat Islam bersemangat dalam beragama, namun semangat sama sekali tidak dihalalkan jika melanggar disiplin keilmuan Islam. 
Surat berantai, SMS dakwah, e-mel berunsur keislaman yang mempunyai dakwaan serta amaran bukan berasal daripada al-Quran dan as-Sunnah menggambarkan seolah-olah Islam belum sempurna. 

Firman Allah bermaksud: “Pada hari ini Aku sempurnakan kepada kamu agamamu, dan Aku cukupkan nikmat-Ku ke atas kamu, dan Aku reda Islam itu sebagai agama kamu.” (Surah al-Maidah, ayat 3) 

Jika anda tidak menyebarkan maklumat ini maka anda akan mendapat musibah. Siapakah kita dalam mewajibkan dan mengharamkan. Malah boleh pula kita menetapkan bilangan tertentu untuk disebarkan seperti arahan menyebarkan kepada 20 orang untuk mengelak perkara tidak diingini. 

Islam amat mementingkan maklumat yang disampaikan tidak diterima secara semberono tanpa alasan jelas. Setiap dakwaan itu memerlukan hujah dan dalil, tambahan yang berkaitan agama. Sebab itu fakta diterima perlu dipastikan sumbernya, supaya ia tidak ditokok tambah. 

Ulama tabi’in, Muhammad Ibn Sirin berkata: “Sesungguhnya ilmu ini (mengenai al-Quran dan al-Sunnah adalah din (agama). Oleh itu perhatilah daripada siapa kamu mengambil agama kamu.” 

Sebenarnya budaya ini bukan budaya baik bagi mereka yang celik teknologi. Mereka sepatutnya mengetahui selok-belok pembohongan teknologi. Sayangnya mereka tumpas kerana pembohongan itu datangnya daripada e-mel atau SMS berbentuk agama. 

Kita takuti hasil sebaran kepada rakan lain membuat diri terjebak dalam pendustaan dan pembohongan itu pula atas nama Rasulullah SAW. Jangan kerana nampak keratan agama, terus disebarkan. Bukankah orang berkualiti adalah mereka mempunyai penyaring dalam setiap ceritanya. 

Semangat berdakwah melalui saluran perkembangan teknologi memang dibanggakan dan itu juga peluang melakukan dakwah. Namun, harus diingat dakwah juga memerlukan disiplinnya. Sebab itu, ulama melarang menceritakan dan menyampaikan sesuatu maklumat tanpa diselidik dulu. 

Mereka yang bersemangat untuk menggabungkan teknologi maklumat dan urusan dakwah, perlu merenung dan menjadikan kata-kata Imam Ibn Jauzi dalam kitabnya Talbis Iblis terhadap golongan yang suka menyebarkan cerita jauh daripada disiplin ilmu sebagai panduan. 

Katanya: “Orang ramai tidak lagi sibuk dengan ilmu, sebaliknya berpaling kepada cerita dan perkara yang diminati orang jahil. Maka timbul bidaah dalam bidang ini, dalam kalangan mereka ada yang memalsukan hadis dalam at-Targhib (menggalakkan ibadah) dan at-Tarhib (menakutkan orang ramai kepada maksiat). 

“Iblis menipu mereka dengan mengatakan: Tujuan kami untuk menggalakkan orang ramai kepada kebaikan dan menghalang kejahatan. Ini penambahan mereka terhadap syariat. Justeru, syariat pada sisi mereka adalah cacat dan berhajatkan kepada penyempurnaan. 

Tidak salah menyebarkan SMS dan e-mel atas tujuan dakwah tetapi bukan kita menetapkan ganjaran atau amaran. Marilah menjadi pendakwah dalam dunia teknologi berdasarkan ilmu kerana ilmu itu pagar mereka yang bersemangat. 

Berdasarkan kajian Akademi Peguam Perkahwinan Amerika, 1 daripada 5 perceraian di negara tersebut membabitkan laman sesawang sosial. 80% peguam juga melaporkan jumlah ketara individu menggunakan media sosial sebagai bukti kecurangan pasangan masing-masing.

Antara bahan digunakan adalah mesej dan gambar yang MENGGODA di FB.

Malah membolehkan seseorang berhubung semula dengan bekas kekasih masing-masing selepas terpisah sekian lama.



2009, firma guaman di Britain pula mencatatkan 20% petisyen perceraian mengaitkan FB sebagai punca. (Sumber: KOSMO bertarikh 2 Disember 2010)


Sertai komuniti myMetro
login|daftar
Derita fitnah facebook
Oleh Noor Hastikah Hassan dan Nur Qhurratul Ainn Maznee
am@hmetro.com.my
E-mel ArtikelBUKIT MERTAJAM: “Saya menerima lebih 20 panggilan setiap hari sejak 2 Februari lalu daripada ramai lelaki yang meminta saya melayani nafsu seks mereka.
“Walaupun sudah puas saya mengatakan orang dicari itu bukan saya, tetapi saya masih tetap diganggu sehingga hari ini menyebabkan saya serik menjawab panggilan telefon terutama selepas tengah malam,” kata seorang wanita dikenali sebagai Fyza yang mendakwa menjadi mangsa jenayah siber.

Fyza, 25, berkata selepas tidak tahan dengan gangguan berkenaan, dia memberanikan diri bertanyakan kepada seorang pemanggil dari mana mereka mendapat nombor telefonnya dan terkejut apabila dimaklumkan ia diperoleh dari laman sosial Facebook menggunakan nama Puteri Farah.
Katanya, selepas mendapat maklumat berkenaan, dia mengambil inisiatif untuk mencari individu menggunakan nama Puteri Farah terbabit sebelum tergamam apabila melihat paparan nombor telefon serta nama samarannya di laman sosial itu.

“Ketika membuka laman sosial berkenaan pada 5 Februari lalu, saya mendapati maklumat peribadi dan gambar yang diletakkan bukan diri saya. Saya kecewa dan malu apabila nombor telefon dan nama samaran milik saya.

“Saya mengesyaki ia dilakukan individu yang mengenali saya yang berniat memalu dan menjatuhkan maruah saya.
“Saya tidak pernah meletakkan nombor telefon di dalam akaun Facebook sendiri,” katanya ketika ditemui, semalam.

Sementara itu, tinjauan ke atas laman sosial Facebook milik individu yang menggunakan nama Puteri Farah itu mendapati ia mengandungi maklumat seperti tempat tinggalnya di Butterworth, Pulau Pinang selain pekerjaannya sebagai seorang jururawat.
Puteri Farah itu turut menyatakan dia pernah menyambung pengajian ke Converse College pada 2007 selain menawarkan khidmat seks seperti memuaskan nafsu, urut badan dan batin.

Dalam laman terbabit juga, Puteri Farah menceritakan perihal dirinya yang tidak memilih dan suka berkawan dengan semua orang selain menyifatkan bahawa hidup mesti dinikmati.

Fyza berkata, dia pernah mengadukan hal itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), tetapi terkilan apabila jawapan diberikan mereka tidak dapat mengesan individu terbabit.

Disebabkan gangguan berterusan dari individu tidak dikenali selain ingin membersihkan maruahnya, mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah di Bandar Perda pada 7 Februari lalu.

“Bagi saya, tukar nombor telefon saja masih tidak cukup kerana saya mahukan pembelaan selain ingin melihat individu melakukan perkara terkutuk itu menerima balasan setimpal atas perbuatannya selain membersihkan nama baik serta maruah saya yang sudah tercalar,” katanya.



Catatan Penulis

Macam-macam. Orang sini kata gini. Orang sana sensara. Orang sana sibuk sini. Orang sini ribut melanda. Itulah ungkapan-ungkapan. PC bahagikan rungkaian pendapat PC kepada 2 seperti pro dan con. Kita mulakan dengan bismillahirrahmanirrahim sebagai pembuka kalimah yang indah. Kata-kata indah ini ku mulakan dengan kejayaan. Dakwah jika ikut bahasanya membawa makna yang indah tapi susah iaitu mengajak, menyeru, membawa, memberitahu dan segalanya yang berkaitan. Dakwah banyak berkaitan dengan peribahasa “jaga tepi kain orang” dan peribahasa ini penuh dengan kontrovesi kerana menjadi igauan para penfitnah. Jaga tepi kain orang di sini bermaksud anda suka dengan membuat kegiatan dakwah iaitu sebagai contoh si sipulan tidak solat dan anda mengajaknya untuk solat. Contoh lain: anda memberitahu kawan anda tentang waktu solat yang sedang berlangsung. Jadi jom kita fahami makna sebenar tugas pendakwah ini.
 Rasulullah Saw bersabdarmaksud yang bermaksud:
Siapa saja yang bangun pagi, sementara ia hanya memperhatikan masalah dunianya, maka ia tidak berguna apa-apa di sisi Allah. Siapa sahaja yang tidak memperhatikan urusan kaum Muslim, maka ia tidaklah termasuk golongan mereka. [HR. ath-Thabrani dari Abu Dzar al-Ghifari].
Islam tidak pernah membiarkan salah seorang dari para penganutnya bebas dari tanggungjawab. Sebaliknya, Islam memberikan kepada mereka beban tanggung jawab yang sesuai dengan posisinya sebagai manusia, jika ia telah mencapai status akil balig. Rasulullah Saw bersabda:
Ketahuilah, bahwa setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap pemimpin bertanggung jawab atas kepemimpinannya. Setiap kepala negara adalah pemimpin dan ia bertanggungjawab atas kepimpinannya. Seorang suami adalah pemimpin dalam keluarganya dan ia bertanggungjawab atas kepemimpinannya. Seorang wanita (istri) adalah pemimpin dalam rumah tangga suaminya dan anak-anaknya dan ia bertanggungjawab atas mereka. Seorang pelayan/hamba sahaya adalah pemimpin atas harta tuannya dan ia bertanggung jawab atas kepe-mimpinannya. Ketahuilah, bahwa setiap kamu adalah pemimpin dan masing-masing harus mempertanggungjawabkan kepimpinannya. [HR. al-Bukhari Muslim].
Apakah perkataan yang lebih baik selain berzikir atau mengingati Allah? Kefahaman manusia tentang zikrullah sekarang amat pendek kerana mereka semua menyangka zikir hanyalah perbuatan lidah. Sebaik-baik zikir adalah dengan lidah dan disertai dengan hati. Zikir dalam makna lain adalah menyeru kepada Allah. Kenapa PC mengeksploitasikan makna zikir ini? Jika anda fahami betul-betul bahawa mengingati Allah juga berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan. Jom kita rungkaikan. Jika seorang itu cinta atau mengingati Allah, apakah buktinya? Haaa. ...itulah yang dimaksudkan PC. Jika seseorang itu mengingati Allah maka haruslah perjalanan hidupnya menjalankan yang ma’ruf dan menahan sebarang kemungkaran. Dan sebaik-baik zikir adalah zikir orang yang membuat peringatan.
Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal salih, dan berkata, “Sesungguhnya aku termasuk golongan kaum Muslim”?(Qs. Fushshilat [41]: 33).
Ayat di atas ditujukan kepada individu Muslim, siapa pun orangnya, untuk menjalankan kegiatan dakwah Islam.
Hendaklah ada di antara kalian segolongan umat (jamaah) yang mengajak pada kebajikan (Islam), memerintahkan yang makruf, dan mencegah kemungkaran. Merekalah orang-orang yang beruntung. (Qs. Ali-Imraan [3]: 104).
Ayat ini ditujukan kepada sekelompok kaum Muslim —sebagai sebuah jamaah— untuk menjalankan kegiatan dakwah Islam dan amar makruf nahi mungkar.
Dalam suatu hadis disebutkan demikian:
Rasulullah Saw tidak pernah memerangi suatu kaum melainkan sesudah terlebih dulu menyampaikan dakwah Islam kepada mereka. [HR. Ahmad, al-Hakim, dan ath-Thabrani].
Hadis ini menjelaskan kedudukan Rasulullah Saw sebagai kepala negara (penguasa) yang menjalankan kegiatan
 dakwah terlebih dulu (yaitu mengajak orang-orang kafir agar memeluk Islam atau bersedia tunduk di bawah kekuasaan Islam), sebelum —jika mereka menolak—melakukan jihad fi sabilillah untuk membuka dan mengubah Darul Kufur menjadi Darul Islam.
Selesai dengan definisinya. Kita lihat pula perkaitannya dengan dunia teknologi sekarang. Kemudahan-kemudahan teknologi yang berselerak sekarang menjadi permainan penting penduduk bumi. Dunia ini seolah-olah hidup tanpa batasan traffic yang melingkari perjalanan. Semua kemudahan ini menjadi darah daging manusia yang memerlukan kemudahan. Tradisional dilupakan bagi menaikkan keperluan kemudahan ini. Keperluan dakwah yang semakin tinggi melihat kemungkaran semakin maju menjadi pemacu kewajipan untuk menambah saluran dakwah. Lihat kembali keratan metro di atas yang menjadi contoh penggunaan teknologi dalam kehidupan dakwah masa kini. Kesemua institusi agama memandang kemudahan-kemudahan ini sebagai peluang besar dalam meninggikan kalimah Allah. Masjid-masjid mula menggunakan penggunaan slide-slide presentation ketika khutbah, pejabat-pejabat agama meneruskan penyelidikan dengan statistik-statistik melalui pengantarabangsaan ternologi, kampung-kampung dipenuhi dewan orang ramai yang penuh kecanggihan, pelajar-pelajar mula diberi kelebihan menggunakan notebook. Ini adalah peluang atau rezeki bagi si pentadbir dakwah.
Laman-laman web berkaitan Agama Islam menjadi rujukan utama penduduk dunia dalam dunia yang semakin singkat masanya. Setiap fatwa yang dikeluarkan mudah disebarkan ke seluruh alam dengan hanya dihujung jari. Lihat laman almuttaqin yang dikeluarkan Yayasan Islam Negeri Kedah (YYINK) menyatakan kemajuan itu adalah keperluan. Penyebaran Islam secara meluas menjadi pemacu kemajuan dan penggerak keislaman. Kehadirannya bak pepatah durian runtuh bagi penggemar pahala. Usah dilkatakan laman web institusi agama, para blogger juga mengisi ruang legar komunikasi dengan penyebaran blog-blog ilmiah. Blog-blog ini menjadi penawar kedua dalam dunia perkongsian dan pembelaan. Usaha memartabatkan dunia islam menjadi visi utama. Penyuaraan pendapat yang berstatus berkongsi memudahkan pembelaan dan perdebatan sebenar dalam Islam. Titisan nikmat ini diteruskan apabila timbul pula pengenalan teknologi terbaik masa kini iaitu saluran laman sosial. Tagged, twitter, facebook, friendster dan lain-lain menjadi wawasan penduduk sekitar hidupan dunia. Melihat kebangkitan ini walaupun dari luar, menjadikan pendakwah berpotensi untuk maju kehadapan kerana hampir 50% dan ke atas statistiknya menjadi lubang harta bagi si pecari karun.

Tetapi.. .. .. ... ...tetapi.. .... ..  .....


Kekesalan dan kecemburuan menimpa PC.... .. . ..


PABILA TEKNOLOGI MENJADI ALAT PEMBOHONGAN


TEKNOLOGI MENJADI MEDAN MENIPISKAN LIDAH


TEKNOLOGI DIPERMAIN-MAINKAN


TEKNOLOGI DIPERGUNAKAN


TEKNOLOGI MENJADI SUMBER PEMBUNUH


TEKNOLOGI MEMPERTAHANKAN KEBATILAN




Di mana kelebihan yang Allah berikan kepada pendakwah-pendakwah dan mujahid-mujahid? Persoalan menjadi liabiliti kepada insan yang memahami...jom kita rungkaikan bersama-sama.

Kes mula berlambak,
Malaikat rakit atid menjadi sibuk,
Mungkar nakir menunggu dengan sedikit hiba,
Apa penduduk dunia lakukan sehingga dunia berputar menambah laluan.....
Laluan ke dunia siber dengan kemungkaran..........




Kes 1:




Fitnah alat mainan


Dari segi bahasa  perkataan ‘fitnah’ boleh diberi pengertian sebagai tuduhan sesuatu terhadap orang lain tidak kira secara terang-terangan atau secara rahsia, dimana sebenarnya orang yang dituduh tersebut tidak melakukan atau melakukan perbuatan yang dituduhkan. Maaf pengertian PC agak pelik kerana fitnah juga berlaku kepada si perilaku perbuatan. Tapi apakah makna ‘fitnah’ yang dimaksud di dalam Al Qur’an itu seperti yang disebutkan itu? Mari kita telaah sebelum kita memasuki pengertian dari PC.

Di dalam Al Qur’an surat Al Baqarah (2) ayat 191 tercantum kalimat “Wal fitnatu asyaddu minal qotli….” yang membawa pengertian “Dan fitnah itu lebih sangat (dosanya) daripada pembunuhan..”. Imam Ibnu Katsir menjelaskan, bahwa Imam Abul ‘Aliyah, Mujahid, Said bin Jubair, Ikrimah, Al Hasan, Qotadah, Ad Dhohak, dan Rabi’ ibn Anas mengertikan “Fitnah” ini dengan makna “Syirik”. Jadi Syirik itu lebih besar dosanya daripada pembunuhan.
Ayat tersebut turun berkaitan dengan haramnya membunuh di Masjidil Haram, namun hal tersebut diizinkan bagi Rasulullah saw manakala beliau memerangi kemusyrikan yang ada di sana. Sebagaimana diketahui, di Baitullah terdapat ratusan berhala besar dan kecil ketika saat Rasulullah saw diutuskan. Rasulullah diutuskan untuk menghancurkan semuanya itu. Puncaknya adalah saat Fathu Makkah, dimana Rasulullah saw mengerahkan seluruh pasukan muslimin untuk memerangi orang-orang musyrik yang ada di Makkah.
Kemudian juga di surat Al Baqarah (2) ayat 217, disebutkan “Wal fitnatu akbaru minal qotli…” yang artinya “Fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan..”.  Ayat ini turun ketika ada seorang musyrik yang dibunuh oleh muslimin di bulan haram, yakni Rajab. Muslimin menyangka saat itu masih bulan Jumadil Akhir. Sebagaimana diketahui, adalah haram atau dilarang seseorang itu membunuh dan berperang di bulan haram, yakni bulan Rajab, Dzulqo’dah, Dzulhijjah dan Muharram.
Melihat salah seorang kawan mereka dibunuh, kaum musyrikin memprotes dan mendakwakan bahwa Muhammad telah menodai bulan haram. Maka turunlah ayat yang menjelaskan bahwa kemusyrikan dan kekafiran penduduk Makkah yang menyebabkan mereka mengusir muslimin dan menghalangi muslimin untuk beribadah di Baitullah itulebih besar dosanya daripada pembunuhan yang dilakukan oleh orang-orang beriman. (Mbah Dipo www.pitutur.net, edit oleh PC)

Kita lihat pula pengertian bahasa yang dilontarkan PC. Kenapa PC mengatakan bahawa Fitnah juga berlaku kepada perilaku seorang yang melakukan perbuatan yang dituduhi itu. Melihat kepada mulut, gunung pum boleh hancur. Itulah peribahasa bagi orang yang bercakap. Kesenangan dalam manggunakan nikmat bercakap digunakan sewenang-wenangnya. Entah betul atau tidak semua dihentamnya. PC memberikan 3 contoh situasi sebegini untuk menjadikan pengajaran dan perkongsian buat semua.

Situasi 1:
Pak Maat adalah seorang penjual sayur. Pada setiap hari dia akan menjual sayur-sayurnya yang ditanam dibelakang rumahnya. Pada suatu hari, beliau kekurangan duit untuk membeli racun serangga untuk kegunaan menghalau haiwan perosak. Dan pada akhir kematangan sayur itu, Pak Maat menjual sayur tersebut dengan harga yang sama dan kualiti yang berbeza. Suatu hari, datang seorang pelaggan membeli sayur Pak Maat dan mendapati bahawa anaknya mengalami keracunan makanan yang teruk. Semenjak hari itu tersebarlah berita tentang sayur Pak Maat membunuh manusia.

Situasi 2:
Sheila adalah seorang artis dan sangat popular dengan kecantikannya. Beliau dikenali sebagai wanita pujaan lelaki. Wanita ini bekerja dengan syarikat publisher yang terkenal dan banyak gambarnya tersebar dalam majalah. Tiba suatu masa Sheila dikurniakan Allah hidayah dan membuka hatinya untuk berubah. Sejak hari itu Sheila mula berubah. Jilbab menjadi pilihannya dan kariernya ditinggalkan. Heboh satu Malaysia mempopularkan namanya sebagai pelacur. Hanya kerana meninggalkan karier kerana Allah, inilah yang dihadapinya.

Situasi 3:
 Ulama’-ulama’ pewaris Nabi Nabi alaihisholatiwassalam...Kebanyakan timbul ulama’-ulama’ muda (mengaku hebat) menjatuhkan ulama’-ulama’ kononnya ulama’ dahulu kurang ilmu, tk faham konsep, tidak mengamalkan agama yang betul.


Ketiga-tiga situasi di atas adalah situasi luar biasa. Situasi 1, disebabkan nila sebelanga, habis masyarakat sedunia. Itulah kesiannya Pak Maat. Beliau memperlakukan sedemikian bukan kerana kekayaan tetapi terdesak oleh keadaan. Mungkin kesilapannya ialah mencari jalan mudah tanpa ikhtiar yang panjang. Kita lihat, golongan yang berada, berada dalam kesenangan, berapa banyak korupsi yang dilakukan dan berapa banyak yang jadi buah mulut? Itulah manusia. Mencari kesalahan orang lain. Apa kaitannya dengan teknologi? Ish2. Teknologi adalah pembantu para penfitnah untuk menjalankan kerja yang bergaji dosa ini. Teknik pharaprasing yang dilakukan oleh penfitnah dengan teliti. Ayat-ayat yang ditabur disusun dengan rapi umpama rumusan jahat. Setiap kali timbul isu, kejahatan dihebohkan dan meluak-luak dengan pelbagai tomahan baru yang tiada kaitan dengan si pelaku. Likat situasi tadi, anak pelanggan Pak Maat ditakdirkan Allah untuk memberi peringatan tetapi alangkah tingginya ujian yang dihadapi Pak Maat kerana ditubuh pembunuh senyap. Tetapi adakah Pak Maat menyedari bahawa beliau menghadapi saham-saham akhirat dihadapannya....Sama-sama kita doakan.
Dan sesuatu yang paling menggerakkan  fitnah adalah banyak berbicara.
Imam al-Qurthubi  rahimahullah berkata dalam menjelaskan sebab-sebab
terjadinya fitnah yang sangat banyak, sesungguhnya ia bermula: 'dengan berkata
bohong di hadapan para pemimpin, memberikan informasi kepada mereka. Maka
seringkali hal itu memunculkan kemarahan dan pembunuhan, lebih banyak dari
pada terjadinya fitnah itu sendiri.

Situasi 2 mengisahkan tentang  si perubah. Orang yang mahu berubah pum boleh dijatuhkan? Allahuabar, tingginya nilai kehidupan. Sudahla berubah, diuji lagi dengan bekalan dariNya. Jika anda di situasi Sheila, gambar2 yang menjijikkan menjadi pilihan si pemfitnah. Agak-agak anda ke mana? Kembali ke lembah neraka atau berjalan-jalan meniti sirot menuju syurgaNya.

Situasi 3 amat menyedihkan dengan kisah ulama’ dicaci, dihina, diperguna. Banyak laman-laman sosial yang menjadi puncak perbahasan ulama’ muda(muda lagi, tunggu tua baru nak bertaubat). Membahaskan sesuatu tanpa isi. Inikah ulama’? ish3....ataghfirullah dauhkan diri ini ya Allah. Perilaku di sini mgkin menjadi persoalan. Mungkin ulama’ membahaskan sesuatu berdasarkan ilmunya bukan nafsu seperti para muda mudi. Semua dikatan salah. Semua nak senang. Nampak sangat iman dengan nafsu dan mmmm.

Dan sering sekali  fitnah menjadi besar saat seseorang mengambil sikap
atas dasar kesalahpahaman. Dan yang lebih berbahaya lagi dalam menyulut api
fitnah adalah mendahulukan pendapat pribadi di atas hukum syara’.
Diriwayatkan dalam Shahih al-Bukhari, bahwasanya Sahl bin Hanif  berkata
saat terjadinya  fitnah di antara para sahabat  radhiyallahu ‘anhum: ‘Wahai
sekalian manusia, curigalah terhadap pendapat pribadimu di atas agamamu...”
Dan terkadang engkau berlari dari fitnah, maka para pelakunya menyusul
engkau, sedangkan engkau tidak ingin terlibat di dalamnya. Sebagaimana yang
diriwayatkan dari Abu ad-Darda, ia berkata, ‘Jika engkau mengkritik mereka,
mereka mengkritik engkau. Jika engkau meninggalkan  mereka, mereka tidak
meninggalkan engkau. Dan jika engkau berlari dari mereka, mereka pun
menyusul engkau...’




Jom kita lihat tazkirah dari laman Belia Islam
Penyebaran fitnah mudah berlaku dalam era teknologi komunikasi moden sekarang. Kemudahan khidmat pesanan ringkas (SMS), laman web dan emel membolehkan penyebaran maklumat tanpa memerlukan bertemu secara berdepan, lebih mudah, cepat, meluas dan murah. Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah. Penyebaran fitnah melalui SMS yang berleluasa memaksa kerajaan menetapkan peraturan semua pemilik kad prabayar didaftarkan.
Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.
Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu. Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.
Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.
Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.
Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar. Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.
Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah. Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)
Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12). Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.
Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu. Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.
Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu. Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah. Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.

Nantikan KES ke-2

0 Response to "TEKNOLOGI BUKAN MAIN-MAIN bab 1@ kes 1"

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular


    Solat dulu yup

    About Me

    Foto Saya
    Pencari Cahaya (PC)
    lahir kat 135 kampung hiliran masjid,21000 Kuala Terengganu, Terengganu, tinggal di Nabawan, Sabah selama beberapa tahun dan menetap di Kelantan selepas itu.....
    Lihat profil lengkap saya

    get this widget here

    Meh kecek smeta (jom berdialog)

    Followers

    5 Perkara