Maka ramai ustaz yang tersilap apabila memahami ayat Allah (maksudnya) “Dan fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh” (Surah al-Baqarah: 191) dengan maksud menuduh orang itu lebih dahsyat dari membunuh. Itu fahaman secara melayu, seperti menyamakan tuak di Kelantan dengan tuak di Kedah. Bukan itu maksudnya, tetapi yang dimaksudkan dengan fitnah dalam ayat tersebut adalah ‘syirik’.
Adapun apabila disebut sebagai zaman fitnah ianya bermaksud zaman ujian dan cubaan yang boleh menggugat keimanan dan ketenteraman hidup. Ianya menjadikan manusia keliru dalam membuat pendirian atau begitu sukar untuk berpegang teguh atas prinsip yang benar disebabkan cabaran, ujian dan tekanan yang wujud pada waktu tersebut.
Alhamdulillah selesai berdiskusi pendek dengan DrMAZA sebentar tadi berkenaan isu ayat
"fitnah itu lebih besar/dasyat daripada membunuh". al-Baqarah ayat 217.
Sebelum ini saya terkelu sedikit mendengar usrah nurani IKIM.fm Jumaat lepas (31 Januari 2014) yang membincangkan tajuk "lebih dasyat daripada membunuh" yang mana dihadiri oleh artis dan profesional.
Berikutan itu, hasil perbincangan usrah adalah membawa maksud fitnah iaitu namimah dan bukannya ibtila'(cubaan), imtihan (ujian), syirik atau bala' yang lebih tepat kepada ayat tersebut. Saya merasakan perlunya naqib menjelaskan pengertian sebenar ayat yang mana bukannya bermaksud fitnah (namimah-mengada-adakan berita palsu) itu sebaliknya syirik jika mengikut maksud ayat.
Masalah ini sudah digambarkan dan diberi perhatian oleh DrMAZA sendiri pada 16 March 2008 iaitu:
Antara coretan Dr Maza adalah seperti berikut:
Saya tersedar untuk menulis post ini selepas semalam ditegur oleh tuan Guru ketika kuliah zohor di surau SPAD di Subang Jaya. Kata beliau hanya orang jahil murakkab sahaja yang faham dengan fitnah itu adalah namimah.
Jika anda masih keliru dengan maksud fitnah yang dikatakan lebih dasyat daripada membunuh, anda boleh merujuk tafsir alquran (tafsir ibn kathir) bagi ayat tersebut yang mana saya ringkaskan bahawa fitnah (dalam ayat) itu adalah pabila celaan kaum musyrikin kepada umat Islam yang berperang pada bulan Haram. Dan celaan ini bertujuan menarik umat islam kembali syirik atau ke agama asal mereka.
Wallahua'lam
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Ketahuillah wahai saudaraku para juru dakwah, sesungguhnya Allah Subhanahu Wata’ala pasti mengenakan cubaan kepadamu. Dia akan menguji ha...
-
Sedikit perkongsian daripada kuliah tentang jaga lidah, penulisan ini berdasarkan isi kuliah adDin bertempat di Masjid Sultan Salahudin Abdu...
-
Ayoyo...lama penulis tidak bersua? Kenapa.?..urusan dunia semata-mata? Kini, diri penulis terjeluak untuk menulis tentang wanita. Terl...
-
Aku sempat menjenguk sebentar bimbingan tentang solat khauf oleh US. NIDZOMUDDIN B. AHMAD yang begitu jelas menceritakan tentang asal usul s...
-
Pernah hatiku terpaut mengenai satu iklan, “Pencarian Bakat Dikir Barat Peringkat USIM”, huh berdebar-debar hatiku. Sebelum ini, apa yang...
-
Bersama semula anda dengan PC. Kali ini kita akan membincangkan satu perkara yang mungkin tidak pernah kita fikirkan iaitu isu-isu berkaita...
-
Musibah atau Muhasabah? Dalam mencari hikmah ujian-ujian yang dikurniakan oleh Allah SWT…………. Bismillah...
0 Response to ""fitnah?""
Catat Ulasan