Bismillahirrahmanirrahim
Di zaman penuh kemodenan ini banyak merancakkan kehidupan kita semua. Selepas semusim berpuasa, kini tibalah pula hari raya. Diri ini pernah bertanya: adakah kita masih bersyukur atas nikmatnya? Adakah puasa sebulan mampu mengekang kita daripada nafsu ammarah dan mengubah kita kembali ke jalanNya dengan kekuatan ibadah seharian? Latihan demi latihan tidak cukup jika kita tidak mempraktikkannya. Saya memohon baik kepada diri sendiri mahupun rakan-rakan diluar sana untuk meneruskan kehidupan di bulan mulia, ramadhan ke hari-hari dan bulan-bulan yang mendatang. Jika sebelum ini kita tidak pernah qiamullai, dan pabila tibanya ramadhan kita bangun menyembahNya.....teruskan!, jika sebelum ini, kita jarang-jarang menyentuh atau mentadabbur al-Quran, dan pabila ramadhan kita dengan semangatnya bertaqarrub kepadaNya dengan membaca ayat-ayatNya....teruskan!, jika sebelum ini dan sebelum ini kita lesu dalam beribadah dan tiba-tiba gembira dalam beribadah, ayuh rakan-rakan kita teruskanNya. Di kesempatan ini. PC mengucapkan selamat hari raya aidilfitri dan memohon maaf jika berlaku sedikit atau banyak kegusaran yang memungkinkan menyebabkan hati-hati kita terasa, mohon sangat-sangat dimaafkan kerana diri yang daif
ini memerlukannya.
Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi.
(Al- Araf [7] : 23 )
Di dalam bermaafan pula. Usah kita hilangkan diri kita daripada sujud kepada yang Maha Esa. Di sini al-faqir ingin mengajak rakan-rakan untuk kita sama-sama mengerjakan solat sunat tasbih sebagai tanda kesyukuran kita kepadaNya.
وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
" .. Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan) dan supaya kamu membesarkan Allah (dengan takbir dan tahmid) kerana mendapat pertunjuk-Nya ..al-Baqarah ayat 185
Sabda Rasulullah SAW kepada bapa saudaranya Abbas bin Abdul Muthallib:
“Wahai Abbas bapa saudaraku, Aku ingin memberikan padamu, aku benar-benar mencintaimu, aku ingin engkau melakukan -sepuluh sifat- jika engkau melakukannya Allah akan mengampuni dosamu, baik yang pertama dan terakhir, yang terdahulu dan yang baru, yang tidak sengaja maupun yang disengaja, yang kecil maupun yang besar, yang tersembunyi maupun yang terang-terangan. Sepuluh sifat adalah: Engkau melaksankan solat empat rakaat; engkau baca dalam setiap rakaat Al-Fatihah dan surah, apabila engkau selesai membacanya di rakaat pertama dan engkau masih berdiri, mka ucapkanlah: Subhanallah Walhamdulillah Walaa Ilaaha Ilallah Wallahu Akbar 15 kali, Kemudian rukuklah dan bacalah doa tersebut 10 kali ketika sedang rukuk, kemudian sujudlah dan bacalah doa tersebut 10 kali ketika sujud, kemudian bangkitlah dari sujud dan bacalah 10 kali kemudian sujudlah dan bacalah 10 kali kemudian bangkitlah dari sujud dan bacalah 10 kali. Itulah 75 kali dalam setiap rakaat, dan lakukanlah hal tersebut pada empat rakaat. Jika engkau sanggup untuk melakukannya satu kali dalam setiap hari, maka lakukanlah, jika tidak, maka lakukanlah satu kali seminggu, jika tidak maka lakukanlah sebulan sekali, jika tidak maka lakukanlah sekali dalam setahun dan jika tidak maka lakukanlah sekali dalam seumur hidupmu”
Solat Sunat Tasbih dinamakan solat tasbih adalah disebabkan di dalamnya terdapat bacaan tasbih iaitu sebanyak 300 kali.
KAIFIAT MELAKSANAKANNYA
Sekiranya dilakukan pada waktu siang hari maka hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan satu salam.
Manakala sekiranya dilakukan pada waktu malam maka hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan 2 salam.
CARA MENGERJAKANNYA
Terdapat dua cara untuk melakukan Solat ini :
1. Sesudah kita berniat dan bertakbir, kita membaca doa iftitah. Selanjutnya kita membaca tasbih sebanyak 15 kali . Kemudian membaca ta'awudz dan Al-Fatihah serta surah. Sesudah itu kembali membaca tasbih sebanyak 10 kali. Selanjutnya tasbih dibaca sebanyak 10 kali dalam rukuk, I'tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan sujud yang kedua.
2. Bacaan tasbih sebanyak 15 kali dibaca selepas membaca surah, Selanjutnya tasbih dibaca sebanyak 10 kali dalam rukuk, I'tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan sujud yang kedua dan pada menjelang untuk mengerjakan rakaat yang berikut.
Dan bagi rakaat terakhir maka tasbih dibaca sebelum membaca tahiyat.
3. Surah yang biasa dibaca ialah : Pada Rakaat 1 Surah At-Takathur (Alhakumuttakathur), Surah Al-Asr pada Rakaat 2, Surah Al-Kafiruun Rakaat 3 dan Surah Al-Ikhlas Rakaat 4.
Perlu diingatkan kalau sekiranya waktu siang hari bacaan tidak dibaca dengan kuat dan pada rakaat ketiga dan keempat hanya fatihah sahaja dibaca (seperti solat zohor dan asar)
NIAT
أُصَلِّى سُنَّةَ الْتَسْبِيْحِ رَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالىَ
Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat Tasbih 2 rakaat kerana Allah Taala.
TASBIH YANG DIBACA
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ
Maksudnya : Maha suci Allah dan pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Besar. Tiada daya upaya melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Agung.
JADUAL TASBIH
1. 4 Rakaat 2 Salam
WAKTU | JUMLAH TASBIH |
Slps Iftitah sebelum Fatihah | 15 |
Sesudah surah Rakaat 1 | 10 |
Rukuk | 10 |
I'tidal | 10 |
Sujud | 10 |
Duduk antara dua sujud | 10 |
Sujud kedua | 10 |
Selepas surah Rakaat 2 | 10 |
Rukuk | 10 |
I'tidal | 10 |
Sujud | 10 |
Duduk antara dua sujud | 10 |
Sujud kedua | 10 |
Sebelum Tahiyyat | 15 |
JUMLAH | 150 X 2 = 300 |
2. 4 Rakaat 1 Salam
WAKTU | JUMLAH TASBIH |
Slps Iftitah sebelum Fatihah | 15 |
Sesudah surah Rakaat 1 | 10 |
Rukuk | 10 |
I'tidal | 10 |
Sujud | 10 |
Duduk antara dua sujud | 10 |
Sujud kedua | 10 |
Selepas surah Rakaat 2 | 10 |
Rukuk | 10 |
I'tidal | 10 |
Sujud | 10 |
Duduk antara dua sujud | 10 |
Sujud kedua | 10 |
Sebelum Tahiyyat Awal | 15 |
Selepas Tahiyyat Awal | 15 |
Sesudah Fatihah Rakaat 3 | 10 |
Rukuk | 10 |
I'tidal | 10 |
Sujud | 10 |
Duduk antara dua sujud | 10 |
Sujud kedua | 10 |
Selepas Fatihah Rakaat 4 | 10 |
Rukuk | 10 |
I'tidal | 10 |
Sujud | 10 |
Duduk antara dua sujud | 10 |
Sujud kedua | 10 |
Sebelum Tahiyyat Akhir | 15 |
JUMLAH | 300 |
DOA SOLAT TASBIH
اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ تَوْفِيْقَ أَهْلِ الْهُدَى وَأَعْمَالَ أَهْلِ الْيَقِيْنَ وَمُنَاصَحَةَ أَهْلِ التَّوْبَةِ وَعَزْمَ أَهْلِ الصَّبْرِ وَوَجَلَ أَهْلِ الْخَشْيَةِ وَطَلَبَ أَهْلِ الرَّعْبَةِ وَتَعَبُّدَ أَهْلِ الْوَرَعِ وَعِرْفَانَ أَهْلِ الْعِلْمِ حَتَّى نَخَافَكَ .
اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مَخَافَةًَ تُحْجِزُنَا عَنْ مَعَاصِيْكَ حَتىَّ نَعْمَلَ بِطَاعَتِكَ عَمَلاً نَسْتَحِقُّ بِهِ رِضَاكَ وَحَتَّى نُنَاصِحَكَ فِيْ التَّوْبَةِ وَخَوْفًا
مِنْكَ حَتَّى نُخْلِصَ لَكَ النَّصِيْحَةَ وَحَتَى نَتَوَكَّلَ عَلَيْكَ فِيْ اْلأُمُوْرِ كُلِّهَا وَحَتَّى نُحْسِنَ الظَّنِّ بِكَ ، سُبْحَانَ خَالِقِ النُّوْرِ.
Ya Allah, ya Tuhan kami, kami memohon taufik daripada-Mu sebagaimana orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk dan jadikan amalan kami ini seperti mana amalan ahli yakin dan jadikanlah kami dari golongan orang yang menerima nasihat orang-orang yang bertaubat dan keazaman kami seperti mana orang-orang yang sabar dan gementar kami seperti mana orang-orang yang takut dan kami memohon seperti mana permohonan orang yang suka kepada kebaikan dan beribadat seperti orang-orang yang warak dan jadikanlah pengetahuan kami ini sebagai ahli-ahli yang berilmu sehingga kami termasuk ke dalam orang yang takut kepada Engkau.
Ya Allah, kami memohon kepada-Mu, jadikan kami golongan yang takut yang menghalang kami daripada melakukan maksiat sehinggalah kami beramal dengan taat kepada-Mu amalan yang kami merasakan perlu mendapat keredhaan-Mu dan juga sehingga kami bersungguh-sungguh pada bertaubat serta takut kepada-Mu dan juga sehingga kami betul-betul ikhlas dan tawakal kepada-Mu dalam setiap perkara dan supaya kami menjadi orang yang baik sangka terhadap Engkau, Maha Suci Engkau sebagai Pencipta.
Ayuh sama-sama kita mengerjakannya!
0 Response to "Solat Sunat Tasbih"
Catat Ulasan