Assalamualaikum semua!
Menceritakan mengenai kehidupan adalah pandangan realisasi seseorang pencerita.
Sebelum tamat kehidupan belajar di universiti, aku diduga Ilahi dengan pemergian arwah nenekku. Baru seminggu pulang ke kampung, aku kembali ke sana untuk menyelesaikan tugasku seorang cucu. Teringat kisah zaman kecilku, nenek sering menjagaku dengan kasih sayangnya. Membawaku ke tadika, memandikanku, memasakkan makanan dan menjadi penjagaku yang utama ketika berusia sekitar 3-7 tahun.Ketika itu ibu bapaku baru memulakan tugasnya di semenanjung setelah beberapa tahun berkhidmat sebagai guru di Negeri bawah bayu.
Krit..........krit........krit......
Panggilan telefon daripada ibu saudaraku yang berada di Kuala Lumpur. Ketika itu jam menunjukkan 6.30 pagi. Kebiasaannya aku meluangkan masa di persimpangan sebelum masuk kerja harian (praktikal) pada jam 8.30.
Ibu saudara : Hafiz, nenek sudah tiada
Hafiz : ........................................
Aku terus sms human resources tempat praktikal dan seniorku untuk menyatakan tentang kepulanganku ke kampung. Tampa membuang masa aku bertolak pulang dan sampai pada waktunya.
Jenazah sedang dibalut.
Keadaan dan suasana ketika itu begitu hening dengan kepiluan masing-masing dengan mestika sejarah silam.
Aku menjalankan kerjaku sebagai pembantu penggali kubur di saat jenazah di masukkan ke liang lahad. Seluruh jasad dimasukkan tanpa rindu-rindu dan kisah sejarah yang lalu yang masing terngiang-ngiang lagi di fikiran semua.
Semua itu rahmat dan ujian Allah SWT kepada semua yang masih bernyawa. Menandakan kehidupan dunia akan berakhir jua akhirnya. Aku kembali ke Kuala Lumpur untuk menghabiskan satu minggu usia di tempat praktikal.
Tamat praktikal, para bakal graduasi memulakan tugas untukk mendapatkan pekerjaan sementara dan tetap. Aku masih dengan pendiriaan untuk bekerja sendiri walaupum didesak keluarga untuk bekerja tetap.
Doa dimakbulkan, tidak lama selepas itu aku berkerja.....
Cuma apabila aku mengetahui mengenai berlakunya perkara tidak baik dalam jualan syarikat, aku berhenti 24jam serta merta. Baik jauhi keburukan dan mencegahnya daripada menjadi pencetus keburukan.
Sekarang aku kembali menjadi seorang JOB SEEKERS
alhamdulillah dan maha suci Engkau yang menciptakan aku. Engkau Pemberi Rezeki dan Engkau jua penariknya. ....
0 Response to "Kehidupan Selepas Bergraduasi"
Catat Ulasan