Wahai Ikhwah Sekalian

Posted by Pencari Cahaya Dalam Misi Mencari Cahaya Ilahi

Ya ayuhal ikhwah, Antum perhatikan bagaimana Allah telah menciptakan batu dan air yang mengalir di sungai ini. Antara batu dan air tidak ada pertikaian di antara mereka. Batu tidak pernah mengatakan, ‘Hai air kenapa bunyimu terlalu keras’ Atau air mempersoalkan, ‘Batu, kenapa kau ada disini.’ Tidak ada persengketaan diantara mereka; Mana hak saya… Mana kewajiban kamu… Tapi kenapa kita tidak mau mengambil ‘ibrah dari batu dan air? Kenapa kita mulai bercerai-berai, memikirkan ini hakku… ini hak saya… Ini kewajibanku… Itu kewajibanmu… Malu kita semua pada batu dan air! Ini saatnya antum semua bersatu, bekerjasama dalam ukhuwah Islamiyah… Allahu Akbar!

Featuring Post Example

Posted by TheBlogTemplates On Month - Day - Year

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at nisl. Nullam lorem mi, eleifend a, fringilla vel, semper at, ligula. Mauris eu wisi. Ut ante dui, aliquet nec, congue non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et maur...

Ku jejaki alam dalam mencari redhaMu, ku tempuhi dugaan dalam menikmati suruhanMu, ku menangis kerana mengingatkan diriMu.....Temukankanlah si Pencari Cahaya dengan NurMu ya Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang

MTQN mendorong penulis membuat pertimbangan

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Khamis, November 14, 2013

ring....ring.....ring,,,,,,,panggila diterima

"Assalamualaikum, saya dari pejabat canselori, ni en. PC kea", soal si pemanggil..."Ya, saya." aku menjawab sambil kebingunan. Aku menerima panggilan ini daripada En. Zaini yang memintaku untuk mendapatkan urusetia seramai 100 orang bagi menjalankan gerak kerja semasa program Majlis Tilawah al-Quran dan Nasyid peringkat kebangsaan dan Asean. Selepas meletakkan ganggang, pegawaiku menjadi pilihan untuk pertanyaan. Rupanya mereka sudah berbincang terlebih awal sebelum aku dijemput untuk mengetuai barisan urusetia.

Setelah seminggu bersemuka bersama en. Zaini menceritakan master plan program, kini tibalah giliran para ahli mesyuarat bersuara:
Mengimbau kembali saat-saat mesyuarat ahli jawatankuasa tertinggi USIM bersama Majlis Tertinggi PEYATIM atau Pertubuhan-pertubuhan anak yatim, hatiku mula mengetahui kesusahan 2 pihak yang berlainan untuk melancarkan program yang julung kali diadakan. Tetapi alangkah bahagianya melihat pimpinan  atasan USIM yang menjadikan majlis musyawarah menjadi hening walaupun di tahan batu-batu diperjalanan. Konsep mesyuarat yang begitu mementingkan kesepaduan ditonjolkan oleh pentadbiran USIM menyatakan mereka layak memegang atau mengepalai USIM. Kebiasaannya pabila 2 golongan yang menjadi ketua keanggotaan, perselisihan pendapat pasti berlaku. Ini kerana biahnya yang berlainan.

Sebelum tiba mesyuarat kedua, Aku dan rakan-rakan mula mendapatkan 100 orang wakil untuk program tersebut. Biasalah, lelaki sukar untuk dicari. Daripada 100 orang yang mendaftar, hanya kira-kira 15 orang sahaja yang dipilih oleh Allah. Alhamdulillah, fikirku baik ada sedikit yang berkualiti daripada berpuluh-puluh tetapi tidak produktif.

Mesyuarat kedua:
Aku menyenaraikan barisan-barisan baru untuk majlis tertinggi urusetia. Kebanyakan dari mereka terkejut dengan pelantikan ini. Ada yang kata, aku tidak layak, ada yang kata tiada pengalaman, ada yang berjuang mengatakan, aku tk cukup ilmu. Macam-macam. Tetapi aku menangkis kesemua alasan tersebut dengan mengatakan anda pilihan Allah. Pilihanku itu hanya datang dari Allah dengan melihat beberapa faktor yang lain. Alhamdulillah mereka adalah dilkalangan yang terbaik! Aku bimbang pabila mengikuti pelarasan dalam mesyuarat ini kerana banyak membincangkan perkara general. Masih kosong untuk pergerakan secara detail. Hatiku mengatakan bahawa mereka tidak memandang yang bahagian-bahagian yang juga penting di bawah.

Pertimbangan merupakan kesedaran

Hari demi hari berlalu, maka tibalah waktu yang ditunggu.  Berderet-deret kenderaan memacu laju menuju ke destinasi. Begitu juga dengan keanggotaan program. Sekejap ke sana ke mari mencari di manakah U.S.I.M. Aku memikirkn apakah yang akan terjadi. Perhimpunan mula meriah disetiap kolej-kolej kediaman. Di KK1 dipenuhi jemputan luar antaranya Sabah, Sarawak, Kemboja, Thailand, Filipina, dan Singapura. Alhamdulillah kepakaran pic yang dipilih memang menjadi pecutan. Tetapi aku memikirkan apakah suasana si anak yatim bila keluar dari rumah mereka?

Aku telah menghantar 6 orang untuk menjadi orang dalam sebagai pemudahcara kepada para urusetia. Mungkin diantara urusetia tidak mengetahuinya. Keenam enam orang ini akan menjadi tulang kepada fasa pertama gerak kerja MTQN ini iaitu dibahagian kolej kediaman. Alhamdulillah semua bertindak bijak walaupum terdapat kegusaran yang berlaku. Antaranya, kehendak peserta menukar bilik, kerenah para pelawat untuk mendapatkan tempat yang selesa, ketidakcukupan bilik, keselamatan dan sebagainya. Kesemua masalah ini berjaya dipertimbangkan.

Kita lihat pula apa yang berlaku kepada unit paling indah iaitu unit makanan. PC amat sukakan unit ini kerana dikatakan menjadi nadi kepada setiap program. Walaupun kesemua makanan sudah diatur mengikut jadual yang amat kemas, tetapi kuasa Allah menunjukkan Allah maha Mengatur. Susunan manusia begitu lemah berbanding susunanNya. Menghadapi pelbagai masalah bermula dari pembahagian tugas, itu bukan masalah urusetia tetapi bimbingan sebenarnya. Kebanyakan masalah tiba apabila berada di hari kejadian. Rancangan manusia boleh dijatuhkan oleh keadaan manusia sendiri. Pembahagian makanan tidak dapat mengikut kehendak si pemakan. Makanan banyak berlebihan tidak mengikut tatacara. Apakah tindakan dan pertimbangan? Masjid atau surau menjadi pilihan unit ini, alhamdulillah.Kembali kita kepada Allah jua. Makanan yang berlebihan dibahagikan kepada masjid dan surau-surau berdekatan. Masalah lain tidak menjadi punca kekalahan warga unit kecuali dengan tindakan dan kecekapan dalam memikirkan keperluan orang lain yang menjadi sunnah Nabi saw dan para sahabat. Tahniah diucapkan.

Ketahuilah bahawa karana dorongan iman kita berkumpul di sini, sebagai bukti adanya iman yang menghiasi sanubari kita, dalam Al Qur’an Allah SWT berfirman, surah At-Taubah ayat 18 yang ertinya ; “Hanya saja orang yang memakmurkan masjid, adalah orang yang beriman kepada Allah, beriman kepada hari Akhirat, yang dia menegakkan sholat yang lima waktu dan dia menunaikan zakat, merekalah yang diharapkan mendapatkan hidayah, mendapatkan petunjuk dari Allah SWT”.  
Oleh karena itu layaklah kita bersyukur, memuji kepada Allah SWT termasuk di dalam sabda Rasulullah dari Abi Hurairah, yang artinya : “Orang yang bersuci (berwudlu) di rumahnya kemudian dia pergi menuju kesebuah masjid, rumah Allah, untuk tunaikan dari pada fardhu-fardhu dan kewajiban-kewajiban yang telah Allah tetapkan, adalah dia memperoleh dari tiap-tiap langkahnya, satu langkah digugurkan kesalahannya dan diampuni dosanya oleh Allah dan langkah yang lain ditinggikan derajatnya oleh Allah SWT”.

Perwakilan Thailand
Perwakilan Singapura
Perwakilan Filipina

 Pemenang Keseluruhan

 Majlis Penutup

 MTQN bersama TV1

 Sijil diperoleh Peserta

 Antara Isi Gerak Kerja

 Kemenangan dari Thailand

 Perwakilan Bersatu Tenaga dan Idea

0 Response to "MTQN mendorong penulis membuat pertimbangan"

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

    Solat dulu yup

    About Me

    Foto Saya
    Pencari Cahaya (PC)
    lahir kat 135 kampung hiliran masjid,21000 Kuala Terengganu, Terengganu, tinggal di Nabawan, Sabah selama beberapa tahun dan menetap di Kelantan selepas itu.....
    Lihat profil lengkap saya

    get this widget here

    Meh kecek smeta (jom berdialog)

    Followers

    5 Perkara