Usah mengeluh pada dunia yang hina ini…"dunia tidak hina sebaliknya penghuninya yang hina"
Kau mencari bukan untuk dunia, "Kita mencari kebenaran Allah yang Esa dalam dunia, jika anda masih jatuh dibawah payung ujian. Itu menandakan anda mas...ih tidak mengenal Allah, cinta anda tidak kesampaian"
Suis untuk berhentinya gelombang keserabutan dalam fikiran dan jiwa ada pada hati sebagai raja dan akal penguasa…"suis pada rajanya iaitu diri kita sendiri, iman anda mengatur atau defragment ujian2 atau tribulasi untuk mencapai nur Ilahi"
Tenangkan hati dengan kembalikan jiwa pada hak sebagai hamba iaitu tunduk dan patuh pada Pencipta."capai tingkat ihsan dengan menjaga akhlak dan tasawuf kehidupan bak kata mulut, biar diri rendah di sini jangan tongkat jatuh di badan di akhirnya".ingat dan syukuri nikmat yang ada…"Nikmat Allah luas untuk semua manusia dan ada yang khusus buat orang yang bertaqwa. hargai kesusahan kerana ia adalah nikmat paling indah di dunia"
Uruslah fikiranmu dengan mengemaskini fail-fail sel ingatanmu. "sel2 ingatan dengan basahan lidah dan tangisan hati menyebut Allah...Allah".asingkan urusan mana yang perlukan rawatan kecemasan dan urusan yang boleh menanti sebagai pesakit luar. "masalah yang paling besar adalah masalah dalaman iaitu iman dan hati"
Jangan mengeluh dengan permasalahan kerana masalah itu rencah kehidupan.."keluhan itu tanda anda mencurahkan segala aurat dan maruah anda"
Tak normal seorang manusia yang berada dalam sifar permasalahan…"tujuan hidup diberikan ujian untuk memberikan kematangan dan keselesaan pada hari mendatang".
Kerana pengalaman itu guru…"pengalaman sebagai alat bantuan mengajar erti hidup"
Ia mengajar dengan kekerasan…"tribulasi dan ujian itu bukan menggoyang tapi menetapkan kedudukan dan meningkatkan keimanan"
Mendidik dahulu sebelum mengajar…"ilmu bukan diajar dengan kejahilan tapi dengan nur ilmu tersebut"
Kau kena praktikal dahulu baru kau Nampak teori kehidupan…"pelajaran bukan di dewan peperiksaan tetapi di kehidupan masyarakat yang mengerti semua keadaan. Dalam mengenal teori, permasalahan2 perlu ditempuh penuntut"
Dari situ kau kenal erti kematangan…"kematangan dari perjuangan ujian dan gembira menempuhinya"
Kau juga boleh belajar jadi matang melalui buku kehidupan orang lain…"Allah sudah menyuratkan kehidupan dalam alQuran, praktikal sudah ditunjukkan dalam sirah Rasulullah saw, para sahabat dan ulama'2 terdahulu menyuarakan penjelasan melaluinya. Kematangan adalah pabila anda memahaminya"
Menilai dan mentafsir variasi pengalaman…
Uniknya manusia yang penuh keajaiban…
Akal menilai jiwa mentafsir …
Dan natijahnya..benarlah peringatan itu penting buat mereka yang mahu berfikir~Berfikir lebih baik daripada beribadat.......PC
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Ketahuillah wahai saudaraku para juru dakwah, sesungguhnya Allah Subhanahu Wata’ala pasti mengenakan cubaan kepadamu. Dia akan menguji ha...
-
Sedikit perkongsian daripada kuliah tentang jaga lidah, penulisan ini berdasarkan isi kuliah adDin bertempat di Masjid Sultan Salahudin Abdu...
-
Ayoyo...lama penulis tidak bersua? Kenapa.?..urusan dunia semata-mata? Kini, diri penulis terjeluak untuk menulis tentang wanita. Terl...
-
Aku sempat menjenguk sebentar bimbingan tentang solat khauf oleh US. NIDZOMUDDIN B. AHMAD yang begitu jelas menceritakan tentang asal usul s...
-
Pernah hatiku terpaut mengenai satu iklan, “Pencarian Bakat Dikir Barat Peringkat USIM”, huh berdebar-debar hatiku. Sebelum ini, apa yang...
-
Bersama semula anda dengan PC. Kali ini kita akan membincangkan satu perkara yang mungkin tidak pernah kita fikirkan iaitu isu-isu berkaita...
-
Musibah atau Muhasabah? Dalam mencari hikmah ujian-ujian yang dikurniakan oleh Allah SWT…………. Bismillah...
0 Response to "Berfikirlah dengan nikmat dariNya"
Catat Ulasan