Dicatat oleh
Pencari Cahaya (PC)
On
Ahad, April 03, 2011
Perjalanan pendakwah...firman Allah SWT: "tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadat kepadaKu". Liqo'dan gerak kerja tidak menjadi masalah untuk bgn tahajjud sbnrnya.Apabila seseorang penat atau letih membuat sesuatu am...al kerana Allah maka amal2 yang lain akan menjadi lebih mudah baginya. kerana keikhlasan bukan terpaksa. Kita (daie atau ummat Nabi Muhammad saw) sudah diberi jawatan sejak lahir kedunia lagi. Dan jawatan ini bukan paksaan tpi tujuan manusia itu hidup. Tidak kiralah buat amal apapum, semuanya bergantung kepada Allah. Kita hendak syurga tapi lupa pada Allah. Kita hendakkan kebaikan tapi sentisa dengan keburukan. Sebenarnya apa yang kita mahukan? semua adalah sementara...Firman Allah SWT: Bangunlah kamu wahai Muhammad walaupun sedikit.....Pelbagai rintangan disiang hari atau dimalamnya tidak menutup mulut anggota badan untuk bangun menyembah Allah. Tiada alasan untuk berjaya....Setiap hari nun jauh dimulut muazzin melafazkan hayya aal falah....jom! menuju kejayaan....di mana kejayaan itu? Solat hanya setakat solat....Apa kamu faham tentang solat? Wajib! Rukun Islam!....bukan sekadar itu ya penuntut ilmu Allah. Jika sekadar wajib tiadalah ihsannya. .2."Kta kuat b'juang tp krg m'tdabur al-Quran"-PC terasa terkejut melihat ada y sanggup menggadaikan wang ringgit semata2 untuk menjadikannya suci (PUSAT PELUPUSAN AL-QURAN). Akhi ini sudah menghabiskan berjuta2 bagi menjaga kesucian al-Quran daripada dilupuskan ( kesilapan mencetak,pembuangan buku2 lama dan kitab2) secara sewenang-wenangnya. Tp kita? Meninggalkan al-Quran kerana tatapan mulut..."aku sedang berjuang". Kefahaman tentang perjuangan sebenar agak luntur. Kenapa,"meniggalkan al-Quran dan as-Sunnah. Umat sekarang suka-suki berleter..."ahhh kau salah...ulama' ni tk betui...jangan duk ajar aku laaaa, aku tahu, ko diam! jgn banyak berleter laaa..aku dah besar"...macam2 lagi. kefahaman al-Quran dan as-Sunnah ditolak tepi. Berjihad tanpa panduan, berjuang tanpa kematian, berperang tanpa tujuan...panjang kata, "ummm..sia2". 3."Kta byk b'tzkirah & b'cramah tp zikirullah x tau ke mana?", Tazkirah/bercakap bukan saja2 duduk, bukan saje2 sembang, bukan saje2 penuhi masa lapang. Tp penuh dengan zikrullah.Diriwayatkan daripada Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan Hakim dari Abdullah bin Buser r.a, bahawasanya ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw, "Ya Rasulullah, telah banyak syariat Islam yang kamu sampaikan kepadaku, semoga kamu dapat menyampaikan kepadaku yang dengannya dapat mencukupkan kepadaku." Rasulullah saw bersabda:" Hendaklah lidah kamu sentiasa basah dari berzikir kepada Allah."Ketahuilah para daie, anda mengingatkan yang lain untuk berzikir mengingati Allah...tapi adakah anda buat sepertinya.
Zikir mempunyai banyak cara tp kehadiran hati mengingati Allah di setiap perbuatan adalah lebih utama. Kata Iman al-Ghazali, zikir yang paling berkesan adalah zikir yang secara tetap dan berterusan dan disertai dengan kehadiran hati. Adapum zikir yang hanya dilidah, sedangkan hati sentiasa lalai dan leka, maka hal itu tidaklah memberikan manfaat melainkan sedikit.4-7 "Kta teguh jihad m'negak ISLAM tp kering kontang ilmunya..Kta hnya pndai b'ckp tp jauh skali fhami & b'fkir tntg hakikt & cra sbnr yg Dia mahukn..Kta byk b'buat dosa yg t'buat tnpa sdar, tp jrang skali b'taubat..Kta hnya pndai amar ma'ruf tp subuh slalu lmbat" Menegakkan Islam tanpa ilmu bukan dinamakan tegak tapi runtuh...macam simen tanpa pasir". Bercakap dan berfikir hendaklah kepada ciptaanNya. Rasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan. pancaindera, miskin, kaya, nyawa dan lain2. Firman Allah " berzikirlah kepadaKu dengan menyebut namaKu dan bersyukurlah kepdaku melainkan kamu dikalangan orang2 yang kufur". Taubat menjadi dinding kepada neraka...anda taubat bagi anda syurga. Melihat keadaan hari ini, banyak sgt masyarakat Islam yang tidak bisa bertaubat. Kenapa? disebabkan berada di syurga dunia yang akan tamat ini. sedarlah insan, tiada waktu yang kekal hanyalah akhirat. Berkenaan subuh pula...mmm sedih jgk. Kenapa subuh 2 rakaat? anda tahu jwpnnya. Allah menjadikan siang dan malam untuk tempoh bagi manusia beribadat kepadaNya. Nyatalah bahawa subuh itu tidak menjadi masalah untuk diselesaikan kerana hanya 2 rakaat subuh anda bisa berbisa. Berapa ramai dikalangan kita yang memanfaatkan waktu qiam dan subuh. "Para daie mengetahui jwpannya".8-10 Kta byk b'ckp soal ikhlas & khusyuk tp riak m'guasai diri..Aduh hinanya diri,adakh lyak digelar jundiNya di akhirat nnti? Diri sgt takut jka kata sgala p'gorbanan yg dilakukn hri ni akn m'jdi debu b'terbangan xde erti disisi ALLAH...", soal ikhas itu menjadi asas kepada ibadah atau pekerjaan. riak adalah penyakitnya. ini menjadi asas kepada kejatuhan maruah diri seseorang. Orang yang riak adalah orang yang membuka maruahnya dan melemparkan pahalanya...jdilah diri yang memberi tanpa memungut balasan. Jangan anda risau...Allah menyediakan tempat yang terbaik bagi mukhlisin....wallahua'lam syukran kepada sahabat semua atas komen anda.
Catatan Popular
-
Ketahuillah wahai saudaraku para juru dakwah, sesungguhnya Allah Subhanahu Wata’ala pasti mengenakan cubaan kepadamu. Dia akan menguji ha...
-
Sedikit perkongsian daripada kuliah tentang jaga lidah, penulisan ini berdasarkan isi kuliah adDin bertempat di Masjid Sultan Salahudin Abdu...
-
Ayoyo...lama penulis tidak bersua? Kenapa.?..urusan dunia semata-mata? Kini, diri penulis terjeluak untuk menulis tentang wanita. Terl...
-
Aku sempat menjenguk sebentar bimbingan tentang solat khauf oleh US. NIDZOMUDDIN B. AHMAD yang begitu jelas menceritakan tentang asal usul s...
-
Pernah hatiku terpaut mengenai satu iklan, “Pencarian Bakat Dikir Barat Peringkat USIM”, huh berdebar-debar hatiku. Sebelum ini, apa yang...
-
Bersama semula anda dengan PC. Kali ini kita akan membincangkan satu perkara yang mungkin tidak pernah kita fikirkan iaitu isu-isu berkaita...
-
Musibah atau Muhasabah? Dalam mencari hikmah ujian-ujian yang dikurniakan oleh Allah SWT…………. Bismillah...
0 Response to "Sembang Kerja Dakwah"
Catat Ulasan