Aku menagih redhamu ya Allah.....kenapa umat sekarang menjadi gelisah pada kesusahan, ujian....walhal Allah bersama-sama mereka. walhal mereka diberikan ujian adalah bergantung kepada tahap dirinya....Aku malu tidak dapat menyampaikan apa yang disampaikan Rasulullah saw. Para sahabat apabila mendengar fadilat dan ibadah, mereka terus melakukannya tanpa soal kerana cintakan Allah dan RasulNya. Berikanlah hidayah kepada mereka2 semua termasuk diriku. Kesedaran dan muhasabah dalam lakonan...........40-7: (Malaikat-malaikat) yang memikul 'Arash dan yang di sekelilingnya bertasbih memuji Rab (Tuhan) mereka dan mereka beriman kepada-Nya (kepada Allah) serta memohonkan keampunan bagi orang yang beriman: "Rabbana (wahai Tuhan kami)! Amat luas Engkau (Allah), meliputi segala sesuatu (dengan) rahmat dan ilmu(-Mu/Allah), maka berilah keampunan kepada orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau (Allah), dan peliharalah mereka daripada azab Neraka Jahim (yang menyala-nyala).”
40-8: “Rabbana (wahai Tuhan kami)! Dan masukkanlah mereka ke dalam syurga ‘Adn yang telah Engkau (Allah) janjikan kepada mereka, dan orang yang salih antara bapa-bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, dan keturunan mereka semua. Sesungguhnya Engkau (Allah) adalah al-‘Aziz (Maha Perkasa), lagi al-Hakim (Maha Bijaksana).”40-9: “Dan peliharalah mereka daripada kejahatan. Dan orang yang Engkau (Allah) pelihara daripada kejahatan pada hari itu, maka sesungguhnya Engkau (Allah) telah merahmatinya dan itulah kemenangan yang besar.” Sampai bila tribulasi akan dijadikan nikmat...... Kita tidak boleh bayangkan betapa sabarnya Nabi Ayub as menerima ujian Allah sebegini rupa. Nabi Ayub as masih lagi tersenyum dan bersabar. Dan apabila Allah menyembuhkan penyakit kulit Nabi Ayub as, kulitnya bertambah cantik berbanding sebelum ditimpa kesakitan itu. Kita tidak dapat membayangkan Nabi Muhammad saw dilontarkan batu2 dari kaum musyrikin....Oh begitu perit tribulasi mereka. Kita hanya disentuh sedikit oleh Allah Azzawajalla ..........Ya Allah. . . .bantulah diri yang fakir ini
Tundukku malu didepanMu
kernaku insan berdosa
kuadukan sesalanku
apakah kan Kau terima
kesunyian ini sedarkan diriku yang lena
tinggalkan semalam yang nanah
lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu
terpaut aku tak berpaling
ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga
suburkan cahaya menerangi langkahku
semaikan segala hiasan indah cintaMu
ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga
ku mohon kau tenangkan gusar hatiku yang rawan
bimbang Kau singkirkan taubatku
kurayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
kelakku zalimi diriku
Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
sehingga masanya kau seru hujung nyawaku(x2)
ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga
Tak jemu dimanakah hentinya rayuan taubatku padaMu....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Ketahuillah wahai saudaraku para juru dakwah, sesungguhnya Allah Subhanahu Wata’ala pasti mengenakan cubaan kepadamu. Dia akan menguji ha...
-
Sedikit perkongsian daripada kuliah tentang jaga lidah, penulisan ini berdasarkan isi kuliah adDin bertempat di Masjid Sultan Salahudin Abdu...
-
Ayoyo...lama penulis tidak bersua? Kenapa.?..urusan dunia semata-mata? Kini, diri penulis terjeluak untuk menulis tentang wanita. Terl...
-
Aku sempat menjenguk sebentar bimbingan tentang solat khauf oleh US. NIDZOMUDDIN B. AHMAD yang begitu jelas menceritakan tentang asal usul s...
-
Pernah hatiku terpaut mengenai satu iklan, “Pencarian Bakat Dikir Barat Peringkat USIM”, huh berdebar-debar hatiku. Sebelum ini, apa yang...
-
Bersama semula anda dengan PC. Kali ini kita akan membincangkan satu perkara yang mungkin tidak pernah kita fikirkan iaitu isu-isu berkaita...
-
Musibah atau Muhasabah? Dalam mencari hikmah ujian-ujian yang dikurniakan oleh Allah SWT…………. Bismillah...
0 Response to "Perjalananku"
Catat Ulasan