Read more...
Naim pelajar tingkatan 5 di sebuah Sekolah Agama Persekutuan.Dia seorang yang tinggi ilmu agama dan mempunyai politik yang agak stabil di sekolah dan Siqahnya(Kepercayaan orang terhadapnya) tinggi.Apabila Ustaz tiada di antara Magrib dan Isyak,dia akan ke hadapan.Samada memberi tazkirah atau mengepalai bacaan Mathurat.Pergaulan dengan perempuan dijaga dengan begitu sempurna,jika mesyuarat terpaksa bercampur lelaki dan perempuan,sama sekali dia tidak akan mengangkat pandangannya.Semua orang menghormatinya,baik yang junior mahupun senior,baik yang laki-laki mahupun perempuan.Jika ada senior yang tengah membuli junior,jika Naim ada di tempat kejadian,proses buli itu akan bertukar menjadi majlis maaf-bermaafan.Inilah ‘kuasa’ Naim di sekolahnya.
Read more...
Usrah Tonggak Tarbiyah
Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,
Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,
Manhaj perubahan sebenarnya bermula dengan pembentukan jiwa yang :
1. Tunduk.
2. Takut.
3. Khusyu’ kepada Allah swt.
Manhaj ini ialah suatu unsur yang tidak akan berubah di dalam sesebuah organisasi yang mantap dan ianya bukanlah suatu taktik seperti yang disangka oleh sebahagian manusia. Bahkan manhaj ini merupakan prinsip akhlak dan agama yang tetap selama-lamanya.
Sesungguhnya Allah swt mewariskan bumi ini kepada mereka yang ia kehendaki. Maka prinsip ini akan menolak segala bentuk pendekatan yang bersifat keganasan.
Kita berpegang teguh bahawa tarbiyah sebagai jalan yang tiada pilihan lain selain darinya. Ianya merupakan manhaj yang :
1. Bijaksana.
2. Disiplin.
3. Teguh.
Dakwah yang kita bawa pula dikawal dengan hikmah dan nasihat yang baik serta tidak ada unsur-unsur paksaan, kekerasan dan desakan yang melampau.
Read more...
Bersama semula anda dengan PC. Kali ini kita akan membincangkan satu perkara yang mungkin tidak pernah kita fikirkan iaitu isu-isu berkaitan dengan drama islamik dan perkaitannya dengan dakwah. Menjadi kebiasaan isu seperti ini akan dikupas melalui pengertian atau maksud sebenar sesuatu isu itu. Cuba kita memandang ke bawah. Jom! Kita kupas satu persatu.
Drama islam dari segi bahasa ialah sebuah drama yang direka cipta untuk menceritakan moral value, menunjukkan pelakon memakai tudung dan target penontonnya ialah orang islam itu sendiri.
Jika kita lihat maksud drama islam dari segi istilah pula, ia memiliki penerapan islam yang mendalamb bukan sahaja memandang perkara yang seperti tersebut di dalam makna dari segi bahasa. Drama ini mestilah mematuhi hukum syara’ seperti berikut:
1. Menceritakan tentang keindahan Islam bukannya fitnah ke atas agama itu sendiri
2. Motifnya berunsurkan dakwah yang menyeluruh (aspek kehidupan seorang islam)
3. Mengikut syariat dan memiliki panel syariah yang menyokong
4. Tidak menunjukkan aksi-aksi yang berlebih-lebihan, menghairahkan
5. Mesej yang disampaikan mestilah jelas bukannya menyebabkan para penonton tergamam mencari maksud sesebuah scene itu.
6. Misinya adalah, bukan orang islam sahaja yang menontonnya malah merangkumi kesemua masyarakat sekeliling
Di sini PC ada lampirkan 12 contoh drama yang mungkin dianggap islamik, antaranya:
1. Para Pencari Tuhan
2. Sang Pencerah
3. Nur Kasih
4. Dalam Mihrab Cinta
5. Ketika Cinta Bertasbih
6. Kiamat Sudah Dekat
7. Cinta Madinah
8. Oh Haram
9. Tanah Kubur
10. Ustaz Amirul
11. Dua Alam
12. Mutiara Hati
13. Diari Ramadhan Rafique
Menjadi persoalan, adakah wujud drama yang menepati syariah? Persoalan yang sungguh ringkas tetapi padat dengan pertanyaan. Jika kita lihat secara dasarnya, pernyataan ini seolah-olah mencari siapakah yang membikin filem yang menuruti syariah. Wujud atau tidak wujud ia akan kembali kepada pengertian drama islam dari segi istilah.
Read more...
Bismillahirrahmanirrahim
Sofyan Tsauri berkata:”Barangsiapa yang mencari jawatan untuk menjadi pemimpin, sedangkan jawatan itu tidak patut untuknya, nescaya jawatan itu akan lari darinya dan hilanglah semua ilmunya.”
Usrah yang berasal daripada perkataan Arab yang membawa makna keluarga, merupakan satu medan untuk ahlinya bersama-sama menjalani satu proses pembentukan yang dibina di atas semangat al-ukhuwwah al-Islamiyah. Proses pembentukan itu bermakna makna penekanan dan perbincangan dalam usrah mencakupi satu bidang yang luas dan menyeluruh. Penekanan itu ialah terhadap unsur-unsur yang akan melahirkan peningkatan dalam kefahaman dan penghayatan Islam sebagai sistem yang syamil wa mutakamil (lengkap lagi melengkapi). Penekanan itu akan melahirkan semangat juang dan ketahanan secara berjamaah.
Dengan demikian haruslah diingatkan bahawa usrah hendaklah merupakan satu kelompok pendidikan yang akan melahirkan 'amilin (para pekerja) dan bukannya sekadar mufakkirin (golongan yang berfikir) walaupun kita tidak menafikan kepentingan orang-orang yang berfikir.
Read more...
Bismillahirrahmanirrahim
Di zaman penuh kemodenan ini banyak merancakkan kehidupan kita semua. Selepas semusim berpuasa, kini tibalah pula hari raya. Diri ini pernah bertanya: adakah kita masih bersyukur atas nikmatnya? Adakah puasa sebulan mampu mengekang kita daripada nafsu ammarah dan mengubah kita kembali ke jalanNya dengan kekuatan ibadah seharian? Latihan demi latihan tidak cukup jika kita tidak mempraktikkannya. Saya memohon baik kepada diri sendiri mahupun rakan-rakan diluar sana untuk meneruskan kehidupan di bulan mulia, ramadhan ke hari-hari dan bulan-bulan yang mendatang. Jika sebelum ini kita tidak pernah qiamullai, dan pabila tibanya ramadhan kita bangun menyembahNya.....teruskan!, jika sebelum ini, kita jarang-jarang menyentuh atau mentadabbur al-Quran, dan pabila ramadhan kita dengan semangatnya bertaqarrub kepadaNya dengan membaca ayat-ayatNya....teruskan!, jika sebelum ini dan sebelum ini kita lesu dalam beribadah dan tiba-tiba gembira dalam beribadah, ayuh rakan-rakan kita teruskanNya. Di kesempatan ini. PC mengucapkan selamat hari raya aidilfitri dan memohon maaf jika berlaku sedikit atau banyak kegusaran yang memungkinkan menyebabkan hati-hati kita terasa, mohon sangat-sangat dimaafkan kerana diri yang daif
ini memerlukannya.
Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi.
(Al- Araf [7] : 23 )
Di dalam bermaafan pula. Usah kita hilangkan diri kita daripada sujud kepada yang Maha Esa. Di sini al-faqir ingin mengajak rakan-rakan untuk kita sama-sama mengerjakan solat sunat tasbih sebagai tanda kesyukuran kita kepadaNya.
وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
" .. Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan) dan supaya kamu membesarkan Allah (dengan takbir dan tahmid) kerana mendapat pertunjuk-Nya ..al-Baqarah ayat 185
Ada ulama menghasan,mensahihkan dan mendaifkan hadis solat tasbih ini. Layari: http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/t=1264.htmluntuk maklumat lanjut.
Sabda Rasulullah SAW kepada bapa saudaranya Abbas bin Abdul Muthallib:
“Wahai Abbas bapa saudaraku, Aku ingin memberikan padamu, aku benar-benar mencintaimu, aku ingin engkau melakukan -sepuluh sifat- jika engkau melakukannya Allah akan mengampuni dosamu, baik yang pertama dan terakhir, yang terdahulu dan yang baru, yang tidak sengaja maupun yang disengaja, yang kecil maupun yang besar, yang tersembunyi maupun yang terang-terangan. Sepuluh sifat adalah: Engkau melaksankan solat empat rakaat; engkau baca dalam setiap rakaat Al-Fatihah dan surah, apabila engkau selesai membacanya di rakaat pertama dan engkau masih berdiri, mka ucapkanlah: Subhanallah Walhamdulillah Walaa Ilaaha Ilallah Wallahu Akbar 15 kali, Kemudian rukuklah dan bacalah doa tersebut 10 kali ketika sedang rukuk, kemudian sujudlah dan bacalah doa tersebut 10 kali ketika sujud, kemudian bangkitlah dari sujud dan bacalah 10 kali kemudian sujudlah dan bacalah 10 kali kemudian bangkitlah dari sujud dan bacalah 10 kali. Itulah 75 kali dalam setiap rakaat, dan lakukanlah hal tersebut pada empat rakaat. Jika engkau sanggup untuk melakukannya satu kali dalam setiap hari, maka lakukanlah, jika tidak, maka lakukanlah satu kali seminggu, jika tidak maka lakukanlah sebulan sekali, jika tidak maka lakukanlah sekali dalam setahun dan jika tidak maka lakukanlah sekali dalam seumur hidupmu”
[H.R. Abu Daud]
Read more...
Di sini PC sertakan 4 menu utama yang dijual dalam aktiviti “Kamilah usahawan”.
1. Air bandung cincau
Jika kita sebut tentang air ini, kebanyakan daripada kalangan kita akan memalingkan kepala menyatakan air ini mudah untuk dibuat. Bagi PC, selepas diberi tauliah, membuat sesuatu itu tidak mudah. Lagi-lagi jika kita hendak mendapatkan minat para pembeli. Sekadar berkongsi. Pada icept tahun lepas, PC sempat mencuba untuk menjual air ini. Alhamdulillah, hasilnya cukup mengkagumkan. Kesemuanya dilontarkan untuk kepentingan organisasi. Tetapi ketika itu belum mendapat tauliah yang sepatutnya. Hanya mencuba-cuba.
Antara bahan-bahannya ialah:
1.Sirap
2.Air yang sudah dimasak
3.Cincau
4.Susu cair
5.Air gula
Campurkan kesemuanya. Untuk pengetahuan, jika anda mahu mengetahui airnya cukup manis atau tidak. Lihat kepada cincaunya. Timbul atau tidak. Semakin banyak yang timbul, makin manislah maknanya.
2.Jangan gunakan susu pekat manis
1.bahaya untuk kesihatan
2.Kemanisannya susah untuk dijangka
3.Mahal
3.Buat cincau lebih (khas untuk jualan). Masukkan ke dalam plastik air pada setiap pembelian
4.Sediakan sirap lebih sebagai make up air pabila jualan nanti
5.Sediakan air gula lebih, untuk dimasukkan di dalam bekas atau plastik jualan-ais mengurangkan manis air.
2. Nuget/benda2 lain seumpanya
Jika kita dengar semestinya kita tergelak-gelak. Kenapalah PC pum nak cerita cara menggoreng benda yang mudah sebegini. Sekadar berkongsi. Untuk memasak benda-benda frozen seperti ini, anda memerlukan perhatian kepada minyak menggoreng.
1. Minyak mestilah banyak dan betul-betul panas
2. Apabila bahan dimasukkan untuk dimasak, biarkan sampai kembang
3. Cara untuk megetahuinya…sentuh nugget tersebut dengan sudu dan anda rasa benda tersebut kenyal dan nugget tersebut dah boleh diangkat
4. Jangan biarkan ia kembang lama sangat, sebab ia akan merosakkan kulit nugget tersebut dan menyebabkan ia kehitaman.
3. Samosa
Dengar sekali semacam dah tidak mahu dengar. Memang ikhlas PC katakana. Nama benda ni, baru kali pertama ku dengar. Terima kasih sahabat EPOS semua. Sebelum ini, semuanya ku panggil popia. Tidak kira petak segi empat ke….tiga ke…namanya sama.
Tentang samosa pula. Bendanya agak ringkas . Cuma di sini PC akan utarakan untuk buatan samosa campuran kentang dengan ayam/daging. Anda boleh gunakan/ reka apa-apa sahaja jenis inti di dalam samosa tersebut. Atas kekreatifan anda.
Antara bahan-bahannya ialah:
1.Kulit popia (jika boleh beli yang paparan iklan di plastik tu warna hijau, lebih keras dan sesuai)
2.Kentang dan daging kisar atau ayam kisar
3.bawang merah dan putih
4.Rempah kurma
5.sedikit air
6.sedikit minyak
7.Perencah tambahan seperti hilal bukan ajinamoto.
8.Sedikit garam untuk bagi rasa lemak bukan rasa masin
9. Sedikit tepung yang diletakkan dalam mangkuk kecil (campurkan dengan air sedikit biar sebati-digunakan sebagai gam kulit popia)
Mula-mula.
Potong 4-5 biji kentang-potong labu/segi empat tepat- potong kecik2
Kisarkan 5 ulas bawang merah bersama 2 ulas bawang putih dan masukkan sedikit air
Selepas itu, panaskan kuali atau periuk dan masukkan sedikit minyak
Kemudian, selepas minyak panas, masukkan hasil bawang yang telah dikisar dalam masa seminit sambil kacau. Dan masukkan kesemua kentang dan daging/ayam kisar. Gaulkan sehingga sebati. Kemudian masukkan rempah kurma dan perencah tambahan jika ada. Last masukkan sedikit garam. Gaulkan sehingga kering dan pastikan kentang itu lembut sedikit. Dan selepas hasil Nampak. Tutup api dan biarkan isi samosa tersebutsejuk terlebih dahulu.
Bagi kulit samosa pula iaitu popia.
Anda ambil 2 helai kulit popia dan bahagikan kepada 3 bahagian.
Seperti diberitahu, tiap-bahagian mengandungi 2 helai. Ambil satu keratin dan buka@tarik sampai ke penghujung helaian pertama. Jangan bagi putus. Jika putus, ambil tepung yang dicampurkan air tadi sebagai gam dan lekatkan balik hujung helaian tadi.
Kemudian, ambil hujung dari kiri dan lipatkan ke kanan.
Selepas itu, lipatkan pula yang ke kanan tadi ke kiri balik
Kemudian, masukkan jari di dalambentuk segi tiga itu dan angkat/pusing. Jadikan bentuk seperti kon.
Kemudian, masukkan isi samosa yang dibuat tadi sepenuhnya dan lipat menjadi segi tiga sampai helaian tamat.
Sebelum tamat, gunakan tepung@gam untuk dilekatkan dibahagian terakhir.
Bahagian terakhir hendaklah diselitkandi bawah lapisan lipatan.
4. Roti sardine
Jika anda pelajar USIM, anda mesti sudah biasa membeli benda ini di kedai di Pusat Kemudahan Pelajar. Cuma mungkin isi yang diletakkan dalam roti tersebut adalah sosej.
Bahan-bahannya ialah.
1.Roti-jika boleh roti slice yang lembut.
2.sardine/sosej
3.telur/adunan tepung,air dan garam+kunyit sedikit untuk warna
4. Sedikit tepung yang diletakkan dalam mangkuk kecil (campurkan dengan air sedikit biar sebati-digunakan sebagai gam hujung roti)
Mula-mula, roti slice tadi dilenyetkan sehingga betul-betul nipis-pastikan hujung roti juga nipis-gunakan jari untuk lenyet hujung roti
Jika anda menggunakan sardine-masak sardine terlebih dahulu dengan campuran sedikit bawang, jika guna sosej-goreng/rebus terlebih dahulu sosej tersebut
Kemudian, letak isi tadi (sardine/sosej ditengah roti) dan pusingkan roti menjadi roll. Lekatkan hujung roll tersebut dengan adunan tepung@gam.
Panaskan kuali yang berisi minyak yang sederhana banyak
Masukkan roll roti tadi ke dalam (telur/adunan tepung,air dan garam+kunyit sedikit untuk warna) dan masak di dalam kuali. Pabila warnanya naik kuning dan menandakan masak, angkat roll roti tadi.Begitulah jua untuk roll-roll roti yang seterunya.
Selamat mencuba semua! Nantikan bahagian ke 3 nanti,,,...
Read more...
Biasa kita dengar pergi takkan kembali adalah kumpulan Rabbani
Biasa kita lihat pergi takkan kembali adalah kematian
Air-air yang mengalir di sungai-sungai takkan kembali ke ruang asal
Bayi-bayi yang dilahirkan ke dunia takkan kembali ke perut ibunya
Makanan yang dimasak takkan kembali mentah
Peristiwa yang berlaku hari-hari meninggalkan sisa-sisa kenangan, juga takkan kembali
Kanak-kanak yang membesar, remaja yang semakin muda dan yang muda memangku hari tua
Pasti takkan kembali di zaman sebelumnya
Buah-buah yang jatuh ke tanah juga takkan kembali ke dahannya
Begitulah apa yang aku risaukan kini
Apa yang semua umat jarang-jarang merasakannya di saat ini
Aku risau ramadhan yang sedang aku hadapi tidak akan kembali buat diriku
Aku cemas memikirkan Ramadhan yang bakal menutup tirai merajuk tidak memberi peluang buatku lagi
Masih adakah lagi Ramadhan buat diriku ini Ya Rabb………………………………………
Nukilan khas diriku buat ramadhan yang semakin hamper pergi…wallahua’lam
Read more...
Bismillahirrahmanirrahim
Seperti yang dirancang. Allah yang telah memberikan diri ini suara untuk berkata-kata. Tanpanya mungkin di Ramadhan ini aku di kampung halaman sepenuhnya. “PC nk buat pengumuman sedikit kawan-kawan. InsyaAllah, PC sedang memerhatikan untuk melaksanakan program Eksplorasi Perkampungan Orang Asli 2011”. Kataku kepada sahabat MUSIM MASEAN’11 yang lalu. Alhamdulillah aku mendapat perhatian untuk meneruskan program ini. Jika 3 bulan yang lalu, aku hanya merancang untuk menunrunkan 5 sukarelawan sahaja untuk berkampung di Perkampungan Orang Asli di bulan Mulia, tetapi Allah telah menghantar 20 hamba-hambanya yang terpilih untuk sama-sama mengikutinya. Itulah permulaan kisah EPOS’11 yang telah menutup tirainya pada malam 15 Ramadhan 1432H. Seperti biasa PC akan mulakan ceritanya dengan sejambak puisi……
Ramadhan
Dalam kau hadir aku tidak bersendirian
Dalam senyap ku bersedih aku ketinggalan
Menghirup udara segar diriku menangis
Menatap kalendar hijri aku tersedu
Apakah masih ada Ramadhan untukku?
Read more...
Pada minggu yang lalu, Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) dengan kerjasama Sekretariat Sukarelawan Mahasiswa (SKM) telah menganjurkan program Explorasi Perkampungan Orang Asli (EPOS’11) bermula 7 Ogos sehingga 14 Ogos buat kali kedua selepas program pertamanya pada tahun lepas. Program ini yang bertemakan “Kemasyarakan Rukun Keharmonian”, telah berjaya mencapai objektifnya iaitu: 1. Mendekati dan menyelami masyarakat orang asli bagi memastikan dakwah yang berkesan dapat disampaikan.2. Memberi pendekatan pendidikan secara formal dan tidak formal kepada masyarakat orang asli supaya mereka tidak ketinggalan dalam arus pendidikan yang begitu pesat.3. Memberikan pengetahuan dan pendedahan berkaitan tugas serta urusan berkaitan pengurusan program agar lebih mahir mengendalikan persatuan seperti simulasi dan praktikal dalam penyediaan kertas kerja, minit mesyuarat, sistem fail dan teknik komunikasi berkesan serta pengucapan umum.
Read more...
1. Memperbanyak doa agar :
a. Allah SWT memberi kesempatan kita untuk bertemu Ramadhan.
b. Saat bertemu Ramadhan kita dalam keadaan sehat wal 'afiat.
c. Kita bersemangat dalam mengisi Ramadhan dengan berbagai amal shalih.
d. Kita dihindarkan dari berbagai hal yang akan mengganggu upay a optimalisasi Ramadhan.
a. Allah SWT memberi kesempatan kita untuk bertemu Ramadhan.
b. Saat bertemu Ramadhan kita dalam keadaan sehat wal 'afiat.
c. Kita bersemangat dalam mengisi Ramadhan dengan berbagai amal shalih.
d. Kita dihindarkan dari berbagai hal yang akan mengganggu upay a optimalisasi Ramadhan.
Read more...
Tentang Diri
Mohd Hafiz Ihsan bin Mohd HassanBerasal daripada Kuala Terengganu, Terengganu. Lahir pada tanggal 23 September 1990 bersamaan 3 rabiul awal 1411H. Anak ke-1 daripada 7 orang adik beradik.
Read more...
Musibah atau Muhasabah?
Dalam mencari hikmah ujian-ujian yang dikurniakan oleh Allah SWT………….
Bismillahirahmanirrahim……….
Terlebih dahulu PC ingin menjernihkan suasana dengan sebuah puisi yang tidak begitu cantik bagi pandangan mata tetapi menjadi ubat bagi pendengar hati:
Sinar mentari
Menunjukkan sesuatu yang indah
Kadang-kadang manis wajahnya
Kadang-kadang menarik cahayanya
Jarang-jarang meronta kepanasannya
Jarang-jarang menjadi bahang dahaga manusia
Berdiri jauh ia tersenyum
Bercahaya gemilang tanda memberi
Bertengkar awan ia memancar
Bernafsu mekar menyinari alam
Menjadi lumrah isi kehidupan
Ada yang sakit
Ada yang senyum
Ada yang sengsara
Ada juga yang sensitif
Begitu indah kehidupan
Ada yang naik
Ada yang turun
Ada yang hidup
Ada juga yang sudah mencapai hayatnya
Sukar untuk dibicarakan
Musibah dan muhasabah
Saling berkaitan memuji
Saling bergetar melawan
Itulah matlamat alam
Jika difikirkan
Jika dihindarkan
Ia tetap dating
Ia tetap menerjah tuan
Sukar untuk berlari
Sukar untuk dicari
Itulah lumrah kehidupan
Menjadi kilauan iman
Si dia menerjah ujian
Menjadi tetamu kepayahan
Menolak segala kebutuhan
Menjadi wira bersuara juara kehidupan
Sudah sekian lama penulis tidak berbicara. Mungkin sibuk mengahwini telatah manusia. Terlebih dahulu PC ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para Pembina. Rakan-rakan dari Filipina, Singapura, satiap jajahan dalam Malaysia dan tidak lupa kepada ibu bapa yang menyokong perjuangan dakwahku. Mereka sering merungkaikan perbuatan PC, tetapi fikirkanlah betapa berkilatnya kehidupan pabila kejayaan yang sedang ditempah pada akhirnya.
Firman Allah s.w.t.:
“Dijadikan mati dan hidup kepada kamu untuk menguji siapakah yang terbaik amalannya.”
(Surah al-Mulk: 3)
Read more...
Catatan Popular
-
Ketahuillah wahai saudaraku para juru dakwah, sesungguhnya Allah Subhanahu Wata’ala pasti mengenakan cubaan kepadamu. Dia akan menguji ha...
-
Sedikit perkongsian daripada kuliah tentang jaga lidah, penulisan ini berdasarkan isi kuliah adDin bertempat di Masjid Sultan Salahudin Abdu...
-
Ayoyo...lama penulis tidak bersua? Kenapa.?..urusan dunia semata-mata? Kini, diri penulis terjeluak untuk menulis tentang wanita. Terl...
-
Aku sempat menjenguk sebentar bimbingan tentang solat khauf oleh US. NIDZOMUDDIN B. AHMAD yang begitu jelas menceritakan tentang asal usul s...
-
Pernah hatiku terpaut mengenai satu iklan, “Pencarian Bakat Dikir Barat Peringkat USIM”, huh berdebar-debar hatiku. Sebelum ini, apa yang...
-
Bersama semula anda dengan PC. Kali ini kita akan membincangkan satu perkara yang mungkin tidak pernah kita fikirkan iaitu isu-isu berkaita...
-
Musibah atau Muhasabah? Dalam mencari hikmah ujian-ujian yang dikurniakan oleh Allah SWT…………. Bismillah...